"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, April 16, 2011

Adakah anda telah memiliki Akhlak Mulia ini ???

Wakil rakyat Iraq berkelahi dalam siaran langsung




Lihatlah dunia Islam, bukan sahaja berkelahi memburukkan imej Islam sebenar malah pembaca berita yang membaca berita juga turut memburukkan imej Islam dengan membuka aurat. Betapa dunia Islam telah digelapkan dengan dosa-dosa seharian sehingga mereka tidak lagi merasakan membuka aurat suatu perkara yang boleh dimasukkan kedalam Neraka, malah membuka aurat dan membuat dosa adalah satu kebanggan umat Islam sekarang ( pada mereka yang hanya mengaku Islam tetapi sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang Islam, hanya pada nama sahaja Islam ).

Wartawan Itali dibunuh oleh kumpulan Islam Palestin


Walau bagaimana pun  berita ini tidak begitu jelas siapa pembunuh sebenar wartawan tersebut, jika hairan jika perbuatan ini dilakukan oleh zionis dan sekutunya untuk menimbulkan fitnah diantara pemimpin-pemimpin arab dan Islam.
Awas dengan dakyah yahudi yang tidak bersempadan.

Empat asas membentuk anak berwatak fitrah

http://kimsta.files.wordpress.com/2009/05/anak-soleh.gif?w=381&h=285#038;h=285
Oleh Prof Dr Sidek Baba
MASYARAKAT Barat melihat konsep berpasang-pasang atas nama persamaan
dan hak. Lalu, lahirlah perjuangan mengenai gender atau kejantinaan atas
nama hak asasi dan emansipasi (pembebasan) yang mempertajamkan lagi jurang
hubungan serta persefahaman akibat berlakunya penindasan terhadap
wanita,
penentangan dan pemberontakan terhadap lelaki. Begitu juga menjadikan
wanita sebagai simbol seks dan menyebabkan rasa saling melengkapi menjadi
pudar dan pupus.
Perkara itu lahir dalam suatu keadaan masyarakat yang tidak lagi
menjadikan agama sebagai pedoman. Fahaman liberal yang berkembang di kalangan
masyarakat ini menyebabkan tuntutan persamaan dan hak dilihat dari
sudut
biologikal semata-mata. Ia supaya tidak timbul rasa rendah diri hingga
menyebabkan wanita diperlakukan sesuka hati di rumah, tempat kerja dan
dalam masyarakat.
Ada juga masyarakat beragama menggunakan ukuran budaya dan tradisi
dalam mengatur hubungan lelaki dan wanita hingga menyebabkan faktor agama
menjadi faktor sampingan.
Lalu, sesetengah pihak membuat tanggapan sebab agamalah menjadikan
wanita terkongkong dan terbelenggu serta dominasi lelaki menjadi amat ekstrim.
Keadaan ini menyebabkan bakat dan potensi yang ada pada wanita tidak
dimanfaatkan secara fitrah atau sebaik-baiknya berasaskan jalur syarak.
Sedangkan, peranan wanita pada zaman Rasulullah SAW tidak sedemikian.
Dalam al-Quran, kisah penolakan manusia terhadap gender berlaku pada
zaman Nabi Lut. Di sini, manfaat kejadian lelaki dan perempuan secara
biologikal tidak dimanfaatkan. Akhirnya, lahir pola gender dalam hubungan manusia
yang dikutuk oleh Allah. Nabi Lut mengajak mereka kembali kepada fitrah.
Apabila keengganan mereka melampaui batasan menyebabkan Allah turunkan musibah
sehingga kaum itu pupus.
Manifestasi sama juga berlaku di Barat pada hari ini yang memberi kesan
pengaruh kepada masyarakat manusia lain. Kegiatan gay dan les-bian
membudaya dan menjadi corak kehidupan masyarakat di Barat. Akibat pola hidup yang
tidak dipandu oleh nilai agama dan isu moral yang dianggap relatif atau
nisbi menyebabkan kegiatan hidup berlaku tanpa pedoman murni. Akhirnya,
