"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, March 26, 2011

Jawapan : Siapakah yang menjadikan Allah SWT ?

Sila dengar dengan penuh perhatian, agar anda menjadi Insan yang paling yakin dengan kewujudan Allah SWT.
Fakta yang dikemukakan dalam video ini adalah:
1-Sifat Pencipta dan Kena Cipta tidak sama sekali. Contohnya : Tukang pintu dengan pintu tidak akan memiliki sifat yang sama, persamaan ini memang tidak wujud dan mesti diyakini 100%.
2-Sifat Allah SWT tidak akan menyamai dengan sifat makhluk, manusia tidak boleh menyifat sifat Allah SWT dengan akal., manusia tidak tidak boleh menggunakan akal untuk mencari rahsia sifat-sifat Allah SWT.
3-Kelajuan perjalanan planet tidak boleh dikira tetapi mesti manusia tetap menerima fakta kecepatan tersebut.
4-Pertanyaan yang timbul daripada akal fikiran manusia tidak akan terjawab kecuali apabila Allah SWT memberi sesuatu pengajaran.
5-Sifat manusia yang akan menerima sesuatu perkara apabila menemui jawapan rahsia tersebut dalam kajian, adalah membuktikan hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi jawapan kepada segala rahsia yang tersembunyi disebalik kejadian alam ini.
Semoga anda memahami apa yang saya simpulkan.

No comments: