"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, January 11, 2012

Cinta owh cinta ..

Doakan kepada orang yang mabuk cinta:
Ya Allah rahmatilah orang-orang yang dimabuk cinta,kuatkanlah hati mereka,sambungkanlah mereka dengan hati orang-orang yang mereka cintai.


Cinta yang membuat jatuh sakit:
"jalan di depan pintunya telah terbuka kepadaku,aku pun sudah siap menerima makian dan bentakan darinya."


Cinta kerana Allah swt:
Rasulullah saw bersabda:
Allah Ta'ala berfirman' Aku mewajibkan cinta-Ku untuk orang-orang yang saling mencintai kerana Aku,dan orang-orang yang saling duduk berdekatan kerana Aku,juga orang-orang saling mengunjungi kerana Aku,dan orang-orang yang saling membantu kerana Aku. HR Ahmad dan Malik.


Kesabaran Para Pecinta:
Kesabaran mana yang paling berat dimata orang-orang yang sabar?
jawapan:
Rasa takut akan menjauhkanmu dari berbuat maksiat kepada Allah.Harapan akan membuatmu taat kepada Allah.
jawapan:(Sabar saat jauh dari Allah swt atau dijauhi Allah swt kerana berbuat maksiat)




sedangkan cinta akan menghantarkanmu menuju Allah Ta'ala.Hati orang-orang yang merindukan-Nya tidak akan tenang kecuali dengan bertemu dengan-Nya.Jadi,Allah swt,memberikan batas waktu(ajal) untuk pertemuan dengannya,guna menenangkan hati mereka.Firman-Nya,


"Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah,maka sesungguhnya waktu(yang dijanjikan)Allah itu pasti datang.Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(al-Ankabuut:5)


Syair:
Wahai yang mengeluhkan rindu kerana lama tidak bersua,bersabarlah,semoga esok engkau bertemu dengan kekasihmu.Temuilah ia dengan sepenuh hati dan api kerinduan.Semoga engkau temukan petunjuk di atas api asmara.


Bacaan pada diri seseorang:
Hasil dari perbuatan baik dan buruk:
"Jika seorang hamba Allah berbuat maksiat,maka Allah Ta'ala akan menghinakannya."
"Seseorang yang melakukan perbuatan dosa secara tersembunyi,maka perbuatan itu akan menjadikan dirinya hina."
"Mereka meremehkan Allah dan menderhakai-Nya,padahal jika mereka menghormati-Nya nescaya Dia akan menjaga mereka."
"Siapa yang suka mendapatkan kesihatan terus menerus,maka bertaqwalah kepada Allah Ta.ala.


sambung:
siapa yang mensucikan dirinya,maka ia akan diberi kesucian.Tapi siapa yang mengotori dirinya,maka ia akan mendapatkan kotoran.Siapa yang buat baik dimalam hari,akan dicukupkan di siang hari.Siapa yang berbuat baik di siang hari,akan dicukupkan dimalam hari.Siapa yang meninggalkan syahwat dihatinya kerana Allah,maka Allah tidak akan menyeksa hatinya dengan syahwatnya.


Sambung:
Bila seseorang manusia melakukan perbuatan maksiat kepada Allah,maka pujian manusia kepadanya akan berubah menjadi celaan.
"Jika seseorang berbuat dosa,maka ia akan menemukan kelemahan di dalam hatinya."


syair:
"Muliakan dirimu dengan pelbagai urusan,
agar setelah itu tak ada lagi yang membutakanmu.
Jangan kau dekati perkara haram,
kerana manisnya sementara,dan pahitnya abadi."




Azrinkun.. saya tak layak untuk men taqwil mana-mana surah..