ini menjerumuskan kehidupan masyarakat Barat kepada aliran nafsu-nafsi dan
mempertajamkan hubungan lelaki dan perempuan. Keadaan itu menyebabkan
lahirnya gerakan gender atau usaha pembebasan daripada dominasi lelaki
(emansipasi).
Kecenderungan itu akan membawa persaingan sangat sengit sehingga
akhirnya natijah dijadikan manusia berpasangan itu tidak dapat dimanfaatkan.
Lebih parah lagi, corak kekeluargaan di kalangan sesetengah masyarakat Barat
tidak lagi terbina atas asas yang fitrah.
Sebaliknya, semakin subur corak kehidupan kaum sejenis yang mengulangi
semula pengalaman kaum Nabi Lut. Keadaan itu hingga menyebabkan
berbangkit isu genetik di Barat dan mengakibatkan keruntuhan sistem sos**l serta
kekeluargaan pada tahap membimbangkan. Ini juga menyebabkan Aids/HIV
berkembang dan bakal menimbulkan musibah sangat besar kepada umat
manusia.
Kelelakian tidak lagi dilihat sebagai faktor teras dalam membina keluarga.
Keperempuanan pula tidak lagi dilihat sebagai faktor pelengkap kepada
sebuah keluarga cemerlang. Ini bakal mencetuskan krisis kekeluargaan dan
kemanusiaan yang parah kerana terbinanya masyarakat dan terhasilnya
sistem apabila konsep kekeluargaan tidak terbina secara fitrah.
Agama Islam mengajar manusia pentingnya konsep berpasang-pasang
dimanfaatkan secara fitrah. Lelaki atau suami perlu mampu mengenal dan menghargai
potensi, bakat dan kelebihan yang ada pada wanita atau ibu. Hal ini
kerana kelebihan itu amat berguna bagi suami, keluarga dan anak, khususnya
dalam proses mengasuh dan mendidik anak menjadi generasi cemerlang dan
berguna.
Wanita atau ibu juga perlu mampu mengenal dan menghargai potensi, bakat
dan kelebihan yang ada pada lelaki atau suami. Hal ini kerana daya
kepemimpinan suami yang baik sangat diperlukan. Ketangkasan dan sifat berani suami
turut dituntut dalam proses membentuk anak dan generasi tangkas dan
cemerlang.
Rasulullah SAW memberi asas didik yang baik merujuk kepada pengaruh
persekitaran iaitu anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapa
yang bakal menyediakan persekitaran dan didikan baik supaya mereka kekal dan
terus berada dalam keadaan fitrah.
Lukman al-Hakim dalam surah Lukman, umpamanya, memberikan nasihat
bersifat mendidik kepada anaknya supaya watak yang fitrah itu wujud pada diri
mereka.
Pertama, rasa syukur kepada Allah. Sekiranya ibu bapa dapat menanamkan
rasa syukur yang tinggi kepada anak terhadap rahmah dan nikmat yang
diberi-Nya, mereka akan sentiasa berterima kasih terhadap didikan ibu bapanya.
Kedua, jangan mensyirikkan Allah. Sekiranya ibu bapa mampu memberikan
asas akidah tinggi kepada anaknya dengan sikap tidak mensyirikkan Allah,
bakal membentuk jiwa kehambaan tinggi yang memungkinkan asas patuh, taat,
tunduk dan akur subur dalam diri anak. Kesan ini sekiranya ada, bakal
menjadikan anak yang sentiasa mengambil pertimbangan Allah dalam tingkah laku
hidupnya.
Ketiga, ketaatan melakukan solat sebagai asas mendidik hati anak supaya
tunduk dan mengakui kebesaran serta keperkasaan Allah. Ia supaya amalan
solat memungkinkan berlakunya perubahan diri positif.
Keempat, kasihkan ibu bapa sebagai asas rujuk untuk mengembangkan model
qudwah kerana tanpa adanya rasa kasih terhadap mereka, tidak mungkin
generasi akan datang akan bersikap kasih terhadap ibu bapanya juga. Ia
menyebabkan anak kehilangan adab dan punca rosaknya generasi.

