"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, February 15, 2011

Senarai Nilai-Nilai Murni/ Sifat-Sifat Mahmudah


http://amin1982.files.wordpress.com/2007/09/rambu-ramadhan.jpg?w=400&h=322#038;h=322
1.0 HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 ‘ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab, musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian   dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga, komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.
2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan ‘aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Sabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha, dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan mengawal hawa nafsu.
3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaannkarut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara yang berfaedah.
4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.
4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi risiko dan bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.
4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancaman musuh dan godaan syaitan.
Rujukan :
Kitab Sirrul Asrar

No comments: