"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, May 9, 2012

Nikmat memandang Allah SWT di dalam Syurga


http://hh7.an3m1.com/Sep/an3m1.com_13271105601.jpg
Melihat Allah dalam syurga
عَنْ اَبِى هُرَيرَةَ أَنْ نَا سًا قَالُوا لِرَسُولِ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَا رَسُولَ اللهِ هَلْ نَرِى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم
هَلْ تُضَارُّونَ فِى رُؤيَةِ القَمَرِلَيْلَةَ الْبَدْرِ
قَالُوا لا يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ هَلْ تُضَارُّونَ
فِى الشَمْسِ لَيسَ دُونَهَا سَحَابٌ قَالُوا لا
يَا رَسُولَ اللهِ قَالُ فَاِنَّكُم تَرَوْنَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bertanya orang banyak
kepada Rasulullah s.a.w. : Apakah kami akan melihat Zat Allah
di hari kiamat kelak ya Rasulullah? Jawab beliau : "Apakah kamu
terhalang memandang bulan purnama raya? Jawab mereka itu :
"Tidak !". Berkata pula Rasulullah s.a.w. "Adakah kamu sukar
melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka
itu : "Tidak tuan!""Maka berkata Rasulullah s.a.w. : "Demikianlah
jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."
كَذَلِكَ يَجْمَعُ اللهُ النَّاسَ يَومَ القِيَّامَةِ
فَيَقُولُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئاً فَلْيَتَّبِعْهَ فَيَتَّبِعُ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ وَيَتَّبِعَ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيْتَ الطَّوَاغِيْتَ
وَتبْقَى هَذِاهِ الامَّةُ فِيْهَا مُنَافِقُوهَا
Kemudian Rasulullah s.a.w.meneruskan perkataannya, kata beliau :
"Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia
lalu bertitah : "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang
disembahnya didunia" Mendengar itu maka penyembah matahari
mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja
thoghut mengikut thoghut  dan di dalam rombongan mu'min
(yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
فَيَأتِيْهُمُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِى صُورَةِ
غَيْرِ صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ فَيَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ
فَيَقُولُونَ نَعُوذً بِاللهِ مِنْكَ هَذَا مَكَانُنَا
حَتَّى يَأتِيَنَا رَبَّنَا فَاِذَا جَاءَ رَبَّنَا عَرَفْنَاهُ
Kemudian Allah taala datang kepada mereka itu dengan wajah
yang tidak dikenal, lalu berkata : "Aku Tuhanmu." Maka
jawab mukminin : "Kami berlindung kepada Allah dari
godaanmu!" Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum
datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang
kepada kami, dapat kami mengenalNya."
فَيَأتِيْهُمُ اللهُ وَتَعَالَى فِى صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ
فَيَقُولَ أَنْا رَبُّكُم فَيَقُولُ أَنْتَ رَبُّنَا فَيَتَّبِعُونَهُ
وَيُصْرِبُ الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَى جَهَنَّمَ فَاَكُونُ
أَنَا وَأُمَّتِى أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُ وَلا يَتَكَلَّمَ يَوْ مَئِذٍ
اِلا الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ
اللَّهًمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ وَفِى جَهَنَّمَ كَلالِيبُ مِثْلُ شَوكِ
السًّعْدَانِ هَلْ رَأَيْتُمُ السًّعَدَانَ قَالُوا نَعَمْ
يَا رَسُولُ اللهِ قَالَ فَاِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ
غَيْرَ أَنَّهُ لا يَعْلَمُ مَا قَدْرُ عِظَمِهَا اِلا اللهُ
تَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ المُوْمِنُ
بَقِىَ بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ النُجَازَى
Setelah itu Allah taala datang kepada mereka dengan rupaNya
yang dikenal oleh orang-orang Mu'min itu, lalu berkata :
"Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mu'min : "Benar,
Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya"
Berkata pula Rsulullah s.a.w. "Nun disana di atas api neraka
dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama-tama
menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan
berbicara kecuali Rasul-rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-rasul
ketika itu : Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!"
Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi
melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan."
Kata Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat yang hadir :
"Adakah kamu pernah melihat sa'dan?" Jawab mereka :
"Ya !" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu,
hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan
mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa
masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya
dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.
حَتَّى إِذَا فَرَغَ اللهُ مِنَ القَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَأَرَادَ اَنْ يُخْرجَ بِرَحْمَتِهِ
مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ المَلائِكَةَ
أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ لا يُشْرِكُ
بِاللهِ شَيْئًا
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan
berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan
rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk
mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia
mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
مِمَّنْ أَرَادَ اللهُ تَعَالَى أَنْ يَرْحَمَهُ مِمَّنْ يَقُولُ
لا اِلهَ الا الله فَيَعْرِفُو نَهُمْ فِى النَّارِ
يَعْرِفُونَهُم بِأَثَرِ السُّجُودِ تَأكُلُ النَّارُ
مِنَ ابْنِ آدَمَ اِلا أَثَرَ السُّجُودِ حَرَّمَ
اللهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