Insan beriman yakin bencana peringatan Allah SWT


http://datingsymbol.com/wp-content/uploads/2011/03/Japan-earthquake-and-tsunami-photos-march-2011-19.jpg
Bersama Prof Dr Sidek Baba
BENCANA tsunami di beberapa negara di Asia dan Afrika akhir tahun lalu serta terbaru Taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat dilihat oleh sesetengah orang sebagaibencana alam. Bagi orang beriman, faktor alam tidak boleh dipisahkan dengan faktor Pencipta. Sesuatu kejadian yang berlaku tentu bersebab dan ada hikmah di sebaliknya bagi orang yang mahu merenung dan berfikir.
Perjalanan alam ini adalah suatu sunnah Allah bukannya sunnah alam. Sunnah Allah menghubungkan kejadian dengan Pencipta dan Pengaturnya. Sunnah alam tidak menghubungkan manusia dengan Pencipta, malah ia terjadi dengan sendiri. Tidak mungkin alam itu terjadi dengan sendiri seperti tidak mungkin kereta, kapal terbang dan kapal lautbergerak sendiri. Semuanya dipandu dan digerakkan oleh manusia.
Tetapi manusia tidak mampu menggerakkan bintang dan mengawal sistem solar, apa lagi mengatur perjalanan sistem galaksi yang amat raksasa, melainkan ada suatu kuasa yang amat Perkasa mengaturkan semuanya itu. Ia dirujuk kepada kuasa Pencipta iaitu Allah.
Allah menggambarkan perkara ini dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu Allah hidupkan bumi sesudah mati (kering), dan Allah sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Itulah tanda kebesaran Allah bagi mereka yang memikirkan." (Surah al Baqarah, ayat 164)
Al-Quran tidak dituntut untuk diimani sebahagiannya dan tidak diimani sebahagian yang lain. Kisah dalam al-Quran, peristiwa dirakamkan, peringatan diberi dan khabar gembira diutarakan serta batasan yang dijadikan pedoman dan prinsip yang dijadikan ikutan adalah cerminan keseluruhan daripada proses pengwahyuan yang perlu diimani oleh manusia. Setiap yang dirakamkan dalam al-Quran membawa maksud dan hikmah tertentu untuk manusia berfikir dan renung. Ia supaya daripada semuanya itu manusia mendapat pengajaran dan iktibar.
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu ketentuan Allah terhadap hamba yang terpilih.
Saat kejadian itu terhadap Rasulullah SAW ialah ketika Baginda dihimpit tekanan dan cabaran pedih daripada kelompok penentang yang ingin memadamkan cahaya Allah dan bertekad menghapuskannya dari bumi.
Oleh kerana Nabi Muhammad adalah manusia pilihan Allah untuk membawa suatu risalah besar untuk umat manusia, maka tentu Allah memiliki kekuasaan untuk melakukan apa saja. Bagi orang yang tidak beriman, peristiwa ini dianggap sebagai sesuatu yang lucu dan tidak masuk akal. Tetapi, bagi mereka yang beriman meyakini bahawa Rasulullah bukan seorang pendusta.
Seperti juga apabila berlaku peristiwa tsunami di Aceh, bagi orang beriman, ia diterima dengan penuh keinsafan dan iktibar bahawa kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya. Bagi yang tidak beriman, terus bertanya mengapa ia berlaku di suatu tempat di mana orangnya bersembahyang dan beriman kepada Allah. Apa yang Allah tahu tidak sama seperti apa yang manusia tahu. Hikmah di sebalik kejadian kadang-kadang tidak mampu diselami oleh mereka yang tidak beriman.
Tsunami adalah bukti nyata berlakunya kiamat kecil kepada manusia seperti kematian yang juga kiamat kecil kepada setiap insan. Al-Quran memberikan peringatan mengenai kiamat yang sebenar. Gambaran kiamat itu tentunya membabitkan semua, tidak kira apa kedudukan kita pada sisi Allah dan apa suasana pun kita berada ketika kiamat berlaku. Hal ini kerana ia adalah ketentuan Allah. Bagi yang beriman dan beramal salih, Allah akan memberikan tempat setimpal di akhirat nanti. Bagi yang ingkar, sombong dan melampau batas Allah akan memberikan balasan setimpal seperti yang dijanjikan-Nya.
Hal yang sama berlaku terhadapTaufan Katrina yang amat dahsyat menimpa penduduk di Amerika Syarikat. Kalaulah manusia dikatakan memiliki kekuatan meramal dan mengatasi bencana, Allah tunjukkan bagaimana faktor sunnatullah atau ketentuan Allah mengatasi keupayaan teknologi dan saintifik yang dimiliki oleh manusia.
Sebesar mana suatu kuasa manusia, akhirnya terpaksa tunduk terhadap ketentuan Pencipta.
Selagi mana manusia ingkar terhadap sunnatullah dan tidak mengambil iktibar daripadanya, maka selagi itulah manusia tidak akan belajar daripada sifat angkuhnya sendiri. Begitu juga tidak mendapat hikmah daripada sesuatu kejadian.
Firman Allah bermaksud: "Allah menimpakan angin itu kepada mereka (kaum Aad dan Tsamud) selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu lihat kaum Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)." (Surah al-Haaqqah, ayat 7)
Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah ujian Allah kepada manusia. Bagi yang beriman mengukuhkan lagi imannya kepada Allah. Bagi yang ingkar menambahkan keingkarannya kerana bagi yang ingkar mereka tidak percaya kepada yang ghaib. Logik akal mereka hanya bersandarkan kepada sesuatu yang nampak pada penglihatan dan pemandangan mereka. Sedangkan sunnatullah ada pada yang nampak dan ada pada yang manusia tidak nampak. Allah memiliki kekuasaan menampakkan sesuatu untuk manusia percaya dan tidak menampakkan sesuatu untuk manusia percaya.
Sedangkan Allah memiliki kekuasaan menghadirkan yang wujud dan tidak setiap yang wujud mesti maujud atau terlihat dengan nyata.
Roh, umpamanya, wujud pada diri manusia dan tidak maujud seperti adanya tangan dan kaki. Tetapi tangan dan kaki tidak akan bergerak tanpa adanya roh yang memberi hayat kepada manusia. Roh itu bukan milik manusia dan bukan urusannya. Kalaulah roh itu milik manusia dan urusannya, maka roh boleh kekal pada tubuh manusia selama-lamanya.
Oleh kerana roh itu adalah urusan Allah, maka setakat mana roh itu perlu berada pada tubuh manusia ia adalah hak Allah bukan hak manusia. Allah boleh mengambilnya bila-bila masa tanpa meminta izin daripada manusia.

Al-Quran sumber utama pemahaman nilai hidup


http://www.harunyahya.com/images/malaysia_conf_b.jpg
Bersama Prof Dr Sidek Baba
PENDIDIKAN bersepadu adalah wadah terbaik menentukan generasi dilahirkan. Pendidikan bersepadu bermaksud bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai murni.
Dalam konteks masyarakat Islam, ilmu mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat menyatu diri atau diharmonikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai murni.
Minda generasi muda penting diperkasa dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi. Antara kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong.
Pemikiran tidak mendukung sesuatu bermakna dan memberi erti kepada kehidupan manusia sehingga nilai memberi pedoman dan jalan membangun hidup yang maju serta bermanfaat.
Nilai adalah ukur tara yang memberikan manusia pedoman mengenai buruk baik sesuatu.
Bercakap benar umpamanya adalah nilai dan amalan baik. Jika kebenaran yang disampaikan, maka kebenaran juga diterima. Apabila kita berdusta, maka ia akan memudaratkan diri dan orang lain.
Sama ada nilai itu diambil daripada sumber agama atau falsafah, ia memberi manusia pedoman dan batasan mengenai sesuatu yang serasi dengan fitrah insan. Bagi orang Islam umpamanya, nilai Islamik menjadi sumber ukur tara dijadikan pedoman dan jalan.
Percakapan tidak membolehkan pembohongan berlaku kerana ia satu dosa. Perbuatan Islamik sentiasa mengarah kepada nilai adil, bijaksana dan mensejahterakan. Ia selari dengan fitrah insani.
Pendidikan bersepadu menjadikan nilai al-Quran sebagai sumber berdirinya ilmu dan akhlak manusia. Mempelajari akidah ialah mempelajari mengenai faktor ghaib, iaitu Allah dan menghubungkannya dengan benda nyata.
Dalam pengurusan umpamanya, kekuatan akidah menjadi landasan bahawa, ‘Pengurusan kerana Allah membawa hikmah kepada manusia.’ Maksudnya kekuatan akidah memberikan manusia landasan mengenai keperkasaan Allah mengetahui apa yang zahir dan batin.
Melakukan pengurusan atas asas keikhlasan dan amanah (kerana Allah) akan memberi manfaat kepada orang lain kerana keikhlasan dan amanah adalah kekuatan tiada tolok bandingnya.
Isu berbangkit kini ialah bagaimana nilai Islam dapat dijadikan landasan berdirinya ilmu dan kemahiran kerana tanpa nilai, ilmu tidak memberi makna. Ilmu diajarkan mendekatkan manusia kepada pencipta dan ilmu mendukung kebenaran memanfaatkan manusia.
Ilmu dikembangkan tetapi putus hubungannya dengan pencipta akan mendorong manusia menjadikan akal segala-gala, sedangkan sifatnya terbatas. Bagi bukan Islam, nilai fitrah menjadi asas keperluan mereka.
Nilai murni yang dijadikan asas membangun kurikulum dan kokurikulum dalam pengajaran serta pembelajaran penting kerana interaksi mereka dengan orang Islam memerlukan nilai bersama yang dikongsi.
Nilai jujur, ikhlas, amanah, adil, bijaksana umpamanya terkandung maksud diperlukan oleh fitrah manusia. Kasih sayang dan percaya antara satu dengan lain terbina atas asas ini.
Sama ada pelajar Islam dan bukan Islam, pemupukan nilai murni penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cara paling berkesan, bagaimana nilai dapat dijadikan sumber contoh ialah menerusi proses amali dan penghayatan ditunjukkan ibu bapa, guru dan masyarakat. Teladan boleh memberi kesan positif terhadap pembangunan akhlak murid dan pelajar.
Pendidikan bersepadu menghubungkan faktor akademik dan bukan akademik secara seimbang.
Pendidikan sains dan teknologi tidak mengetepikan kepentingan nilai supaya manfaatnya kepada manusia tinggi.
Membangun pengetahuan mengenai teknologi tinggi tidak melupakan kepentingan sentuhan kemanusiaan supaya asas keinsanan dilihat sebagai yang utama. Pembangunan minda generasi muda umpamanya memerlukan acuan seimbang.
Pendidikan yang memberi fokus kepada akademik semata-mata tidak memadai untuk menjadikan mereka berwatak menyeluruh. Tumpuan hanya kepada pendidikan nilai dan rohaniah tidak diimbangi dengan kepentingan ilmu serta kemahiran boleh menyebabkan kecacatan menterjemahkan maksud kehidupan itu sendiri.
Bagi pelajar Islam, memperkasa minda perlu diikuti zikir. Kepentingan zikir membawa hikmah yang tinggi terhadap Allah dan kebesaran-Nya. Memahami kebesaran Allah secara rohaniah, kajian dan ketelitian membangun jiwa tadabbur yang tinggi dan mampu mencetuskan pemahaman seimbang terhadap diri, alam dan Pencipta.
Bagi pelajar bukan Islam, pemahaman falsafah dan nilai boleh memberikan makna tersendiri mengenai ilmu dipelajari serta kaitannya dengan kemajuan dan perubahan.
Kemajuan dan perubahan hidup menuntut nilai murni diaplikasikan supaya akhirnya sebagai manusia terdidik.
anak perempuanku berjalan di tengah padang pasir. Kami bergurau dan dia amat manja denganku. Kami berkejaran hingga debu pasir berterbangan dan ketika kami berhenti di satu lurah yang agak terlindung aku berkata kepada anakku. Mari nak, kita main pasir, kita buat benteng lalu jari jemari anakku dalam keriangan membantuku mengaut pasir hingga dia keletihan dan peluh mengalir di dahinya. Ketika dia keletihan itulah aku tolak dan kutimbus anakku walaupun teriak dan tangisnya yang hiba itu menyucuk ke jantung hati. Detik itu terlalu hitam bagiku. Aku kejam.”
Kejam bagaikan suatu permainan. Zaman jahiliah memungkinkan manusia melakukan apa saja dan hanya mengikut hukum nafsu.
Mereka tidak mempunyai undang-undang dan peraturan hidup. Manusia berlumba mengaut harta walau terpaksa membiarkan si miskin terseksa. Wanita dipandang rendah dan siapa kuat dia berkuasa.
Namun, sejarah manusia membunuh anak berulang lagi, malah lebih kejam dan tragik, kadangkala dibuang di tepi longkang, dalam tong sampah dan ada kalanya cukup hanya dengan menelan pil atau suntikan hingga anak dalam kandungan gugur tanda belas kasihan.
Ibarat penyakit berjangkit, setiap hari ada saja laporan mengenai bayi yang ditinggalkan sama ada masih hidup atau tidak bernyawa.
Perbuatan berkenaan seolah-olah menjadi kebiasaan dan tidak menyalahi undang-undang.
Malah, pihak melakukan dosa melanggar syariat agama itu dilihat tidak sedikit pun menyesali perbuatan mereka, malah dengan berani menambah lagi kemaksiatan sambil melakukan jenayah penganiayaan kepada anak tidak berdosa.
Kebelakangan ini kemungkaran seakan menjadi budaya, pergaulan bebas dan maksiat menjadi-jadi.
Manusia bagaikan mabuk dan lupa pintu neraka sedang terbuka luas ternganga menunggu isinya.
Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka, kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Di situ ada malaikat yang kasar dan keras, mereka tiada menderhakai Tuhan mengenai apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka melaksanakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahirn, ayat 6)
Lagi firman Allah bermaksud: “Muka Aku memperingatkan kamu api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang jahat yang mendustakan kebenaran dan yang membelakangkannya.” (Surah al-Lail, ayat 14-16)
Demikian seruan dan peringatan Allah untuk membebaskan manusia daripada status rendah ke martabat lebih tinggi dan mulia demi membebaskan manusia daripada lembah neraka yang menyeksa, kejahilan dan kegawatan iman.
Justeru, kegawatan dan kejahilan perlu dirawat bukan sekadar melihat dengan mata keinsafan setiap kepincangan dan noda sebaliknya, setiap hati perlu ada keazaman membetulkan keadaan supaya dapat menjadi amaran kepada yang jahil supaya kembali ke jalan diredai Allah SWT.

Al-Quran mengandungi petunjuk saintifik


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_Zv6x5KxJVSPlVdiqQkb-L2dyhrHct3WcsHprfn9bS0CT5ueu7d5UWi8BI-nDK4ta5ZFZv8hIFt7U-544bJEnz5mc-egxMZHqcRlTbQjLNOwX8PwSc8_S0V-wTr0hUvW787ONjoaHMrw5/s320/quran.jpg

Oleh: DR. SIDEK BABA

Al-Quran terkandung hudan atau petunjuk yang memberi pedoman kepada manusia mengenai sesuatu yang nyata dan sesuatu yang ghaib. Mukjizat yang disampaikan oleh Allah kepada manusia menerusi Rasul-Nya terkandung hikmah yang amat besar untuk direnung dan difikirkan. Konsep ulul albab seperti yang dianjurkan oleh al-Quran membina jiwa tadabbur iaitu berfikir, mengamati dan memerhati supaya lahir kecenderungan mengkaji dan menyelidik.
Setiap surah dalam al-Quran terkandung maksud dan setiap ayat yang mengisinya terkandung makna. Ayat- ayat Allah ini adalah sesuatu yang hidup dan menghidupkan. Alam ini dan kehidupan yang diciptakan adalah gambaran ayat-ayat Allah yang mempunyai makna yang luas. Perjalanan alam dan sumber-sumber alamiah disebut dalam banyak ayat supaya proses silih gantian, keteraturan dan ketertiban membimbing manusia berfikir tentang kebesaran suatu kuasa iaitu Allah s.w.t.
Terciptanya bumi dengan limpahan rahmah dan nikmat yang banyak adalah gambaran Kekuasaan Yang Maha Mencipta untuk kesejahteraan manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Al-Quran terkandung kisah-kisah manusia terdahulu dengan ragam kerenah yang pelbagai untuk menjadi iktibar manusia.
Apa yang berlaku pada Nabi Adam, perjuangan Nabi Nuh menyebarkan risalah tauhid,Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Lut dengan kaumnya yang ingkar, Nabi Isa yang mengajak manusia kepada kebenaran tauhid, Nabi Yusof dengan fitnah dan keupayaan perancangan ekonominya adalah sebahagian gambaran manusia dan kerenah zamannya.
Ia berlaku pada masa yang lalu, berulang pada masa kini dan bakal berulang semula pada masa akan datang sekiranya manusia tidak menjadikannya ibrah atau teladan yang perlu diikuti.
Al-Quran juga terkandung prinsip dan ajaran, peringatan dan khabar gembira, pernyataan dan simbol-simbol dan yang amat penting ialah mengajak manusia berfikir tidak saja dalam batas alam nyata tetapi juga cuba memahami kewujudan faktor-faktor yang ghaib. Walaupun al-Quran bukan kitab sains umpamanya tetapi pedoman-pedoman saintifik amat banyak untuk dijadikan rujukan tentang bukti kebenaran dan mukjizat yang amat besar ini.
Para remaja tidak harus memanfaatkan al-Quran dalam batasan tilawah dan hafazan semata-mata. Memang benar terdapat fadilat dari amalan tersebut tetapi fadilat yang lebih besar ialah al-Quran terkandung sumber ilmu yang amat bernilai untuk diteliti dan dikaji supaya darinya terbina pertunjuk yang mempedoman remaja ke jalan yang benar dan diredai.
Pada hari ini pengajaran agama terhadap remaja mengambil pendekatan umum dan tradisional hingga menyebabkan daya fikir remaja tidak berkembang, pemahaman maksud rohaniah menjadi terbatas, kesan penghayatan semakin menipis dan akhirnya akhlak Islamiah tidak terlihat dalam menghadapi cabaran semasa yang banyak mencabar asas logik dan rasional.
Ia menyebabkan sebahagian remaja tidak merasakan ajaran agama dan pendidikan al-Quran memungkinkan dirinya atau zaman dewasanya nanti berupaya menghadapi serangan pemikiran dari luar lingkungan kehidupan beragamanya atau menjadi keliru dalam menghadapi cabaran ideologi dan fahaman yang berbagai atau terjebak dalam arus memuja dan mengagumi budaya Barat yang negatif dan akhirnya menjadi bercelaru dan hilang arah dalam memahami makna hidup dan kehidupan yang sebenarnya.
