"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, July 7, 2012

Kasut arab saudi yang menghina Allah SWT


http://im3.gulfup.com/2011-05-26/1306406970842.jpg
بالله يرضي مين هادا الشي والله حتى الملك عبدالله مايرضيه ومتاكد انه مايدري عن هذا الشي .. صدقوني لو عرف راح يقفل هذي الشركة ... اسم اللهجل جلاله على حذاء لاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
مايرضي مسلم على مااعتقد اتمنى نشرها لكل شخص تعرفوه عشان يقاطعو هذي الشركة والمنتجات الامريكية كلها والتعامل رسمياً وبشدة مع الشركة الأمريكية والشركة المستوردة لها مايخافو الله
هذولا نفسي اعرف بس مسلمين ولا كفرة ولا ايش قصتهم لاحول ولا قوة الا بالله .. كيف دخل للملكة ؟؟؟؟؟
راح يكون هذا الموضوع حجة عليك لو مابلغت او سكت عن الموضوع
اللهم بلغت اللهم فاشهد
امانه في رقبة كل انسان غيور على اسم الله وعلى دينه
Sesuai lambang bendera arab saudi yang mendapat keizinan amerika untuk melenyapkan keraguaan umat Islam tentang kekuasaan amerika terhadap bumi Mekah dan Madinah, maka amerika meletakkan kalimah syahadah dan warna hijau yang paling disukai oleh Rasulullah SAW pada bendera arab saudi.
Kini syarikat amerika juga mengeluarkan kasut untuk melambangkan semangat Cintakan Tanah Air ( arab saudi) seperti kasut yang anda lihat sekarang.
Nauzubillah Min Zalik.
Rujukan:
http://vb.ta7a.com/t524645/

8 Perkara, asas membina Cinta Sejati


http://s39.radikal.ru/i083/0905/c9/fb432f609f9c.jpg
  1. Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 32. Katakanlah:Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.“ [3. Ali Imran]
  2. Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai karunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [QS:49. Al Hujuraat] .
  3. Hadis riwayat Anas ra ia berkata : Nabi SAW bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai yang lain karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka. [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad] .
  4. Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata: Nabi SAW bersabda: Tidak disebut beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) sebelum aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang. [HR. Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami].
  5. Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud ra ia berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Pekerjaan manakah yang paling utama. Beliau menjawab: Salat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Beliau menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kembali aku bertanya: Kemudian apa lagi? Beliau menjawab: Berjuang di jalan Allah. Aku tidak bertanya lagi kepada beliau untuk menjaga perasaan beliau. [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad, Ad Darami] .
  6. Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata: Nabi SAW bersabda: Salah satu di antara kalian tidak disebut beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri. [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami].
  7. Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam [HR. Bukhari ; Muslim ; Ahmad]
  8. Hadis riwayat Abu Hurairah ra ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Aku mencitai si fulan maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia (jibril) menyeru kepada para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya. Kemudian dia pun diterima di bumi, dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku membenci si fulan, maka bencilah pula dia! Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya. Kemudian kebencianpun merambat ke bumi. [HR. Bukhari ; Muslim ; Tirmidzi ; Ahmad ; Malik].
Rujukan:
http://www.slideshare.net/cyn_t_a/cinta-yang-sesungguhnya-presentation

11 Perkara menyingkap kehidupan harian Rasulullah SAW


http://www.canarylove.com/up/uploads/13407906981.jpg
  1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
  2. Sayidatina 'Aisyah menceritakan: ” Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.
  3. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ;Belum ada sarapan ya Khumaira?; (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah ;Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.; Rasulullah lantas berkata, ” Kalau begitu aku puasa saja hari ini.; tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
  4. Pernah baginda bersabda ;sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.; Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
  5. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang ;Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?;Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar ;Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...; desak Umar penuh cemas.
  6.  Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ;Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? ; Lalu baginda menjawab dengan lembut, ” Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? ;Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.
  7. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
  8. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
  9. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah ;Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?  Jawab baginda dengan lunak ;Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
  10. Rasulullah s. a. w. bersabda ,  ;Sampaikan pesanku walau sepotong ayat ; (Jkt: ak.24.2.05)