"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, October 9, 2010

Al-Anfaal

Hai orang-orang beriman,apabila kamu menjumpai orang-orang kafir yang banyak(hendak memerangimu)maka janganlah kamu mundur kebelakang-15-

Barang siapa yang memundurkan dirinya ketika itu-kecuali hendak meminggir untuk(siasat)peperangan atau berkumpul kepihak kaum muslimin(yang lain)-sesungguhnya orang itu kembali dengan mendapat kemarahan dari pada Allah dan tempatnya dalam neraka jahannam:dan itulah se-jahat jahat tempat kembali-16-

Kamu tiada membunuh mereka,tetapi Allah yang membunuhnya.Bukanlah engkau(ya Muhammad)memanah,ketika engkau memanah itu,tetapi Allah-lah yang memanah.Supaya Allah mencubai orang-orang beriman dengan cubaan yang baik.Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui
-17-

Demikianlah(halmu)sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang-orang kafir itu-18-

Jika kamu minta pertolongan,sesungguhnya telah datang pertolongan itu kepadamu dan jika kamu berhenti,lebih baik bagimu.Tetapi jika kamu kembali.Kamipun kembali pula.Tidak berguna bagimu jama'ah kamu sedikit juga,sekalipun banyak bilangannya.Sesungguhnya Allah beserta orang-orang beriman.-19-

Hai orang-orang yang beriman,ta'atlah(patuhlah)kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling dari padaNya,sedang kamu mendengarkan.-20-

Keterangan ayat

Tatkala sahabat-sahabat Nabi kembali dari pertempuran BADAR dengan membawa kemenangan,pada hal bilangan nereka sedikit diperbandingkan dengan musuh,iaitu 300 orang lawan 1000orang.lalu mereka bermegah-megah dengan banyak membunuh musuh.Maka diturunkan ayat ini,ya'ni pada hakikatnya bukan kamu yang membunuh musuh itu,tetapi Allah yang membunuhnya,kerana Alalh menurunkan malaikat menolong kamu dan Allah menguatkan hatimu dan menghilangkan takut dan hatimu serta menjatuhkan takut dan gementar kedalam hati musuhmu,hingga mereka kalah dan cerai berai melarikan diri.Pada hakikatnya,ya Muhammad,bukan engkau yang melemparkan,tentu bekasnya seperti lemparan manusia biasa,tetapi bekasnya luar biasa,bukan seperti bekas lemparan manusia.Sebab itu adalah pada hakikatnya lemparan Allah,yang mempunyai pengaruh yang besar,hingga menakutkan musuh semuanya.
   Didalam ayat ini ada pengajaran kepada kita,iaitu apabila kita mendapat kemenangan dalam perjuangan pertempuran terutama bila kita sedikit dan musuh banyak atau alat senjata kita kurang,sedang alat senjata musuh cukup,seperti terjadi dalam perjuangan kita dari tahun 1945 sampai 1950,maka janganlah kita bermegah-megah dan berkata sombong,bahawa kita yang banyak berjasa,banyak membunuh musuh.Melainkan semuanya itu adalah pertolongan Allah dan kurniaNya,bahkan Allah yang mengalahkan musuh itu,kerana Dia yang memberanikan hati kita dan menakutkan hati musuh.


-air tangan ku-

Al-AN-AAM

Katakanlah Kabarkanlah kepadaku,jika kamu ditimpa seksaan Allah s.w.t atau datang kepadamu hari kiamat,adakah kamu menyeru(meminta)selain dari pada Allah swt,jika kamu orang yang benar?-40-

Bahkan,kepada Dialah kamu menyeru(meminta)lalu Dia menghilangkan(seksaan)yang kamu mintakan itu,jika dikehendakiNya,dan kamu lupakan apa yang kamu persekutukan itu..-41-

Allah s.w.t telah menerangkan petunjuk secukupnya dalam QUR'AN dan tiadalah Dia tinggalkan suatu juapun.Petunjuk itu ialah pokok agama(asaasnya),undang-undang umum,hukum-hukum serta faedahnya dan lagi memberi pengajaran kepada manusiasupaya ia mempergunakan kekuatan tubuhnya dan pemikiran untuk mengambil manfaat dari isi alam yang luas ini,Sebenarnya QUR'AN telah menerangkan yang tersebut itu seplah olah ia undang-undang dasar bagi agama dan hadith nabi sebagai undang-undang biasa.Setengah orang mengatakan bahawa ilmu agama dan dunia semuanya termaktub dalam Qur'an tetapi ini tiada betul.Kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda.Kamu terlebih tahu tentang pekerjaan duniamu Maka tentang 'ilmu bercucuk tanam'.'ilmu mesin'.ilmu alam' kerana d.s.b adalah kamu terlebih tahu dari Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi ia memberi nasihat kepadamu supaya ilmu kamu itu kamu pergunakan untuk kebajikan manusia bukan untuk membinasakannya.


