"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, April 1, 2011

Keberanian Ulamak Yang Membawa Kemenangan Kepada Agama Allah SWT


Sewaktu saya melayari internet saya tertarik pada satu artikel dalam web qaradawi.net. Ruangan yang menceritakan keadaan Dr Yusuf Qardawi ini bertarikh 24/4/09. Ruangan ini agak menarik kerana menceritakan tindakan Dr Yusuf QArdawi menymbunyikan fatwanya kerana takut menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
Pendapat yang sememangnya kontraversi itu ialah beliau melihat harus bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram jika ada da sebab pertama keperluan mendesak dan aman dari fitnah. Beliau telah bertindak menyembunyikan fatwa ini beberapa tahun sehinggalah beliau muatkan pandangan ini dalam buku beliau Fatawa Muasirah jilid dua.
Beliau juga mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Abu Zuhrah telah menyembunyikan fatwanya selama 20 tahun. Abu Zuhrah berpandangan bahawa hukum rejam bagi wanita muhsan yang berzina telah di nasakhkan. Beliau merasakan pendapat ini mungkin akan membawa kekecohan lalu ditangguhkan penyiarannya. Akhirnya Muhammad Abu Zuhrah menyatakannya didepan ulamak-ulamak besar seperti Mustafa Zarqa, Subhi Soleh dan Husin Hamid Hassan di Libya tahun 1972.
Dr Yusuf qardawi memuji para ulamak yang berterus terang dan cuba untuk menyampaikan pandangan mereka walaupun berkemungkinan berhadapan dengan masyarakat yang mungkin akan menghukum mereka dengan berbagai tohmahan. Beliau memuji Syeikh Ibnu Mahmud yang telah mengeluarkan fatwa harus bagi bakal haji yang menaiki kapal terbang untuk berihram di lapangan terbang Jedah, walaupun fatwa itu mungkin akan dipandang serong.
Dalam ruangan itu juga melaporkan bahawa Dr Yusuf Qardawi mengkritik para ulamak yang sering memberikan pendapat bagi mendapat keredaan pemimpin. Selain itu, ada juga ulamak yang cuba mendapatkan sokongan masyarakat, lalu bertindak memayah-mayahkan ugama dan enggan mengambil keringanan dalam fatwa, kerana ingin mendapat sokongan masyarakat yang sering menganggap ugama yang benar mestilah bersifat sukar. Kedua-dua situasi itu tadi perlu ditolak kerana pandangan ulamak sepatutnya bebas dari sebarang tujuan keduniaan.
Apabila saya membaca tulisan tersebut, saya cuba melihatnya melalui kaca mata Malaysia. Saya hairan mengapa situasi di Malaysia masih jauh ketinggalan. Ketika ulamak di negara-negara Arab sibuk bercakap mengenai pembaharuan, kajian semula, keterbukaan, fiqh taisir dan berbagai tajdid yang bersifat mendinamikkan fiqh islami,
Dinegara kita rata-rata ulamak masih ditakuk lama (maaf para ulamak, bukan semua ya) Mereka suka mengulang-ulang kata-kata yang sama, masih meghadkan rujukan kepada beberapa kitab tertentu, masih menganggap wajib berpegang dengan pendapat dalam mazhab, masih menganggap agama mestilah sukar, tidak dapat difikir dengan lojik dan berbagai-bagai pandangan yang telah hampir disepakati di negara Arab sebagai kurang tepat. Contoh yang saya boleh berikan secara specifik ialah bagaimana ramai lagi pensyarah di peringkat IPT jika disebut ilmu Maqasid Syariah mereka anggap satu ilmu yang pelik. Ramai juga yang menganggap jika diikuti ilmu ini makan jahanamlah agama.
Mengapa fenomena ini boleh wujud di negara kita sedangkan kitab-kitab baru banyak dijual dan berselerak di perpustakaan? Apakah para ahli ugama kita kurang update maklumat sehingga ketinggalan puluhan tahun? Bahkan lebih parah lagi ada juga yang menganggap perbincangan mengenai status hadis sama ada sahih atau daif adalah tidak perlu, yang penting ialah niat untuk beribadat. Kalau orang itu ualamk kampung saya tak kesah tetapi kalau dia bekas mufti maka saya juga ada hak untuk bercakap…….
pandangan anda dihargai

No comments: