"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Thursday, October 14, 2010

Rahsia 7 Huruf yang tidak terdapat pada surah Al-Fatihah


ث ، ج ، خ ، ز ، ش ، ظ ، ف

Inilah huruf-huruf yang tidak terdapat dalam surah Al-Fatihah.

ن حرف ( ث) إشارة إلى الثبور1  ،
membawa makna kerugian dan kebinasaan.

وحرف ( ج ) إشارة إلى الجحيم ،2

membawa makna neraka jahim atau api menyala-nyala.

وحرف ( خ ) إشارة إلى الخبث3 ،

membawa makna busuk adn mendatangkan kejahatan

وحرف ( ز ) إشارة إلى الزقوم4 ،

membawa makna pohon kayu yang mengeluarkan buah sebagai makanan kepada ahli neraka.

وحرف ( ش ) إشارة إلى الشقاوة5 ،

membawa makna kecelakaan dan kesengsaraan dalam kehidupan.

وحرف ( ظ ) إشارة إلى الظلمة6 ،

membawa makna kezaliman.

وحرف ( ف ) إشارة إلى الآفة7 .

membawa makna bebanan atau berat pada timbangan

Nota:

Penerangan tentang rahsia surah Al-Fatihah ini diambil dari Kitab Injil semasa pemerintahan Rom, ini menunjukkan Islam adalah bersifat terbuka dan Islam  telah wujud dalam kitab-kitab terdahulu.

إن حرف ( ث) إشارة إلى الثبور ،
وحرف ( ج ) إشارة إلى الجحيم ،
وحرف ( خ ) إشارة إلى الخبث ،
وحرف ( ز ) إشارة إلى الزقوم ،
وحرف ( ش ) إشارة إلى الشقاوة ،
وحرف ( ظ ) إشارة إلى الظلمة ،
وحرف ( ف ) إشارة إلى الآفة .


ttidak faham? hehe okey?Jika anda perhatikan semua huruf ejaan arab terdapat pada surah Al-Fatihah kecuali huruf-huruf yang saya sebutkan. 7 huruf tersebut membahawa maksud yang tidak baik. Ini menunjukkan surah Al-fatihah tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak baik. Semua unsur dan fadhilat yang terdapat pada huruf-huruf yang terkandung dalam surah Al-Fatihah adalah membawa kepada kebaikan dan keberkatan.

sekadar perkongsian..aminnn

Mati akan menentukan kehidupan kita sejati


JANGAN SEKALIPUN LUPA, MAUT AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA SAHAJA
Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan. (Surat al-Jumu'a: 8)
Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang berbunyi, “Setiap manusia akan merasai mati...” (surah al-Anbiya': 35). Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.
Ingatlah, kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itulah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu ingatkan mati” (Tirmidhi). Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut pastinya datang kepada kita:
Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya. (Surah Qaf: 19)
Baris-baris ini mesti mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. Namun, cuba fikirkan perkara ini dengan lebih mendalam; siapa tahu, mungkin maut datang menemui kita sebelum kita sempat untuk menghabiskan buku ini. Oleh itu, ingatlah, kematian adalah sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat dengan semua orang.
Bertentangan dengan persepi umum, maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. Apabila tibanya masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah ditakdirkan mati pada masa berkenaan dan mengambil roh orang itu secara tiba-tiba, pada masa yang tidak dijangka. Ia mungkin terjadi tepat pada saat ini, sebelum kita sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul di hadapan kita secara tiba-tiba. Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau ahli keluarga, tetapi mereka tidak dapat merubah kemungkinan ini; mereka tidak boleh dengan apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut. Oleh itu, jangan sesekali lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh Allah untuk melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah.
Namun, idea yang kita akan mati bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. Memikirkan perkara-perkara yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa terlalu awal untuk kita meninggal dunia. Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah yang menentukan masa kematian. Tidak seminit bertambah atau berkurang seseorang itu boleh hidup selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut menemui roh seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam takdirnya:
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Munafiqun: 11)
Pernahkah kita terfikir apa yang dialami oleh badan kita semasa mati?
Tidak kira sama ada kita cantik atau kaya, badan kita yang kaku akan terbaring di dalam bilik atau di bilik mayat. Dibaluti dengan kain kafan, badan kita akan diletakkan di dalam keranda yang sempit. Kereta jenazah akan membawa badan kita ke tanah perkuburan di mana mayat kita akan ditempatkan di dalam liang lahad. Tanah akan menutupi kita. Badan kita, yang tinggal tulang dan daging akan mula reput dan menjadi busuk. Akhirnya, tiada apa yang tinggal kecuali tulang-tulang. Jangan sesekali lupa bahawa kita akan menemui hari itu, akhirnya badan kita akan keseorangan di bawah tanah.
Mayat yang kaku adalah objek yang kita perlu mengambil pelajaran. Mayat sukar untuk dibiarkan walaupun untuk beberapa minit. Pernahkah kita terfikir kenapa tubuh manusia yang mampu mempertahankan kekuatannya untuk jangka hayat seumur hidup menjadi sangat lemah selepas meninggal? Ini adalah sesuatu yang perlu kita fikir-fikirkan kerana mengingati tubuh kita yang akan reput – dan tubuh-tubuh orang yang kita sayangi – akan membantu kita untuk tidak lupa kepada hari akhirat dan tidak terikat dengan dunia ini.
Walau bagaimanapun, majoriti manusia terlalu taksub dengan aktiviti-aktiviti harian yang kurang penting dan melupakan hari yang tidak dapat dielakkan ini. Namun, ini ialah kesilapan yang pasti; kegagalan mereka untuk mempersiapkan diri untuk hari akhirat akhirnya akan membawa mereka kepada hukaman yang selama-lamanya. Oleh itu, sentiasa beringat bahawa maut pasti menemui kita pada suatu hari nanti, maka kita perlulah berusaha dengan gigih untuk melakukan amal kebaikan supaya mendapat keredhaan Allah. Tuhan kita, Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, memberikan kita masa yang cukup kepada setiap orang untuk untuk mengambil langkah-langkah berjaga terhadap amaran-Nya. Jangka masa ini, walau bagaimanapun hanya terbatas kepada kehidupan didunia sahaja. Oleh itu, seseorang hanya boleh bertaubat dengan ikhlas untuk segala kesalahannya di dalam dunia ini sahaja. Sebaik sahaja maut datang, tidak akan ada lagi peluang untuk memperbaiki kesalahannya. Sebaliknya, dia akan berasa menyesal untuk selama-lamanya:
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan,” Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongan. (Surah Fatir: 37)
Jangan lupa yang kematian bukanlah titik noktah; seperti sesetengah pendapat. Kematian bukan bermakna semuanya sudah sampai ke penghujung. Bukan juga tidur yang lena selama-lamanya seperti yang dianggap. Kematian adalah permulaan ke arah realiti dan keabadian hidup; kehidupan ini adalah bergantung kepada cara seseorang membawa diri masing-masing ketika di dunia dan ia sama sekali tidak akan berubah selepas maut datang kepadanya. Kematian ialah pintu kepada kegembiraan dan keselamatan, jika seseorang itu menggunakan masanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Untuk mereka yang berpaling daripada Allah, walau bagaimanapun, ia menjadi permulaan kepada azab yang berkekalan.
Di dunia ini, Allah meletakkan pelbagai kejadian untuk manusia alami supaya ia menjadi peringatan kepada maut dan hari kiamat. Mereka yang cenderung untuk mengambil peringatan, ia akan membuatkan mereka merenung dengan lebih serius tentang kehidupan mereka dan akan mempertimbangkan semula pandangan mereka tentang kehidupan ini. Walau bagaimanapun, mereka yang mengabaikan peringatan ini, berada dalam kerugian yang besar. Jangan sesekali lupa bahawa mereka yang telah meninggal dunia tidak pernah menjangkakan kematian mereka, sama seperti kita yang masih hidup sekarang, dan maut mungkin akan datang kepada kita pada sesuatu masa yang tidak dijangkakan, seperti semasa kita makan malam atau membuat rancangan untuk hari minggu.
Jadi, jangan sesekali lupa untuk bekerja untuk kehidupan kita di akhirat, sebelum ajal menemui kita dimana pada masa itu kita sudah tiada peluang untuk melakukan amalan baik.
Di dalam Quran, Allah menyatakan bahawa maut bukanlah sesuatu yang boleh ditunda-tunda dan Dia menceritakan penyesalan yang mendalam yang dialami oleh mereka yang telah ditakdirkan meninggal dunia:
Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Munafiqun: 10-11)

Dunia di sisi Allah tidak bernilai tanpa Iman




JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA DAN SUATU UJIAN
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-'Ankabut: 64)
Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuaan:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2)
Sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat diatas, Allah meletakkan manusia di atas muka bumi ini sementara untuk menguji mereka. Dia menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman, dimana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak untuk memasuki syurga. Dengan kata lain,  dunia ini hanya medan ujian dimana kita boleh mendapatkan keredaan Allah.
Allah telah membuat batas-batas yang jelas kepada kita dan juga perbuatan yang disukai-Nya dan dimurkai-Nya. Demikian juga, perilaku seseorang di dunia ini turut menentukan ganjaran atau hukuman di akhirat. Oleh itu, setiap detik yang yang berlalu membawa kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan demikian, jangan sesekali lupa yang kita sedang diuji, malah pada saat ini dan keputusan untuk ujian ini akan menentukan kehidupan diakhirat kelak. Juga, jangan sesekali lupa keputusan ini adalah sangat hampir. Allah mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam beberapa ayat dan dia memberi amaran kepada hamba-hamba-Nya tentang hari tersebut:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Hashr: 18)
Allah mengingatkan manusia supaya tidak rakus dengan kehidupan yang sementara ini dan terpesona dan keseronokan didalamnya. Ini kerana, harta, kecantikan, ataupun darjat yang manusia miliki di dunia ini tidak akan menolong mereka pada hari kiamat kelak. Dia akan meninggalkan segala-gala yang mereka ada termasuk jasadnya. Jasadnya akan raput dimakan bumi; badan yang dibanggakan tidak mampu untuk melawan kerosakan akibat perjalanan masa. Bersendirian, dia akan dibawa kehadapan Allah  untuk menerima rekod perbuatannya.
Walau bagaimanapun, walaupun kenyataan ini jelas, taksub dengan rutin harian, majoriti manusia lupa hakikat kematian dan akhirat; mereka menganggap kehidupan mereka adalah terhad di atas dunia ini sahaja. Sikap ini diterangkan di dalam al-Qur'an sebagai berikut:
Dan mereka berkata, "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,: dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (Surah al-Jathiyya: 24)
Walau bagaimanapun, mereka mengabaikan satu fakta yang penting; kehidupan dunia ini adalah sangat singkat. Bayangkan seorang lelaki yang berumur tiga puluhan, jika dia memikirkan kehidupannya, ia pasti terasa sekilas lalu. Jika dia ditanya apa yang difikirkan tentang 30 tahun itu, dia hanya berkata bahawa segala yang berlalu adalah sangat pantas. Jika dia diminta memberitahu tentang kisahnya, kenangan itu boleh diceritakan dalam masa beberapa jam sahaja. Lelaki ini mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup dan ia akan berlalu dengan pantas sebagaimana hari-hari sebelumnya. Dalam banyak yang terjadi, Allah menarik perhatian kita kepada kehidupan yang singkat ini dan memberitahu kita bahawa manusia akan menerima kenyataan ini ada hari Akhirat:
Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Surah Yunus: 45)
Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa: mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat (saja). Seperti demikianlah mreka selalu dipalingkan (dari kebenaran) (Surah ar-Rum: 55)
Untuk mengelakkan manusia daripada terlalu terikat dengan dunia, Allah telah meletakkan pelbagai kecacatan dan elemen yang tidak diingini dalam kehidupan dunia ini dan dengan itu menekankan sifat-sifat sementara dunia ini. Ini adalah salah satu subjek dimana manusia perlu berfikir; semua perkara yang kita sayangi atau hargai dalam hidup ini akan menjadi tua, orang yang kita sayangi akan pergi, satu demi satu, malah orang yang paling cantik di sekeliling kita akan menjadi tua, atau sakit atau menjadi lemah. Saat-saat yang kita nikmati, atau masa yang kita nanti-nantikan, sebelum ini, semuanya telah menjadi sebahagian daripada masa lampau. Ini termasuklah masa-masa yang sukar yang kita hadapi sebelum ini dan ia akan berdasarkan juga kepada pengalaman pada masa hadapan, dan sepanjang kehidupan kita, yang mana ia adalah sangat singkat, sekelip mata sahaja. Kita akan sentiasa diuji, ujian yang akan berterusan sehinggalah ajal menemui kita. Selepas itu, setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi ini akan dibayar untuk apa yang pernah dia lakukan dan maka kehidupan yang berkekalan akan bermula.
Walau bagaimanapun, manusia tidak pernah teringin sesuatu yang cantik atau indah menjadi pudar. Namun, dalam kehidupan yang singkat ini, keingininan itu tidak dapat dipenuhi. Jadi, bagaimana kita hendak mencapainya? Syurga ialah satu-satunya tempat dimana semua ini akan menjadi nyata. Ingatlah, hidup ini tidak sempurna untuk memenuhi segala keinginan kita. Sekiranya kita merindukan nikmat yang abadi, ingatlah, bahawa kita tidak perlu mengejar kehidupan dunia ini, tetapi perlu mencari kehidupan akhirat dengan mempersiakan diri kita untuk mengahadapinya.
Orang-orang yang tidak beriman yang jahil akan perkara-perkara ini, walau bagaimanapun cuba untuk mengehadkah segala keinginan terhadap kehidupan dunia yang sementara ini sahaja. Semua keinginan itu adalah berdasarkan pemahaman yang salah iaitu, kematian akan membawa titik noktah kepada kehidupan dunia ini. Oleh sebab itu, di dunia ini, mereka berusaha untuk mencapai segala kenikmatan dan kegembiraan. Takutkan mati kerana ia akan menyekat keinginan-keinginan mereka, mereka berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha mereka adalah kosong; dunia ini sememangnya tidak sempurna. Tempat tinggal yang sebenar untuk manusia ialah di akhirat, tempat yang menawarkan segala yang terbaik dan kenikmatan yang tiada cacatnya yang boleh dinikmati oleh manusia; walau bagaimanapun, semua nikmat ini disimpan hanya untuk mereka yang benar-benar beriman kepada Allah. Nikmat-nikmat yang dirasai oleh orang yang tidak beriman hanya terhad untuk di dunia sahaja. Cara bagaimana mereka akan dibiarkan di dalam neraka telah dinyatakan didalam al-Qur'an sebagai berikut:
Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): "Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawi (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasik." (Surah al-Ahqaf: 20)
Sebab itu jugalah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) menarik perhatian kita tentang kepentingan menghisab diri sendiri dan perbuatan kita:
“Orang yang bijaksana ialah orang yang menghisab dirinya sendiri (dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan jahat) dan melakukan amalan-amalan yang mulia untuk kebaikan selepas mati; dan orang-orang yang bodoh ialah seseorang yang menyerahkan dirinya kepada godaan-godaan dan keinginan dan berusaha menjauhi daripada Allah untuk memenuhi hawa nafsunya. (Tirmidhi)
Sebagaimana yang dinyatakan disini, tiada apa yang lebih penting daripada perbuatan-perbuatan yang dilakukan untuk mengelakkan diri daripada hukuman api neraka. Dalam situasi tertentu, seorang pelajar akan  belajar dengan tekun untuk lulus, seorang peniaga yang ingin mengumpul kekayaan yang banyak, dan walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mendapatkan prestij. Tetapi, tidak ada jaminan mereka ini akan hidup lama untuk mencapai segala cita-cita mereka. Sebagai contoh, pelajar itu mungkin tidak hidup lama untuk melihat hari graduasinya. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, dia akan kembali kepada Tuhannya dan akan diberi buku amalan tetang segala perbuatannya padaHari Kiamat kelak:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 7-8)
Penyakit, kemalangan atau usia tua, di mana kita perlu mengambil pengajaran adalah bukti bahawa dunia ini bukanlah tempat untuk kita berasa terikat:
Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik)memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran. (Surah at-Tawba: 126)
Sebagi bukti daripada ayat ini, "...Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Anfal: 67), Allah berulang kali mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak sempurna supaya hamba-hamba Allah boleh mendapat tempat yang lebih sempurna di akhirat.
Jangan sesekali mengabaikan peringatan ini dan ingatlah kita perlu mecari keredhaan Allah untuk melayakkan diri mendapat kebahagiaan yang kekal abadiAllah telah menerangkan di dalam al-Qur'an bahawa barang sesiapa yang terikat dengan kehidupan yang singkat ini akan kehilangan kehidupan yang abadi di akhirat kelak:
Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Surah ash-Shura: 20)
Dalam ayat-ayat ini, Allah menyuruh manusia untuk cintakan akhirat kerana ia adalah lebih baik dan berkekalan “...Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan kekal.” (Surah Taha: 131)
Sementara itu, ingatlah bahawa Allah akan berikan kepada orang yang benar-benar beriman, yang  inginkan kehidupan akhirat, kehidupan yang baik di dunia ini juga. Orang-orang mukmin adalah mereka yang mencapai nikmat terbaik daripada Allah, di dunia dan di akhirat.
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (Surah Yunus: 64)

Syaitan dan manusia

JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)
Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya.  Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian d iatas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan didalam al-Qur'an sabagai berikut:
Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami katakan kepada para malaikat; "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu: kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." Iblis menjawab: "Berilah saya tangguh sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikut kamu, benar-benar Aku mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya." (Surah al-A'raf: 11-18)
Sebagaimana yang dijelas dalam ayat diatas, syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Dia akan terus menyesatkan kita dengan cara membangkitkan nafsu kita. Walau bagaimanapun, perkara yang penting yang perlu kita faham disini, sebagaimana yang dinyatakan pada ayat diatas, matlamat utama syaitan ialah untuk mempengaruhi kita dan umat manusia yang lain mengikutnya. Syaitan yang terkutuk tidak akan berputus asa sehingga kita memasuki neraka. Oleh itu, ingatlah, kita semua perlu berhati-hati dengan syaitan dan tidak mengikut godaannya.
Perkara penting untuk diingati: Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Dia diciptakan oleh Allah dan dia berada dibawah kuasa Allah sepenuhnya. Dia juga ialah hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Dia ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Dia hanya boleh bertindak dengan izin Allah. Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkanya.
(Allah berfirman): "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah Sâd: 85)
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, dia hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan sebenarnya.
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr: 39-40)
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi, mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya. Kita diberitahu di dalam al-Qur'an tentang mereka yang boleh disesatkan oleh syaitan:
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl: 99-100)
Ingatlah, syaitan hendak kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Dia mengarahkan kita berbuat jahat, melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu. Dia cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini didalam al-Qur'an seperti berikut:
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu bebruat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Baqara: 168-169)
Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan, iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya dia boleh membuatkan manusia lupa tentang hari kiamat. Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang-orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan kepada Allah.
Syaitan menjanjikan (menakut–nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqara: 268)
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini “... dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas: 4-5) Sebagaimana diterangkan oleh ayat ini, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka:
Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah al-An'am: 43)
Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka telah terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Qur'an. Dengan membelakangi Allah, mereke lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab. Allah mengingatkan manusia:
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda) maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (Surah al-A'raf: 175)
Ingatlah bahawa syaitan akan menggunakan cara yang berbeza untuk manusia yang berbeza dan dia akan mensasarkan kelemahan kita untuk menyesatkan kita.
Sepanjang zaman, syaitan mendekati seseorang dengan taktik yang berbeza. Dia memastikan mereka yang telah jauh daripada agama supaya lebih jauh daripada agama dengan membuatkan mereka terpesona dengan kehidupan dunia. Dia membuatkan mereka lupa tentang akhirat dan oleh itu, dia berjaya menjauhkan mereka daripada agama sepanjang masa.
Dalam masa yang sama, dia tidak mengabaikan orang-orang beriman. Untuk menghalang orang-orang beriman daripada beribadat kepada Allah dengan ikhlas, dia berusaha supaya mereka berhenti daripada melakukan perbuatan yang disukai Allah. Dia berusaha mengurangkan kualiti (ibadah itu). Dengan menyembunyikan kebenaran tentang kejahatan mereka, dia memperdayakan mukmin dengan menundukkan mereka kepada sifat angkuh, pentingkan diri sendiri, lupa, cuai, bongkak dan panas baran.
Untuk melalaikan mereka, syaitan mendorong mereka membuat pelan jangka panjang di mana ia akan membuatkan minda mereka sibuk. Dia berusaha untuk menghalang minda mereka daripada mengingati Allah. Untuk tujuan ini, dia membuatkan manusia sibuk dengan masalah harian, atau memberikan pelbagai alasan kepada mereae atas kecuaian mereka mengingati Allah.
Mukmin yang patuh kepada Allah, yang mengingati-Nya siang dan malam, yang sentiasa sedar bahawa semua yang berlaku adalah di bawah kawalan-Nya, dan yang kembali kepada Allah dengan ikhlas, adalah kurang terdedah dengan pengaruh syaitan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam), “Apabila sekumpulan manusia berkumpul untuk mengingati Allaah, rahmat (Allah) menyelubungi mereka, dan ketenangan akan turun kepada mereka”. Sedar akan hal ini, syaitan berusaha untuk membuatkan manusia lalai daripada mengingati Allah. Sesungguhnya, dia mempunyai pengaruh tertentu ke atas mereka yang tidak takutkan Allah:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itu golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi. (Surah al-Mujadala: 19)
Jangan sesekali lupa bahawa syaitan yang menimbulkan kebencian dan permusuhan antara manusia. Sejak dahulu lagi, “provokasi syaitan” mendasari semua perang, konflik, pertikaian dan penipuan. Provokasi syaitan terhadap manusia telah dinyatakan didalam ayat berikut:
Tidakkah kamu lihat, bahawasanya Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasut mereka berbuat maksiat dengan bersungguh-sungguh? (Surah Maryam: 83)
Orang-orang yang tidak beriman adalah manusia yang telah mengambil syaitan sebagai kawan mereka dan mereka mengikut caranya. Dengan cara pemikiran seperti itu, kepatuhan kepada syaitan dan kebencian dan permusuhan yang mereka ada di antara manusia tidak akan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, syaitan juga berusaha untuk membangkitkan kebencian di kalangan orang yang beriman. Dalam melakukannya, dia cuba untuk melemahkan niat orang-orang yang beriman dan menghalang mereka daripada mematuhi Allah. Allah telah memberi amaran kepada hamba-Nya daripada bahaya ini dan menunjukkan mereka cara untuk mengatasinya:
Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesunguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah al-Isra': 53)
Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. Bertentangan dengan persepsi umum, syaitan bukanlah makhluk yang sekejap ada, sekejap tiada, tetapi dia mengikuti kita kebmana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.
Seseorang yang lupa tentang kewujudan syaitan cenderung untuk terpedaya dengan godaannya. Oleh itu, dia akan mudah tertipu dengan mempercayai bahawa godaan itu adalah fikirannya sendiri. Dia mungkin akan gagal untuk memahami bahawa suara hatinya itu adalah bisikan syaitan. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar beriman telah diberikan kebijaksanaan dan pandangan untuk membezakan bisikan syaitan dengan suara hati mereka. Allah telah memberitahu mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada bisikan dan hasutan syaitan.
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Surat al-A'raf: 200-201)
Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”.Strategi utama syaitan ialah untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti.
Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa.
Di dalam al-Qur'an, Allah menarik perhatian kita beberapa kali kepada kenyataan bahawa dengan bisikan syaitan yang berulang-ulang kali, dia mampu untuk mempengaruhi fikiran manusia dan dengan demikian membuat mereka lupa:
Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan perbicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini) maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu) (Surah al-An'am: 68)
“.... Dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. (Surah al-Kahf: 63)
... Dan syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya. (Surah Yusuf: 42)
Sebalik semua perbuatan syaitan, jangan sesekali lupa bahawa dia ialah makhluk yang berada sepenuhnya di bawah kuasa Allah dan dia tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap hamba-hamba Allah.
Walau bagaimanapun, syaitan diciptakan oleh Allah. Oleh itu, secara sukarela atau tidak, dia perlu tunduk kepada Allah. Dia hanya mampu bertindak dengan keizinan daripada Allah. Sekiranya Allah tidak mengkehendakinya, dia tidak mampu melakukan sebarang perkara. Tidak kira apa yang syaitan lakukan, dia hanya mampu menyesatkan orang yang tidak beriman. Sebaliknya, usaha mereka terhadap orang-orang yang beriman hanya akan menguatkan lagi iman mereka:
... Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu benar-benar dalam permusuhan yang sangat. Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus. (Surah al-Hajj: 53-54)
Allah telah menyatakan kepada kita bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya orang-orang yang tidak beriman yang boleh diperdayakannya. Kenyataan ini dijelaskan di dalam al-Quran:
Dan Sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mreka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. (Surah Saba': 20-21)
Sebaliknya, orang-orang beriman tidak mengendahkan godaan syaitan tetapi dengan cepat memohon perlindungan Allah sebagaimana yang diarahkan di dalam al-Qur'an:
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat: 36)
Mereka sedar bahawa kegagalan untuk berlindung kepada Allah, yang mana mereka dapat menghalang perbuatan syaitan, boleh membuatkan mereka lemah terhadap godaan-godaannya. Ini ialah cara syaitan menjadi sahabat kepada pengikut-pengikutnya dan membawa mereka jauh daripada Allah dan menginngati-Nya.
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Surah az-Zukhruf: 36)
Daripada kenyataan di atas, ia jelas bahawa tiada alasan untuk manusia yang beriman untuk mempedulikan godaan syaitan. Tanpa sebarang keraguan, mereka perlu berhati-hati dengannya. Tetapi dalam masa yang sama, Allah juga memberi khabar gembira terhadap satu perkara yang penting:
Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga. (Surah al-Isra': 65)
Jangan sesekali lupa bahawa syaitan sangat licik; dia akan meninggalkan pengikut-pengikutnya pada Hari Kiamat. Pada saat-saat terakhir kehidupan kita di muka bumi ini, syaitan akan membiarkan pengikut-pengikutnya sambil memberitahu mereka bahawa dia telah memperdayakan mereka. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Qur'an seperti berikut:
Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku melanggarnya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (Surah Ibrahim: 22)
Pengikut-pengikut syaitan yang licik ini akan menyedari kesalahan mereka pada Hari Kiamat. Mereka akan berasa keperitan kerana tidak bertanggungjawab terhadap Allah sepanjang kehidupan mereka dan tidak mengikut jalan-Nya. Walau bagaimanapun ia sudah terlambat untuk menebus segala kesalahan mereka:
Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang zalim menggigit dua tangannya, seraya berata: Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia. (Surah al-Furqan: 27-29)
Jangan sekalipun lupa yang tempat kembali orang-orang yang tidak beriman di dunia adalah neraka.
Sehingga apabila orang-orang yang berpaling itu datang kepada Kami (di hari kiamat) dia berkata, "aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara masyrik dan maghrib," maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman (yang menyertai manusia) (Surah az-Zukhruf: 38)
Pada hari itu, manusia akan akhirnya sedar bahawa syaitan ialah musuh mereka yang nyata. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan diatas, ia sudah terlambat dan kesedaran mereka tentang perkara itu tidak akan menyelamatkan mereka daripada hukuman neraka yang kekal. Syaitan dan pengikut-pengikutnya akan pasti dipanggil untuk bertanggung jawab atas segala perbuatan yang mereka lakukan:
Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling jahanam dengan berlutut. (Surah Maryam: 68)
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongan nya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Surah Fatir: 6)
Seterusnya, jangan sesekali lupa bahawa kita mempunyai musuh yang mahu kita menderita kesakitan, kesusahan, dan juga merasai hukuman api neraka yang abadi. Dia memerhatikan kita  setiap masa, termasuklah sekarang, sedang kita membaca buku ini. Ingatlah, sekiranya kita beriman kepada Allah dengan sebenarnya, maka kita perlu memohon perlindungan Allah daripada bisikan dan godaan yang jahat. 

5 Sebab manusia melakukan Ibadat kepada Allah SWT


  1. Kerana tekaut kepada azab seksaan Allah SWT.
  2. Kerana takut terlindung dari pandangan Allah SWT,
  3. Takut tidak mendapat pahala daripada Allah SWT.
  4. Kerana takut berjauhan dengan Allah SWT.
  5. Kerana malu dan kerana kehebatan serta kerana mengagongkan Kebesaran Allah SWT. (Golongan Terbaik ).
Syarah Hikam. m/s : 257.

Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)

Betapa hebatnya perangkap syaitan dalam sistem riba sehingga semua bank di Malaysia terlibat dengan sistem riba, walaupun bank Islam. saya telah meminjam dari bank Islam sebanyak 50 Ribu RM dan terpaksa membayar balik 105 Ribu RM. Jadi ribanya adalah 55 Ribu RM. Sepatutnya bank Islam hanya mengenakan bayaran pengurusan yang berpatutan sahaja dan berharap kepada pahala yang Allah SWT janjikan lebih berharga dari 55 Ribu RM tersebut. Mereka menjadikan tempoh bayaran sebagai alasan untuk menghalalkan riba. Dalam Islam tempoh pinjaman tidak boleh dijadikan alasan untuk menggandakan jumlah wang yang dipinjam. Alangkah hebatnya Sitem Perbankkan Islam Malaysia. Jika dibandingkan dengan Bank Lariba, bank ini agak lebih Islamik (https://www.lariba.com/default.htm ). Cuma ada ulamak Malaysia yang mengharuskan pinjaman dari bank-bank riba ini dengan alasan kerana darurat untuk membina rumah pertama, membeli sebuah kereta untuk keperluan pengangkutan tetapi hukumnya menjadi haram jika untuk membina rumah kedua dan membeli kereta kedua. Begitulah hebatnya cengkaman sistem riba di Malaysia. Sama-samalah kita bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang sama-sama terlibat dalam memberi saham kepada kemajuan sistem riba di dunia Islam dan Malysia. Semoga amal-amal soleh yang kita persembahkan kepada Allah SWT bercampur dengan dosa riba diterima oleh Allah SWT kerana kita tidak lagi mampu mencari bank yang tidak mengamalkan sistem riba. Amin Ya Rabbal Alamin.

KOLEKSI DOA PARA NABI-NABI


Doa Nabi Adam AS
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)
Doa Nabi Nuh AS
 رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)
Doa Nabi Hud AS
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ”
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)
Doa nabi Ibrahim AS
 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)
Doa Nabi Yusuf AS
 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ”
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )
Doa Nabi Ayub AS
 أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ “
Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)
Doa nabi Yunus AS
 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “
 Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim(Surah Al-Anbiya’:87).
Doa Nabi Musa AS
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
 Doa nabi Sulaiman AS
 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ “
Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )
Doa Nabi Zakaria AS
 رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”. ( Surah Maryam : 4-6 )
Doa Nabi Isa AS
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
 Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )
Doa Nabi Muhammad s.a.w
 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah al-Baqarah : 286 )