-air tanganku-

Ali-Imran

Hai orang-orang beriman,sabarlah kamu dan sabarlah melawan musuhmu dan berjagalah(diperbatasan negerimu)dan takutlah kepada Allah s.wt mudah-mudahan kamu menang(-200-)

Didalam ayat Ali-Imran ini ada penegasan(kamu)disuruh berhati apabila bersabar,terutamanya bersabar menghadapi musuh serta disuruh berjaga-jaga diperbatasan negara yang berhadapan dengan negara musuh,iaitu dengan mengadakan siap-2siap dan menambatkan kuda-kuda perang ditempat itu,untuk mempertahankan negara dari serangan musuh yang tiba-tiba.kalau sekarang bukan dengan kuda perang,melainkan dengan senjata moden yang dipergunakan orang untuk mempertahankan negara dari serangan musuh(demikian ajaran Al-Quran)

-air tanganku-

Wednesday, October 6, 2010

Berilmu tu berkualiti atau tidak

Nabi s.a.w sendiri tidak pernah membezakan orang yg berilmu tu berkualiti atau tidak,kerana terima atau tidak ilmu seseorang tu,hanya Allah yang Maha Megetahui, jadi hambanya mana mungkin sesenang hati nak bezakan kualiti ilmu seseorang sedangkan hambanya sendiri mendapat ilmu melalui hidayah dari Allah,hambanya mendapat ilmu dan rezeki pada apa yg telah di tulis oleh Allah pada kitabnya di loh mahfuz.Jadi bila seseorang berkata tentang kualiti ilmu seseorang yang lain,dia tidak layak digelar sebagai ustaz atau pengajar agama atau orang berilmu,kerana dia sendiri tidak mengetahui asas ilmu yg Allah berikan padanya,jika asasnya pun dia tidak tahu,apatah lagi isinya,mana mungkin orang yg beriman pada Allah s.w.t dengan bersahaja menghinakan orang lain tentang ilmu,sedangkan apa yg orang lain dapat pun hanya mengikut yg tertulis oleh kalam Allah s.w.t.

Akhlak

“Setiap kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya, seorang imam adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya dan seorang laki-laki adalah pemimpin dalam keluarga dan akan dimintai tanggungjawab atas kepemimpinannya, dan wanita adalah penanggung jawab terhadap rumah suaminya dan akan dimintai tanggungjawabnya serta pembantu adalah penanggungjawab atas harta benda majikannya dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At Tahrim: 6)

sudah baligh maka mereka bertanggung jawab atas diri mereka sendiri.contoh dari pertanggung jawaban tersebut adalah dengan memelihara diri dan keluarga dari api neraka.Sepertimana ayat Diatas.

Abdullah bin Umar radhiyallahu’anhu, “Didiklah anakmu karena kamu akan ditanya tentang tanggungjawabmu, apakah sudah kamu ajari anakmu, apakah sudah kamu didik anakmu dan kamu akan ditanya kebaikanmu kepadanya dan ketaatan anakmu kepadamu.”

Pendidikan tersebut banyak cabangnya satu diantaranya adalah pendidikan akhlak, akhlak anak yang baik dapat menyenangkan hati orang lain baik orangtua atau orang-orang di lingkungan. Bahkan akhlak yang sesederhana sekalipun misalnya memberikan wajah berseri saat bertemu dengan saudara muslim yang lain. kita WAJIB IKHTIAR dengan pendidikan akhlak yang bagus.

Menjadi Orang Pintar Seronok?

Maklumlah masing-masing mahu menjadi pintar,betulkan..hahah Aku pun mahu,bijak sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.Ada yang berangan-angan owhhhh alangkah bagus kalau tidak bertungkus lumus siang dan malam untuk ulangkaji pelajaran,cuma tidur pastu ilmu yang dipelajari akan datang dalam mimpi tidak perlu berusaha..huhuhu tapikan,tapikan,dan tapikan.

Sebenarnya, kepintaran yang Allah kurniakan itu mungkin boleh jadi ujian dan fitnah yang maha besar kepada pemiliknya jika ia tidak disalurkan mengikut jalan yang betul.Mana tidaknya,mana la tahu pemilik IQ tinggi ini terus hanyut dilambung pujian.

