"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, May 17, 2011

Masih menyesal walau telah berada dalam Syurga Allah SWT

Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan yang dikurniakan Allah SWT. Persoalan utama pada hari ini ialah 'Mengapa di akhirat nanti orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal?? Jawapan bagi persoalan ini adalah suatu jawapan bagi perkongsian buku pada kali ini iaitu sebuah buku yang bertajuk 'Solat Sunat Pilihan' sebuah karya dan hasil tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.Apa kena mengena dengan buku 'Solat Sunat Pilihan' dengan menyesal masuk syurga?? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukanlah daripada amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.
Buku Solat Sunat Pilihan adalah salah sebuah buku keluaran Telaga Biru mengandungi penerangan tentang Solat Rawatib, Solat Dhuha, Solat Witir, Solat Tahajud dan Solat Hajat. MasyaAllah sebuah buku yang begitu menraik sekali tulisan dan penjelasannya.
Ingin berkongsi pengalaman membaca buku ini iaitu pada ketika membaca tentang Solat Dhuha barulah mengetahui tentang begitu banyak sekali kelebihan mereka yang Istiqamah dalam melakukan Solat Dhuha begitu juga penjelasan tentang solat-solat sunat pilihan yang lain.
Buku ini berharga Rm19.90. Tidak rugi rasanya melaburkan sedikit wang untuk memiliki sebuah buku yang mempunyai begitu besar manfaatnya pada diri kita untuk masa hadapan.Oleh itu dapatkn buku ini di pasaran. Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam mendalamkan ilmu tentang amalan solat sunat pilihan insyaAllah...=)
Rujukan :

9 Website anti Islam yang wajib anda jauhi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNd_bvGcQ3Z3TGSyPNqMZirMPQafbrA-0IPciiuB-JwriQn8a2VUUW4ot1bpV0x3exCsfWXIVVHGGCaQgyDgk9LRT5ntBkTTFd4T_-inSgERTZdQND-apZq9vgnAHT-hYklCppCyK6uGuu/s400/agenda+kristian1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtFeL5YC5T-emGcML1nmcc8Mqn8jPVYH3_dQt1AcMc0E0w2RD19a4Y4NAdKGCWIxZykiYjaVtUjMrlDpcsqdd4nebxaluWVYmgJH_srrZzqca3qXtV-Lq_K1Z6_eogiGH_skneOQdCHOXE/s400/agenda+kristian2.jpg
Gambar di atas adalah diantara agenda mereka untuk memesongdan mengelirukan  aqidah umat Islam.
Assalamualaikum w.h.b.k.t, di sini ingin saya sebarkan laman-laman web anti Islam. Laman-laman web ini cuba untuk mempesongkan akidah umat Islam pada masa ini.
Laman-laman web ini banyak mempermainkan ajaran Islam yang sebenar serta memesongkan lagi ajaran Islam serta berjenaka dengan ayat al-Quran, diharap para muslimin dan muslimat sekalian dapat hindarkan dari singgah ke laman web ini. Semoga dengan penyebaran laman web ini dapat memberikan kebaikan kepada seluruh umat Islam.
Sebarkanlah kepada saudara-saudara Islam kita yang lain.

