"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, May 28, 2011

Rasulullah SAW amat berharap amalannya diangkat dalam keadaan berpuasa

http://www.albetaqa.com/cards/albums/cards/016mosmyat-khayr/mosmyat-khayr-sha3ban/mosmyat-khayr-sha3ban0014.jpg
Mafhum daripada hadis riwayat Siti Aisyah R.A., Rasulullah berpuasa di bulan Syaaban kerana Rasulullah SAW ingin amalannya diangkat kepada Allah SWT dalam keadaan berpuasa.

Friday, May 27, 2011

Mengenali Allah SWT dalam 9 bahasa di dunia

http://knowingallah.com/V2/images/logo.gif
http://knowingallah.com/V2/images/logo_en.gif
http://knowingallah.com/V2/img_design/Quran.gif
http://knowingallah.com/images/text2/17.jpg
http://knowingallah.com/V2/images/chat.jpg
Sila kunjungi blog dibawah :

4 Kebaikan akan hilang apabila usaha dakwah Islamiah ditinggalkan

http://www.binatiih.com/go/themes/ghazi/don_02.jpg
Apabila usaha menyampaikan kebaikan agama Islam kepada umat manusia ditinggalkan, Allah SWT akan menarikan 4 kebaikan daripada umat Islam :
1-Segala keindahan dan kebaikan Islam akan ditarik oleh Allah SWT.
2-Keimanan, keyakinan dan Sifat Taqwa akan hilang daripada jiwa-jiwa umat Islam.
3-Segala amalan soleh, kemurnian akhlak dan keikhlasan akan lenyap.
4-Manusia akan meninggalkan agama Allah SWT secara berkumpulan.
ذاتركت الدعوةإلى الله تعالى
1) فتحت مداخل الشر كلها، فيدخل كل شر بكل لون، في كل وقت،ولكل  نفس، وإذا دخل كل شر خرج كل خير، فيخرج من الإنسان كل شيءجميل.
2) يخرج الإيمان واليقين والتقوى،
3) تخرج الأعمال الصالحة، والأخلاق الحسنة،
4) يخرج الناس من دين الله أفواجاً كما دخلوه أفواجاً.
Rujukan :

4 Punca kelemahan iman mengundang 7 bala dari Allah SWT

http://www.binatiih.com/go/themes/ghazi/don_05.gif
بسم الله الرحمن الرحيم
إذا توقفت الدعوة ينقص الإيمان في الأمة وإذا نقص الإيمان في الأمة تصاب الأمة بأربعة أمراض:
  1. تكثر المعاصي في الأمة.
  2. يخرج هم الدين من المتدينين وأهل الدين.
3. تخرج روح الأعمال من الأعمال.
4. تخرج الإستجابه من الدعاء
4 Punca kelemahan iman :
1-Apabila maksiat semakin bertambah  di dalam masyarakat Islam.
2-Apabila golongan agama tidak lagi beramal dengan ajaran agama atau golongan agama tidal lagi menjadikan agama sebagai amalan hidup.
3-Apabila Amalan dan Ibadat yang dilakukan tidak disertakan dengan roh cintakan agama.
4-Apabila Doa yang tidak dipohon oleh umat Islam tidak lagi dimakbul oleh Allah SWT.
Jika 4 perkara di atas telah berlaku maka umat Islam akan ditimpa 7 bala daripada Allah SWT:
1-Manusia akan menyembah sesama manusia sebagai ganti kepada Allah SWT.
2- Fitnah akan bermaharajalela.
3-Keberkatan akan ditarik oleh Allah SWT daripada rezeki yang Allah SWT berikan, tubuh badan manusia dan masa atau umur merela.
4-Cara hidup jahiliah, yahudi dan nasrani akan menggantikan cara hidup umat Islam.
5-Ulamak yang jahat akan memimpin umat Islam dan ilmu akan berkurang serta umat Islam tidak lagi mementingkan ilmu agama.
6-Manusia akan mentaati  isteri dan anak serta tidak berani melaksanakan perintah Allah SWT terhadap mereka.
7-Umat Islam akan ditimpa dengan penyakit takut dan mengalah kepada musuh Allah SWT.
إذا أصيبت الأمة بهذه الأمراض تصاب بسبعة مصائب:
  1. يجد الإنسان على طاعة المخلوق بدل طاعة الخالق.
  2. تكثر الفتن.
3. تخرج أو تنزع البركة من الأمة من أرزاقها وأجسامها وأوقاتها.
4. يدخل على الأمة طريق الجاهلية واليهودية والنصرانية ويخرج من الأمة طريق النبي صلى الله علية وسلم.
  1. يدخل على الأمة العلم الغلط المعكوس وينقص العلم الشرعي ولا يهتمون به.
  2. يجد الإنسان على طاعة الزوجة والأولاد ولو بنبذ أوامر الله وأوامر رسوله.
7. تصاب الأمة بالرعب والخوف من العدو.
Rujukan :

87 tokoh yahudi yang menguasai amerika

http://www.pmram.org/images/stories/jewishmediaamerican.jpg
Dunia hari ini, agak mudah dikuasai dengan media. Dengan media, kita mampu menguasai dunia.. Inilah sifir matematik yang dihasilkan oleh pemerhati-pemerhati politik di seluruh dunia hari ini. Bagaimana pula dengan Yahudi Laknatullah?
Di bawah ini adalah senarai taukey-taukey Yahudi yang menguasai Media Amerika pada hari ini.. Berita disiarkan di dalam Eramuslim (hari ini) :
1. Mortimer Zuckerman, pemilik NY Daily News, US News & World Report dan ketua Konferensi Presiden Organisasi Utama Yahudi Amerika, salah satu kelompok lobi pro-Israel terbesar.
2. LESLIE MOONVES, presiden televisi CBS, besar-keponakan dari David Ben-Gurion, dan co-presiden dengan Norman Ornstein dari Komite Penasihat Kepentingan Umum Kewajiban Produsen Digital TV, ditunjuk oleh Clinton.
3. JONATHAN MILLER, ketua dan CEO divisi AOL-Time-Warner
4. NEIL Shapiro, presiden NBC News
5. JEFF GASPIN, Wakil Presiden Eksekutif, Pemrograman, NBC
6. David Westin, presiden ABC News
7. Sumner Redstone, CEO dari Viacom, "memiliki media terbesar dunia" (Ekonom, 11/23/2), memiliki kabel Viacom, CBS dan MTV di seluruh dunia, persewaan video Blockbuster dan Black Entertainment TV.
8. Michael Eisner, pemilik utama dari Walt Disney, Capitol Cities, ABC.
9. Rupert Murdoch, Pemilik Fox TV, New York Post, London Times, News of the World
10. MEL KARMAZIN, presiden dari CBS
11. DON Hewitt, Direktur Eksekutif 60 Minutes, CBS
12. JEFF FAGER, Direktur Eksekutif, 60 Minutes II. CBS
13. DAVID POLTRACK, Wakil Presiden Eksekutif, Penelitian dan Perencanaan, CBS
14. SANDY KRUSHOW, Ketua Fox Entertaiment
15. LLOYD Braun, Ketua ABC Entertaiment
16. Barry Meyer, Ketua Warner Bros
17. Sherry Lansing. Presiden Komunikasi Paramount dan Ketua Paramount Pictures Grup Motion.
18. HARVEY Weinstein, CEO. Miramax Films.
19. BRAD Siegel., Presiden, Turner Entertainment.
20. PETER Chernin, orang kedua Rupert Murdoch di News. Corp
21. Marty Peretz, pemilik dan penerbit New Republic, yang terang-terangan mengidentifikasi dirinya sebagai pro-Israel. Al Gore memberinya kredit sebagai "mentornya."
22. ARTHUR O. Sulzberger, JR., Penerbit NY Times, Boston Globe dan publikasi lainnya.
23. William Safire, kolumnis untuk NYT.
24. TOM Friedman, kolumnis untuk NYT.
25. CHARLES Krauthammer, kolumnis untuk Washington Post.
26. RICHARD COHEN, kolumnis untuk Washington Post
27. JEFF Jacoby, kolumnis untuk Boston Globe
28. NORMAN Ornstein, American Enterprise Inst., Kolumnis rutin untuk USA Today, penulis berita analis untuk CBS, dan co-presiden dengan Leslie Moonves, Komite Penase\ihat Kepentingan Umum Kewajiban Produsen Digital TV, ditunjuk langsung oleh Clinton.
29. Arie Fleischer, sekretaris pers Dubya.
30. STEPHEN EMERSON, pilihan pertama setiap outlet media sebagai pakar terorisme dalam negeri.
31. DAVID Schneiderman, pemilik dan Village Voice New jaringan Times "mingguan alternatif."
32. DENNIS Leibowitz, kepala UU Mitra II,
33. KENNETH Pollack, untuk analis CIA, direktur Pusat Saban untuk Kebijakan Timur Tengah, menulis op-eds di NY Times, New Yorker
34. Barry Diller, ketua Amerika Serikat Interaktif, bekas pemilik Universal Entertaiment