Ini yang boleh merasa taksub dan riya’ sebab dengan kebolehan sendiri sehingga sewenangnya memperkecilkan keupayaan dan kebolehan orang lain yang dianggap tidak mencapai standardnya(dah ramai macam ni).Lebih merisaukan sekiranya golongan yang memiliki kepintaran melampau ini gagal mengawal perasaan, lantas menggunakan mindanya yang genius pada perkara yang bertentangan dengan Islam seperti merompak, menipu, menghasilkan teori-teori jahat, mencipta sistem yang menguntungkan diri sendiri tapi dalam masa yang sama merosakkan orang lain.

Kembali pada asas agama yang tentunya Islam.Rasulallah adalah model terbaik dalam menangani dan membentuk potensi individu.Apa yang baginda lakukan adalah memahami terlebih dahulu potensi yang dimiliki oleh seseorang individu untuk tindakan lanjut yang sewajarnya.Rasulullah melihat kepada kesesuaian bakat yang dimiliki oleh seseorang.

Sebagai contoh, bila mana Abu Dzar meminta untuk dilantik sebagai amir (ketua) , Rasulallah terus mengingatkan beliau bahawa kepimpinan adalah sesuatu yang berat sedangkan Abu Dzar lemah dalam aspek kepimpinan.Meskipun petah bercakap, namun tugas sebagai pemimpin bukanlah selayaknya untuk beliau.
Apa jua ilmu yang dimiliki perlu diseimbangkan.

Maksudnya,perlu ada tawazun (kesimbangan) aqliah dan naqliah.Tidak boleh berfikir menjangkau batasan yang dibenarkan.Sebagai contoh dalam persoalan roh.Allah melarang manusia mengkaji terlalu mendalam mengenainya kerana ia adalah urusan-Nya. Cukup sekadar mengetahui menurut apa yang telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran dan penerangan daripada RasulNya.
Persoalan keadilan amat dititikberatkan dalam Islam meskipun terhadap kanak-kanak. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. kanak-kanak diberi ruang dan nafas untuk hidup dan bersosial sebagaimana yang selayak dengan usianya tanpa terlalu memberikan tekanan kepada mereka.
Semua ilmu dan kepandaian yang dimiliki adalah milik Allah.Kita hanya sebagai wasilah(perantara).Andai pernah merasa ujub (takjub) dengan diri sendiri kerana ilmu yang dimiliki,cuba renungkan kembali.

Adakah mampu untuk kita membina sebuah sarang berbentuk heksagon yang begitu kemas tanpa sebarang peralatan dengan ukuran sudut yang sama tanpa meninggalkan sedikit pun ruang di tengah-tengahnya sebagaimana yang mampu dilakukan oleh lebah kecil yang baru berusia 12 hari?Jika belum mampu, jadi terimalah hakikat bahawa sesungguhnya Maha Suci Allah..tiada kami memiliki ilmu ( la ilma la na ) melainkan apa yang Engkau ajarkan sahaja…

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Al-Baqarah : ayat 32)

Tuesday, October 7, 2008

KISAH PENGORBANAN SAIYIDINA ABU BAKAR

KISAH PENGORBANAN SAIYIDINA ABU BAKAR

Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina ABU BAKAR telah  bersembunyi di gua Thur ABU BAKAR telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut  dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran  menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya  ini tercatat didalam  al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

PERLANTIKAN  ABU BAKAR MENJADI  KHALIFAH

v        Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum bagibda wafat
v        Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
v        Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih
·        Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik baginda
·        Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam sewaktu baginda sakit
·        Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji pertama umat Islam


PERISTIWA PERLANTIKAN  Abu Bakar MENJADI  KHALIFAH

-         Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah.
-         Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.
-         Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangklan memilih salah seorang dari dua samada  Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin.
-         Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.
-         Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan  (Secara persetujuan ramai umat Islam)


v        Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dab negara  

1.      Setiap mukmin hendaklah menjalankan  ikatan silaturrahim  berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.
2.      Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup bekorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara
3.      Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin spt menyertai pilihanraya untuk memilih ketua / pemimpin
4.      Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Tuesday, October 30, 2007

FADHILAT MENGERAT KUKU MENGIKUT CARA SUNNAH


  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Sabtu Allah akan keluarkan daripadanya penyakit dan Allah menyembuhkan  penyakit yang ada pada dirinya.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Ahad Allah keluarkan daripadanya penyakit papa atau miskin dan Allah kurnia padanya sifat kaya.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan  daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Selasa Allah keluarkan daripadanya  penyakit barash dan Allah kurniakan padanya sifat penawar.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Rabu Allah keluarkan daripadanya penyakit was-was dan ketakutan, Allah kurniakan padanya  perasaan aman dan tenang.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.
Begitulah kemurahan Allah kepada hambanya sehingga kita tidak  layak menolak semua arahan Allah kerana memberi segala-galanya dengan penuh rahmat, walaupun semasa mengerat kuku…


Cubalah cari dalam kitab:
1-جمع الفوائد وجواهر القلائد
2-بشارة العاملين ونذارة الغافلين
3- الجوهر الموهوب ومنبهات القلوب
4-تحفة الراغبين
5- بداية المبتدى وعمدة الاولاد
Ana terlupa nama-nama kitab lain tetapi carilah kitab-kitab di atas… semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sunday, October 8, 2006

maksud KUN(kun fayakun)

Berikut adalah beberapa kata “Kun Fayakun” ("Jadilah!" Lalu jadilah)

إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِندَ اللّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثِمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Sesungguhnya misal (penciptaan) `Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia.
 Al-Baqarah:117

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.
Saya akan mengajak untuk merenungi kata Allah pada lafadz tersebut…
Kata kerja dalam bahasa Arab:
Madli = KAANA (telah menjadikan), jadi pekerjaan sudah dilakukan
Mudlari’ = YAKUUNU (sedang menjadikan/akan menjadikan), jadi pekerjaan menjadikan itu sedang/akan dikerjakan
Kenapa Allah menghadirkan kata yang present/present continuous (masa sekarang/masa yang akan datang… merupakan bentukan kata mudhari’ dalam bahasa Arab (Menunjukkan waktu sekarang/akan datang).
Penciptaan Adam as. dan langit-bumi adalah TELAH BERLALU, sedangkan penurunan Alquran waktu itu SEDANG dilakukan…
خلق : telah menciptakan
يكون : maka jadilah
Kenapa penciptaan Adam as yang sudah tercipta, dikatakan pada masa Nabi SAW dengan jadilah (merujuk pada waktu hadir Nabi)…
Padahal kesejajaran bahasa seharusnya adalah:
كن فكان
KUN FAKAANA
Tetapi Allah memakai
كن فيكون
KUN FAYAKUUN
Menurut Imam Zamakhsyari itu pengertian Allah menceritakan keadaan yang lalu itu dengan keadaan sekarang itu agar MUKHOTOB (yang diajak bicara) melihat keadaan sekarang…
Artinya, pada waktu Allah berfirman Jadilah, maka jadilah = jadilah seperti sekarang ini (manusia yang ada).
Itu adalah pendapat ulama terkemuka dalam penafsiran Kun Fayakun.
Wallahu a’lamu…




Seperjalanan ilmu



Doa dan Kun


Doa dan Kun

Aku sebagai hamba adalah Ruhku dan Engkau sebagai yang Maha Kuasa  dan pencipta adalah Allah. Oleh kerana itu hubungan dengan Allah hendaklah terjaga dengan baik dan berterusan, dengan selalu berdoa kepadanya.

Sebagai hamba haruslah berdoa kepada Allah, kerana ia adalah Yang Maha Berkuasa, dan agar hamba mendapat perlindungan daripada Penciptanya.

Contoh  hubungan dengan Allah, hamba yang sedang berdoa: Ya Allah sempurnakanlah Cahayamu kepada ku.

Sesuatu yang tidak dapat diusahakan oleh hamba perlulah memintanya kepada Allah dengan berdoa, agar sesuatu yang kita mintakan itu menjadi milik kita, contohnya seperti mendapat Cahaya Allah tersebut.

Walau bagaimanapun, permintaan  yang berkaitan dengan urusan keduniaan perlulah diusahakan dengan menggunakan akal oleh hamba tersebut.

Tapi,,  bagi mereka yang makrifatullah usaha  berkaitan keduniaan ini menjadi mudah kepada mereka. Kerana alam dan isinya sangat bersahabat dengan mereka yang makrifatullah. Menyebabkan alam mudah diperintah agar menjadi sopan, dan tidak merosakkan sesama makhluk. Ini kerana alam itu sendiri menghormati dan tunduk kepada  mereka yang makrifatullah.

Kerana itulah mereka yang makrifatullah tidak  mengusir makhluk jahat seperti jin dan syeitan dengan doa, tetapi dengan Kun Fa Yakun.

Satu daripada penggunaan Kun adalah begini, satu  senario:

Konon-konon, hujan sangat lebat dan tidak mungkin berhenti dalam masa yang terdekat,, sedangkan orang bermakrifat itu kini berada di dalam perahu, yang melintasi sebuah tasik yang agak luas, hendak berpatah balik tidak mungkin kerana telah lebih separuh jalan, hendak diteruskan pasti terkena hujan atau perahu mungkin tenggelam dinaiki air hujan.

