"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, October 25, 2011

10 Ciri kejahatan yang menghapuskan Keikhlasan beribadat


http://s42.radikal.ru/i095/0905/4f/0580eb557097.jpg
1- Memurkan Allah SWT.
2- Mengembirakan musuh Allah SWT dan musuhnya iblis.
3- Menjauhi Syurga Allah SWT.
4- Mendekatkan diri kearah Neraka Jahannam.
5- Mengabaikan kepentingan diri sendiri.
6- Mengotori dirinya sendiri.
7- Mengganggu para Malaikat yang menjaganya.
8- Menyedihkan Rasulullah SAW yang telah berada dalam kubur.
9- Mempersaksikan siang dan malam atas kejahatan dirinya dan menyusahkan mereka.
10- Mengkhianati semua makhluk yang terdiri daripada anak-anak Adam dan lain-lainnya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.  M/S : 559.
Nota :
Dosa yang kita lakukan seharian seolah-olah 10 perkara di atas menjadi saksi kepada kelakuan kita di hadapan Allah SWT.

Bertafakkur Dapat mengatasi Masalah Keras Hati


http://i066.radikal.ru/0905/20/53194f42f27b.jpg
SUNGGUH, manusia amat memerlukan ruang dan waktu untuk dirinya bertafakur; menenggelamkan hati dan jiwanya ke alam yang jauh dari unsur keserabutan duniawi. Tekanan dihadapi setiap hari boleh menyebabkan hati manusia menjadi kasar dan bengis sehingga dirinya kehilangan 'sentuhan manusiawi'. Apabila orang lain berasa tidak seronok dengan 'ganasnya hati dan tingkah laku kita', maka sebenarnya kita berada dalam keadaan iman yang mencorot pada peringkat terendah dalam cartanya.
Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.
Dia sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah - menzalimi; kalau berniaga - suka menipu; jika bersahabat - cari peluang berkhianat; apabila kuat - menindas orang lemah; hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.
Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu, ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya. Puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa.
Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskindan sanak saudaranya. Apakah orang seperti ini merasai kenikmatan ketika ia beribadah?
Tanda kekerasan hati sesungguhnya boleh difahami menerusi tafakur yang mendalam terhadap keperibadian kita sebenar. Tidak dinafikan juga khidmat nasihat orang lain yang mahu memberi komen yang ikhlas walaupun pahit untuk didengar. Tetapi, jarang manusia mengamalkan dua petua itu, tafakur dan dengar nasihat. Padahal kedua-duanya sama penting untuk mematangkan iman seseorang.
Di dalam tafakur kita hanya memikirkan hubungan kita dengan Allah. Orang bertafakurcuba menjawab persoalan menyentuh jiwa kemanusiaannya. Seperti hendak menilai 'siapakah aku' di sisi Allah dan di tengah-tengah umat manusia?
Siapakah diri yang berada pada jasadku ini?
Seorang wanita pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah: "Mengapa hatiku keras dan jiwaku tidak tenang?" Aisyah berkata: "Perbanyaklah mengingati mati, ia boleh melembutkan hati."
Ubat bagi kekerasan hati adalah membuang setiap ego dan kekuatan yang dimiliki dan sentiasa ingat kepada kemusnahan dan kelemahan diri di hadapan Tuhan Yang Maha Kuasa.
Orang yang keras hati berasa dirinya tidak perlukan orang lain, hartanya boleh menjamin kebahagiaan, pangkat membuatnya rasa aman dan selamat. Sehingga ia tidak berasa takut menzalimi dan menindas sesiapa saja yang tidak penting bagi dirinya. Tetapi, dia lupa ada yang lebih kuat dan berkuasa daripada harta dan pangkatnya itu, tidak ingatkah ia kepada Tuhannya? Yang memberi segala-gala kepada dirinya dan akan mengambil kembali semuanya itu?
Firman Allah mengingatkan kita mengenai 'kuasa hebatNya': "Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
- (Surah Ali Imran ayat: 26)
Ayat ini boleh membantu melembutkan hati ketika kita bertafakur. Ia mengandungi mesej begitu mendalam - kelemahan kita dan kekuatan Allah. Ia mengingatkan kita bahawa kebahagiaan itu hanya dapat dirasai nikmatnya dengan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah sambil berbuat kebaikan ditengah-tengah umat manusia. Kekerasan hati boleh membunuh iman secara perlahan-lahan.
Tanda awalnya boleh dirasa, iaitu ketika manusia berasa kuat dan hebat hingga menolak yang hak dan suka mengikut yang batil. Kemudian taat pada perintah nafsu dan gelojoh memuaskan keinginannya, jauh dari ilmu dan cahaya iman, lupakan akhirat dan akhirnya lari daripada Allah bahkan berlagak hebat melebihi kekuasaan Tuhan.
Allah mengingatkan mereka yang memiliki hati sekeras batu menerusi firmanNYA: "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu sungguh ada yang mengalir sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."
- (Surah Al-Baqarah ayat: 74)
Sedangkan batu boleh pecah terbelah kerana takut kepada Allah di samping itu daripadanya manusia mendapat manfaat. Mengapa si keras hati tidak memikirkan tanda kebesaran Allah supaya hatinya lembut dan tunduk? Hati yang keras dapat diubati dengan tafakur menilai diri sambil mengingati Allah. Tidak cukup setakat itu saja, bahkan kita juga memerlukan tunjuk ajar dan nasihat orang lain untuk menyelongkar ke dasar hati siapakah diri kita sebenarnya menurut perspektif insan di sekeliling kita.
Rujukan :

Monday, October 24, 2011

6 Golongan manusia terkutuk di sisi Allah SWT


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/10/madloommolsk.jpg?w=211
Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada 6 golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT pun mengutuk mereka. Setiap nabi yang doanya  dimakbulkan mengutuk mereka. Mereka adalah :
1- Orang yang menambah-nambah ayat dalam kitab Allah SWT.
2- Orang yang mendustakan ketentuan Allah SWT.
3- Pemerintah yang kejam sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.
4- Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
5- Orang yang menghalalkan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah SWT terhadap ahli bait ( keluarga Junjungan Rasulullah SAW ).
6- Orang yang meninggalkan Sunnahku.
Maka pada hari kiamat nanti Allah SWT tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat - Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 178.

6 Keanehan di zaman Rasulullah SAW yang sentiasa kita lihat


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/10/0.jpg?w=262&h=295
Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada 6 perkara yang aneh dalam 6 keadaan :
1- Masjid terasa aneh (terasing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak suka melakukan sunat di dalamnya.
2- Kitab-kitab terasa aneh (terasing) jika berada di rumah orang yang tidak suka membacanya.
3- Al-Quran terasa aneh ( terasing ) jika berada di rumah orang yang fasiq.
4- Wanita Muslimah yang Solehah terasa aneh ( terasing ) jika berada dalam kekuasaan suami yang zalim lagi berakhlak buruk.
5- Lelaki Muslim yang soleh terasa aneh (terasing ) jika berada dalam kekuasaan wanita yang hina lagi buruk akhlaknya.
6- Orang Alim terasa aneh ( terasing ) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak mahu mendengar nasihatnya.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 178.

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat


http://www.inshad.com/forum/upload/userimages/13157/87456273.jpg

1- Makan harta anak yatim secara haram.
2- Menuduh wanita solehah berzina.
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
4- Melakukan sihir.
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.
peribadirasulullah | Oktober 22, 2011 at 11:07 am | Categories: Kitab Tanbihul Ghafilin | URL: http://wp.me/pBfvy-4Y5
Komen   See all comments

Wanita Yang Pertama Masuk Surga


Bismillahir rahmanir Rahiim

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawaban lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawaban dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."
Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawab gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kemarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".
"Atas kehendak suamimu kah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi dari pada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Thursday, October 20, 2011

10 Perkara Yahudi Tidak Mahu Kita Tahu...




Tahukah kalian sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan daripada pengetahuan umum.