35. KENNETH Roth, Direktur Eksekutif Human Rights Watch
36. RICHARD LEIBNER, menjalankan N.S. Bienstock
37. Terry Semel, CEO, Yahoo, Warner Bros
38. MARK GOLIN, VP dan Direktur Kreatif, AOL
39. WARREN LIEBERFORD, Pres., Warner Bros Home Video Div. AOL-timewarner
40. Jeffrey Zucker, Presiden NBC Hiburan
41. JACK MYERS, NBC, chief.NYT 5.14.2
42. SANDY GRUSHOW, ketua Fox Entertainment
43. Gail Berman, Presiden Fox Entertainment
44. STEPHEN Spielberg, co-pemilik Dreamworks
45. Jeffrey Katzenberg, co-pemilik Dreamworks
46. David Geffen, co-pemilik Dreamworks
47. Llyod Braun, ketua ABC Entertainment
48. JORDAN Levin, presiden Warner Bros Entertainment
49. MAX MUTCHNICK, co-produser eksekutif NBC's "Good Morning Miami"
50. DAVID KOHAN, co-produser eksekutif NBC's "Good Morning Miami"
51. Howard Stringer, kepala Sony Corp of America
52. AMY PASCAL, ketua Columbia Pictures
53. Joel Klein, kursi dan CEO Amerika Bertelsmann's
54. ROBERT SILLERMAN, pendiri Clear Channel Communications
55. Brian GRADEN, presiden MTV
56. IVAN SEIDENBERG, CEO Verizon Communications
57. WOLF Blitzer, pembawa acara Edisi Akhir CNN
58. LARRY KING, pembaca acara Larry King Live
59. Ted Koppel, pembawa acara ABC Nightline
60. Andrea Koppel, Reporter CNN
61. PAULA Zahn, Host CNN
62. Mike Wallace, Host dari CBS, 60 Minutes
63. BARBARA WALTERS, Host, ABC 20-20
64. MICHAEL LEDEEN, editor National Review
65. Bruce Nussbaum, editor halaman editorial, Business Week
66. DONALD GRAHAM, Ketua dan CEO Newsweek dan Washington Post
67. CATHERINE GRAHAM Meyer, bekas pemilik Washington Post
68. HOWARD FINEMAN, Kolumnis Kepala Politik, Newsweek
69. William Kristol, Editor, Standar Mingguan, Exec. Direktur Proyek untuk Abad Baru Amerika (PNAC)
70. RON Rosenthal, Managing Editor, San Francisco Chronicle
71. Phil Bronstein, Editor Eksekutif, San Francisco Chronicle,
72. RON Owens, Talk Show Host, KGO (Kota ABC-Capitol, San Francisco)
73. JOHN Rothman, Talk Show Host, KGO (Kota ABC-Capitol Francisco, San)
74. Michael Savage, Talk Show Host, KFSO (ABC-Capitol Kota, San Francisco) di 100 pasar Sindikasi
75. MICHAEL Medved, Talk Show Host, pada 124 stasiun AM
76. Dennis Prager, Talk Show Host, nasional sindikasi dari LA. Apakah bendera Israel di halaman rumahnya.
77. Wattenberg BEN, Moderator, PBS Think Tank.
78. ANDREW KURANGNYA, presiden NBC
79. DANIEL Menaker, Direktur Eksekutif, Harper Collins
80. DAVID REMNICK, Editor, The New Yorker
81. Nicholas Lehmann, penulis, New York
82. Henrick Hertzberg, pembicara dari editor Town, The New Yorker
83. SAMUEL Newhouse JR, dan DONALD Newhouse Publikasi Newhouse sendiri, termasuk 26 surat kabar di 22 kota; kelompok majalah Conde Nast, termasuk The New Yorker, Parade, surat kabar Minggu suplemen; American City Business Journal, koran bisnis yang diterbitkan di lebih dari 30 kota besar di Amerika, dan kepentingan dalam pemrograman dan sistem kabel televisi kabel yang melayani 1 juta rumah.
84. DONALD Newhouse, ketua dewan direksi, Associated Press.
85. PETER R KANN, CEO, Wall Street Journal, Barron's
86. RALPH J. & Brian Roberts, Pemilik, TV kabel Comcast-ATT.
87. Kirshbaum Lawrence, CEO, AOL-Time Warner Grup Buku
Sumber : Unit Kemanusiaan PMRAM

23 Garis Panduan Membina Kebahagiaan Di Dunia Dan Akhirat

http://shaffiyah.files.wordpress.com/2010/04/2010-04-27-08-47-19.png?w=342&h=226#038;h=226
1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.
2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.
4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.
6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).
7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.
8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.
9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.
10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.
11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.
12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.
13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.
14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.
15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.
16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.
17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.
18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.
19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah
20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.
21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.
22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal
23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)

Thursday, May 26, 2011

Marilah kita menjadi orang Muslim yang matang

http://i321.photobucket.com/albums/nn397/compiler8015/Islam-Is-The-Way-Of-Life.gif
Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ia bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya.
Islam adalah agama yang bina di atas hujah dan dalil. Sumber ajaran yang agung Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Tiada Islam tanpa hujah dan dalil. Segala cakap kosong tanpa alasan tidak layak untuk dikaitkan dengan agama yang suci ini.
Islam adalah agama Allah yang Maha Mencipta Lagi Maha Mengetahui. Justeru itu, mustahil terdapat dalam ajaran Islam sesuatu yang menyanggahi fakta yang benar dan hakikat ilmiah. Apa sahaja pendapat yang menggunakan nama Islam, namun tidak berpaksi hujah dan dalil dari al-Quran atau al-Sunnah, maka ianya bukan ajaran Islam sekalipun yang memberikan pendapat itu menyangkut kan pada dirinya berbagai gelaran agama, atau memakai bermacam pakaian yang dikaitkan dengan agama. Demikian juga, apa sahaja pandangan yang dikaitkan dengan Islam jika terbukti secara realitinya bercanggah dengan hakikat alam atau fakta sains yang pasti, atau kemaslahatan hakiki insan secara nyata maka ianya juga bukan dari ajaran Islam sama sekali. Kata sarjana besar Islam al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Apa sahaja pandangan mengenai Islam yang menyanggahi al-Quran atau al-Sunnah atau asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh syariah adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya. Maka pendapat setiap orang sekalipun dia seorang mufti, atau tok guru atau ustaz boleh diterima atau ditolak, kecuali al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat sesiapa pun –sekali pun ulama besar- berhak untuk dipertikaikan selagi tidak menepati nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan. Setiap pandangan agama oleh seorang tokoh atau ustaz bukan semestinya ditelan bulat-bulat.
Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 36 (maksudnya): Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H): “Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).
Sekalipun menghormati dan beradab dengan ulama diperintahkan oleh nas-nas Islam, namun ini tidak pernah menghalang seseorang memberikan kritikan ilmiah atau mempersoalkan kembali pandangan diberikan mereka dengan tetap menjaga disiplin-disiplin agama.
Inilah pegangan sebenar para sarjana Islam yang muktabar sejak sekian lama. Lihat sahaja sarjana besar al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang mengkaji tokoh-tokoh umat Islam. Al-Imam al-Zahabi ini ketika memperkatakan sirah tokoh ilmuan besar iaitu Waki’ Ibn al-Jarrah, beliau memuji kehebatan Waki’. Antaranya al-Zahabi menyebut “beliau antara lautan ilmu dan para imam huffaz (hadith)”. Kemudian beliau menyebut perkataan Yahya bin Aktham: “Aku bersahabat dengan Waki’ ketika di tempatnya dan musafir. Dia berpuasa al-dahr (setiap hari) dan mengkhatam al-Quran dalam satu malam”.
Al-Zahabi mengulas perbuatan Waki’ ini dengan katanya: “Aku katakan: Ini adalah ibadah yang dikagumi. Namun untuk dilakukan oleh seorang imam dari kalangan para imam hadith adalah tidak wajar. Sesungguhnya telah sahih larangan Nabi a.s berpuasa setiap hari dan membaca (mengkhatam) al-Quran kurang daripada tiga hari. Agama itu mudah. Mengikut sunnah adalah lebih utama. Semoga ALLAH meredhai Waki’. Mana hendak dicari orang (yang hebat) seperti Waki’?! Namun begitu dia selalu meminum nabiz Kufah, yang memabukkan jika diminum banyak. Dia membuat takwilan dalam meminumnya (beliau tidak menganggap haram selagi tidak memabukkan). Jika dia tinggalkannya (tidak meminumnya) atas sikap warak adalah lebih baik untuknya. Ini kerana sesiapa yang menghindari syubhat maka selamatlah agama dan maruahnya. Sesungguhnya telah sahih larangan dan pengharaman nabiz berkenaan. Namun bukan di sini perbincangannya. Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan pendapatnya (kecuali RasululLah s.a.w). Tidak dijadikan contoh teladan kesalahan seseorang alim. ( Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 9/142-144 Beirut: Muassasah al-Risalah).
Sekalipun Waki’ ulama besar, namun kesilapan ilmiah mesti dinilai sebagai kesilapan ilmiah. Jelas, kita disuruh untuk menghormati orang lain terutama guru agama, namun ini tidak menghalang untuk kita bercakap benar beralaskan disiplin dan akhlak yang diajar oleh Islam.
Saya bincangkan tajuk ini, kerana sesetengah masyarakat tidak berani mempersoalkan seseorang yang dianggap ustaz sekalipun apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali. Mereka seakan diberikan lesan yang begitu besar untuk bercakap apa sahaja atas nama agama sekalipun tanpa hujah atau alasan yang kukuh. Bahkan sesetengah pengajar agama dahulu memberikan amaran kepada murid-muridnya bahawa “barang siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya”. Maka kita tidak hairan jika ada negeri yang antara himpunan fatwanya mengharamkan jualan lembu kepada orang cina, menghukum budu sebagai najis jika terkena pakaian tetapi tidak najis untuk dimakan dan berbagai lagi fatwa yang pelik-pelik!!. Namun tiada siapa yang berani bertanya atas apa alasan hukum agama seperti itu dibuat, kerana bimbang nanti dituduh lemah iman.
Ada seorang penceramah agama berceramah ke sana sini di negara kita mengatakan menurut Islam ubat untuk pesakit aids adalah disebat seratus rotan di belakangnya. Kesan sebatan itu akan menyembuhkan penyakit. Inilah ajaran Islam. Beliau mendakwa kononnya ini adalah kajian berdasarkan al-Quran dan sains. Entah saintis mana yang memberi maklumat kepadanya saya pun tidak tahu. Maka meriahlah beliau dijemput oleh sesetengah pihak untuk memberikan penerangan-penerangan agama ala beliau itu. Ada yang memberi sambutan.
Saya ingin bertanya; “Para pesakit aids bukan kesemua mereka terlibat dengan zina, adakah mereka semua hendak disebat juga?. Adakah dengan jangkitan aids sudah cukup pada penilaian syariah untuk seseorang dihukum sebat seratus rotan?” Ini adalah kekeliruan yang nyata. Malangnya, ada masjid sehingga di KL pun yang memanggil penceramah yang seperti ini. Saya juga hairan ada sesetengah orang yang sangat terpelajar dan mampu menggunakan kewarasannya dengan maksima, namun apabila sampai dalam soal pandangan agama, dia mencampakkan segala kebijaksanaannya dan membisukan diri seakan Islam ini memusuhi lojik dan akal lalu bertaklid buta.
Dahulu kita mendengar ada penceramah yang mendakwa beliau menanam mayat seorang kaya yang bertukar menjadi makhluk lain tanpa diketahui oleh sesiapa. Apa yang menariknya dalam negara yang mempunyai undang-undang seperti kita tidak ada siapa pula yang mencari kehilangan orang kaya berkenaan, sehingga penanamnya mendedahkannya. Pada hal cerita itu membabit peribadi yang sudah mati dan fahaman agama orang ramai. Ianya tidak patut dibuat dakwaan secara sebarangan. Malangnya, ada yang mempercayainya. Kemudian kita dengar pula ada orang yang menghukum orang lain murtad, bahkan pelajar-pelajar sebuah kolej murtad hanya atas berita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Pada hal –jika benar sekalipun- tuduhan murtad adalah amat berat dalam Islam yang memerlukan penelitian, iqamah al-hujjah (penegakan hujah) yang tidak boleh dijatuhkan secara semberono. Namun ramai yang menelan bulat-bulat semua perkara itu atas nama agama dan perkara itu datang dari orang agama.
Sehingga kepada masalah dosa pahala, di sesetengah negeri, ada golongan agama yang mengambil kesempatan mengenakan berbagai cukai kepada keluarga si mati sehingga ribuan ringgit. Berbagai upacara tanpa kos yang dikaitkan dengan agama dikeluarkan bilnya untuk dicaj kepada keluarga si mati. Sehingga ada yang tersenyum lebar apabila mendengar berita kematian. Bacaan dan solat yang tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w pun dimasukkan dalam senarai kos yang perlu ditanggung harganya. Masyarakat tidak berani bertanya; adakah agama begitu kejam sehingga keluarga yang kesusahan yang sepatut ditolong sebaliknya dikenakan caj tambahan?! Atau adakah Islam begitu kebendaan sehingga sesiapa yang mempunyai ongkos yang banyak maka dia dapat menyelesaikan soal dosa dan pahala? Maka, masuk syurgalah segala yang berduit dan mampu mengumpah pahala menerusi ‘wakil-wakil tuhan’ yang mengenakan caj di atas muka bumi ini. Adakah ini menggambarkan keindahan Islam yang menyuruh manusia beramal dan tidak mengharapkan orang lain?
Apa yang ingin saya simpulkan, adalah menjadi hak masyarakat untuk bertanyakan dalil dan alasan kepada setiap yang membicarakan agama ini. Seseorang ustaz atau tok guru bukan wakil tuhan yang ditabalkan seperti rasul sehingga apa yang diucapnya sekalipun tidak berdalil mesti kita mengiakannya. Islam bukan kuasa mutlak makhluk untuk memutuskan apa yang dia suka, sebaliknya agama ini dibina di atas hujah dan dalil. Jika setiap kita ini bertanyakan para ustaz alasan dan hujah bagi setiap pandangan agama yang diberikan, maka kita secara tidak langsung menunaikan prinsip Islam dan meningkat tahap ilmiah golongan itu sendiri. Jangan kita hanya menghafal pandangan-pandangan agama tanpa memikirkannya semula secara hujah dan rasional.
Seorang tokoh pemikir umat semasa , Prof. Muhammad Qutb menyebut: “Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya-. Ditambah dengan masuk ke dalamnya serangan pemikiran Greek dari ilmu kalam yang tidak berguna dan bermanfaat. Lebih dari itu ilmu kalam telah menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan minda lagi tidak berguna dan memayahkan. Mengubah akidah dari inti kandungan yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada pertengkaran tanpa sebarangan natijah dan tujuan. Lebih daripada itu pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir. Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara sendiri. Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain. Bahkan ditambah lagi keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab yang mengenai keseluruhan para pelajar. Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia membesar di dalamnya. Dia menjadikan kemuncak jihadnya untuk agamanya, semata-mata untuk membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab dan syeikh orang lain..”.( Muhammad Qutb, Waqi‘una al-Mu‘asir, m.s. 176).
Sesungguhnya bertaklid buta tidak pernah diajar oleh para imam Ahlil Sunnah wal Jamaah. Bahkan mereka menyuruh setiap insan berusaha membina kemampuan intelektualnya sendiri. Kita dengar apa yang disebut oleh murid agung al-Imam al-Syafi’i, iaitu al-Imam al-Muzani (meninggal 264H): “Aku ringkas ini dari ilmu al-Syafi’i dan apa yang semaksud dengan perkataannya. Untuk memudahkan sesiapa yang inginkannya. Dengan aku memaklumkan bahawa al-Syafi’i melarang bertaklid kepadanya atau selainnya. Tujuan ringkasanku supaya seseorang dapat melihat dan mengetahui ilmu al-Syafi’i, dengan aku memaklumkan kepada sesiapa yang inginkan ilmu al-Syafi’i bahawa al-Syafi’i melarang taklid kepadanya atau selainnya”.( Petikan dari Waliyy ALLAH al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan Asbab al-Ikhtilaf, m.s. 100).
Jika keadaan ini dapat dibentuk, maka Islam tidak lagi dianggap ekslusif yang hanya diizinkan sesetengah orang memikirkan mengenainya dan yang lain pula mengikut secara taklid buta. Memang kita disuruh menghormati bidang. Namun kita tidak disuruh bertaklid buta. Pembangunan umat tidak akan berjalan selagi tahap para penyampai agama ini tidak ditingkatkan agar menepati keperluan dunia ilmiah yang pesat bersaing pada hari ini. Umat Islam mesti bergerak menyokong arus tajdid (pembaharuan) yang sedang dilakukan sejak dahulu sehingga hari ini.
Rujukan :
http://latahzan00.blogspot.com/

Sembahyang adalah perbuatan syirik kepada Allah SWT

http://amanah2u.com/wp-content/uploads/2010/05/SOLAT.jpg
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gerejamenggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Monday, May 23, 2011

Kisah Hidup Syeikh Al-Albani

http://www.youtube.com/watch?v=knMvGA_zz1I&feature=player_embedded

Kisah Hidup Syeikh Abdul Qadir Jilani

Terdapat 9 Siri.
Rujukan :

Jika Kaabah Di Jajah oleh israeil


Jika Kaabah di jajah oleh israeil, apakah ianya akan menjadi tanggungjawab arab saudi untuk mempertahankan Kaabah sebagaimana Palestin dan Al-Quds di jajah oleh yahudi sekarang ???
Tiada perbezaan diantara Kaabah dan Al-Quds...
Tiada perbezaan diantara Baitul Muqaddis dan Makkah Al-Mukarramah...
Tetapi kenapa Al-Quds tidak mendapat perhatian negara-negara Islam di dunia ???

Langit semakin luas-Kebenaran Islam

LANGIT MELUAS - QUR'AN SEPANJANG MASA
http://wm294240.dbswebmatic.com/images/art_11257.jpg
السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .لا إله إلاَّ الله .محمد رسو   ل الله
الحمد لله رب العا لمين . الصلاة و السلام على رسو ل الله .اما بعد
Dalam Al Qur'an, yang diturunkan 14 abad silam di saat ilmu astronomi masih terbelakang, mengembangnya alam semesta digambarkan sebagaimana berikut ini:
"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al Qur'an, Surah 51 Adz Dzaariyaat:47)
Kata "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan makna luar angkasa dan alam semesta.
Di sini sekali lagi, kata tersebut digunakan dengan arti ini. Dengan kata lain, dalam Al Qur'an dikatakan bahwa alam semesta "mengalami perluasan atau mengembang". Dan inilah yang kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.
Kata Muusi’uuna mengacu kepada keluasan. Penelitian, pengamatan dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi modern mengatakan bahwa sesungguhnya alam semesta memiliki permulaan dan ia terus menerus mengembang.
Pada awal abad 20, Fisikawan dari Rusia, Alexandre Fraightman dan juga ahli Kosmologi Belgia George Lemety secara teoritis menghitung dan menemukan bahwa Alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.
Ayat lain yang berbicara tentang perluasan alam semesta ini terdapat pula dalam Surat 13 Ar-Ra’d ayat 2 yang pernah saya singgung, artinya:
ALLAH-LAH YANG MENINGGIKAN LANGIT TANPA TIANG YANG KAMU LIHAT...
Meninggikan artinya membuat jadi lebih tinggi!
http://www.phas.ubc.ca/ais/images/abstractImages/Halpern.jpeg
Hingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini di dunia ilmu pengetahuan adalah bahwa alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan.
Namun, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi modern, mengungkapkan bahwa alam semesta sesungguhnya memiliki permulaan, dan ia terus-menerus "mengembang".
Pada awal abad ke-20, fisikawan Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre, secara teoritis menghitung dan menemukan bahwa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.
Sejak terjadinya peristiwa Big Bang, alam semesta telah mengembang secara terus-menerus dengan kecepatan maha dahsyat. Para ilmuwan menyamakan peristiwa mengembangnya alam semesta dengan permukaan balon yang sedang ditiup.
Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929. Ketika mengamati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, seorang astronom Amerika, menemukan bahwa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi.
Sebuah alam semesta, di mana segala sesuatunya terus bergerak menjauhi satu sama lain, berarti bahwa alam semesta tersebut terus-menerus "mengembang".
Pengamatan yang dilakukan di tahun-tahun berikutnya memperkokoh fakta bahwa alam semesta terus mengembang. Kenyataan ini diterangkan dalam Al Qur'an pada saat tak seorang pun mengetahuinya. Ini dikarenakan Al Qur'an adalah firman Allah, Sang Pencipta, dan Pengatur keseluruhan alam semesta.
Padahal awal abad 20, satu-satunya pandangan dalam dunia Ilmu pengetahuan, Teknologi adalah bahwa alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan. Padahal dalam Ayat lain Al-Qur’an yaitu Surat 88 Al-Ghaasiyaah ayat 18 yang artinya:
DAN LANGIT, BAGAIMANA IA DITINGGIKAN?
Kata “ditinggikan” berarti dibuat menjadi lebih tinggi, jadi langit itu semakin tinggi. Bukankah ini berarti juga bahwa langit itu semakin luas?
Alhamdulillah bahwa penemuan yang baru ditemukan dengan peralatan canggih abad 19-20 ini telah dinyatakan Al-Qur’an 1400 tahun lalu. Inipun membuktikan bahwa Al-Qur’an bukanlah buatan Rasulullaah Muhammad SAW tapi memang merupakan Firman Allah.
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/05/nebula2.jpg?w=277
Jika penemuan nyata Ilmu Pengetahuan telah sesuai dengan pernyataan Qur’an 1400 tahun yang lalu, lalu bagaimana dengan kitab “Suci” agama lain? Sesuaikah?
Jika tak sesuai berarti kitab itu bukan dari ALLAH, yang berarti agama tersebut tidak berasal dari ALLAH karena KITAB SUCI ITULAH SATU-SATUNYA BUKTI TERKUAT SEBAGAI FIRMAN TUHAN. Adakah bukti yang lebih kuat dari PERKATAAN/PERNYATAAN ALLAH???
Mari kita lihat bagaimana kitab “Suci” lain, dalam hal ini ialah alkitab umat christiani:
Wahyu 6:14  Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.
Bagaimana mungkin Allah berfirman bertentangan dalam 1 masalah yang sama? Astrofisika modern membuktikan bahwa Langit itu semakin mengembang, tapi mengapa justru dalam Bibel malah kebalikannya?
Logika saja, jika langit itu menyusut, tentu benda-benda luar angkasa akan semakin sempit dan sering bertubrukan.
Dari sini saja jelas dipastikan bahwa Al-Qur’an memang firman dari Allah sedangkan Bibel bukan firman Allah, katakanlah tidak murni firman Allah! Betul kah atau salah jika sebuah agama didasarkan pada kitab yang sudah tak lagi suci?
Meski Rasulullah Muhammad SAW memiliki banyak mukjizat fisik seperti menyembuhkan orang lumpuh, membelah bulan, berbicara dengan binatang seperti Nabi Sulaiman, para sahabat berjalan diatas laut, memberi makan ribuan orang dengan sikit makanan, dan masih sekitar 300 mukjizat lainnya yang telah sy tulis dalam wall post 1 bulan lepas, tapi tetaplah Qur'an ialah Mukjizat terbesar & sepanjang masa.
Itulah mengapa Qur'an disebut mukjizat terbesar & sepanjang masa kerana banyak ayat Qur'an yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan modern abad terahir. Mulai dari Astronomi, Geology, Biology, Math, chemistry, Oceanography dan segala bidang.
Sebuah Mukjizat terbesar berupa sebuah buku yang diturunkan melalui seorang Al-Amin (tak pernah berbohong) yang tak dapat membaca dizaman kuno kepada ummat terakhir yang pintar dan selalu membaca buku di zaman modern dan baru dapat dibuktikan oleh peralatan akhir zaman. Siapa lagi yg mewahyukan jika bukan PENCIPTA ALAM SEMESTA?
Jadi,,, 1 bukti lagi... ISLAM TERBUKTI BENAR....
Qs.3 Ali Imran:85 Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka SEKALI-KALI TIDAK AKAN DITERIMA daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi
Qs.3 Ali Imran:19 Sesungguhnya agama disisi Allah HANYALAH Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya
Jangan lupa sebarkan www.islamterbuktibenar.net pada seluruh teman & saudara agar lebih banyak lagi orang tahu jika cum Islam saja satu-satunya agama yang terbukti benar.
Semoga dakwah kita dengan menyampaikan meski Cuma 1 ayat ini menjadi amal ILMU YANG BERMANFAAT sehingga pahala tetap mengalir saat semua amal telah putus waktu jasad kita telah hancur ditanam di liang kubur.