Maka di sinilah ia terpaksa menggunakan Kun, dengan berkata: Hai Hujan,, Berilah aku laluan dengan selamat dan tidak basah (sudah pasti dengan izin Allah).

Kerana alam bersahabat dengan makrifatullah maka dengan senang hati alam menuruti perintah itu, dan ternyata  Si makrifatullah itu  selamat dan tidak basah ditimpa hujan.

Cerita semacam ini, nampak seperti  mengarut pada zaman ini, tapi kita pernah mendengar cerita-cerita sebegini dari orang tua-tua berkaitan wali-wali Allah tertentu. Perkara semacam ini mudah sahaja  berlaku kepada mereka yang makrifatullah, kerana mereka adalah cermin Allah, atau Khalifah Allah di muka bumi ini. Itulah kekuasaan yang diberikan Allah kepada para kekasihNya.

Analisisinya,  menuju sebuah pulau adalah merupakan Qudrat dan Iradatnya, dan pelaksanaanya adalah berupa sebuah usaha dan menggunakan akal agar terlaksan apa yang dicita-citakan itu. Dan untuk terlaksana apa yang dicita-citakan itu (yang berkaitan dengan urusan keduniaan), bukan doa yang diperlukan tetapi sebuah KUN.

Orang bermakrifat tidak menolok hujan dan tidak menolak gempa bumi kerana itu adalah kehendak Allah, tetapi ia tidak mahu terkena banjir kerana hujan, dan tidak mahu rumahnya binasa kerana gempa bumi. Maka di sinilah perlunya usaha dan akal,   dan hujung terakhir daripada usaha dan akal itu adalah KUN, supaya tidak terkena banjir dan rumah tidak binasa kerana gempa bumi.

Dalam keadaan ini (berkaitan keduniaan) orang bermakrifat tidak menggunakan doa  tetapi menggunakan Kun.

Jadi secara kesimpulannya, untuk urusan dunia seperti, mendapatkan rezeki, pendidikan, pekerjaan hendaklah diperbanyak usaha (….Kun),  sebab semua keperluan manusia telah disediakan oleh Allah, mereka hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun untuk menggunakan Kun, bukanlah semudah yang disangkakan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dahulu,, satu daripadanya  perlulan makrifatullah.

Semoga bermanfaat

Allah u a’lam.

Saturday, October 8, 2005

Istiqamah Dalam Jalan Dakwah & Islam


Maksud istiqamah ialah terus tetap atas jalan ISLAM. Sekali seseorang itu beriman, maka dia akan terus menerus bersama ISLAM, walau apa pun yang terjadi. Sanggup mempertahankan ISLAM dalam semua keadaan. Tetap memilih kebenaran. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Huud: 112
Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang  kembali kepada kebenaran dengan mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

 Ramuan untuk terus beristiqamah dengan ISLAM  adalah;
1. Sabar
2. Ikhlas
3. Muhasabah
4. Interaksi dengan al-Quran
5. Yakin dengan keutamaan dakwah Islam
6. Membaca kisah orang-orang yang istiqamah di jalan dakwah
7. Sokongan daripada keluarga
يا رسولَ اللهِ, قُلْ لِيْ في الإسلام قَوْلاً لاَأسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ ! قال : قُلْ آمَنْتُ باللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ.
Dari Abu ‘Amroh Sufyan bin Abdillah ra berkata ; Ya Rasulallah,katakan kepadaku satu kata saja yang aku tidak akan bertanya kepada siapapun selain engkau ! Jawab Rasul SAW : Katakan , aku beriman kepada Allah,lalu istiqomahlah.
(Hadith Riwayat. Muslim)
يا رسولَ اللهِ, أتَعُودُ الى مكَّةَ وقَدْ أخْرَجوكَ؟ قال : يا زَيْدُ إن اللهَ جاعِلٌ لِما تَرَى فَرَجا وَمَخْرَجا وإن اللهَ ناصِرٌ دِيْنَه وَمُظْهِرٌ نبِيَّه.
Zaid bin Haritsah bertanya kepada Rasul SAW (dalam perjalanan ditengah cobaan badai da’wah ke Thoif), Ya Rasulallah ; apakah engkau akan kembali ke Makkah sedang engkau telah diusir oleh mereka (kuffar quraisy)? Wahai Zaid; sesungguhnya apa yang kamu saksikan saat ini (dari kesulitan , banyaknya tantangan dan rintangan), Allah akan berikan kelapangan dan jalan keluar dan Allah Maha menolong agamanya lagi Maha pemberi kemenangan kepada nabiNya (dan orang yang membela agamaNya).

An-Nas






An-Nas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. / (6)