1. Israel merupakan salah sebuah negara pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerna mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan sistem tubuh untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4. McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.

8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun! ...


link-http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

3 Hutang yang mendapat jaminan dan pujian Allah SWT


http://i2.tagstat.com/image02/5/96e2/00Dv000xpry.jpg
1- Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus dalam kancah maksiat.(menahan nafsu adalah paling utama berpuasa)
2- Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di Jalan Allah SWT.
3- Berhutang untuk mendapatkan kain kafan bagi menyempurnakan jenazah yang mati.
Kitab Tanbihul Ghafilin . M/S : 517.

5 Keindahan bersama Allah SWT


http://i2.tagstat.com/image04/6/5e07/00qg053xBU7.jpg
Yahya bin Muaz berkata dalam munajatnya kepada Allah SWT :
1- Wahai Tuhanku, tiada keindahan malam kecuali dengan bermunajat kepada Mu.
2- Tiada keindahan siang hari kecuali dengan taat kepada Mu.
3-  Tiada keindahan dunia ini kecuali dengan zikir kepada Mu.
4- Tiada keindahan Akhirat kecuali dengan keampunan Mu.
5- Tiada keindahan Syurga kecuali dengan melihat Mu.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 173.

Wednesday, October 19, 2011

10 Perkara mempertingkatkan kedudukan anda di dalam Syurga


http://amirulasril.com/wp-content/uploads/2011/08/Hadis-40-Imam-Nawawi-Hadis-22.jpg
Abu Laits berkata :
" Sepuluh jenis amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat orang-orang yang baik  dan darjat yang tinggi :
1- Banyak bersedekah.
2- Banyak membaca Al-Quran.
3- Duduk bersama orang-orang yang selalu mengingatkan kepada Akhirat.
4- Menghubung silatul rahim bersama kaum kerabat.
5- Menjenguk orang yang sakit.
6- Kurang bergaul dengan orang-orang kaya yang lupa kepada Akhirat.
7- Banyak berfikir tentang bagaimana keadaannya kelak.
8- Kurang angan-angannya dan banyak ingat kepada mati.
9- Banyak diam dan sedikit bercakap.
10- Bertawadhuk, memakai pakaian yang sederhana, cinta kepada orang miskin, mendekati anak-anak yatim dan mngusap kepala mereka " .
Kitab Tanbihul Ghafilin, jilid 1 & 2 . M/S : 470.

5 Permata terbaik dalam kehidupan


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/10/masjid.jpg?w=442&h=279
Umar R.A. berkata :
1-  Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.
2- Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara warak.
3- Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat Qanaah ( bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan) .
4- Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat  yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.
5- Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat  daripada sabar.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 165

Sunday, October 16, 2011

poligami boleh mengundang keneraka?