فَيَخْرُجُوْنَ مِنَ النَّارِ
Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itupun dapat mengenal
orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah"
dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan
api neraka.
وَقَدِ امْتَحَشُوا فَيُصَبُّ عَلَيْهِمْ مَاءُ الْحَيَاةِ
فَيَنْبُتُونَ مِنْهُ كَمَا تَنْبُتُ الحِبَّةُ فِى حَمِيْلِ السَّيْلِ
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam
keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing
air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti
tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
ثُمَّ يَفرُغُ اللهُ تَعَالَى مِنَ الْقَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَيَبْقَى رَجُلٌ نُقْبِلٌ بِوَجْهِه عَلَى النَّارِ
وَهُوَ آخِرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ قَيَقُولُ
أَىْ رَبِّ اصْرِفْ وَجْهِى عَنِ النَّارِ فَاِنَّهُ
قَدْ قَشَبَنِى رِيْحُهَا وَاَحْرَ قَنِى ذَكَاؤُهَا
فَيَدْ عُو اللهَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَدْ عُوَهُ
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih
tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka
dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada
Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh aar mukanya
dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan
nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya.
Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya
ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى هَل عَسَيْتَ
إِنْ فَعَلْتُ ذَلِكَ بِكَ
أَنْ تَسأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا أَسْأَلُكَ عَيْرَهُ
وَيُعْطِى رَبَّهُ مِنْ عُهُودٍ وَمَوَا ثِيْقَ
مَا شَاءَ اللهُ فَيَصْرِفُ اللهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّار
فَاِذَا أَقْبَلَ عَلقى الْجَنَّةِ وَرَآهَا سَكَتَ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ
Kemudian Allah berkata kepadanya "Kalau Aku kabulkan
permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?"
Jawab orang itu : "Tidak!" dan ia berjanji keras kepada Allah
bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan
orang itupun dikabulkan Allah taala. Setelah terlihat olehnya
kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama
ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ قَدِمْنِى اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
فَيَقُولُ اللهُ لَهُ الَيْسَ قَدْ أَعْطَيْتَ عُهُودَكَ
وَمَوَا ثِيْقَكَ لا تَسْأَلُنِى غَيْرَ الَّذِى أَعْطَيْتُكَ
وَيْلَكَ يَاابْنَ آدَمَ مَا أغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ
وَيَدْعُو اللهَ حَتَّى يَقُولَ لَهُ فَهَلْ عَسَيْتَ
اِنْ أَعْطَيْتُكَ
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan
ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya ;" Bukankah engkau
telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi?" Celaka anak
Adam ini! Alangkah pemungkirnya! Maka orang itupun bermohon
kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah
permohonannya lagi.
  ذَلِكَ أَنْ تَسْأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا وَعِزَّتِكَ
فَيُعْطِى رَبَّهُ مَا شَاءَ اللهُ مِنْ عُهُودٍ
وَمَوَا ثِيْقَ فَيُقَدّنُهُ اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya
kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia
bermohon kepada Allah agar dapat disampaikan kepintu syurga.
فَاِذَا قَامَ عَلَى بَابِ الْجَنّةِ انْفَهَقَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
فَرَأَى مَا فِيْهَا مِنَ الْخَيْرِ وَالسُّرُورِ فَيَسْكُتُ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ
أَدْخِلْنِى الْجَنَّةَ فَيَقًولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلَى
لَهُ أَلَيْسَ قَدْ أُعْطَيْتَ عُهُودَكَ وَمَوَا ثِيْقَكَ
أَنْ لا تَسْأَلَ غَيْرَ مَا أُعْطِيْتَ وَيْلَكَ يَاابْنَ
آدَمَ مَا أَغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ لا أَكُونُ
أَشْقَى خَلْقِكَ فَلا يَزَالُ يَدْعُو اللهَ
حَتَّى يَضْحَكَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلى مِنْهُ
فَاِذَا ضَحِكَ اللهُ مِنْهُ قَالَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ
Setelah ia tiba disana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya,
dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan
yang ada didalamnya. Ia tercengang ta'jub dab terpaksa tak dapat
berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar
dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji
yang lampau. Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!
kata Allah taala kepadanya. Jawabnya Oh Tuhan! jangan kiranya
hamba ini menjadi orang-orang yang celaka-celakanya.
Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah
Allah taala seraya bertitah : "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!"
فَاِذَا دَخَلَهَا قَالَ اللهُ لَهُ تَمَنَّهْ فَيَسْأَلُ رَبَّهُ
وَيَتَمَنَّى حَتَّى اَنَّ اللهَ لَيُذَكِّرُهُ مِنْ كَذَا وَكَذَا
حَتَّى اِذَا انْقَطَعَتْ بِهِ الأَ مَا نِىُّ
قَالَ اللهُ تَعَلَى ذلِكَ لَكَ وَمِثْلُهُ مَعَهُ
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah :
"Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja
keinginanmu!" Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai
permintaan dan mencita-cita bermacam-macam keni'matan
sehingga Allah taala memperingatkannya kepada soal-soal
yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya.
Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah
Allah taala kepadanya: "Ni'matilah kemewahan yang telah ada
ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai ni'mat 