Sedangkan al-Quran pada banyak tempat menyebutkan kepentingan akal dan kepentingan pancaindera untuk berfikir dan melihat sesuatu yang diciptakan dan terjadi serta merangsang hati supaya merasakan sesuatu mengenai kebesaran dan kekuasaannya.
Asas-asas saintifik amat nyata ditunjukkan oleh Allah menerusi al-Quran supaya para remaja mendapat pertunjuk-pertunjuk saintifik mengenai kebenaran pencipta dan perkhabaran tentang sumber ciptaan-Nya.
Meskipun al-Quran diturunkan kira-kira 1,400 tahun yang lalu kepada Rasulullah s.a.w, seorang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis atau menghadiri sistem pendidikan sains seperti hari ini, namun kebenaran mukjizat saintifik terus dibongkar oleh para saintis Islam berabad-abad lamanya dan dibongkar oleh saintis zaman kini atau mula mengakui kebenaran mukjizat al-Quran yang memberikan petunjuk saintifik dan sebahagiannya kembali kepada ajaran tauhid yang fitrah.
Pemenang Hadiah Nobel, Albert Einstein pernah menyebutkan: “Sains tanpa agama adalah palsu dan agama tanpa sains adalah buta.”
Al-Quran bukanlah kitab sains tetapi terkandung signs atau ayat-ayat yang memberi petunjuk. Mengikut Dr. Zakir Naik seorang pendakwah terkenal dari India, terdapat lebih 1,000 ayat yang berhubung dengan sains. Petunjuk-petunjuk saintifik dalam al-Quran terkandung kebenaran dan fakta bukan sekadar hipotesis atau teori yang masih dalam kajian dan persoalan.
Amat penting bagi remaja memahami dan menginsafi tentang kebenaran al-Quran mengenai sains supaya darinya remaja dapat membina kekuatan iman dan keyakinan terhadap Pencipta dan menerusi jendela Qurani remaja boleh menjadi orang-orang yang bertakwa terhadap kebenaran dan fakta saintifik yang tidak boleh diragukan lagi.
Al-Quran 21:30 menyebutkan dengan jelas tentang kejadian alam semesta. Teori Dentuman Besar atau Big Bang yang dipercayai oleh para saintis kini menyebabkan berlakunya pembentukan galaksi. Ia berkembang menjadi bintang, planet, matahari, bulan dan sebagainya. Al-Quran juga menyebutkan tentang makna dukhan atau asap atau gas yang menjadi rujukan utama kepada fakta teori Dentuman Besar (al-Quran 41:11).
Pada zaman awal manusia percaya bahawa bumi ini rata. Al-Quran 31:29 dan 39:5 menyatakan dengan jelas tentang bumi ini bulat (spherical). Mereka juga percaya bahawa bulan bercahaya dan sumbernya sendiri sedangkan al-Quran 25:61 & 10:5 & 71:15-16 menyebutkan ia adalah pantulan dari cahaya matahari.
Al-Quran 51:47 juga menyebutkan tentang sifat alam jagat yang mengembang. Konsep musi’un dalam al- Quran menyatakannya dengan jelas dan ia diakui oleh para saintis seperti Edwin Hubble sejak tahun 1925 lagi mengenai kebenaran fakta saintifik al-Quran.
Konsep atom juga tersebut jelas dalam al-Quran 34:3 dengan rujukan zarah yang mengaitkan Allah mengetahui yang kecil dan besar malah sekecil zarah. Gunung-ganang sebagai pasak-pasak bumi (awtad) disebutkan oleh al-Quran 78:6-7 membayangkan pentingkan faktor penstabil bagi bumi bagi mengelakkan bumi dari bergoncang (al-Quran:21:13).
Malah kalau diteliti lebih jauh, al-Quran memberi kita petunjuk tentang ilmu biologi, botani, zoologi, perubatan, fisiologi, embriologi, psikologi, sains, teknologi dan lain-lain. Bayangkan kalau para remaja mendekati al-Quran dengan jiwa tadabbur maka fakta dan kebenaran saintifik yang terkandung dalam al-Quran bakal membina keimanan dan keyakinan remaja tentang Allah, kejadian dan kebesaran-Nya.
Dari situlah bermula binaan akidah yang diterjemahkan dalam asas ibadah yang luas, berdiri atas faktor syariah yang terkandung maqasid atau maksud dan menghasilkan peribadi-peribadi yang memiliki akhlak tinggi yang memiliki jiwa rukuk dan sujud terhadap pencipta.

Makanan membina Otak Sihat


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/04/otak-kiri-kanan.jpg?w=367&h=257#038;h=257
Percaya atau tidak sebenarnya makanan mampu menjadikan otak kita berfungsi dengan lebih baik? Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada keupayaan otak seseorang, namun faktor pemakanan tidak dapat dinafikan impaknya.
Nikmat kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Ini kerana terdapat makanan yang boleh meningkatkan fungsi otak dan ada juga makanan yang boleh menjejaskan fungsi otak. Pemilihan makanan yang meningkatkan keupayaan otak juga sejajar dengan prinsip maqasid syariah yang mengutamakan pemeliharaan akal.
Sepanjang hidup, otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori. Zat pemakanan amat diperlukan untuk menjaga otak agar dapat berfungsi secara optimum. Pakar pemakanan mengakui bahawa terdapat zat tertentu atau sebatian kimia dalam sesuatu makanan amat penting untuk fungsi otak manusia dan mengelakkan berlakunya kerosakan serta ketidakupayaan kognitif seseorang.
Otak mengalami perkembangan mengikut fasa pertumbuhan manusia. Ia memerlukan zat pemakanan yang betul dan seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga di otak yang lebih tinggi. Semasa dalam kandungan ibu, pembinaan otak manusia merupakan satu fasa yang kritikal kerana pada masa tersebut berlaku proses pembentukan neuron otak dan juga salur mealin. Oleh itu, pada tahap perkembangan yang kritikal inilah akan menentukan kehebatan otak manusia yang dapat dibentuk melalui pengkayaan sumber makanan.
Satu perkara yang boleh difikirkan ialah kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan mampu menguasai pelbagai bidang? Banyak faktor yang menyumbang tetapi unsur pemakanan tidak boleh diabaikan. Corak pemakanan yang menepati pemakanan sunnah harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat kita pada masa sekarang. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?- HR Bukhari.
Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang. Sudah pastilah melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara bahan kimia tersebut pada aras yang optimum.
Dalam perkembangan mutakhir, pengambilan minyak ikan yang dikatakan kaya dengan asid lemak n-3 berantai panjang adalah amat penting semasa kehamilan untuk manfaat kepada bayi yang dikandung. Namun, sejauh mana dakwaan ini benar? Adakah benar minyak ikan tersebut mampu membuatkan seseorang bayi akan menjadi lebih bijak dan otaknya berkembang dengan sempurna?
Banyak kajian membuktikan pengambilan ikan secara sederhana semasa kehamilan dan semasa postnatal mempunyai kaitan dengan perkembangan kognititif bayi khususnya kemahiran bahasa dan komunikasi. Pengambilan ikan dan makanan laut yang sedikit berhubungkait dengan peningkatan risiko kanak-kanak yang memiliki kurang kemahiran verbal, tabiat yang kurang baik, rendah kemahiran komunikasi motor dan pembangunan sosial.
Sumber Omega-3 (EPA dan DHA) yang paling utama ialah ikan. Omega-3 akan mengawalatur perembesan dan keupayaan neurotransmitter di otak. Sebab itulah, ia amat penting dalam meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja. Manakala omega-6 pula penting dalam menguatkan ingatan. Sumber yang mungkin dapat diperolehi ialah minyak jagung, minyak matahari, bijan dan labu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangan asid lemak politaktepu akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan autism.
Selaras dengan perkembangan teknologi, lambakan minyak ikan yang berbentuk pil dan kapsul di pasaran menjadi alternatif kepada pengguna. Begitu juga telur yang diperkaya dengan omega 3 dan omega 6 serta banyak lagi produk lain yang telah diperkayakan dengan nutrien tersebut. Persoalannya, jika makanan tersebut diperkayakan, adakah ia benar-benar selamat dan menepati jumlah keperluan individu untuk tujuan meningkatkan keupayaan otak? Oleh sebab itu, makanan semulajadi contohnya ikan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana produk ciptaan manusia. Ini kerana ia mengandungi pelbagai zat lain dan bukan hanya tertumpu kepada zat-zat tertentu sahaja.
Otak menggunakan lebih banyak glukosa berbanding organ lain. Untuk memaksimumkan keupayaan otak, ia memerlukan bekalan glukosa yang cukup. Karbohidrat kompleks merupakan makanan yang terbaik untuk otak. Secara dasarnya, semakin banyak kita mengambil makanan berkarbohidrat, dan biasa mengambilnya maka ia akan memelihara kesihatan tubuh badan dan otak kita dapat bekerja dengan baik. Rangkaian makanan yang bersumberkan zat-zat protein, zink, selenium dan zat besi juga mampu meningkatkan perkembangan kognitif, daya tumpuan dan keupayaan IQ seseorang.
Perkara yang penting untuk mengekalkan otak yang sihat adalah makan makanan seperti biasa di sepanjang hari. Ini untuk memastikan otak kita menerima tenaga yang berterusan bagi mengekalkan kecergasannya. Walaubagaimanapun, otak manusia hanya boleh menyimpan sejumlah kecil glukosa sahaja pada satu-satu masa. Oleh itu, makan makanan secara tetap dan menurut kebiasaan akan membantu mengekalkan bekalan tenaga yang tetap  kepada otak.
Oleh sebab itu, mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memelihara dan menjaga kesihatan jasmani dan otak. Menukarkan pemakanan yang tidak sihat kepada pemakanan seimbang dan sihat bukan setakat boleh memperbaiki sikap dan keupayaan otak seseorang tetapi juga boleh mengelakkan daripada penyakit kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
Perlu diingatkan bahawa memenuhi keperluan nutrien yang baik bermula sejak bayi lagi adalah penting untuk kecerdikan yang optimum, perkembangan akhlak dan peribadi yang baik. Pemilihan makanan halal dan baik perlu dititikberatkan sepertimana yang dianjurkandalam Islam. Ini kerana pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat.
Artikel :
Norkumala binti Awang