Menyebut tentang poligami banyak pihak akan memandang serong kepada yang terlibat walaupun pada setiap hati kecil lelaki inginkan dua tiga isteri. Hal ini kerana poligami yang wujud hari ini dilihat keburukannya lebih terserlah daripada kebaikan.
Poligami dibenarkan oleh Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu takut boleh berlaku adil terhadap anak yatim, kahwinilah perempuan lain sama ada dua, tiga atau empat. Tetapi jika takut untuk berlaku adil, cukuplah satu,”(Surah an-Nisa’: 3).
Melihat pada ayat itu, jelas tiada hukum sunat berpoligami tetapi sekadar tawaran yang membolehkan mereka berpoligami jika mereka mahu. Sungguhpun ada tawaran tetapi disusuli pula dengan ingatan “kalau takut tidak boleh berlaku adil, cukuplah dengan seorang isteri”.
Amalan poligami pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula selepas kewafatan isteri Rasul, Khadijah. Setelah berkahwin dengan Aishah yang masih keanak-anakkan, baginda mengahwini wanita lain juga. Amalan pada waktu itu antara lain bertujuan membela ibu tunggal dan anak yatim iaitu dengan mengahwini ibu anak yatim itu.
Walau bagaimanapun amalan itu tidak lagi menjadi perkiraan umat Islam di akhir-akhir ini. Hal ini mungkin kerana anak yatim hari ini sudah ada pembelanya. Rumah anak yatim sudah mengambil peranan para lelaki yang prihatin.
Kini berlaku poligami secara tidak sihat sehingga orang ramai menganggap poligami sebagai menzalimi wanita dan anak-anak. Kesan poligami, keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran.
Demi mengawal amalan poligami yang mudah disalahgunakan pada zaman ini, kerajaan menggubal beberapa peruntukan undang-undang mengenai poligami. Terdapat syarat tertentu yang dimasukkan yang lazim telah menjadi amalan ulama terdahulu.
Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen 23(5) Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak di segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
Sebenarnya berdasarkan peruntukan ini menunjukkan secara nyata bahawa tidak semua orang layak untuk berpoligami. Walaupun terdapat lelaki yang mempunyai pendapatan lebih, belum tentu mereka boleh meneruskan poligami.
Perlu dijelaskan di sini selain kewangan faktor iman dan takwa perlu diambil kira sebelum sesuatu perkahwinan poligami itu hendak diteruskan. Kalau tidak, syarat di atas boleh diputarbelitkan oleh pihak yang berkepentingan.
Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum hakam tentang poligami sendiri tidak difahami.
Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, “Madu Tiga”. Melalui filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami.
Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya) yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya.
Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain, padahal dia sendiri hendak berkahwin.
Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat.
Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama kejar mengejar.
Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu. Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik.
Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat.
Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami. Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat isteri muda tetapi isteri tua terus menderita.
Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela.
Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

Wednesday, October 12, 2011

Motif-Motif Cinta dan Keterikatannya


Motif adalah rasa yang diikuti oleh kehendak dan kecenderungan.Inilah yang terjadi pada diri seseorang pecinta.Tapi kadang motif juga dapat diertikan sebagai'sebab timbulnya cinta dan keterikatannya'.Inilah yang terjadi pada diri orang yang dicintai(kekasih).

Yang dimaksudkan dengan motif disini adalah gabungan dari keduanya,iaitu yang berkaitan dengan orang yang dicintai(kekasih),yang menjadi motif untuk mencintai,dan yang berkaitan dengan orang yang mencintai(pecinta).Keselarasan yang terjadi di antara seorang pecinta dengan kekasihnya merupakan pengikat keduanya,dan ini disebut kecocokan atau kesesuaian.

Jadi,ada tiga faktor yang terdapat dalam motif atau pendorong cinta,iaitu:

A.Gambaran tentang si kekasih dan pesona keindahan.
B.Perasaan pecinta terhadap kekasihnya.
C.Kecocokan,yang merupakan ikatan antara pecinta dan kekasih.

Jika tiga faktor ini kuat,maka cinta akan sempurna,kuat,dan kukuh.Lemahnya atau berkurangnya rasa cinta adalah diakibatkan oleh lemahnya ketiga faktor tersebut.

Saat sang kekasih mencapai puncak pesonanya,maka perasaan pecinta terhadap keindahan kekasihnya juga akan sempurna.Keselarasan di antara dua jiwa juga menguat,maka cinta pun akan abadi.Namun,meski pesona sang kekasih kadang berkurang,mmapu jadi di mata pecintanya tetap terlihat sempurna.Sebab,kekuatan cinta itu sesuai dengan persepsi si pecinta terhadap pesona keindahan yang ada.


Cintamu pada sesuatu mampu membuatmu buta dan tuli.Seorang pecinta tidak dapat melihat ada orang lain yang lebih baik dari kekasihnya.Misalnya seperti sebuah kisah,dimana Izzah suatu hari menemui al-Hajjaj.Al-Hajjaj berkata kepada Izzah,"Hai Izzah,demi Allah,engkau tidak seperti yang dikatakan oleh Kutsair ,"Izzah menjawab,"Wahai Amir,ia tidak melihatku dengan mata yang engkau gunakan untuk melihatku."