sebanyak itu pula.
Hadis sahih riwayat Muslim
Rujukan :
http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/05/himpunan-hadis-hadis-rasullulah-syurga.html

6 Hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan Cinta


http://images.lakii.com/images/Dec11/aldorar_Wajeha.PNG
1. Barangsiapa ingin dicintai Allah dan rasulNya hendaklah dia berbicara benar (jujur), menepati amanat dan tidak mengganggu tetangganya. (HR. Al-Baihaqi)
2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)
3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Ath-Thabrani)
4. Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)
5. Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan benci berkelanjutan (diwariskan). (HR. Bukhari)
6. Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)

13 Hadis Rasulullah SAW berkaitan rawatan dan penyakit


http://www.pp11.com/upfiles/nOP27304.jpg
1. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kami berobat?” Beliau menjawab, “Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit yaitu penyakit ketuaan (pikun)”. (HR. Ashabussunnah)
2. Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula obatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti. (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Barangsiapa mengobati sedang dia tidak dikenal sebagai ahli pengobatan maka dia bertanggung jawab. (HR. Ibnu Majah)
4. Apabila terjadi dalam satu negeri suatu wabah penyakit dan kamu di situ janganlah kamu ke luar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi sedang kamu di luar negeri itu janganlah kamu memasukinya. (HR. Bukhari)
5. Wafat karena wabah adalah mati syahid. (HR. Bukhari)
Penjelasan:
Tentu tidak setingkat dengan gugur di jalan Allah.
6. Janganlah orang sakit mengunjungi orang sehat. (HR. Bukhari dan Muslim)
7. Sebaik-baik menjenguk orang sakit adalah berdiri sebentar (tidak berlama-lama) dan ta’ziah (melayat ke rumah duka) cukup sekali saja. (HR. Ad-Dailami)
8. Allah tidak menjadikan penyembuhanmu dengan apa yang diharamkan atas kamu. (HR. Al-Baihaqi)
Penjelasan:
Yang haram tidak dapat dijadikan obat untuk menyembuhkan penyakit.
9. Apabila seorang yang sakit dari kamu menginginkan sesuatu makanan berikanlah. (HR. Ibnu Majah)
10. Mohonlah kepada Allah keselamatan dan afiat (kesehatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesehatan. (HR. Ibnu Majah)
11. Larilah dari penderita lepra sebagaimana kamu lari dari harimau. (HR. Bukhari)
12. Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hambaKu pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sehat.” (HR. Abu Hanifah)
13. Rasulullah Saw ditanya tentang azal (mengeluarkan air mani diluar kemaluan istri). Beliau lalu menjawab, “Lakukanlah yang kamu pandang baik dan apa yang telah ditakdirkan Allah pasti akan terjadi, dan bukan kepastian bahwa dari tiap air mani dapat terjadi anak. “(HR. Al Hakim)
Rujukan :
http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/81-pengobatan-dan-penyakit/

Friday, May 4, 2012

13 Aurat pada wanita


http://img64.imageshack.us/img64/1959/36119526.png
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber :
http://bjue.blogspot.com/2012/05/13-aurat-wanita.html

Rumah yang tidak dimasuki syaitan


http://i1210.photobucket.com/albums/cc402/Naous/3-1.jpg
Mafhum Hadis :
Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur, rumah yang tidak dimasuki syaitan adalah rumah yang dibaca oleh penghuninya Surah Al-Baqarah.

4 Malaikat yang muncul semasa nazak


http://www.muslmah.net/imgpost/11/ed52e8cffb636ce2a377d20c177f5e4e.jpg
1- Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata : " Akulah yang ditugaskan memberi rezekimu, samada d itimru atau di barat bumi ini. Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki ".
2- Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata : Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada semasa kamu berada di timur atau barat di atas muka bumi ini. Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air ".
3- Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata : " Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai ".
4- Malaikat ajal memberi salam dan berkata : " Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku akan mengambil ajalmu ".
Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak, maka Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah diusahakan semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran, semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat Allah SWT Yang Maha Adil.
Nota :
Rumusan daripada kitab  Himpunan Kisah-Kisah Malaikat. M/S : 155-156.

