"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, August 22, 2011

Tingkatan cemburu


Tingkatan cemburu itu ada tiga:

1. Cemburu seorang hamba kerana Tuhannya,jika larangan larangnnya diabaikan dan batas-batasnya dilanggar.
2.Cemburu pada hatinya,jika ia tenang dan dekat kepada selain Allah.
3.Cemburu pada kehormatan-Nya jika dicintai oleh orang lain.

Cemburu yang disukai oleh Allah dan rasul-Nya berkisar pada tiga jenis cemburu ini.Selain itu,mungkin merupakan godaan syaitan,atau cubaan dari Allah,seperti cemburunya seorang wanita terhadap suaminya yang akan menceraikannya.

Bila ditanya,"Termasuk jenis yang mana cemburunya Fatimah r.a puteri Rasulullah saw terhadap Ali bin Abi Thalib,ketika Ali ingin menikahi puteri Abu jahal?Juga termasuk jenis yang mana kecemburuan Rasulullah terhadap rencana Ali itu demi Fatimah?Jawapannya,itu termasuk cemburu yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya.

Nabi s.a.w telah menyatakan bahawa Fatimah merupakan bahagian dari dirinya.Ini bererti,sesuatu yang mengganggu Fatimah,juga mengganggu beliau.Pernikahan yang seperti itu tentu tidak ada baiknya,kerana puteri Rasulullah tidak sudi berkumpul bersama puteri musuhnya pada satu suami.Kerana hal ini tidak sepadan..

Saat memilih Ali sebagai menantunya,Rasulullah saw,telah memberi syarat agar Ali tidak membuat susah pada Fatimah dan tidak menyakitinya.Bahkan Ali diharuskan menggaulinya dengan cara yang ma'ruf(baik).Dan,bukanlah suatu yang ma'aruf bila Fatimah kemudian dimadu dengan puteri musuh Allah dan Rasul-Nya,yang tentu saja akan membuatnya benci.Kerana itulah Rasulullah saw,bersabda,"Kecuali jika Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku dan menikahi putri Abu Jahal."(HR Bukhari dan Muslim)

Menurut usul yang disetujui ahli fiqih,Rasulullah saw,memberi syarat seperti itu kerana beliau takut akan terjadi fitnah pada puterinya dan agamanya.Kecemburuan Rasulullah itu tidak didorong oleh kebencian terhadap poligami itu sendiri,tapi kerana kehormatan agama.Hal ini terungkap lewat sabda beliau,"Aku takut agamanya terfitnah."(HR.Bukhari dan Muslim)