Jelaslah,bahawa kekasih itu akan terlihat lebih manis di mata pecintanya.Lebih besar dari orang lain di hatinya.Seperti kata penyair :


"Aku tak tahu apakah ada wanita lain yang lebih baik dan cantik atau aku sudah hilang akal?"


Kadangkala pesona itu luar biasa,tapi perasaan si pecinta lemah terhadap wanita tersebut,hingga rasa cintanya pun lemah.Seandainya pesona hakiki dapat tersingkap darinya,nescaya dapat menawan hatinya.


Maka dari itu,para wanita diperintahkan untuk menutup wajah mereka dari pandangan laki-laki.Sebab,penampakan wajah dapat menyalakan keindahan rupa sehingga mampu menimbulkan fitnah.Sementara itu,seorang pelamar justeru dianjurkan untuk melihat wanita yang akan dilamarnya.Sebab,dengan melihat sendiri kecantikan dan keelokan si wanita,akan lebih mudah menimbulkan rasa cinta dan kemesraan di antara keduanya.Ini seperti yang diisyaratkan oleh Nabi saw.dalam sebuah sabdanya,


"Jika salah seorang dari kalian akan melamar seorang wanita maka lihatlah bahagian yang dapat lebih mendorongnya untuk menikahinya.Kerana hal itu akan lebih kekal pernikahan mereka."(HR.Abu Daud,at-Tirmizi,dan an-Nasa'i)


Jadi dengan melihat akan lebih mungkin tercipta kekal,keharmonian,dan kedamaian di antara keduanya.Sehingga mampu menguatkan ikatan cinta mereka.Sebab,cinta yang paling kuat adalah cinta yang dilandasi oleh kecocokan antara sepasang jiwa.


Kesesuaian atau kecocokan itu ada dua jenis:


A.Kecocokan yang asli berasal dari kecenderungan/perwatakan/tingkahlaku.
B.Kecocokan yang disebabkan oleh interaksi dan kesamaan dalam sesuatu hal.Bila tujuannya sama dengan tujuanmu,nescaya akan terjadi keselarasan antara jiwamu dengan jiwanya.Tapi jika tujuannya berbeza,maka keselarasan itu akan hilang.


Kecocokan asli adalah keselarasan akhlak dan kesamaan jiwa.Setiap jiwa akan merindukan jiwa lain yang berupa dengannya.Kerana sesuatu yang serupa akan saling tarik menarik secara alami,maka di antara dua jiwa yang serupa akan terjadi saling tarik menarik secara alami.Terkadang ketertarikan dan kecenderungan ini terjadi kerana sebab khusus yang tidak diketahui alasan dan sebabnya,seperti ketertarikan besi kepada magnet.Tak diragukan,daya tarik di antara dua jiwa ini utama dari daya tarik antara benda-benda mati.


Dalam sebuah syair.


"Daya tarikan adalah pangkal dari semua keindahan,dan magnet bagi setiap hati lelaki."


Inilah yang membuat sebahagian manusia menyatakan,"mabuk asmara tidaklah bergantung pada keindahan dan kecantikan.Tidak pula tergantung pada sesuatu yang tidak ada.Namun merupakan kesamaan jiwa dan kesesuaian karakter.


"Cinta bukan kerana kecantikan dan keindahan,namun sesuatu yang menyatukan jiwa."


dan akan bersambung...........