1. www.aol.com/suralikeit

Al-Quran Menerangkan Komunikasi Tanpa Wayar

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com
Pengenalan 
Kita selalu mendengar tentang “Al-Quran dan Sains”, tapi pernahkah anda dengar tentang “Al-Quran dan ICT”? ICT atau Information Technology Technology memang dijelaskan dengan mendalam di dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak 11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda kehairanan!Malah yang paling hebat yang akan menjadi “breakthrought” dan merubah sistem komunikasi dan “pergerakkan” manusia ialah apabila Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara “ghaib” dengan menggunakan kuasa tenaga elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang amat besar.
Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet ini.
Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan (dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).
Az-Zaariyat 51:1-4 Menejelaskan Komunikasi Tanpa Wayar
Marilah kita kaji dengan lebih terperinci. Di bawah ini adalah terjemahan di ambil dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan dan renungan.
Penjelasan ayat 51:1
Untuk peringkat permulaan ini saya akan menggunakan perkataan “gelombang mikro” dan “kuasa atau tenaga elektro magnet” secara bebas (quite loosely). Tidak dinafikan memang ada perbezaan di antara keduanya. Kita akan menyentuh perbezaan dan persamaannya nanti.
Hari ini kita akan mengkaji ayat 1 yang bermakna “Demi Az-Zaariyat yang terbang selaju-lajunya”. Ayat ini bermula dengan ‘Wa’ apa yang dinamakan ‘wau sumpah’ yang bermakna ‘Demi’. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, ini bermakna benda itu (iaitu ‘Az-Zaariyat’) adalah satu ciptaanNya yang penting dan hebat, dan sangat berguna kepada manusia, dan amat merbahaya sekiranya disalah-guna.
Gambarajah 51: 1 menunjukkan tenaga foton atau gelombang-mikro yang dijana.
Perkataan Az-Zaariyat berasal dari perkataan ‘Zara’ yang bermakna tabur atau terbang. Dari segi nahu ‘Az-Zaariyat’ adalah pembuat/pelaku (ismul faa’il) yang membawa makna Penerbang atau Penabur.
Sementara Perkataan ‘Zarwa’ juga berasal dari perkataan yang sama iaitu ‘Zara’ tetapi dari segi nahu dipanggil ‘infinitif’ atau ‘masdar’ yang bermakna ‘Penerbangan’ atau ‘Penaburan’ tetapi apabila di ‘mansubkan’ ayat ‘Az-Zaariyati Zarwa’ ianya dipanggil (dari segi nahu) ‘al-maf-ul al-mutlaq’ atau absolute/cognate accusative yang membawa makna keadaan semula-jadi atau ‘nature’ yang menaburkan dengan sebanyak-banyaknya dan terbang selaju-lajunya.
Maka ayat 51:1 membawa makna “Demi Penerbang/Penabur yang Menabur sebanyak-banyak taburan yang terbang selaju-lajunya”
Elektron dan Foton
Perhatikan baik-baik. Ada “dua benda” yang hendak dijelaskan pada ayat ini. Satunya “Az-Zaariyat” kita labelkan dia sebagai “E dan kita namakan Elekron”, dan benda yang ke-dua ialah “Zarwa” kita labelkan sebagai “F dan kita namakan foton”. Dengan kata lain, pada ayat 51:1 ini Al-Quran menjelaskan satu hukum atau teori di mana apabila “E” terbang ianya akan menaburkan (mengeluarkan) “F”. Dan sifat “F” ialah satu taburan yang amat banyak dan “F” juga terbang pada kelajuan yang tersangat laju.Cuba lihat betapa pentingnya peranan nahu dan bahasa arab, dan betapa pentingnya kita mengkaji dari sumber asal Al-Quran (orignal source) iaitu mengkaji ayat-ayat dalam bahasa arab (bukannya dari sumber terjemahan). Sekiranya kita hanya mengkaji dari sumber terjemahan yang ada sekarang kita tidak akan nampak makna (bahasa) yang sebenarnya. Sebab “Demi Penerbang yang terbang selaju-lajunya” akan difahami haya satu perkara sahaja iaitu “Penerbang” atau “E” (dalam contoh kita tadi). Sedangkan yang lagi penting ialah “F” yang terselindung di sebalik nahu/grammer (dan memang susah untuk diterjemah secara bahasa atau literal atau lafziyah).
Apabila saya katakan “terselindung” di sini bukannya bermakna saya membuat “takwil” atau agak-agak sahaja. Allah SWT melarang sama sekali manusia mengkaji dan menafsir ayat Al-Quran (yang mutashabihat) secara “Takwil” seperti kita takwil mimpi tanpa asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan mendalam. Apa yang saya maksudkan “terselindung” di sini ialah maknanya memang wujud, ada dan jelas pada ayat tersebut tetapi kita tidak nampak sebab ianya terselindung disebalik nahu bahasa arab. Sesiapa yang faham nahu maka dia akan nampak, dan sesiapa yang tidak faham nahu dia tidak akan nampak makna sebenar.
Kaji Ikut Sains
Mari kita kaji dari segi Sains dan ICT. Benda yang bergerak paling laju (yang diketahui manusia) ialah cahaya iaitu pada kelajuan kira-kira 300,000km/saat (dalam vokum). Secara rengkasnya, cahaya adalah merupakan tenaga foton. Tenaga foton ini pula terhasil apabila elektron terbang ‘melompat keluar’ dari orbit tenaganya. Apabila elektron melompat keluar ianya akan melapaskan tenaga dan menaburkan berbilion-bilion tenaga foton yang terbang pada kelajuan yang teramat sangat.Sekarang mungkin kita sudah mula ada sedikit gambaran dalam kepala akan makna atau tafsir ayat 51:1 ini. Kita mungkin boleh bayangkan sebiji bola apabila ditendang bola itu akan terbang ke udara, dan sambil terbang akan tersembur keluar bola-bola halus dari badan bola itu.
Yang perlu kita fahami pada ayat ini ialah ada DUA benda penting iaitu “E” (bola) dan “F” (bebola halus). Dua benda ini ialah “E” (elektron) tenaga elektrik, dan “F” (foton) iaitu yang akan menghasilkan tenaga magnet dan cahaya. Tenaga elektrik boleh mengalir pada logam seperti besi, dan tidak boleh mengalir pada penebat seperti plastik dan kayu. Tetapi daya magnet boleh mengalir di mana sahaja. Cuba gerakkan magnet di bawah meja dan lihat pin-klip di atas meja bergerak mengikut magnet.
Apabila ditafsir secara Sains dan ICT, ayat 51:1 ini bermakna Allah SWT bersumpah dengan “Az-Zaariyat” iaitu satu benda ghaib (yang memang wujud dan boleh dikesan kewujudannya dengan pelbagai peralatan) tetapi tidak dapat dilihat oleh mata manusia dan tidak boleh dikesan oleh deria “manusia biasa”. Benda “Az-Zaariyat” ini apabila terbang akan menghasil atau mengeluarkan satu tenaga lain yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia biasa. Kedua-dua benda ini (dari segi sains) merujuk kepada tenaga elektro-magnet atau gelombang mikro yang terhasil apabila elektron melompat keluar orbitnya.
Untuk memahami ilmu abstrak atau ghaib ini memang agak sukar sebab kita tidak dapat gambarkan dalam kepala kita. Terdapat beberapa website di internet yang agak menarik yang munfkin dapat membantu anda memahami tentang elektron, foton, dan gelombang mikro seperti www.howstuffworks.com, www.colorado.edu/physics, dan sebagaimya.
Kesimpulan
Al-Quran menjelaskan beberapa hukum dan teori yang hebat pada surah Az-Zaariyat ayat 1-11. Allah SWT menjelaskan beberapa hukum dan teori yang amat penting, amat berguna dan juga amat besar kesannya kepada manusia.
Pada ayat pertama (51:1), Allah menjelaskan tentang satu kuasa ghaib yang terbang dan menaburkan satu kuasa atau tenaga ghaib yang lain. Apabila dikaji dari segi ICT dan Sains, ianya mungkin merujuk kepada pergerakkan elektron yang melompat keluar dari orbit tenaganya dan melepas satu tenaga iaitu tenaga foton yang bertabur sebanyak-banyaknya dan yang terbang selaju-lajunya.
Insyaallah pada siri berikutnya kita akan melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan tenaga ini boleh dimuatkan dengan data (51:2), dan seterusnya ianya boleh dipancarkan dengan mudah (51:3), dan kemudian data-data boleh dikumpul dan disebar dengan menggunakan program (51:4).
Wallahu A'lam

