"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, August 13, 2011

9 Anugerah Allah SWT Kepada PenCinta Solat


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMK7G6sMiObFzsPhNJeLtClB0WL9r3LEZvfRdG1WwnPNl25BauEZH3__h1nu-rvMtuJz5pYRq8xWVOiansszZBLH3qb-wKD5gKyBLmYHCHvLUtufP67dQw1tHlj12inBMpSKtbEdSQr_M/s1600/TAHAJUD.jpg
1- Allah SWT menCintainya.
2- Dia mendapat nikmat kesihatan.
3- Dia dinaungi oleh Para Malaikat.
4- Rumah dan kediamannya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
5- Cahaya Taqwa bersinar diwajahnya.
6-  Allah SWT akan melembutkan hatinya.
7- Dia akan melintasi Sirat Mustaqim sepantas kilat.
8- Allah SWT menyelamatkannya daripada api neraka.
9- Didalam Syurga nanti dia akan ditemani oleh mereka-mereka yang mendapat pujian Allah SWT.
Kitab Fadhail Amal. m/s: 42. Bab Fadhilat Solat.

Penerbangan Terakhir Tidak Kembali lagi


http://img131.imageshack.us/img131/4917/tripzp4.jpg

Maklumat Peribadi

Nama: Manusia.      Bangsa: Tanah.   Alamat : Bumi.

Maklumat Penerbangan

Terminal Berangkat : Bumi
Destinasi :  Akhirat ( Tarnsit dalam Kubur ).
Masa Penerbangan : Tidak ada siapa yang dapat menentukan.
Masa Berangkat : Apabila Sakartul Maut menjemput.

Keperluan Yang Dibenarkan Bawa Bersama

2 meter kain putih dan amal soleh serta amal kejahatan.

Keperluan Yang Boleh Digunakan Setelah Sampai Destinasi

1-Sedekah Jariah.
2- Doa dari anak yang soleh.
3- Ilmu yang memberi manfaat.
4- Amal kebajikan yang dikerjakan oleh orang lain yang diajarinya.

Penerbangan Ini Amat Menakutkan Buat Mereka Yang Tidak Mematuhi Arahan Dibawah

1- Mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.
2- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.
3- Berbakti kepada ibu bapa  dan berhubung Silatul Rahim.
4- Berlumba-lumba mengerjakan ibadat-ibadat puasa, bebajikan dan amalan sunat.
5- Makan dan minum dari sumber yang halal.
6-  Tidak panjang angan-angan.

Kepada mereka yang sudi dan tidak sudi meneruskan penerbangan ini, semuanya mesti membuat persediaan.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW serta  Ilmu Allah SWT.

Talian untuk tempahan anda adalah percuma di seluruh dunia.

3 Golongan yang haram kita membenci mereka


http://talaatafifi.net/images/097x.jpg
Abu Umamah R.A. memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa membenci tiga golongan berikut dia adalah orang munafiq
(1) Seorang Islam yang tua (2) Seorang Ulamak (3) Seorang Raja yang adil.
Kitab Fadhail Amal, m/s : 31. Bab Fadhilat Tabligh.

Satu Kalimah yang mendapat 4 Pengampunan Allah SWT


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQvORP6NZ4QvJRwwJk6Yze9wDX73UNLq2nkq2i45kXa9f3sr-Ar_y_LYdA25m8ZbO9pLgG-mJN6yrTNIq4dWNKgmNOiNoaYP8LnpMq97GEgiDbVCaqaDeDE_izOtxRHHBt8k5GZlndF-N-/s400/%D9%84%D8%A7+%D8%A5%D9%84%D9%87+%D8%A5%D9%84%D8%A7+%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87.jpg
Siti Zubaidah R.A. telah berkata  " Aku mendapat keampunan kerana 4 perkara :
1- Laa Ilaaha Illallahhu Afni biha umri : Aku habiskan umurku dengan kalimah Laa Ilahaillallah.
2- Laa Ilaha Illallahhu Adkhalubiha Qabri : Aku masuk kuburku dengan kalimah Laa Ilahaillallah.
3- Laa Ilahaillallahu biha Wahdi  :  Aku habiskan masaku yang sunyi dengan kalimah Laa Ilahaillallah.
4- Laa Ilahaillallahu Alqi Biha Rabbi : Aku mengadap Tuhanku dengan membawa  Laa Ilahaillallah.
Kitab Fadhail Amal, m/s : 197. Bab  Fadhilat Zikir

5 Amalan memberi cahaya di dunia dan Akhirat


http://www.al-manal.com/forum/images/mms/mms-18.gif
Abu Bakar As-Siddiq berkata :
1- Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya adalah Taqwa.
2- Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah Taubat.
3- Kubur adalah gelap dan lampunya adalah  Laa Ilaha Illallah.
4- Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah Amal-amal Soleh.
5- Jambatan Sirat adalah gelap dan lampunya adalah Yakin.
Kitab Fadhail Amal, m/s : 175, Bab Fadhilat Zikir

7 Cara meringankan musibah


http://30.media.tumblr.com/tumblr_lpmag3dnhT1qcsq8qo1_500.jpg
1- Menunggu pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT.
2- Menziarahi orang ditimpa musibah.
3- Yakin bahawa musibah yang menimpa anda adalah lebih ringan daripada musibah yang Allah SWT timpakan ke atas orang lain.
4- Yakan bahawa musibah yang anda deritai hanya sementara di dunia sahaja sedangkan ganjaran besar telah Allah SWT sediakan di Akhirat nanti untuk anda.
5- Kesabaran bersama penderitaan yang Allah SWT uji pasti mendapat pahala yang lebih besar berbanding dengan kesabaran bersama kenikmatan.
6- Jangan sesekali melakukan tipu muslihat.
7- Sedarlah bahawa pilihan Allah SWT untuk diri anda adalah terbaik.
Kitab La Tahzan, m/s: 466.

5 Perkara melapangkan hati


http://27.media.tumblr.com/tumblr_ll7hutoDmy1qfwpluo1_500.jpg
1- Ilmu yang memberi manfaat.
2- Amal Soleh kerana ia memberi cahaya kepada hati.
3- Keberanian kerana orang yang teguh iman dan pendiriannya akan yakin dengan pertolongan Allah SWT.
4- Menjauhkan diri dari perkara-perkara maksiat kerana perkara maksiat akan mengeruhkan jiwa.
5- Menjauhi perkara-perkara yang berlebihan kerana Islam sentiasa mengutamakan kesederhanaan.
Kitab La Tahzan, m/s : 1061.