5 Sumber Kecelakaan dan Kebahagiaan dalam kehidupan


http://twitemail.com/users/125255166/21/related/image001.png
Gambar di atas adalah diantara program-program  kebajikan yang menjadi rebutan pada dermawan di Timur Tengah, Allah SWT masih mengasihi kita dan tidak menurunkan bala kepada seluruh umat Islam di dunia kerana usaha sebegini masih segar di hati mereka yang Cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Muhammad Ibnu Dauri R.A. berkata " Iblis itu celaka kerana 5 perkara :
1- Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.
2- Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.
3- Tidak pernah mencela dirinya ( tidak pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah dilakukan.
4- Tidak pernah berniat untuk bertaubat.
5- Putus asa daripada rahmat Allah SWT.
Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:
1- Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.
2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.
3- Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.
4- Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.
5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT ".
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 163
Nota :
Ribuan maaf kerana tidak dapat menambahkan ilmu agama kepada semuaselama 4 hari  kerana ada urusan peribadi.
Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk semua, Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita di dunia ini untuk kemanfaatan di Akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

5 Fadhilat Agong Disisi Allah SWT Kerana Sedekah


photo
1- Sedekah akan menanungi pemberi sedekah di Akhirat kelak.
2- Sedekah akan meringankan hisab Allah SWT tentang amalannya.
3- Sedekah akan menambahkan amal kebajikannya.
4- Sedekah melahirkan kemudahan untuk menyeberangi Titian Sirat.
5- Sedekah meninggikan darjat pemberi sedekah di dalam Syurga nanti.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 463.

Monday, October 10, 2011

Perkara Allah SWT menghalang keberkatan hidup kita


http://www.roboimages.com/image/ri51074/Islamic_graphic_glitter_comments-%20(258).jpg
1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.
2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.
3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT  mengurangkan keberkatan tanahnya.
4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.
5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT  menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2, M/S: 459.

15 Penghormatan masjid yang wajib kita lakukan


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/10/d8b7c2b7d8a2c2add8b7c2b7d8a2c2a8d8b7c2b7d8a2c2a7d8b7c2b8d8b8c2bed8b7c2b8c3a2e282acc2b0d8b7c2b7d8a2c2a7d8b7c2b8c3a2e282ace2808dd8b7c2.jpg?w=560
1- Memberi salam ketika memasuki masjid.
2- Solat 2 rakaat sebelum duduk.
3- Tidak jual beli di dalamnya.
4- Tidak menghunus pedang didalamnya.
5- Tidak mencari barangan yang hilang di dalam masjid.
6- Tidak meninggikan suara di dalamnya kecuali berzikir.
7- Tidak membincang urusan dunia di dalamnya.
8- Tidak melangkahi leher orang.
9- Tidak bertengkar atau berkelahi di dalamnya.
10- Tidak menyempitkan saf di dalamnya.
11- Jangan berjalan dihadapan muka orang sedang solat.
12- Tidak boleh berludah didalamnya.
13- Jangan membunyikan jari-jari dai dalamnya.
14- Membersihkannya dari najis dan kanak-kanak kecil, orang gila, dan tidak menegakkan huku hudud didalamnya.
15- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan tidak melalaikannya.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2 , M/S : 450.
Rujukan Gambar :

5 Amalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/10/jpg?w=560
1- Melazimkan solat berjamaah.
2-  Mengikut sunnah rasul-rasul.
3- Memakmurkan masjid.
4- Membaca Al-Quran.
5- Berjihad untuk menegakkan agama Allah SWT.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2, M/S : 448.

Sunday, October 9, 2011

5 Sebab makanan diharamkan


Dari penelitian dan penelusuran lebih dalam, para ulama pakar fiqh menyatakan bahwa ada lima sebab diharamkannya suatu makanan:
Sebab pertama: Menimbulkan bahaya pada badan dan akal.
Contoh sebab ini amat banyak.
(1) Di antaranya adalah makanan yang sifatnya beracun baik dari hewan seperti ikan beracun, cecak, kalajengking, ular beracun, lebah atau tawon, dan setiap yang mengeluarkan penyakit yang beracun. Bisa pula dari tumbuhan seperti pada sebagian bunga atau buah-buahan yang beracun atau dari benda padat seperti arsenic. Ini semua diharamkan berdasarkan firman Allah Ta’ala,
وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ
Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri.” (QS. An Nisa’: 29). Begitu pula sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
وَمَنْ تَحَسَّى سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ ، فَسَمُّهُ فِى يَدِهِ ، يَتَحَسَّاهُ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Barangsiapa menegak racun, hingga meninggal dunia, maka racun tersebut akan berada di tangannya, dan ia akan menegaknya di neraka jahannam, ia kekal serta abadi di dalamnya selama-lamanya.”[1]
Akan tetapi para ulama bermazhab Maliki dan Hambali menegaskan bahwa racun ituharam dikonsumsi untuk orang yang akan mendapatkan bahaya jika mengonsumsinya. Ini adalah suatu hal yang tepat karena banyak obat yang diresepkan oleh para dokter itu mengandung racun namun dengan kadar yang tidak membahayakan orang yang mengonsumsinya bahkan memberi manfaat yaitu membunuh bakteri pembawa penyakit sebagaimana seberapa kuat pengaruh racun pada diri orang yang mengonsumsinya juga beragam dan kadar yang membahayakan bagi masing-masing orang juga berbeda-beda.
Kaedah ini tidaklah ditolak oleh kaedah mazhab yang lain sehingga bisa disimpulkan bahwa yang diharamkan adalah mengonsumsi racun dalam kadar yang membahayakan.
(2) Yang termasuk dalam hal ini juga adalah makanan yang membawa efek bahaya akan tetapi tidak bersifat racun. Telah disebutkan dalam berbagai kitab fiqh seperti tanah liat (clay), tanah, batu, batubara  sebagai contoh. Benda-benda semacam ini diharamkan jika membawa efek bahaya.
Termasuk dalam kategori ini –tidak diragukan lagi- adalah hewan, tumbuhan atau benda padat yang membawa efek bahaya walaupun bukan racun. Dan kita bisa tahu sesuatu itu membawa efek bahaya dilihat dari pendapat para dokter atau orang yang pakar di dalamnya.
Mengenai efek bahaya di sini tidak dibedakan bahaya tersebut berasal dari racun atau yang lainnya, terserah membawa efek bahaya pada jasad atau merusak akal seperti jadi gila atau idiot.
Ulama Malikiyah berpendapat mengenai thin (tanah liat) ada dua pendapat yaitu haram dan makruh. Mereka katakan bahwa orang yang sengaja memakan tanah liat semacam itu dihukumi haram.
Sedangkan ulama Syafi’iyah berpendapat bahwa tanah liat dan batu itu haram bagi orang yang mendapatkan bahaya jika mengkonsumsinya.
Ulama Hambali berpendapat makruhnya batubara, tanah, tanah liat yang dikonsumsi dalam jumlah banyak yang tidak berfungsi sebagai pengobatan.
Sebab kedua: Membawa efek memabukkan
Diharamkan segala sesuatu yang memabukkan. Yang dimaksudkan memabukkan di sini adalah yang menghilangkan akal, tapi masih bisa merasakan sesuatu disertai dengan mabuk kepayang dan sambil bergoyang-goyang (fly). Sebagimana yang dapat disaksikan pada orang yang mabuk.
Contohnya adalah khomr yang berasal dari perasan anggur dan seluruh yang memabukkan lainnya baik yang berasal dari tumbuhan maupun hewan.
Yang termasuk memabukkan lagi adalah obat penidur (penenang) yaitu yang menghilangkan akal dan rasa sekaligus seperti opium dan daun ganja.
Jika sesuatu yang memabukkan itu dikonsumsi dengan cara diminum maka ia digolongkan minuman. Sedangkan jika ia termasuk obat penenang yang dimakan maka ia masuk dalam pembahasan makanan.
Sebab ketiga: Karena najis
Dari sini diharamkan memakan segala sesuatu suatu yang najis dan memakan sesuatu yang terkena najis yang tidak ringan (tidak dimaafkan).
Dicontohkan oleh para ulama seperti darah (bagi yang menganggapnya najis, pen). Contoh sesuatu yang terkena najis adalah minyak samin[1] yang kemasukan bangkai tikus. Karena bangkai tersebut, jadinya samin tersebut menjadi najis. Namun jika minyak samin tadi beku (masih dalam bentuk padatan), maka yang najis hanyalah sekeliling bangkai tikus itu saja. Jika bangkai tersebut disingkirkan minyak yang terkena dan bangkai dari minyak samin yang padat tadi, maka jadilah suci minyak samin yang lainnya.
Sebab keempat: Dianggap jijik bagi orang yang memiliki tabiat yang selamat.
Ulama Syafi’iyah mencontohkan seperti menelan ludah, menelan keringat dan menelan mani. Contoh-contoh yang disebutkan tadi asalnya sesuatu yang suci yang berasal dari manusia. Namun diharamkan menelan (memakannya) karena dianggap menjijikkan. Namun ulama Syafi’iyah mengecualikan sesuatu yang dinilai menjijikkan tadi jika tujuannya adalah untuk mencuci tangan, maka pada saat ini tidaklah haram.
Ulama Hambali mencontohkan sesuatu yang dianggap jijik dan terlarang untuk dikonsumsi, seperti kotoran manusia atau hewan, kencing, dan kutu. Namun patut dipahami di sini bahwa ulama Hambali berpendapat bahwa kotoran hewan yang hewan tersebut halal kita makan dagingnya, kotoran tersebut tetap suci, begitu pula kencingnya. Yang dinyatakan haram adalah mengonsumsi kotoran atau kencing tersebut karena itu adalah suatu hal yang menjijikkan.
Jadi kaedah yang patut dipahami, sesuatu yang kotor belum tentu tidak suci dan tidak semua yang suci boleh dikonsumsi.
Sebab kelima: Tidak diizinkan oleh syari’at karena menjadi milik orang lain.
Contohnya adalah makanan yang bukan menjadi milik orang yang memakannya, tidak pula makanan tersebut diizinkan untuk dimakan oleh pemilik atau pun oleh syari’at. Contohnya adalah sesuatu yang dicuri, diambil dengan cara berjudi dan lainnya.
Hal ini berbeda halnya jika yang dimakan tersebut telah diizinkan oleh syari’at seperti orang yang dalam keadaan terpaksa memakan harta orang lain.
Jika seorang muslim mencuri kambing, lalu ia menyembelih dengan memenuhi syarat-syaratnya, bagaimana status kambingnya?
Jawabnya, kambingnya suci dan halal dimakan. Hanya saja orang yang menyembelih yang sengaja memakannya, berarti makan tanpa ada izin dari pemiliknya dan ini pun tidak diizinkan secara syar’i. Begitu pula orang lain yang mengetahui hewan hasil curian ini tidak boleh memakannya karena ini adalah harta orang lain yang diambil tanpa izinnya.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.
Reference: Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah Al Kuwaitiyyah, 5/126-127, terbitan Wizarotul Awqof wa Syu-un Al Islamiyah-Kuwait, cet kedua, 1404 H
Riyadh-KSA, 5 Safar 1432 H (09/01/2011)
Muhammad Abduh Tuasikal
Insya Allah bersambung pada sebab pengharaman makanan lainnya, yaitu sebab keempat dan terakhir. Moga Allah mudahkan.
Reference: Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah Al Kuwaitiyyah, 5/126, terbitan Wizarotul Awqof wa Syu-un Al Islamiyah-Kuwait, cet kedua, 1404 H
Insya Allah bersambung pada sebab pengharaman makanan lainnya. Moga Allah mudahkan.
Reference: Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah Al Kuwaitiyyah, 5/125, terbitan Wizarotul Awqof wa Syu-un Al Islamiyah-Kuwait, cet kedua, 1404 H
Riyadh-KSA, 3 Safar 1432 H (07/01/2011)
Muhammad Abduh Tuasikal