Kanak-Kanak yang menyebabkan seluruh dunia arab menangis

Berusia 10 tahun tetapi mampu menghadapi kematian tanpa ayah dan ibu.
Menghadapi penyakit kanser yang amat berbahaya.
Ayah dan ibunya terlebih pergi menemui Allah SWT....
Bacaan Al-Quran yang berkumandang melalui siaran, adalah rakaman yang berlangsung melalui udara dari Britain dan Chanel Dakwah Mesir.
Bacaan Al-Quran yang tidak mengharap hadiah dan pujian manusia.

Sunday, May 15, 2011

Pesan Dan Nasihat ABU BAKAR




Pesan Dan Nasihat ABU BAKAR

Dialah yang dijuluki ash-Shiddiq,'Abdullah bin Abu Quhafah Teman Rasulullah saw,ketika hijrah,yang berdua-duaan dengan beliau ketika berada dalam gua.Dia mengorbankan semua harta bendanya di jalan Allah.Menyerahkan jiwa raganya kepada Allah dan Rasul-Nya.Tidak pernah mengatakan,"Tidak"dan tidak pernah bertanya"kenapa?"kepada Rasulullah saw.Tetap tegar ketika banyak sahabat gundah mendengar berita wafatnya Rasulullah.Dia adalah teman setia Rasulullah saw.didunia dan akhirat.Dia adalah lelaki dewasa pertama masuk Islam.penyeru ke jalan Allah.Ada lima orang yang memeluk Islam dan dijamin masuk syurga berkat bimbingannya.Khalifah pertama setelah Rasulullah saw.wafat.


Sabda Rasulullah Saw.tentang Abu Bakar r.a.."Seandainya aku boleh memilih seorang kekasih selain Allah,aku pasti memilih Abu Bakar sebagai teman setia.Namun,Allah telah menjadikannya sebagai saudara dan kekasih dalam Islam."
Perkataan 'Umar r.a. tentang Abu Bakar"Abu Bakar adalah penghulu kami.Dia juga memerdekakan penghulu kami,iaitu Bilal bin Rabah."
"Aku lebih suka mati daripada harus memerangi satu kaum yang di dalamnya ada Abu Bakar."
Ibnu 'Umar r.a. berkata,"Pada masa Rasulullah Saw,kami memilih orang-orang terbaik,maka terpilihlah Abu Bakar,kemudian 'Umar bin Khaththab,dan 'Uthsman bin 'Affan.Semoga mereka diredhai Allah."



Saudaraku,Malulah Kepada Allah

Zubair meriwayatkan bahawa Abu Bakar r.a. berkata,"Saudaraku,malulah kepada Allah! Demi zat yang kehidupanku ada dalam genggaman-Nya,ketika aku buang hajat di tempat terbuka,aku menutupi kepalaku dengan rapat kerana malu kepada Allah."(Ibnu Syaibah)

'Amru bin Dinar meriwayatkan bahawa Abu Bakar r.a. berkata,"Malulah kepada Allah! Sungguh,ketika buang hajat,aku pasti  bersandar ke dinding kerana malu kepada Allah."

Mati Lebih Mudah Daripada Hidup

Sufyan bin 'Uyaynah meriwayatkan bahawa setiap kali Abu Bakar r.a. mendatangi orang yang mendapat musibah,dia berkata,"Orang yang dijenguk bukanlah orang yang mendapat musibah.Orang yang meratapi kematian tidak mendapat keuntungan apa-apa.Dibanding kehidupan ini,kematian adalah persoalan ringan.Tapi,dibanding kehidupan selanjutnya,kematian adalah persoalan berat.Ingatlah,ketika kalian kehilangan Rasulullah Saw!Semoga musibah yang kalian hadapi terasa ringan,namun Allah menyiapkan pahala yang besar untuk kalian."(Ibnu 'Asakir)

Nasihat Abu Bakar Kepada Pasukannya

Abu 'Umar al-Juni meriwayatkan bahawa Abu Bakar mengutus pasukan ke Syam di bawah pimpinan Yazid bin Abu Sufyan.Abu Bakar berpesan,"Ada sepuluh pesan untukmu.Jangan membunuh perempuan,anak-anak,orang tua.Jangan menebang pohon yang sedang berbuah,jangan merobohkan bangunan,jangan membunuh kambing dan unta kecuali untuk dimakan,jangan menebang atau membakar pohon kurma,jangan berkhianat dan menjadi pengecut."(Baihaqi)

Pesan Abu Bakar Untuk Melindungi Keluarga Nabi
Ibnu'Umar meriwayatkan Abu Bakar berkata."Lindungilah keluarga Rasulullah Saw!"(Bukhari)

Pemimpin Baik,Rakyat Sejahtera

Abu Qais bin Abu Hazim meriwayatkan bahawa Abu Bakar mendatangi seorang perempuan suku Ahmas bernama Zainab.Abu Bakar mendapati perempuan itu tidak mahu berbicara,lalu Abu Bakar bertanya kepada orang di sekitarnya,"Kenapa dia tidak mahu berbicara.?"

"Dia sedang mogok bicara."Jawab mereka.
"Berbicaralah!Ini tidak benar.Ini adalah perbuatan yang biasa dilakukan orang Jahiliah,"Kata Abu Bakar kepada Zainab.

"Anda Siapa?"Zainab balik bertanya.
"Aku adalah orang Muhajirin."
"Orang Muhajirin yang mana?"
"Yang berasal dari Suku Quraisy."
"Quraisy yang mana?"
"Pertanyaanmu terlalu banyak,aku ini Abu Bakar."
"Sampai kapan ketenteraman ini akan berlanjutan setelah diselamatkan oleh Allah dari masa Jahiliah?"
"Kalian akan tetap sejahtera selama pemimpin kalian masih istiqamah."
"Siapa pemimpin itu?"
"Bukankah dalam kaummu ada orang yang dihormati dan perintahnya selalu diikuti kaumnya?"
"Ya,ada."
"Merekalah yang aku maksudkan."(Bukhari)

Yang Soleh Habis Perlahan-Lahan

Abu Bakar r.a. berkata."Orang-orang saleh itu akan dicabut satu persatu,sehingga manusia hanya tinggal yang fasik saja,seperti serbuk kurma dan gandum.Allah sudah tidak peduli lagi terhadap mereka."(Ahmad)

Nikmatnya Menjadi Burung

Mu'adz bin Jabal meriwayatkan bahawa Abu Bakar memasuki tempat buang hajat dibawah pohon.Dia menghela nafas sambil melihat ke atas,kemudian berkata,"Beruntunglah engkau,wahai burung.Engkau makan buah-buahan yang dihasilkan oelh pohon ini,berlindung dibawahnya,dan pergi tanpa dihisab.Alangkah beruntungnya bila aku sepertimu."

Jadikan Aku Lebih Baik Dari Praduga Mereka

Al-Ashma'i meriwayatkan,setiap kali dipuji.Abu Bakar berkata,"Ya Allah,Engkau Mahatahu tentang diriku.Dan,aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka.Ya Allah,jadikanlah aku lebih baik dari praduga mereka!Ampunilah aku dari segala yang tidak mereka ketahui!Jangan seksa aku dengan segala yang mereka katakan!""
Abu Bakar juga pernah berkata,"Aku ingin menjadi sehelai rambut yang tumbuh di badan seorang Mukmin."(Ahmad)
Dia juga berkata,"Aku ingin seperti sayur yang dimakan oleh serangga.
"

Jangan Putus Asa

Tsabit al-Bannani meriwayatkan bahawa Abu Bakar pernah melantunkan syair berikut:

Seseorang selalu ingin mati hingga kematian menjemputnya
Seorang pemuda terkadang berharap mati,
tapi yang mati justru orang lain.

Hanya Allah Doktorku

Ketika Abu Bakar sedang sakit,dia bertanya,"Bagaimana jika Anda dirawat oleh seorang doktor?"
"Dia telah melihat dan memeriksaku,"jawab Abu Bakar.
"Apa kata doktor itu?"
"Sang doktor berkata,"Aku pasti melakukan apa saja yang aku kehendaki.""

Sebenarnya Kalian Mencaci Diri Sendiri

Seorang lelaki berkata kepada Abu Bakar,"Sumpah,aku akan mencaci maki Anda hingga cacian itu mengikuti Anda ke dalam kubur."
Abu Bakar berkata,"Sebaliknya,cacian itu akan selalu bersamamu,tidak mungkin masuk kubur bersamaku."

Hamba Pilihan Allah

Abu Bakar r.a. berkata,"Orang yang memilih empat hal berikut adalah hamba pilihan Allah:bergembira ketika melihat orang bertaubat:memintakan ampun kepada orang yang berdosa:mendoakan orang yang berhutang:dan menolong orang untuk berbuat baik."

Solat Penebus Neraka

Setiap waktu shalat tiba,Abu Bakar r.a. berkata,"Berdiri dan padamkan api yang kalian nyalakan itu!"Maksudnya adalah,laksanakanlah Shalat untuk menghapuskan dosa-dosa yang dapat menyebabkan masuk ke dalam api neraka-sebagaimana firman Allah Swt..

"Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang(pagi dan petang) dan pada permulaan malam.Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan(dosa)perbuatan-perbuatan yang buruk.Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."(QA.Hud[11]:114)

Pesan Abu Bakar Kepada Khalid Bin Al-Walid

Abu Bakar berpesan kepada Khalid bin al-Walid yang telah memimpin beberapa kali pertempuran  ,"Perbanyakkanlah bekal dan carilah penunjuk jalan!Jika utusan musuh mendatangimu,laranglah prajuritmu berbicara dengan mereka,sehingga utusan itu pergi tanpa mendapatkan informasi apa pun tentang dirimu.Selain itu,jangan banyak berbicara,kerana kunci kemenangan berasal dari ucapanmu.Jauhkan tempatmu dari tempat prajurit.kerana tempat tinggal yang berdekatan prajurit mempermudahkan mata-mata musuh mengintaimu.Jangan pernah membunuh musuh kerana benci dan marah,kerana hal itu dapat mencerai-beraikan kekuatanmu!"

