"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, October 6, 2010

Berilmu tu berkualiti atau tidak

Nabi s.a.w sendiri tidak pernah membezakan orang yg berilmu tu berkualiti atau tidak,kerana terima atau tidak ilmu seseorang tu,hanya Allah yang Maha Megetahui, jadi hambanya mana mungkin sesenang hati nak bezakan kualiti ilmu seseorang sedangkan hambanya sendiri mendapat ilmu melalui hidayah dari Allah,hambanya mendapat ilmu dan rezeki pada apa yg telah di tulis oleh Allah pada kitabnya di loh mahfuz.Jadi bila seseorang berkata tentang kualiti ilmu seseorang yang lain,dia tidak layak digelar sebagai ustaz atau pengajar agama atau orang berilmu,kerana dia sendiri tidak mengetahui asas ilmu yg Allah berikan padanya,jika asasnya pun dia tidak tahu,apatah lagi isinya,mana mungkin orang yg beriman pada Allah s.w.t dengan bersahaja menghinakan orang lain tentang ilmu,sedangkan apa yg orang lain dapat pun hanya mengikut yg tertulis oleh kalam Allah s.w.t.

Akhlak

“Setiap kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya, seorang imam adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya dan seorang laki-laki adalah pemimpin dalam keluarga dan akan dimintai tanggungjawab atas kepemimpinannya, dan wanita adalah penanggung jawab terhadap rumah suaminya dan akan dimintai tanggungjawabnya serta pembantu adalah penanggungjawab atas harta benda majikannya dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At Tahrim: 6)

sudah baligh maka mereka bertanggung jawab atas diri mereka sendiri.contoh dari pertanggung jawaban tersebut adalah dengan memelihara diri dan keluarga dari api neraka.Sepertimana ayat Diatas.

Abdullah bin Umar radhiyallahu’anhu, “Didiklah anakmu karena kamu akan ditanya tentang tanggungjawabmu, apakah sudah kamu ajari anakmu, apakah sudah kamu didik anakmu dan kamu akan ditanya kebaikanmu kepadanya dan ketaatan anakmu kepadamu.”

Pendidikan tersebut banyak cabangnya satu diantaranya adalah pendidikan akhlak, akhlak anak yang baik dapat menyenangkan hati orang lain baik orangtua atau orang-orang di lingkungan. Bahkan akhlak yang sesederhana sekalipun misalnya memberikan wajah berseri saat bertemu dengan saudara muslim yang lain. kita WAJIB IKHTIAR dengan pendidikan akhlak yang bagus.

Menjadi Orang Pintar Seronok?

Maklumlah masing-masing mahu menjadi pintar,betulkan..hahah Aku pun mahu,bijak sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.Ada yang berangan-angan owhhhh alangkah bagus kalau tidak bertungkus lumus siang dan malam untuk ulangkaji pelajaran,cuma tidur pastu ilmu yang dipelajari akan datang dalam mimpi tidak perlu berusaha..huhuhu tapikan,tapikan,dan tapikan.

Sebenarnya, kepintaran yang Allah kurniakan itu mungkin boleh jadi ujian dan fitnah yang maha besar kepada pemiliknya jika ia tidak disalurkan mengikut jalan yang betul.Mana tidaknya,mana la tahu pemilik IQ tinggi ini terus hanyut dilambung pujian.

Ini yang boleh merasa taksub dan riya’ sebab dengan kebolehan sendiri sehingga sewenangnya memperkecilkan keupayaan dan kebolehan orang lain yang dianggap tidak mencapai standardnya(dah ramai macam ni).Lebih merisaukan sekiranya golongan yang memiliki kepintaran melampau ini gagal mengawal perasaan, lantas menggunakan mindanya yang genius pada perkara yang bertentangan dengan Islam seperti merompak, menipu, menghasilkan teori-teori jahat, mencipta sistem yang menguntungkan diri sendiri tapi dalam masa yang sama merosakkan orang lain.

Kembali pada asas agama yang tentunya Islam.Rasulallah adalah model terbaik dalam menangani dan membentuk potensi individu.Apa yang baginda lakukan adalah memahami terlebih dahulu potensi yang dimiliki oleh seseorang individu untuk tindakan lanjut yang sewajarnya.Rasulullah melihat kepada kesesuaian bakat yang dimiliki oleh seseorang.

Sebagai contoh, bila mana Abu Dzar meminta untuk dilantik sebagai amir (ketua) , Rasulallah terus mengingatkan beliau bahawa kepimpinan adalah sesuatu yang berat sedangkan Abu Dzar lemah dalam aspek kepimpinan.Meskipun petah bercakap, namun tugas sebagai pemimpin bukanlah selayaknya untuk beliau.
Apa jua ilmu yang dimiliki perlu diseimbangkan.

Maksudnya,perlu ada tawazun (kesimbangan) aqliah dan naqliah.Tidak boleh berfikir menjangkau batasan yang dibenarkan.Sebagai contoh dalam persoalan roh.Allah melarang manusia mengkaji terlalu mendalam mengenainya kerana ia adalah urusan-Nya. Cukup sekadar mengetahui menurut apa yang telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran dan penerangan daripada RasulNya.
Persoalan keadilan amat dititikberatkan dalam Islam meskipun terhadap kanak-kanak. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. kanak-kanak diberi ruang dan nafas untuk hidup dan bersosial sebagaimana yang selayak dengan usianya tanpa terlalu memberikan tekanan kepada mereka.
Semua ilmu dan kepandaian yang dimiliki adalah milik Allah.Kita hanya sebagai wasilah(perantara).Andai pernah merasa ujub (takjub) dengan diri sendiri kerana ilmu yang dimiliki,cuba renungkan kembali.

Adakah mampu untuk kita membina sebuah sarang berbentuk heksagon yang begitu kemas tanpa sebarang peralatan dengan ukuran sudut yang sama tanpa meninggalkan sedikit pun ruang di tengah-tengahnya sebagaimana yang mampu dilakukan oleh lebah kecil yang baru berusia 12 hari?Jika belum mampu, jadi terimalah hakikat bahawa sesungguhnya Maha Suci Allah..tiada kami memiliki ilmu ( la ilma la na ) melainkan apa yang Engkau ajarkan sahaja…

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Al-Baqarah : ayat 32)