"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Thursday, November 17, 2022

PRU 15 Mari Mengundi isu politik

 Assalamualaikum.



BANJIR

Semoga semua sihat dan diberikan kesihatan jasmani dan rohani yang berkekalan sihat hendaknya.Saya sekadar ingin berkongsi disini.

Negara Malaysia sekarang sedang dibanjiri dengan bendera-bendera dengan pelbagai warna, kerana kita sedang menghampiri PRU-15 pada masa yang sama juga Semenanjung malaysia dibanjiri dengan banjir disesetengah negeri mahupun daerah. Bersama-sama lah kita memperbanyakkan mengingati Allah taala,supaya kehidupan kita di permudahkan dunia akhirat.

Perkembangan dunia yang mengikut peredaran zaman,dipenuhi dengan teknologi yang tinggi,mempunyai pelbagai media dengan sekali klik sahaja boleh sampai berita pada kita.Sekiranya salah menggunakannya laman media tersebut boleh jatuh dosa keatas diri kita.Bersama-samalah kita menggunakannya dengan kearah yang lebih baik,berlapang dada,dan berfikiran rasional.

DEMOKRASI.

Dalam islam tiada istilah politik menggunakan sistem demokrasi,kerana sistem demokrasi ini suatu hal yang banyak membawa keburukan dari kebaikan,perkara tersebut adalah RASUAH,SALAH GUNA KUASA politik untuk diri sendiri, seperti sungai tercemar,duit rakyat salah di gunakan pada tender mahupun bukan senarai tander seperti mana rumah terbengkalai tidak siap,bangunan terbengkalai,padang,stadium, jalan raya kerap berlubang kerana menggunakan bahan yang tidak berkualiti, jalan raya beratus juta mahupun billion terbengkalai sehinga 5-10 tahun,duit zakat digunakan untuk rolling dijadikan berbukit-bukit duit sehingga banyaknya duit tidak di salurkan pada yang memerlukan.Bendera yang terlalu banyak di gantungkan dan akhirnya buang,menghulurkan duit untuk menagih pada rakyat sebelum mengundi, menagih suara hati rakyat akan melaksanakan atau mengabulkan permintaan rakyat , orang atasan makin kaya raya,banyak syarikat,banyak harta, elaun berpuluh ribu,sebulan hampir ratus ribu,menteri terlalu ramai,segala hal orang atasan PERCUMA gaji mereka tidak disentuh sikit pun.yang RAKYAT pula sengsara untuk menaggung segala beban tersebut, harga barangan dalam 2tahun naik sampai 23 kali, barangan di catu,OPR makin naik sehingga tahun hadapan,pertaruhkan nyawa rakyat untuk diberikan suntikan yang untuk di ujikaji, dan terlalu ramai rakayat menderita akibat di cucuk ber dos- dos, sehingga sekarang senyap begitu,tidak ambil peduli akan kesan buruk yang berlaku pada rakyat,diam seribu bahasa, berapa ramai cacat selepas dicucuk? berapa ramai mati mengejut tiada penyakit? berapa ramai terkena anxiety?hutang negara bertambah kerana orang atasan tidak menggunakan duit rakyat pada tempat yang betul,dan yang merana,terkena terpias adalah rakyat, negara luar pun begitu? kerana mereka juga menggunakan sistem demokrasi dan atasan disana juga sama, mereka semua monopoli ekonomi,bagi rakyat merana, dan banyak lagi. betul atau tidak semua ini?sesamalah perbanyakkan mengingati Allah taala dihati,supaya kita dapat membezakan mana buruk,baik,benar nya.


Rakyat mohon Hak nya sendiri seperti KWSP.

Rakyat mohon, rakyat perlu tanggung apa yang berlaku.

Rakyat minta Madu,PENGUASA kabulkan dan diberinya RACUN.

Bangkit dan sedarlah hamba Allah taala semua.


DEMOKRASI : Pemimpin akan kabulkan permintaan, 

"Saya akan kabulkan" saya akan kabulkan" "saya akan kabulkan apa yang rakyat mahukan tapi tanggung akibatnya selepas itu"


KHILAFAH

Dalam islam menggunakan sistem kilafah yang adil dan saksama hanya kerana menegakkan agama dan mengharmonikan semua bangsa.Tidak menagih simpati,tidak menghina sesama bangsa, Tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri, tidak menggunakan kuasa sesuka hati untuk sedap diri sendiri. Kerana PEMIMPIN takut pada Allah taala. Pemimpin yang banyak mengajak ingat kepada Allah taala,banyak membantu berkongsi rezeki pada rakyat.Seorang khilafah yang MUKMIN.

tunduk,patuh,setia,memperhambakan diri kepada Allah taala.


SELAMAT MENGUNDI

Pada tarikh 19/11/2022 hari sabtu bersamaan 

Kalender islam 19 November 25 Rabiulakhir 1444

Selamat mengundi saya ucapkan, jaga kesihatan,

dan jangan berbalah antara kita, kerana di Malaysia hanya WUJUD istilah RAKYAT BANTU RAKYAT.


Kita memerlukan pemimpin yang takut pada Allah taala.

Bukan pemimpin yang berani bersumpah ke atas nama Allah taala.

pembunuh ,perompak,penyamun juga berani bersumpah ke atas nama Allah taala yang mereka tidak bersalah.

Sesamalah kita memilih kepimpinan yang takutkan Allah taala.

dan juga tidak memilih kepimpinan yang gila kuasa iaitu orang yang sama mahukan kedudukan tinggi.

selamat mengundi. Assalamualaikum.


image  dari google.