Manusia Yang Paling Sengsara

Abu Bakar r.a. berkata,"Manusia yang paling sengsara adalah para raja.Dia melihat setiap orang yang mendatanginya sebagai budak."Lalu Abu Bakar berpesan,"Mereka itu gegabah dan zalim.Tahukah kalian,setiap raja yang berkuasa itu ajalnya menjadi pendek?Dia selalu dihantui oleh rasa takut dan sedih berkepanjangan.Dalam pandangannya sendiri,dia telah berbuat banyak,padahal rakyat menganggapnya masih kurang bijaksana dan kurang adil.Dia selalu merasa kurang,padahal kekayaannya sudah bertumpuk."

Jangan Bercerai Berai

Abu Bakar r.a. berkata,"Di mana orang-orang yang kalian kenal?Ayah,anak,saudara,dan kerabat kalian?Mereka telah mendapatkan segala yang pernah mereka lakukan.Setelah mati,mereka pasti bertemu dengan kesengsaraan atau kebahagiaan.
Saudaraku! Ketahuilah,Allah hanya memberi kebaikan dan menghindarkan dari kejahatan bagi orang yang taat  dan mengikuti semua perintah-Nya.Jika kalian ingin selamat di dunia dan akhirat,maka dengar,patuh,dan taatlah kepada-Nya,dan jangan pula bercerai berai.Bercerai-berai hanya akan memporak-porandakan tujuan kalian.Bersatulah dalam menjalankan perintah Allah!"

Pesan Abu Bakar Kepada 'Umar bin Khaththab

Abu Bakar r.a. pernah berpesan kepada 'Umar bin Khaththab r.a. "Umar,setelah aku wafat,nanti,aku menjadikanmu sebagai penggantiku.Pesanku:selalu bertaqwalah kepada Allah!

Ketika Allah menerima amal malam hari,Dia tidak akan menerima amal tersebut pada siang hari.Dan,ketika Allah menerima ajal siang hari,Dia tidak akan menerima amal itu di malam hari.Allah tidak mungkin menerima amal yang sunah jika yang fardhu belum ditunaikan.

Beratnya  timbangan samal seseorang pada Hari Kiamat kerana banyak dan baiknya ibadah di dunia.Sungguh,timbangan amal menjadi berat kerana dibebani amal baik.Dan ringannya timbangan amal seseorang pada Hari Kiamat kerana kejahatannya yang banyak di dunia.Sungguh,timbangan yang hanya dibebani amal jahat menjadi ringan.

Allah Swt.telah menyebut-nyebut penduduk syurga dengan menyebut-nyebut amal baik mereka dan mengampuni dosa mereka.Sungguh,aku ingin seperti mereka.Dan Allah menyebut-nyebut penghuni neraka dengan menyebut-nyebut kejahatan mereka sekalipun tidak mengingkari kebaikan mereka.Sungguh,aku tidak ingin seperti mereka.

Allah Swt,menyebutkan keadilan bermasaan dengan ayat-ayat rahmat.Tentunya,agar seseorang mengharap rahmat-Nya,takut terhadap seksaan-Nya,hanya menginginkan kebenaran dari-Nya,dan tidak  mencelakakan dirinya sendiri.

Umar,jika engkau menerima pesanku ini,maka jangan sampai sesuatu yang semu lebih engkau cintai daripada kematian.Kematian itu pasti mendatangimu.Jika engkau tidak mengindahkan pesanku ini,maka jangan sampai sesuatu yang semu itu lebih engkau benci daripada kematian.Sementara engkau tidak mungkin mampu menolak keputusan Allah."

Saturday, May 14, 2011

Hajarul Aswad mewakili Black Hole dalam Alam Semesta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuz1pEhPnWXOe5IemG0w_2MC8dS_Sg25gQ2IKnrONsXqsuMQMel1B1dSVJCfM8H6q97-qmGjs_d4SbbmyFC5my4b5_u5nBEPeF9Qpjdl8fk9OGX9iiEKXNyXGGZBC138U_IDt8lnrkKb8/s320/HajarAswad2.jpg
Kita semua tahu bahwa Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudorat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam prosesi ibadah haji tersebut adalah sekedar mengikuti ajaran dansunnah Nabi SAW. Jadi apa yang kita lakukan bukanlah menyembah Batu, dan tidak juga menyembah Ka’bah.
Umar bin Khatab berkata “Aku tahu bahwa kau hanyalah batu, kalaulah bukan karena aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Allah memerintahkan kita untuk Thawaf mengelilingi Ka’bah dan Dia pula yang telah memerintahkan untuk mencium Hajar Aswad. Rasulullah juga melakukan itu semua, dan tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya : “Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS. An-Najm : 53 ) “.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.
Teori Black Hole (lubang hitam) dikemukakan lebih dr 200 tahun yg lalu.Pada 1783 , ilmuwan John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujud nya sebuah lubang hitam setelah beliau meneliti dan mengkaji teori gravitas Isaac Newton.
Istilah “lubang hitam” pertama kali digunakan oleh ahli fisika Amerika Serikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama demikian karena lubang hitam tidak dapat dilihat, karena cahaya turut tertarik ke dalam nya sehingga kawasan di sekitar nya menjadi gelap.
Cara Kerjanya : Massa dari lubang hitam terus bertambah dengan cara menangkap semua materi didekatnya. Semua materi tidak bisa lari dari jeratan lubang hitam jika melintas terlalu dekat. Jadi obyek yang tidak bisa menjaga jarak yang aman dari lubang hitam akan tersedot. Berlainan dengan reputasi yang disandangnya saat ini yang menyatakan bahwa lubang hitam dapat menyedot apa saja disekitarnya, lubang hitam tidak dapat menyedot material yang jaraknya sangat jauh dari dirinya. dia hanya bisa menarik materi yang lewat sangat dekat dengannya.
alt
Hajar Aswad berasal dari surga. Batu ini pula yang menjadi fondasi pertama bangunan Ka’bah, dan ia menghitam akibat banyaknya dosa manusia yang melekat disana pada saat mereka melakukan pertaubatan. Tidakkah orang yang beriman merasa malu, jika hati mereka menghitam akibat dosa yang telah dilakukan. Rasulullah bersabda “Ketika Hajar Aswad turun, keadaannya masih putih, lebih putih dari susu, lalu ia menjadi hitam akibat dosa-dosa anak Adam ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) “
Jadi berdasarkan Hadist tersebut Hajjar Aswad menyerap dosa-dosa manusia yang pernah menyentuhnya dan akan menjadi saksi di akhirat nantinya. Hal ini memiliki kesamaan sifat dari Black Hole di Alam Semesta.
Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan Kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahwa ini adalah kebenaran”. (QS. Anfusilat : 53)
Radiasi dari Ka’bah ini tak dapat diketahui tanpa pesawat antariksa abad 20, membuktikan jika Qur’an ialah berasal dari ALLAH, & bukti Qur’an mukjizat sepanjang masa. Kerana banyak ayat yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan terakhir, zaman terakhir.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa’:82
Sumber : Cahyaiman

40 Tahun melakukan dosa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbmlICFdRbNN3q49R7JaFdWeplj8NJe02W2HCvqumXpqUhf9iBbS0Tz1Bdu2_5mElUzlKxLbsnYpOrKm1XL7VSAF3GXGNBQhSCkwErqFloi7MvIRTB3kg-UMbK85FX_IlMqL-dDq8t_Dk/s1600/taubat1.jpg
Dalam riwayat yang lain pula dijelaskan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”
Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.
Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.
Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.
Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”
Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”
Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”
Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”
Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”
Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.
Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”
Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

22 Hadis berkaitan dengan dosa

http://sabdaislam.files.wordpress.com/2009/12/clip_image00127.jpg?w=297&h=99#038;h=170&h=99
1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai. (HR. Aththusi)
2. Perbuatan dosa mengakibatkan sial terhadap orang yang bukan pelakunya. Kalau dia mencelanya maka bisa terkena ujian (cobaan). Kalau menggunjingnya dia berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya. (HR. Ad-Dailami)
3. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Tiada dua orang saling mengasihi lalu bertengkar dan berpisah kecuali karena akibat dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. (HR. Ad-Dailami)
4. Celaka orang yang banyak zikrullah dengan lidahnya tapi bermaksiat terhadap Allah dengan perbuatannya. (HR. Ad-Dailami)
5. Barangsiapa mencari pujian manusia dengan bermaksiat terhadap Allah maka orang-orang yang memujinya akan berbalik mencelanya. (Ibnu Hibban)
6. Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya. (HR. Tirmidzi dan Al Hakim)
7. Tiada seorang hamba ditimpa musibah baik di atasnya maupun di bawahnya melainkan sebagai akibat dosanya. Sebenarnya Allah telah memaafkan banyak dosa-dosanya. Lalu Rasulullah membacakan ayat 30 dari surat Asy Syuura yang berbunyi : “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Mashabih Assunnah)
8. Apabila suatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah tidak hadir di tempat, dan orang yang tidak melihat terjadinya perbuatan tersebut tapi rela maka seolah-olah dia melihatnya. (HR. Abu Dawud)
9. Barangsiapa meninggalkan maksiat terhadap Allah karena takut kepada Allah maka ia akan memperoleh keridhoan Allah. (HR. Abu Ya’la)
10. Jangan mengkafirkan orang yang shalat karena perbuatan dosanya meskipun (pada kenyataannya) mereka melakukan dosa besar. Shalatlah di belakang tiap imam dan berjihadlah bersama tiap penguasa. (HR. Ath-Thabrani)
11. Jangan menyiksa dengan siksaan Allah (artinya: menyiksa dengan api). (HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
12. Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepat tindakan hukuman atas dosanya (di dunia) dan jika Allah menghendaki bagi hambanya keburukan maka disimpan dosanya sampai dia harus menebusnya pada hari kiamat. (HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
13. Apabila kamu menyaksikan pemberian Allah dari materi dunia atas perbuatan dosa menurut kehendakNya, maka sesungguhnya itu adalah uluran waktu dan penangguhan tempo belaka. Kemudian Rasulullah Saw membaca firman Allah Swt dalam surat Al An’am ayat 44 : “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu, mereka terdiam berputus asa.” (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
14. Sayyidina Ali Ra berkata: “Rasulullah menyuruh kami bila berjumpa dengan ahli maksiat agar kami berwajah masam.” (HR. Ath-Thahawi)
15. Bagaimana kamu apabila dilanda lima perkara? Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya. (1) Jika perbuatan mesum dalam suatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabah dan penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu. (2) Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan. Kalau bukan karena binatang-binatang ternak tentu hujan tidak akan diturunkan sama sekali. (3) Jika suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan maka Allah akan menimpakan paceklik beberapa waktu, kesulitan pangan dan kezaliman penguasa. (4) Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah maka Allah akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka. (5) Jika mereka menyia-nyiakan Kitabullah dan sunah Nabi maka Allah menjadikan permusuhan di antara mereka. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
16. Tiada seorang berzina selagi dia mukmin, tiada seorang mencuri selagi dia mukmin, dan tiada seorang minum khamar pada saat minum dia mukmin. (Mutafaq’alaih)
Penjelasan:
Ketika seorang berzina, mencuri dan minum khamar maka pada saat itu dia bukan seorang mukmin.
17. Aku beritahukan yang terbesar dari dosa-dosa besar. (Rasulullah Saw mengulangnya hingga tiga kali). Pertama, mempersekutukan Allah. Kedua, durhaka terhadap orang tua, dan ketiga, bersaksi palsu atau berucap palsu. (Ketika itu beliau sedang berbaring kemudian duduk dan mengulangi ucapannya tiga kali, sedang kami mengharap beliau berhenti mengucapkannya). (Mutafaq’alaih)
18. Rasulullah Saw melaknat orang yang mengambil riba, yang menjalani riba dan kedua orang saksi mereka. Beliau bersabda: “Mereka semua sama (berdosanya)”. (HR. Ahmad)
19. Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “Laki-laki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai laki-laki, orang yang menyetubuhi hewan, dan orang-orang yang homoseks. (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
20. Tiap minuman yang memabukkan adalah haram (baik sedikit maupun banyak). (HR. Ahmad)
21. Allah menyukai keringanan-keringanan perintahNya (rukhsah) dilaksanakan sebagaimana Dia membenci dilanggarnya laranganNya. (HR. Ahmad)
22. Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk surga, yaitu pemabuk berat, pendurhaka terhadap kedua orang tua, dan orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya (artinya, merelakan isteri atau anak perempuannya berbuat serong atau zina). (HR. An-Nasaa’i dan Ahmad)
Rujukan :

4 Golongan yang mendapat laknat Allah SWT siang dan malam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1kJp2Eqjs8RwWQ3GaITnF_gpQV97P6ZNCtdKZOs-3ci_aoEcHUVGI5ngDdqvI4Sh5qUNOJNZAjYiZJdSY-rdeEBHQzNuv6xIjaMxULUY9MOUK9WADjzb8cWeXPgq-wl_WhyphenhyphenCGXt5Hb5Fq/s1600/doa+elak+maksiat.bmp
Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “ 1-Laki-laki yang menyerupai perempuan, 2-perempuan yang menyerupai laki-laki, 3-orang yang menyetubuhi hewan, 4-dan orang-orang yang homoseks. (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
Rujukan :

Harta kekayaan mesir diseludup keluar oleh agen mubarak