Al-Quran Menjelaskan Fenomena Terkini

http://abuaiman.files.wordpress.com/2008/08/al-quran.jpg?w=400&h=298#038;h=298
Pengenalan
Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” (An-Nahla 16:89), bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran” (Al-An’am 6:38). Al-Quran adalah super komputer!
Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilang lebah madu.
Al-Quran Menjelaskan Technology ICT
Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11) terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?
Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu Menakutkan
Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu (honey bee) di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan mobil-fon sebagai penyebab utama? Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69), dan sarang-sarangnya mesti di tempat tinggi (16:68)?
Quran Jelaskan Penyakit Kanser
Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga risau terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan mobil-fon, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembes hormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah kanser. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?
Allah Melarang Berfikir Cara Induktif
Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37). Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?
Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).
Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif
Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dsb)?
Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)? Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir?
Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik
Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?
Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?
Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (55:1), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74). Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi!
Sistem Pentadbiran Islam 
Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41) dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33). Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?
Siapa Yang Sebenarnya "AMIL"?
Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya?
Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?
Amalan Solehan
Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju! Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?
Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220), atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).
Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka (41:33). Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin (24:55).
Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?
Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang rendah mutu . Kenapa jadi begini? Kenapa umat Islam tidak mahu mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran?
Insyaallah kita akan sama-sama bincangkan dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran.