"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Thursday, July 7, 2011

Racun yang paling berbisa adalah berbangga dengan ibadat sendiri

http://www.balagh.com/deen/images/2710010.jpg
Abu Bakar Al-Wasiti pernah berkata :
1- Di Jalan Allah SWT tidak ada dunia, di jalan dunia ada Allah SWT. ( amalan dunia yang diniatkan Ikhlas kerana Allah SWT ).
2- Makin tinggi pengalaman kerohanian, makin tidak berfaedah akal fikiran.
3- Ibadat yang paling berfaedah itu adalah ibadat yang menggunakan masa sepenuhnya untuk di Jalan Allah SWT.
4- Orang yang beramal ibadat dengan tujuan mendapat nikmat Syurga adalah orang yang beribadat dengan tujuan memuaskan hawa nafsu bukan beribadat untuk Allah SWT.
5- Tidak ada orang yang dapat melawan Allah SWT.
6- Buatkan matlamat dunia kerana dunia tiada nilai di sisi Allah SWT.
7- Orang yang mengenal Allah SWT tidak ingin berdampingan dan bercakap dengan sesiapa kecuali dengan Allah SWT.
8- Tidak ada racun yang lebih berbisa daripada berbangga dengan ibadat sendiri.
9- Amal Ibadat yang dilakukan dengan hati yang Ikhlas lebih berharga daripada amal ibadat yang dilakukan dengan anggota badan.
10- Orang yang bercinta dengan Allah SWT badannya sentiasa sihat dan kurus.
11- Makan terbaik didalam dunia adalah sentiasa Mengingati Allah SWT dalam semua keadaan.
Rujukan:
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 145-146.

Ungkapan cinta kepada seseorang,berikut jawapannya.




Anas bin Malik meriwayatkan bahawa seseorang berada di sisi Nabi lalu ada orang lewat.Orang yang di sisi Nabi berkata,"Wahai Rasulullah,sungguh aku mencintai orang itu,"Nabi kemudian bersabda kepadanya,"Apakah kamu sudah memberitahukannya?"Dia menjawab,"Belum,"Beliau bersabda,"Beritahukanlah kepadanya,"Orang itu pun menghampirinya dan mengatakan:


 Innii uhibbuka fillaah .. maksudnya "Sungguh aku mencintaimu kerana Allah."


Orang yang maksudkan menjawab;


Ahabbakal-ladzii ahbabtanii lahu .. maksudnya "Semoga Zat yang telah menjadikan engkau mencintaiku kerana-Nya(Allah)mencintaimu."(HR Abu Dawud(4460)


Alloohummar-zuq-nii hubbaka wa hubba man yanfa'unii hubbuhu 'indak.Alloohumma maa rozaq-tanii mimmaa uhibbu faj-'alhu quwwatan lii fiimaa tubib.Alloohumma wa maa zawayta'anii mimmaa uhibbu faj-'alhu farooghon lii fiimaa tuhibb.


maksudnya "Ya Allah kurniakanlah kepadaku kecintaan-Mu dan kecintaan orang cintanya bermanfaat bagiku di sisi-Mu.Ya Allah,jadikanlah aa pun yang aku cintai dan telah Engkau kurniakan kepadaku sebagai kekuatan bagiku untuk dapat melakukan sesuatu yang Engkau cintai.Ya Allah,jadikanlah apa pun yang aku cintai dan telah Engkau jauhkan dariku sebagai kesempatan bagiku untuk bisa melakukan sesuatu yang Engkau cintai"(HR TIRMIZI 3413)