26 Hati yang tersebut didalam Al-Quran Al-Karim


http://www.ahl-alsonah.com/up/upfiles/Kqf84530.jpg
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Jenis-jenis hati yang Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran.
فقـد ذكر الله تعالى في القرآن أنواعاً كثيرة من القلوب منها:
1-
القلــوب البـيضــاء
Hati putih/bersih
Hati yang tidak memberi peluang kepada kebatilan sama sekali untuk merosakkan kejernihan hatinya.
ويأبى صاحب هذا القلب أن يفتح مسامات قلبه لغير الحق ، و اذا تعرض لفتنه انكمشت مساماته الى درجة الانغلاق ،
بسبب انكاره لها ، فينكت في قلبه نكته بيضاء ..
2- القلوب المطمئنة {الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ }الرعد28
Hati yang tenang
Surah Ar-Ra'du ayat  : 28
28.  (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
3- Hati yang sejahtera di dunia dan Akhirat.
القلب السليم: وهو مخلص لله وخال من الانحرافات {إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ }الشعراء89
{إِذْ جَاء رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ }الصافات84
4- Hati  yang takut dan sentiasa beraubat kepada Allah SWT
القلب المنيب: وهو دائم الرجوع والتوبة إلى الله {مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ }ق33
Surah Qaaf , ayat :33.
(yaitu) orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,

{إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيبٌ }هود75
5- Hati yang gementar apabila disebut nama Allah SWT dihadapannya
القلب الوجل: وهو الذي يخاف الله عز وجل {الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ ...}الحج35
Ayat : 35.  (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang Telah kami rezkikan kepada mereka.

{إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ ... }الأنفال2 {...وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ ... }المؤمنون60
6- Hati yang takut kepada Allah SWT.
القلوب المقشعـره اللينه {... تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ... }الزمر
7- Hati yang sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT dalam semua perkara.
القلب التقـي: وهو الذي يعظم شعائر الله {ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ }الحج32
{..الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَى لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ }الحجرات3
8- Hati yang sentiasa terikat dengan Allah SWT.
القلوب المربوطه : {وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ ... }الكهف14
9- Hati yang sujud dan lurus kepada Allah SWT
القلـوب المخبتـه:{... فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ }الحج54
Ayat : 54.  Dan agar orang-orang yang Telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran Itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.
9- Hati yang Allah SWT telah selamatkan.
{قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ }النازعات8
Ayat : 8.  Sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeda pendapat[1416],
[1416]  maksudnya berbeda pendapat antara kaum musyrikin tentang Muhammad saw dan Al-Quran.
10- Hati yang telah Allah SWT jinakkan
القلـوب المؤلفـه:{وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ
وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ }الأنفال63
Ayat : 63.  Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana.
[622]  penduduk Madinah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj selalu bermusuhan sebelum nabi Muhammad s.a.w hijrah ke Medinah dan mereka masuk islam, permusuhan itu hilang.

11 -Hati yang Hitam yang telah Allah SWT cabut daripadanya Rahmat dan Belas kasihan.
القلـوب الســوداء
11- القلب الغليظ: وهو الذي نزعت منه الرأفة والرحمة {...وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ ...}آل عمران
12- Hati yang menyolong kesesatan dan fitnah.
- القلوب الزائغه : {... فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ ...}آل عمران7
Ayat : 7.  Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat[183], Itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat[184]. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
13- Hati yang Allah SWT telah lalaikan daripada mengejar pahala di Akhirat.
13- القلب الغافـل: وهو الذي يغفـل عن أداء دوره ووظيفته في الحياة {...وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا ...}
14- Hati yang keras dan sakit apabila melihat kebenaran Islam.
14- القلب القاسي: وهو الذي لا يعرف الله ولا يذكره {... فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ ... }الحج53
15- Hati yang telah Allah SWT tutup daripada melihat kebenaran Islam.
15- القلوب المغلفة : {وَقَالُواْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ ...}البقرة88 {...وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللّهُ عَلَيْهَا ... }النساء155
16- Hati yang Allah SWT sertakan padanya penyakit yang tidak boleh melihat kebenaran dan membenci kebenaran.
16- القلب المريض: وهو الذي أصابه مرض مثل الشك أو النفاق {فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً ... }البقرة10 {... فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْساً إِلَى رِجْسِهِمْ ... }التوبة125
17- Hati yang Allah SWT telah kunci dan tidak akan dapat melihat kebenaran.
القلوب المختومه {خَتَمَ اللّهُ عَلَى قُلُوبِهمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ }البقرة7
18- Hati yang Allah SWT telah bentuk supaya hanya dapat melihat perkara yang berkaitan dengan  hawa nafsu sahaja.
القلوب المطبوعه {... أُوْلَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءهُمْ }محمد16
{ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ }المنافقون3
19- Hati yang telah Allah SWT dinding atau dihijabkan daripada kebenaran.
- القلوب المكنونه {وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ }فصلت5
20- Hati yang telah Allah SWT butakan daripada melihat kebenaran tetapi Allah SWT bukakan hatinya untuk mampu melihat perkara yang batil dan jahat sahaja.
القلب الأعمى: وهو الذي لا يبصر الحق { فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ }الحج46
21- Hati yang telah Allah SWT tutup daripada melihat kebenaran.
- القلوب المقفله {أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا }محمد24
22- Hati yang lalai.
- القلوب اللاهية {لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ ... }الأنبياء3
23- Hati yang melakukan dosa.
13-القلب الآثـم: وهو الذي يكتم شهادة الحق {... يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِم مَّا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ }آل عمران167 !!! { ... وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ ...}المائدة41 !!! {كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ }المطففين14
24- Hati Orang Takabbur yang sentiasa merancang untuk melenyapkan kebenaran dengan perbuatan,percakapan dan niat.
-القلب المتكبر: وهو الذي يتكبر على الناس ويجادل في الحق ويحاربه { قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ }النحل22 { ... يُرْضُونَكُم بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَى قُلُوبُهُمْ ... }التوبة8
25- Hati munafiq yang sentiasa melakukan perbuatan yang tidak sama dengan apa yang dipertuturkan.
-القلـوب المنـافقـه:{ ... يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِم مَّا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ...}الفتح11
{...تَحْسَبُهُمْ جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ... }الحشر14
26- Hati Zina
Zina mata dan  zina hati adalah hati yang dimiliki oleh insan yang memandang perkara berkaitan dengan zina seperti memandang video lucah dan sebagainya serta hatinya pula sentiasa terlintas perkara-perkara  zina malah perancangan kearah perbuatan zina sentiasa terselit didalam hatinya.
- القلوب الـزانية ( العين تزني و القلب يزني ، فـزنا العين النظـر
و زنا القلب التمنـي والفـرج يصدق ما هنالك او يكـذبه )

Wednesday, April 25, 2012

70 Hati dengan cahaya keimanan


http://www.alwatanyh.com/imgcache/14212.png
Abu Hamid Ahmad ibnu Khadhruya al-Balkhi. Adalah seorang warga terhormat Kota Balkh. Istrinya adalah seorang wanita solikhah, putrid dari Gubernur Kota Balkh.
Ahmad kerap dihubungkan dengan Hatim al-Asamm dan Abu Yazid al-Bisthami. Ia meninggal dunia di Nisyabur pada tahun 240 H / 864 M dalam usia 95 tahun.
Ia memiliki seribu orang murid. Setiap muridnya mampu berjalan diatas permukaan air dan terbang di udara. Ahmad mengenakan pakaian serdadu. Fatimah, istrinya, termasuk salah seorang wali sufi. Ia adalah putri dari Pangeran Balkh. Setelah bertobat, ia mengirim utusan untuk menemui Ahmad. “Mintalah aku dari ayahku.”
Ahmad tidak menanggapi, maka Fatimah pun mengirim utusan untuk kedua kalinya. “Ahmad, tadinya aku piker engkau lebih dari ini, jadilah pemandu jalan, jangan jadi penyamun.”
Ahmad pun kemudian mengirim seorang utusan untuk menemui ayah Fatimah untuk meminangnya. Ayah Fatimah, demi mencari berkah Allah, menyerahkan Fatimah kepada Ahmad. Fatimah pun memberikan salam perpisahan kepada keduaniawian dan menemukan kediaman yang tenang dalam kesunyian dengan Ahmad.
Hari-haripun berlalu. Suatu hari Ahmad berniat pergi mengunjungi Abu Yazid, Fatimah menyertainya. Saat mereka memasuki kediaman Abu Yazid, Fatimah melepaskan hijabnya dan berbincang-bincang dengan Abu Yazid.
Ahmad terkejut melihat hal ini, hatinya diliputi oleh api cemburu. “Fatimah apa yang engkau lakukan bersama Abu Yazid,” pekiknya.
“Engkau akrab dengan diri lahirku, sedangkan Abu Yazid akrab dengan diri batinku. Engkau membangkitkan hasratku, sedangkan ia membawaku kepada Allah,” jawab Fatimah. “Buktinya ia dapat kutinggalkan kapanpun engkau membutuhkan aku.”
Abu Yazid bercengkrama dengan Fatimah, hingga suatu kesempatan matanya memandang tangan Fatimah dan melihat kedua tangan Fatimah itu di warnai dengan pacar.
“Fatimah mengapa engkau memakai pacar?” Tanya Abu Yazid.
“Abu Yazid sebelum ini engkau tidak pernah memandang tanganku dan melihat pacar yang aku pakai,” jawab Fatimah. “Sebelum ini aku merasa tentrem bersamamu. Namun kini setelah matamu memandang tanganku, terlarang bagiku untuk menemanimu.”
:Aku telah memohon kepada Allah,” ujar Abu Yazid, “Agar Dia menjadikan wanita layaknya sebuah dinding dalam pandanganku. Dan begitulah Dia menampakkan wanita dalam pandanganku, seperti sebuah dinding.”
Kemudian Ahmad dan Fatimah melanjutkan perjalanan ke Nisyabur, dimana mereka disambut dengan hangat, saat Yahya ibnu Mu’adz Radhi tiba di Nisyabur dalam perjalanannya menuju Balkh. Ahmad ingin membuat pesta untuk Yahya, ia membicarakan itu dengan Fatimah.
“Apa yang kita butuhkan untuk pesta ini?” Tanya Ahmad.
“Banyak lembu dan domba,” jawab Fatimah. “Juga segala pernik-pernik perhiasan, seperti lilin dan minyak mawar, selain kita juga butuh sejumlah keledai.”
“Untuk apa daging keledai itu?” Tanya Ahmad.
Fatimah menjelaskan, “Saat seorang yang mulya datang untuk makan, anjing-anjing yang ada disekitar juga harus mendapat bagian dari pestanya.”
Begitulah jiwa kasatria yang dimiliki Fatimah. Sebagaimana dinyatakan oleh Abu Yazid, “Jika seseorang ingin melihat lelaki sejati bersembunyi dalam pakaian wanita, suruh ia melihat Fatimah.”
Ahmad mengisahkan riwayat berikut ini:
Untuk waktu yang lama, aku telah menekan jiwa badaniahku. Kemudian pada suatu hari, sekelompok besar orang bersiap untuk pergi berjihat. Di dalam diriku, timbul hasrat besar untuk mengikuti mereka. Jiwaku mengantarkanku akan sejumlah hadis yang berbicara mengenai imbalan di surga bagi mereka yang berjuang di jalan Allah.
“Aku begitu takjub, tak biasa-biasanya jiwaku sangat berhasrat untuk patuh,” ujarku. “Mungkin ini karena aku selalu membuat jiwaku berpuasa. Jiwaku tidak dapat menahan lapar lebih lama lagi, dan ingin berbuka puasa.”
“Aku akan ikut mereka berjihad, tapi aku tidak akan berbuka puasa dalam perjalanan.”
“Aku setuju,” jawab jiwaku.
Mungkin jiwaku berkata begitu karena aku selalu memerintahkannya untuk shalat malam. Ia ingin di perjalanan agar dapat tidur di malam hari dan beristirahat,” pikirku.
Maka aku pun berkata, “Aku akan tetap membuatmu terjaga hingga fajar.”
“Aku setuju,” jawab Jiwaku.
Aku tambah takjub. Kemudian terlintas dipikiranku, mungkin jiwaku berkata demikian karena ia ingin berbaur dengan orang banyak, ia telah letih berada dalam kesunyian, dan berharap mendapat pelipur lara dalam rombongan banyak orang.
Maka aku pun berkata, “Kemanapun aku membawamu, aku akan menaruhmu di tempat yang terpisah, dan aku tidak akan duduk berkumpul dengan orang-orang lain.”
“Aku setuju,” jawab jiwaku.
Aku pun terdiam, lalu memohon kepada Allah, Agar Dia menyingkapkan kepadaku segala tipu daya jiwaku atau membujat jiwaku mengaku.
Akhirnya, jiwaku bicara, “Setiap hari engkau membunuhku seratus kali, dengan menantang hasrat-hasratku, dan tak ada seorang pun yang tahu. Di dalam perang, setidaknya aku dapat terbunuh sekali untuk selamanya, dan akan mendapatkan kebebasan, dan beritanya akan tersebar ke seantero dunia. Ahmad ibnu Khadhruya benar-benar hebat! Mereka membunuhnya, dan ia meraih mahkota syahid.”
Kontan aku memekik, “Maha Mulia Allah, yang menciptakan sebuah jiwa dengan watak munafik ketika gidup, dan tetap munafik setelah mati. Jiwa seperti itu tidak akan pernah menjadi muslim sejati, baik didunia ini maupun di akherat kelak. Aku piker engkau ingin mematuhi Allah, ternyata tanpa kusadari, engkau tengah mencoba untuk memakai korset.”
Sejak saat itu aku menggandakan usahaku dalam menaklukkan jiwaku.
Ada seorang pencuri membobol rumah Ahmad, ia mencari kesana-kemari, namun tidak menemukan apa-apa. Saat ia hendak pergi meninggalkan rumah Ahmad, Ahmad memanggilnya, “Wahai anak muda, ambillah ember itu dan ciduklah air dari dalam sumur, berwuduklah, dan dirikanlah shalat. Jika aku mendapat sesuatu, aku akan memberikannya padamu, agar engkau tidak meninggalkan rumahku ini dengan tangan kosong.”
Si pencuri itu melakukan apa yang diperintahkan Ahmad. Ketika hari telah terang, seorang lelaki terhormat datang dan memberikan uang seratur dinar kepada Ahmad.
“Ambillah uang ini sebagai imbalan bagi malammu yang engkau lewatkan dengan shalat,” kata Ahmad kepada si pencuri.
Si pencuri kontan gemetaran seluruh tubuhnya, ia larut dalam tangis.
“Aku telah salah jalan,” pekiknya. “Baru semalam aku bekerja untuk Allah, dan Dia telah membalasku demikian besar.”
Pencuri itu pun bertobat, kembali kepada Allah. Ia menolak uang dinar yang diberikan oleh Ahmad, dan kemudian menjadi salah seorang mujrid Ahmad.
Pada suatu kesempatan, Ahmad pergi ke sebuah pondok sufi dengan mengenakan yang sangat buruk. Dalam cara sufi, Ahmad mengabdikan diri sepebuhnya untuk melakukan tugas-tugas spiritual. Namun para sufi lain di pondok itu diam-diam meragukan ketulusannya. “Tempatnya bukan disini,” kata mereka kepada Syekh mereka.
Kemudian pada suatu hari Ahmad pergi ke sumur dan embernya jatuh ke dalam sumur itu, para sufi lain mencela dan memakinya. Ahmad pun menemui sang syekh.
“Aku mohon, bacalah surah Al-Fatihah, agar ember dapat terangkat dari dalam sumur,” pinta Ahmad.
“Permohonan macam apa ini?” tukas sang syekh terheran-heran.
“Jika anda tidak berkenan membacanya,” kata Ahmad, “Maka izinkanlah aku untuk membacanya.”
Sang syekh mengizinkan, dan Ahmad pun membaca surah Al-Fatihah. Ember itu tiba-tiba terangkat ke permukaan. Ketika sang syekh melihat hal itu ia melepaskan serbannya.
“Anak muda siapa sebenarnya engkau? Lesungku hanya berisi sekam bila dibandingkan dengan bulir padimu,” Tanya sang syekh.
Ahmad menjawab, beri tahu para sahabatmu, janganlah terlalu memandang rendah para musafir.”
Suatu hari datang seorang lelaki datang menemui Ahmad dan berkata, “Aku sakit dan miskin, bimbinglah aku ke jalan yang dapat menghantarkanku keluar dari cobaan ini.”
“Tulislah jenis-jenis pekerjaan yang ada masing-masing pada secarik kertas,” jawab Ahmad. “Taruh potongan-potongan kertas itu dalam sebuah kantung, dan berikan padaku.”
Lelaki itu pun menuliskan semua jenis pekerjaan dan membawa semua potongan-potongan kertas itu kepada Ahmad. Ahmad memasukkan tangannya ke kantong itu dan mengambil secarik kertas. Di kertas itu tertulis pencuri.
“Engkau harus menjadi pencuri,” kata Ahmad kepada lelaki itu.
Lelaki itu terkejut bukan main, dan terheran-heran mendengar ucapan Ahmad. Kemudian ia bangkit dan pergi menemui sekawanan penyamun.
“Aku memimpikan pekerjaan ini,” katanya kepada mereka, “Bagaimana aku melakukannya?”
“Hanya ada satu aturan dalam pekerjaan ini,” kata mereka kepadanya. “Engkau harus melakukan apapun yang kami perintahkan.
“Aku akan melakukan apapun yang kalian perintahkan,” katanya meyakinkan mereka.
Lelaki itu tinggal bersama para penyamun selama beberapa hari. Lalu suatu hari, sebuah kafilah melintas. Para penyamun itu mencegatnya. Mereka menyerahkan salah seorang anggota kafilah itu, seorang saudagar yang kaya raya, kepada anggota baru.
“Gorok lehernya,” perintah mereka.
Lelaki itu ragu, ia berkata dalam hati, “Raja penyamun ini telah membunuh banyak orang , lebih baik aku membunuhnya daripada aku membunuh saudagar itu.”
“Jika engkau menginginkan pekerjaan ini, engkau harus melakukan semua yang kami perintahkan,” tukas sang pemimpin penyamun, “Kalau tidak, engkau harus pergi dan mencari pekerjaan lain.”
Lelaki itu berkata, “Ya, aku memang harus menjalankan perintah, tapi perintah Allah, bukan perintah kalian!”
Kemudian ia menghunus pedangnya, membiarkan saudagar itu pergi, dan menebas kepala sang raja penyamun.
Melihat jedian itu, para penyamun yang lain melarikan diri. Barang-baranaga milik kafilah itu tetap utuh, dan jiwa si saudagar tadi selamat. Ia memberikan banyak emas dan perak kepada lelaki itu agar bisa hidup mandiri.
Suatu hari seorang Darwis bertamu kerumah Ahmad dan diterima dengan hangat. Ahmad menyalakan tujuh puluh buah lilin.
“Ini tidak menyenangkanku,” kata si darwis, “sibuk dengan hal-hal remeh tidak ada kaitannya dengan sufisme.”
“Kalau begitu pergilah,” kata Ahmad, “Dan padamkan setiap lilin yang aku padamkan bukan karena Allah.”
Sepanjang malam si darwis menyiramkan air dan menaburkan tanah, namun tidak satu lilin pun yang berhasil ia padamkan.
“Mengapa engkau begitu terkejut?” kata Ahmad pada darwis itu keesokan harinya. “Ikutlah denganku, dan engkau akan melihat hal-hal yang memang patut membuat takjub.”
Mereka pun pergi dan di depan pintu sebuah gereja. Saat para pendeta Kristen melihat Ahmad bersama temannya, kepala gereja mengundang mereka untuk masuk. Ia menyajikan makanan di meja dan mempersilahkan Ahmad untuk makan.
“Para sahabat tidak makan bersama para musuh,” ujar Ahmad dengan hormat.
“Tawarkan Islam pada kami,” kata sang kepala Gereja.
Maka Ahmad menawarkan Islam kepada mereka. Tujuh puluh para pendeta akhirnya memeluk Islam.
Malam itu Ahmad bermimpi, dalam mimpinya itu, ia mendengar sebuah suara: Ahmad engkau menyalakan tujuh puluh lilin untukku, kini aku telah menyalakan untukmu tujuh puluh hati dengan cahaya Iman.
http://sabdaislam.wordpress.com/2010/09/16/ahmad-ibnu-khadruya-70-hati-dengan-cahaya-iman/

7 Peringatan penting daripada Allah SWT


http://www.hssona.com/eg/up/images/byan-an-allah-la-ya5th-ella-b3d-byan.png
1. Rasulullah Saw bersabda bahwa Allah ‘Azza wajalla berfirman, “Anak Adam mendustakan Aku padahal tidak seharusnya dia berbuat demikian. Dia mencaci Aku padahal tidak seharusnya demikian. Adapun mendustakan Aku adalah dengan ucapannya bahwa “Allah tidak akan menghidupkan aku kembali sebagaimana menciptakan aku pada permulaan”. Ketahuilah bahwa tiada ciptaan (makhluk) pertama lebih mudah bagiku daripada mengulangi ciptaan. Adapun caci-makinya terhadap Aku ialah dengan berkata, “Allah mempunyai anak”. Padahal Aku Maha Esa yang bergantung kepada-Ku segala sesuatu. Aku tiada beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun setara dengan Aku.” (HR. Bukhari)
2. Dalam hadits Qudsi dijelaskan bahwa Allah Ta’ala berfirman: “Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan kenikmatan-kenikmatan tetapi kamu membenciKu dengan berbuat maksiat-maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu dan kejahatan-kejahatanmu naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya.” (Ar-Rafii dan Ar-Rabii’).
3. Anak Adam mengganggu Aku, mencaci-maki jaman (masa), dan Akulah jaman. Aku yang menggilirkan malam dan siang. (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Allah Ta’ala berfirman (dalam hadits Qudsi) : “Kebesaran (kesombongan atau kecongkakan) pakaianKu dan keagungan adalah sarungKu. Barangsiapa merampas salah satu (dari keduanya) Aku lempar dia ke neraka (jahanam).” (HR. Abu Dawud)
5. Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik. (HR. Abu Dawud)
6. Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Barangsiapa memperhitungkannya dia masuk surga. (Artinya, mengenalnya dan melaksanakan hak-hak nama-nama itu). ( HR. Bukhari)
7. Allah ‘Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): “Hai anak Adam, Aku menyuruhmu tetapi kamu berpaling, dan Aku melarangmu tetapi kamu tidak mengindahkan, dan Aku menutup-nutupi (kesalahan-kesalahan)mu tetapi kamu tambah berani, dan Aku membiarkanmu dan kamu tidak mempedulikan Aku. Wahai orang yang esok hari bila diseru oleh manusia akan menyambutnya, dan bila diseru oleh Yang Maha Besar (Allah) dia berpaling dan mengesampingkan, ketahuilah, apabila kamu minta Aku memberimu, jika kamu berdoa kepada-Ku Aku kabulkan, dan apabila kamu sakit Aku sembuhkan, dan jika kamu berserah diri Aku memberimu rezeki, dan jika kamu mendatangiKu Aku menerimamu, dan bila kamu bertaubat Aku ampuni (dosa-dosa)mu, dan Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih.” (HR. Tirmidzi dan Al Hakim)