"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, October 7, 2008

KISAH PENGORBANAN SAIYIDINA ABU BAKAR

KISAH PENGORBANAN SAIYIDINA ABU BAKAR

Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina ABU BAKAR telah  bersembunyi di gua Thur ABU BAKAR telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut  dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran  menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya  ini tercatat didalam  al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

PERLANTIKAN  ABU BAKAR MENJADI  KHALIFAH

v        Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum bagibda wafat
v        Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
v        Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih
·        Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik baginda
·        Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam sewaktu baginda sakit
·        Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji pertama umat Islam


PERISTIWA PERLANTIKAN  Abu Bakar MENJADI  KHALIFAH

-         Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah.
-         Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.
-         Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangklan memilih salah seorang dari dua samada  Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin.
-         Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.
-         Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan  (Secara persetujuan ramai umat Islam)


v        Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dab negara  

1.      Setiap mukmin hendaklah menjalankan  ikatan silaturrahim  berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.
2.      Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup bekorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara
3.      Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin spt menyertai pilihanraya untuk memilih ketua / pemimpin
4.      Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.