"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, September 24, 2011

2 Orang artis memakai tudung kerana bermimpi Kiamat


1 - Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat
Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Bacaan selanjutnya di mStar
2 - Marshanda pakai tudung kerana mimpi kiamat
Marshanda - Chacha - Andriani
Dalam blognya di amarshanda.com, pada 27 November 2010, Marshanda "Chacha" Andriani iaitu seorang pelakon Indonesia (terkenal dengan cerita Soleha), ada menulis tentang sebab mengapa dia sudah memakai tudung jilbab.
Ura-ura yang mengatakan bahawa beliau mula memakai tudung kerana bermimpi kiamat telah diakui oleh beliau sendiri. Dia mengatakan bahawa dia telah bermimpi bahawa dunia ini kiamat selama 5 malam berturut-turut.
Seperti telah dirancang kan? 5 malam berturut-turut pula tu. Begitulah kalau hidayah dari Allah sudah sampai, dalam waktu sebentar manusia boleh berubah, dan kejadian yang berlaku pun seperti luar biasa. Tidak masuk akal terjadi dengan sendirinya 5 malam berturut-turut dengan mimpi kiamat melainkan adalah peringatan atau tanda-tanda dari ilahi.
Mungkin berkat Marshanda berlakon drama-drama yang berunsurkan islamik dan memegang watak sebagai wanita solehah, dan didoakan oleh peminat-peminatnya maka dia mendapat hidayah. Apa-apa pun semuanya adalah kehendak Allah. Kita tumpang bersyukur lah ke atasnya.
Apa yang difikirkannya dalam mimpi-mimpi itu, “Ya allah, sekarang ini kiamat, sementara dosa gw tuh banyak banget, kalo saya mati sekarang it’s for sure pasti saya masuk neraka.”
Alhamdulillah, dia sudah mengambil langkah yang sangat bagus sekali.  Dan semoga dia dapat istiqomah hingga ke akhir hayat .......
http://unikversiti.blogspot.com/2011/09/beberapa-artis-dan-personaliti-yang.html

Nombor Fibonacci bukti adanya Tuhan yang Mencipta


http://www.youtube.com/watch?v=M4VgvscZ32Q&feature=player_embedded
Nombor Fibonacci adalah salah satu sistem pernomboran alam. Mereka tidak hanya muncul dalam pertumbuhan arnab, tetapi di mana-mana di alam ini. Dari tatacara daun pada tanaman, hinggalah kepada struktur di luar angkasa. Banyak bunga yang berkaitan dengan nombor Fibonacci. Beberapa darinya mempunyai satu pedal. Tiga pedal lebih umum seperti bunga lili dan 'iris. Beberapa mempunyai 5 pedal seperti buttercup, mawar liar, Larkspur, dan columbines. Beberapa mempunyai 8, 13, 21, 34, 55 dan 89. Semuanya adalah turutan nombor Fibonacci. Bahkan beberapa biji benih buah-buahan cenderung kepada nombor Fibonacci.
Rujukan :
http://unikversiti.blogspot.com/2010/06/nombor-fibonacci-bukti-adanya-tuhan.html#more

GERETS Juru Latih Bola Sepak Arab Saudi memeluk Islam


http://www.hibasport.com/images/162011-e0234.jpg
Gerets berusia 57 tahun, memeluk Islam dan akan berkahwin dengan jururawat warga arab saudi. Beliau akan bertugas dengan Kelab Bola Sepak Arab Saudi (al-Hilal ).
قالت صحيفة سعودية إن الناخب الوطني إيريك غيريتس اعتنق الدين الإسلامي، بعد أن عقد قرانه على ممرضة سعودية.
ونقلت صحيفة "الاقتصادية" عن مصادر وصفتها بـ"الخاصة" أن غيريتس تردد على العاصمة السعودية الرياض حتى بعد أن غادر فريقه السابق الهلال السعودي، وهو "الآن مسلم، وقد عقد قرانه، وأقام حفل زفاف في الرياض، وحضره أصدقاؤه، من بينهم شرفي هلالي بارز".
ورجحت الصحيفة ذاتها أن يسهم إعلان غيريتس "57 عاما" إسلامه، وزواجه من سعودية في عودته لتدريب فريقه السابق الهلال السعودي، بعد أن ألمح على حد زعم صحيفة " الاقنصادية" في حديثه قبل مباراة الهلال والشباب في الجولة الثانية من دوري زين السعودي والتي حضرها منذ عشرة أيام إلى أنه قد يعود لتدريب الهلال.

4 Pendustaan yang sering kita lakukan


http://c.klamwasoramail.com/files/photos/2e8/527/1fa4149bd77fa9e5fc324d93ea.jpg
Hatim  Az-Zaid telah berkata :
Sesiapa mengakui empat perkara tanpa empat perkara, maka dia adalah dusta dalam pengakuannya:
1- Sesiapa mengaku Cinta kepada Allah SWT tanpa meninggalkan perkara haram, dia adalah pendusta.
2- Sesiapa mengaku Cinta kepada Syurga Allah SWT tanpa mengeluarkan harta untuk Taat kepada Allah SWT , dia adalah pendusta.
3- Sesiapa mengaku Cinta kepada Rasulullah SAW  tanpa mengikut Sunnah Rasulullah SAW, dia adalah pendusta.
4- Sesiapa  inginkan darjat yang tinggi tanpa bersahabat dengan orang-orang fakir dan miskin maka dia adalah pendusta.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1&2. M/S : 313.

5 Kalimah berharga daripada kitab Taurat


http://i627.photobucket.com/albums/tt353/hassan1/1-5.gif?t=1291502294
Hassan Al-Basri berkata, termaktub dalam kitab Taurat 5 Kalimah :
1- Kekayaan terbaik adalah bersama Qanaah ( tidak tamak ).
2- Selamat itu adalah melalui menyendiri ( beribadat).
3- Kemerdekaan sebenar adalah mereka yang berjaya meninggalkan tuntutan syahwat.
4-  Cinta sebenar adalah apabila berjaya meninggalkan keinginan.
5- Kesabaran sesaat akan membawa kegembiraan selama-lamanya.
Tanbihul Ghafilin, Jilid 1&2. M/S : 300.

Video Gelatin daripada khinzir






Falsafah Dua Kalimah Syahadah


http://www.albetaqa.com/cards/albums/cards/021background/background/background0150.jpg
Pintu masuk Islam adalah kalimah syahadah. Ini merupakan fakta yang diketahui umum. Apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah, maka sucilah dia dari dosa-dosanya yang lepas, diharamkan dirinya untuk dibunuh oleh Muslim yang lain, wajib ke atasnya solat lima waktu, berpuasa, zakat dan haji. Wajib juga ke atasnya menurut segala yang diarahkan Allah swt, dan juga meninggalkan segala yang dilarang Allah swt.
Dua kalimah yang pendek dan ringkas ini, nyata-nyata mempunyai pengertian dan falsafah yang sangat mendalam, yang mana mampu menambahkan keimanan, keyakinan dan iktiqad seorang Muslim. Di dalam tulisan kali ini, penulis ingin mengajak kita bersama menghayati falsafah dan makna dua kalimah syahadah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah.
Sebagaimana kaedah yang selalu penulis gunakan di tulisan-tulisan yang lepas, kali ini juga kita akan menggunakan kaedah yang sama, iaitu kita akan melihat satu per satu perkataan-perkataan di dalam dua kalimah syahadah serta hikmah dan pengajaran di sebaliknya, insyaAllah.

Kalimah syahadah La Ilaha Ilallah, terbahagi kepada dua bahagian:-
1) La ilaaha (An-Nafyu, iaitu penafian)
Selalu diertikan dengan ‘tiada Tuhan’. Namun pengertian ini tidak begitu tepat, kerana perkataan ‘Tuhan’ di dalam bahasa Arab ialah ‘Ar-Rob’, sebagaimana di dalam surah Al-Fatihah, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin”, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’. Adapun perkataan ‘ilah’, sebagaimana di dalam syahadah bermaksud ‘Tuhan yang selayaknya disembah’. Oleh itu, la ilaaha bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknnya disembah’.
Adapun bahagian pertama kita kenali sebagai An-Nafyu, iaitu penafian, kerana di dalamnya kita menafikan akan wujud sebarang Tuhan yang layak disembah, dan ditujukan segala amal ibadah.
2) Illa Allah (Al-Itsbaat, iaitu penetapan)
Diertikan dengan maksud ‘melainkan Allah’. Terdapat dua pandangan dari nama datangnya kalimah nama ‘Allah’ itu sendiri, iaitu:-
i) pendapat pertama, mengatakan bahawa perkataan Allah itu berasal dari perkataan ‘Ilah’ yang penulis tuliskan di atas. Dari kata akar ‘Ilah’, datang perkataan Allah. Pendapat ini bukan pendapat yang tepat.
ii) Pendapat kedua, mengatakan bahawa perkataan Allah itu singular, dan plural bagi perkataan Allah ialah ‘Ilah’. Ini juga merupakan pendapat yang kurang tepat.
iii) Adapun pandangan yang ketiga, merupakan pendapat Al-Imam Syafi’e rahimahullah, dan juga majority para ‘ulama, iaitu perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Bahkan Allah itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam, dan juga sebagaimana Dia menggelarkan diriNya di dalam kitab-kitab yang diturunkanNya. Ini merupakan pandangan yang paling tepat dan paling cantik, bersesuaian dengan Allah yang Maha Esa dan mutlak kuasaNya ke atas segala sesuatu, selayaknya dengan kemuliaanNya.
Rukun atau bahagian kedua ini, dipanggil ‘Al-Itsbaat’, iaitu penetapan, kerana di dalamnya kita menetapkan kepercayaan ‘selain Allah’. Bahagian kedua ini, datang secara bersusulan dengan bahagian yang pertama, ‘La Ilaaha’ tadi.
Mengapakah kalimah syahadah ini datang dengan dua bahagian, iaitu penafian, dan kemudian penetapan?
Ini adalah kerana pernyataan yang datang secara gandingan penafian dan penetapan, merupakan pernyataan yang paling kukuh dan tepat. Sebagai contoh, kita katakan,
‘Azri ada di dalam kelas’.
Pernyataan ini menyatakan bahawa Azri ada di dalam kelas, akan tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan kehadiran orang lain, atau dengan kata lain, mungkin bersama-sama Azri itu, ada orang yang lain di dalam kelas tersebut. Begitu juga kita katakan,
‘Tiada sesiapa pun di dalam kelas’.
Kenyataan ini menyatakan bahawa tiada sesiapapun di dalam kelas, iaitu menafikan secara 100% kehadiran seorang manusia pun di dalam kelas.
Sekarang, cuba kita gandingkan,
‘Tiada seorang manusiapun di dalam kelas tersebut, melainkan Azri’.
Secara tepat dan mutlak, kita fahami dari ayat ini bahawa Azri ada di dalam kelas, wujud, dan tiada seorangpun manusia yang lain selain dari Azri di dalam kelas. Struktur yang kukuh inilah yang digunakan Allah swt di dalam kalimah syahadah, iaitu,
‘Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala bentuk ibadah, melainkan Allah’.
Kerana itulah, kita katakan bahawa pernyataan ini adalah struktur yang paling kukuh di dalam menetapkan tiada Tuhan yang selayaknya disembah, melainkan Allah.
Penulis merasakan juga bahawa penting untuk kita ketahui tauhid apakah yang terkandung di dalam syahadah ini. Sebelum itu, secara ringkas akan penulis bawakan tiga pembahagian tauhid, iaitu:-
i) tauhid rububiyah, iaitu tauhid ketuhanan. Sebagaimana namanya, tauhid ini merupakan keimanan manusia bahawa Allah lah Tuhan yang menciptakan bumi dan langit serta segala apa yang ada di dalamnya, seluruh perkara ghaib, dan juga sekalian alam-alam yang kita ketahui dan tidak ketahui, seperti alam rahim, alam roh, alam akhirat, alam barzakh, alam manusia, alam jin dan lain-lain lagi. Tauhid ini merupakan tauhid yang am, kerana hatta orang-orang kafir juga terkandung di dalam hati mereka tauhid ini. Firman Allah swt, “Dan jikalau engkau bertanya kepada mereka (hai Muhammad), ‘siapakah yang mencipta bumi dan langit?’ Secara pasti, mereka akan menjawab ‘Allah’”.
Begitu juga dengan hal Iblis, dia juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt tatkala Iblis enggan sujud kepada Adam as, “Engkau (Ya Allah) MENCIPTAKAN DIA (ADAM) DARI TANAH, DAN KAU CIPTAKAN AKU DARI API”. Perhatikan dengan teliti bahawa secara langsung Iblis mengiktiraf bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan dirinya dan juga Adam as.
Oleh kerana itu, bukan tauhid ini yang kita katakana terkandung di dalam syahadah kita ‘La Ilaaha Illa Allah’.
ii) tauhid asma’ wa as-sifaat, iaitu tauhid nama-nama dan sifat-sifat Allah. Tauhid ini bermakna kita beriman dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang baik, 99 yang kita ketahui, dan juga nama-nama dan sifat-sifat Allah yang ghaib dan tidak kita ketahui. Kita hanya mengetahui 99 daripadanya, kerana itu sahaja jumlah yang dibertahukan kepada kita oleh Allah di dalam Al-Quran, dan Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Adapun yang selebihnya tidak kita ketahui.
Iblis juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt “Dia (Iblis) berkata: Maka dengan KEKUATANMU, (aku bersumpah) akan aku sesatkan mereka (Adam as dan keturunannya) kesemuanya”.
Perhatikan bahawa Iblis bersumpah menggunakan nama dan sifat Allah, iaitu kekuatan (‘Izzah), dan ini merupakan sebahagian dari nama dan sifat Allah. Maka kerana itu, kita katakana bahawa bukan tauhid ini yang kita selitkan di dalam syahadah kita.
iii) tauhid uluhiyyah, iaitu tauhid yang bersifat ‘Ilah. Perhatikan di dalam perbincangan di atas, ‘Ilah itu bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknya disembah’. Maka dengan itu, pengertian tauhid ini ialah tauhid mengesakan Allah swt, dengan mengakui dengan hati kita bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah, dan ditujukan segala bentuk amalan kita, samada keimanan kita denganNya, solat, puasa, haji dan zakat kita, kesemuanya adalah demi Allah swt, tiada selain dariNya.
Tauhid inilah yang membezakan kita dengan orang kafir, kerana hanya orang Islam yang mukmin sahaja yang menujukan segala ibadah mereka hanya kepada Allah Yang Satu.
Maka dengan itu, tauhid jenis inilah, yang kita sertakan di dalam ucapan kita, “Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala ibadah kita, melainkan kepada Allah”.
Adapun syahadah kedua, ‘Muhammadur Rasulullah’, ia tidak mempunyai perbahasan yang kukuh dan mendalam sepertimana halnya syahadah pertama.
Ini adalah kerana Yang Esa itu hanyalah Allah swt, adapun para rasul datang dengan silih berganti. Ucapan Muhammad Rasulullah merupakan ucapan yang khas bagi kita umat Muhammad. Ini kerana ucapan beriman dengan rasul ini, silih berganti dengan nabi yang diutuskan kepada umat tersebut.
Sebagai contoh, umat nabi Nuh as akan mengucapkan ‘was asyhadu anna Nuh Rasulullah”, ‘dan aku bersaksi bahawa Nuh itu rasulullah’. Begitu juga dengan umat Musa as, ‘was asyhadu anna Musa Rasulullah’, umat nabi Isa as ‘was asyhadu anna Isa Rasulullah’, dan begitulah dengan kita, ‘was asyhadu anna Muhammada Rasulullah’.
Maka andaikata kita cuba menghuraikan dua kalimah syahadah secara terperinci, maka ianya adalah:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya aku tujukan segala bentuk amal ibadahku, dari hatiku, lidahku, amalanku, melainkan kepada Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, yang telah Allah lantik untuk menyampaikan risalah dan syariatNya, dan dengan pengakuan ini aku cerminkan di dalam setiap tingkah laku seharianku sebagai orang yang berserah diri kepada Allah dan mengikuti ajaran Rasulullah saw”.
Persoalan terakhir, apakah kaitannya di antara dua kalimah syahadah dan amal ibadah kita?
Penulis teringat satu falsafah dan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebut bahawa syarat diterima ibadah kita oleh Allah swt, mempunyai dua syarat yang boleh kita fahami dari dua kalimah syahadah yang mana kita berpegang dengannya, iaitu:-
i) dari syahadah pertama, la ilaaha illa Allah, terkandung di dalamnya ikhlas. Dan ikhlas yang dimaksudkan di dalam pengertian syariat ialah tauhid, bukan ‘membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan’. Itu cuma merupakan istilah awam yang kita guna pakai seharian.
Ertikata ikhlas yang sebenar, sebagaiman firman Allah swt, “Dan tidaklah mereka (manusia) itu diarahkan (dengan sesuatu), melainkan agar mereka menyembah Allah dengan hati yang ikhlas kepadanya, agama yang murni”.
Al-Quran sendiri telah menafsirkan ertikata ikhlas ini, di dalam surah yang sangat masyhur, iaitu “Qul huwaallahu ahad, Allahus samad, Lam yalid walam yuulad, walam yakuullahu kufuan ahad”. ((Katakanlah (hai Muhammad) bahawa Allah itu Esa, Allah tempat meminta, Dia tidak melahirkan (anak) dan tidak pula Dia dilahirkan (oleh ibu atau bapa), dan tidak ada baginya saingan walau seorangpun)).
Perhatikan bahawa kandungan surah ini padat dengan ajaran tauhid, dan nama bagi surah ini ialah AL-IKHLAS. Maka jelas, bahawa erti al-ikhlas yang paling tepat ialah AT-TAUHID.
ii) syahadah yang kedua mengandungii maksud ‘ittiba’, iaitu mengikuti cara dan garis panduan yang telah digariskan oleh pesuruh Allah, Muhammad Rasulullah saw. Sesungguhnya Allah lah yang menurunkan kepada Rasulullah, apakah ibadah yang Dia mahukan dari hambaNya, bagaimanakah ibadah tersebut, dan bagaimanakah cara perlaksaan ibadah tersebut. Seterusnya Rasulullah saw menunjukkan kepada kita bagaimana cara perlaksanaannya, maka WAJIBLAH bagi kita mengikuti secara tepat cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Ini kerana andai kita cuba melakukan sesuatu selain dari yang diajarkan Rasulullah, bererti kita telah lari dari konteks yang Allah mahukan dari kita, atau dengan kata lain, ibadah kita tidak diterima.
Benarlah sabda Nabi saw di dalam menyokong hal ini, di dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, “Sesiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari kami (iaitu bukan dari contoh yang ditunjukkan Nabi saw dan para sahabat) maka amalan itu tertolak (tidak diterima Allah)”. Juga sabda baginda saw “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam hal kami ini (iaitu Islam) maka ianya tertolak (tidak diterima Allah)”.
Kerana itu, Ibnu Qayyiim menyimpulkan bahawa dua syarat diterima ibadah ialah, 1)isi hati yang tauhid kepada Allah swt, dan 2) mengikut cara ibadah yang ditunjukkan Muhammad Rasulullah saw.
Sambung Imam Ibnu Qayyim juga, syirik itu adalah musuh ketat dan lawan kepada tauhid, oleh itu sesiapa yang berlaku syirik kepada Allah, bererti dia telah mengingkari pengakuaanya syahadahnya yang pertama. Kerana itu kita dapati bahawa amalan syirik merupakan amalan yang mengeluarkan seseorang itu dari Islam.
Begitulah juga, lawan dan musuh ketat bagi mengikuti cara Rasul saw, ialah bidaah (iaitu mengada-adakan bentuk ibadah yang baru, yang tidak pernah ditunjukkan rasul saw). Maka sebagaiman syirik adalah pembatal syahadah pertama, amalan bidaah merupakan pembatal syahadah kedua.
Kesimpulannya, syirik dan bidaah, merupakan musuh no 1 bagi setiap Muslim yang beriman dengan Allah, RasulNya dan Hari Pembalasan.
Demikianlah sahaja coretan penulis buat masa kini. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
Sesungguhnya di dalam diri penulis, amat-amat mengharapkan agar kita semua bersama-sama mencari semula sunnah baginda saw. Hanya melalui sunnah baginda saw, kita semua mampu beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah…sesungguhnya setiap hati yang bernyawa di muka bumi ini, samada dari kalangan jin atau manusia, adalah milikMu sepenuhnya. Engkau berikan hidayah kepada sesiapa yang Kau mahu, dan Kau sesatkan sesiapa sahaja yang Kamu mahu. Maka hindarkanlah kami dari najis syirik dan bidaah, sesungguhnya kami berlindung denganMu darinya.
Ya Allah…mencintai sunnah nabiMu Muhammad saw adalah sebahagian dari keimanan, bahkan itulah kunci bagi kami beroleh rahmat dan kasih sayangMu, di dunia dan di akhirat.
Ya Allah…kecintaanku padaMu melampaui kecintaanku kepada segala sesuatu, dan sungguh cintaku kepada kekasihMu Muhammad saw melebihi kecintaanku kepada sesiapapun di dunia ini. Sungguh aku berharap agar dapat kupupuk diri ini mengikuti jejak langkahnya…ya Allah bantulah aku dalam merindui dan menyintai dirinya.
Ya Allah…bantulah aku di dalam mengerjar cintaMu…Engkau berkata bahawa mereka yang banyak beramal dengan sunnah akan Engkau cintai…Ya Allah di saat aku membandingkan amalanku dengan kemurnian para rasul dan sahabat-sahabat mereka, terasa diriku jauh dariMu…maafkanlah kesalahan dan kekuranganku, dan walau sejauh manapun diriku dariMu, Engkau tetap tempat aku bergantung harapan, tempat aku meminta, mengadu dan memohon belas simpati.
Ya Allah…perkenankanlah doaku…andaikata Kau enggan mendengar permintaanku, maka kepada siapa lagi harus aku memohon…?
Allahumma Amin.
Ya Allah…sudahkah aku sampaikan pesananMu…?
Ustaz Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin merupakan salah seorang ahli pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Madrasah Al-Wahidah yang bertanggungjawab menggubal sukatan pelajaran bagi Program Pendidikan I-LIFT yang menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islamisasi dan Integrasi Ilmu di peringkat taska, tadika & KAFA. Beliau juga merupakan fellow UniMAP, sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D Al-Quran & Sunnah (USIM). Penulis boleh dihubungi melalui www.al-wahidah.com & www.abu-intisaar.blogspot.com
By: Ustaz Mohd Azri Bin Mohd Nasaruddin

Bukti Islam Menggalakkan Umatnya Mengejar Kekayaan Dunia


http://cards.wahty.com/a/data/media/10/sadaka.jpg
Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Kita beralih pulak kepada Rukun Islam. Rukun Islam ini lagi menggalakkan kita menjadi orang kaya. Percaya tak? Kalau tak percaya, jom baca lagi.
Rukun Islam adalah perkara-perkara asas yang sepatutnya setiap muslim lakukan. Contohnya, permulaan untuk setiap orang bergelar muslim adalah dua kalimah shahadah. Inilah titik permulaan kehidupan seorang muslim.
Dalam setiap rukun islam, ada hikmah yang perlu seorang muslim ambik iktibar dan pengajaran. Kalau tidak, anda akan terlepas untuk menjadi seorang muslim yang terbaik!
Rukun islam 1: Mengucap 2 kalimah syahadah
2 kalimah syahadahlah penentu amalan kita di dunia dan nasib kita diakhirat. Kenapa saya berkata begitu?
Terlafaznya 2 kalimah syahadah, seseorang telah berikrar dan berjanji bahawa tuhannya adalah Allah dan Rasulullah sebagai ikutan pedomannya. Bermakna, dia akan menggunakan manual yang diperkenalkan oleh sang pencipta alam untuk menggunakan produk yang paling terbaik iaitu Islam.
Apa kaitannya dengan kekayaan? Setiap kekayaan yang kita miliki, mempunyai tuan yang satu iaitu Allah swt. 4 kekayaan dan 7 langkah kekayaan tidak dapat dicapai jika kita menggunakan jalan yang tidak bermoral. Contohnya, nak kaya cepat, tipu orang dengan skim cepat kaya. Kita akan mewah dengan duit, tetapi kekayaan kebebasan kita tidak ada disebabkan asyik diburu oleh pihak berkuasa.
Begitu juga dengan membuat MLM. Menggunakan dan memanipulasi syarikat jualan langsung untuk mendapatkan kekayaan dengan cepat. Disebabkan itulah Syarikat Jualan Langsung terpalit kesan negetif disebabkan kaedah tidak bermoral sebegini.
Dengan lafaz kalimah syahadah, kita berjanji untuk mengikut Rasulullah sebagai role model untuk mencari kekayaan. Memberikan hak-hak yang sama adil kepada setiap orang. Membina masyarakat madani dengan kekayaan kita sendiri. Alangkah malangnya orang yang tidak mematuhi kalimah syahadah yang diucapkan oleh nya setiap hari.
Rukun Islam 2: Solat 5 waktu
Solat adalah ibadah yang lengkap iaitu rohani dan jasmani. Dari sudut kejiwaan dan kesihatan tubuh badan dengan pergerakan tubuh badan. Didalamnya ada disiplin yang kuat dan kepatuhan yang maha hebat. Solat juga adalah implementasi sebuah janji untuk menunaikan hak Allah sebagai tuhan yang layak disembah.
Kekayaan dibina dengan sifat tawaduk dan hemah yang tinggi. Kekayaan menuntut disiplin yang ketat untuk berjaya. Tidak ada istilah goyang kaki jadi kaya. Semua itu memerlu disiplin yang ketat untuk berjaya. Kekayaan juga memerlukan jasmani yang kuat dan kejiwaan yang kental.
Jasmani perlu sihat dan kuat untuk mencari kekayaan.otak juga perlu kuat focus untuk menarik kekayaan untuk datang. Kekayaan tidak datang daripada orang yang sakit terbaring di katil hospital. Tetapi kekayaan datang kepada orang berdiri dan focus.
Kekayaan juga tidak pergi kepada orang yang tidak kuat rohaninya. Kekayaan tidak pergi kepada orang yang terlalu tamak dan tidak mampu mengawal nafsu untuk melihat wang dan pangkat. Tetapi kekayaan pergi kepada orang kuat rohaninya. Orang kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi walaupun terpaksa menentang hawa nafsu sendiri. Orang yang cukup berdisiplin dengan ilmu-ilmu yang dimiliki. Orang yang seperti ini, kekayaan akan pergi kepadanya.
Nak kaya, solatlah. Solat ajar cara untuk menarik kekayaan.
Rukun Islam 3: berpuasalah dibulan Ramadhan
Berpuasa adalah urusan kita dengan Allah. Tiada siapa pun mengetahui jika anda tidak berpuasa di bulan ramadhan. Hanya anda dan Allah sahaja yang mengetahui. Oleh sebab, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang puasa kita, maka hanya Allah sahaja yang akan memberikan kepada kita ganjaranNYA.
Bagitu juga dengan kekayaan. Tiada siapa yang tahu jika anda menggunakan jalan salah untuk mencari harta kekayaan. Tiada siapa pun kecuali anda dan tuhan yang maha mengetahui sahaja. Maka tuhan sahaja yang layak untuk memberikan kepada kita kekayaan yang kita mahukan.
Ramai orang diluar sana yang membina kekayaan dengan jalan salah. Dan kita lihat mereka kaya. Tetapi adakah 3 lagi kekayaan dia dapat? Adakah kekayaan tubuh badan, sosialnya dan kejiwaannya dia dapat? Itu hanya tuhan sahaja yang dapat memberikan kepada kita.
Nak kaya? Berpuasalah dibulan Ramadhan.
Rukun Islam 4: berzakatlah
Mentor saya berkata, “Orang yang betul-betul kaya sahaja yang keluarkan zakat. Orang yang macam kaya tidak keluar zakat”. Orang kaya adalah orang yang mencapai tahap “kebebasan kewangan”. Mereka dari sudut kira-kira pendapatan dan perbelanjaan adalah menghampiri seratus peratus.
Mereka sudah tidak mempunyai hutang dan pasif income sahaja sudah mampu untuk menyara hidupnya sepanjang hayatnya. Tetapi bagaimana zakat boleh menjadi indicator/penunjuk kepada kekayaan?
Setiap zakat mempunyai cara bayarannya yang tersendiri. Untuk membayar, kita memerlukan kunci kira-kira yang lengkap untuk memudahkan kita layak atau tidak untuk mengeluarkan zakat.
Contohnya, gaji RM1000 dan perbelanjaan kita RM1200, maka disitu ada deficit sebanyak RM200. Orang seperti ini tidak diwajibkan zakat malah silap hari bulan, dia yang sepatutnya dapat zakat.
Tetapi jika perbelanjaan bulanannya adalah RM3000, dan pendapatan bulanannya adalah mencecah RM30,000 maka orang seperti ini mungkin kena zakat.
Apa yang penting disini adalah personal financial. Zakat memerlukan kita membuat personal accounting. Mengapa hanya syarikat sahaja yang mengeluarkan zakat disebabkan syarikat mempunyai akauntan yang tersendiri. Maka, zakat boleh dikeluarkan. Tetapi diri sendiri bagaimana?
Rukun Islam 5: melakukan haji di Mekah
Untuk melakukan haji dimekah, kita perlu Mampu. Mampu disini adalah harta yang dibelanjakan untuk kemekah adalah mencukupi dan halal. Begitu juga dengan orang yang berada dibawah penjagaan sepanjang peninggalan, perlulah mencukupi dari sudut makan minum.
Jika  ke Mekah adalah sebulan, maka belanja perjalanan dan makan minum ke sana hendaklah mencukupi. Bagaimana pula dengan orang yang berada di bawah jagaan?
Bermakna kita perlu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan orang yang ditanggung. Makan minum, sewa rumah, hutang piutang dan sebagainya perlu lah cukup. Adakah kita sanggup untuk meninggalkan orang dibawah tanggungan hidup dalam sengsara selama sebulan disebabkan simpanan tidak cukup?
Bagaimana kalau kita mencapai kebebasan kewangan? Boleh kita ke Mekah? Mesti boleh
Boleh kita tinggalkan orang jagaan kita dengan simpanan kita? Mesti boleh sebab keperluan sudah tersedia untuk mereka.
Maka resolusi terbaik untuk ke melakukan haji di Mekah adalah kebebasan kewangan. Betul, selagi mana kita tidak mencapai kebebasan kewangan, selagi itu kita dan ahli keluarga akan dihimpit beban kewangan, hutang dan sebagainya. Maka hasrat ke Mekah tidak terlaksana.
Inilah hikmah rukun islam yang wajib kita fahami. Islam menyuruh kita kaya disebabkan tanggungjawab kita kepada masyarakat. Oleh itu saya nak tanya, nak bayar zakat ke tak nak? Nak pergi haji ke tak nak?
Abang Long
By: ahmad fahmi

Darjat dan pangkat bukan jaminan masuk Syurga


http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/09/MASON.png
RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”
Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.

Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.
Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)
Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.
Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)
Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.
Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.
Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.
Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.
Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya
http://www.islamituindah.my/darjat-pangkat-bukan-jaminan-masuk-syurga

Perogol bersiri di Jeddah tidak merogol kerana mendengar bacaan Al-Quran


http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/06/sandra-rogol.jpg
Gambar Hiasan
JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.
Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.
Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.
“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.
Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.
Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi
http://www.islamituindah.my/budak-baca-ayat-al-quran-elak-dirogol

Kemiskinan dunia meningkat membuktikan sistem ekonomi amerika gagal


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/09/amerika.jpg?w=300
ARRAYAH.INFO, Washington, 14 September 2011 - Angka kemiskinan di Amerika Syarikat meningkat pada kedudukan tertinggi sebanyak 46,2 juta orang.
Angka ini merupakan rekod tertinggi sejak Badan Statistik AS mula melakukan pendataan keluarga miskin pada tahun 1959.
Definisi kemiskinan di Amerika ditentukan dari pendapatan tahunan kurang daripada US $22.314 untuk satu keluarga yang terdiri daripada empat orang atau US $11.139 bagi satu orang-pendapatan kurang daripada US $ 30/hari.
Warga Amerika yang hidup di bawah garis kemiskinan ini meningkat dalam empat tahun berturut-turut.
Diambil dari BBC, dalam data yang dikeluarkan badan statistik disebutkan orang kulit hitam dan keturunan Hispanis menduduki urutan pertama daftar kemiskinan.
Badan statistik dalam laporannya mencatatkan 25,8% warga kulit hitam hidup dalam kemiskinan, sementara keturunan Hispanis mencapai 25,3%.
Laporan terbaru ini juga menunjukkan rata-rata pendapatan tahunan keluarga di AS menurun 2,3% pada tahun 2010 menjadi US $ 49.445 pertahun.
Sementara itu, warga Amerika yang tidak mempunyai insurans kesihatan tetap pada kedudukan kira-kira 50 juta orang. Demikian halnya dengan angka pengangguran yang tetap sama diatas 9%.
Untuk mengatasi angka kemiskinan ini, Presiden Barack Obama minggu lalu melancarkan sebuah rancangan pakej pembukaan pekerjaan baru bernilai US $ 450 bilion.
Dia menginginkan dana tersebut digunakan untuk projek pembinaan besar, sekolah dan perkhidmatan, sekaligus memotong cukai bagi para pekerja dan usaha kecil menengah untuk meningkatkan peluang pekerjaan.
Tetapi rencana ini perlu mendapatkan sokongan dari Kongres-yang dikuasai oleh Republikan-yang telah menyatakan menentang rancangan tersebut. [globalmuslim.web.id/arrayah.info]

Demokrasi boleh menjauhkan kita daripada Syariat Allah SWT


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/09/demokrasi.jpg?w=300
ARRAYAH.INFO, 20 September 2011 - Banyak orang terpukau oleh demokrasi yang bersifat munafik. Kemampuan kritis dan akal sihatnya surut, kerana mengikut selera orang ramai.
Padahal jikakalau kita mengikuti pandangan orang ramai, nescaya kita disesatkannya dari jalan Allah.
Mereka mengatakan demokrasi menggunakan kebebasan memilih.
Padahal yang berlaku sebenarnya proses merebut kuasa. Jadi demokrasi sesungguhnya bukan memberi peluang untuk memilih, tapi peluang untuk merebut. Inilah cacat demokrasi yang fatal dari sudut budaya.
Sedangkan cacatnya dari sudut pandang Islam, demokrasi boleh tergolong kepada sistem kufur.
Kalau demokrasi memang proses memilih, maka semua pihak yang dipilih semestinya mendapat gambaran yang objektif terhadap pihak pengundi. Jadi, harus ada data yang relatif lengkap tentang kebaikan dan kekurangan pihak yang dipilih, seperti calon legislatif mahupun pejabat.
Hanya dengan keadaan serupa itu dapat berlangsung proses pemilihan. Sebab dalam memilih sebenarnya orang menilai, mana yang baik dan mana yang buruk.
Pihak pengundi semestinya tidak dipengaruhi apalagi ditipu oleh pihak yang dipilih, agar terjadi suatu pemilihan yang wajar. Jadi dalam proses pemilihan, yang dipilih harus bersifat pasif, menyerah kepada pihak yang memilih.
Kerana itu hasil pemilihan akan mendapat sebutan yang terbaik, bukan yang menang.
Kenyataannya tidak demikian, malah pihak yang dipilih yang aktif mempengaruhi pihak pengundi. Semua calon yang katanya dipilih ternyata tidak ada data baik-buruknya yang boleh jadi dasar penilaian bagi pemilih.
Calon hanya digambarkan sisi baiknya. Itupun tidak pula dalam batas yang wajar, tapi berlebihan, bahkan dikarang. Pasukan sokongan seorang calon jika memang diperlukan semestinya memberikan gambaran yang benar tentang calon.
Tapi yang berlaku malah sebaliknya, sehingga pengundi sukar untuk menentukan pilihannya.
Ketiadaan gambaran yang benar tentang pihak yang dipilih telah menyebabkan pihak pengundi tidak lagi melakukan proses menilai, sebagaimana berlaku dalam memilih, tapi berubah pada sikap suka tidak suka.
Kerana itu dalam demokrasi, sesungguhnya orang tidak memilih (memakai saiz yang objektif) tapi hanya menentukan sikap, suka atau tidak terhadap calon yang sudah dipromosikan oleh parti berjaya.
Dengan demikian demokrasi sebenarnya tak memerlukan akal sihat, sebagaimana terpakai dalam proses memilih. Sikap pemilih dengan mudah dapat dipengaruhi, dipaksa, bahkan dibeli. Inilah yang jadi pangkal bala mengapa demokrasi selalu gagal memaparkan orang yang berkualiti.
Demokrasi sesungguhnya bukanlah memilih, tapi adalah merebut. Kekuasaan dalam demokrasi sebenarnya diperebutkan, bukan dipilih. Kalau memang dipilih, maka hasil pemilihan tentulah dikatakan yang terbaik.
Tapi hasil demokrasi memberi bukti bahawa yang terpilih dikatakan yang menang. Kalau disebut menang itu sebenarnya pertarungan, yakni pertarungan merebut kuasa antara sesama calon.
Tipuan demokrasi ini berlaku, kerana tindakan merampas kedudukan (kuasa) itu memperalatkan pihak pengundi. Jadi pemilih dijadikan topeng untuk merebut kuasa, sedangkan yang merebut kedudukan mendapat sokongan dari pemilik modal (kapitalis).
Sebab itu yang berjaya merebut kuasa, bukan merasa berhutang budi pada para pengundi (rakyat) tapi kepada pihak kapitalis yang telah membiayai pertarungannya.
Kerana watak demokrasi sesungguhnya proses merebut kuasa, maka mana mungkin berlaku tanpa ketegangan, kebohongan, paksaan dan tipu daya yang licik.
Para pemuja demokrasi memandang bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Padahal sesungguhnya mereka yang paling rugi dengan perbuatannya yang sia-sia.
Itulah cacat demokrasi dari sudut budaya. Cacat demokrasi dari sudut agama jauh lebih parah.
Pertama, semboyan demokrasi "suara rakyat suara Tuhan" boleh membawa orang pada perbuatan syirik tanpa sedar. Bagaimana boleh disamakan suara rakyat (makhluk) dengan suara Tuhan, sebab rakyat adalah yang diciptakan sedangkan Tuhan adalah pencipta alam semesta.
Inilah yang memberi jalan kepada pihak perundangan menentukan undang-undang. Padahal hak menentukan undang-undang itu semata-mata hak Allah, bukan manusia. Melalui demokrasi manusia jadi angkuh, mencampakkan hukum Allah, lalu menggantikannya dengan undang-undang mengikut selera hawa nafsu.
Dengan undang-undang buatannya sendiri, manusia sudah terbukti semakin muflis dan sengsara. Padahal hukum Allah akan memberikan kesejahteraan, bukan hanya sebatas dunia, tapi malah sampai akhirat yang kekal.
Kedua, demokrasi yang memakai topeng suara rakyat, dengan sokongan wang dan tipu daya media, telah membuka jalan, yang menang bukanlah pihak yang benar (baik) tapi yang punya wang lagi cerdik.
Sistem ini juga membuka jalan pihak minoriti menindas majoriti. Juga sebaliknya majoriti menindas minoriti. Maka, mana mungkin sistem ini mampu menampilkan pemimpin yang amanah.
Demokrasi bukan berpihak kepada kebenaran tetapi kepada suara terbanyak. Sedangkan suara terbanyak nyatanya boleh dibeli. Sistem ini hanya memaparkan orang-orang yang serakah.
Ketiga, sistem demokrasi telah melahirkan parti-parti politik. Parti-parti itu ternyata bukan berlumba-lumba untuk berbuat kebajikan, seperti membasmi kemungkaran dan kemiskinan.
Parti ditubuhkan hanya untuk merebut kuasa. Sementara tujuan kuasa bukan pula untuk menegakkan yang hak (benar) serta membanteras yang batil, yang sejatinya amat diperlukan oleh rakyat.
Kekuasaan digunakan pertama-tama untuk mencari wang (kekayaan). Ini terjadi, kerana dalam arena merebut kuasa melalui demokrasi, masing-masing parti memerlukan dana yang besar agar partinya menang dalam pertarungan Pilihanraya.
Kerana itu parti melalui anggotanya yang berkuasa, juga tidak segan-segan melakukan kecurangan seperti menjual kekayaan alam melalui kontrak, membuat undang-undang menguntungkan pihak kapitalis, yang akibatnya rakyat tertindas. Inilah yang melahirkan politik busuk alias munafik.
Dengan demikian, dalam alam demokrasi sebenarnya tujuan seorang pegawai atau wakil rakyat meraih kedudukan, bukan pertama-tama untuk memperbaiki nasib rakyatnya sebagaimana pernah dijanjikannya dalam kempen.
Yang terpikir pertama-tama baginya ialah mendapatkan wang. Setelah itu dengan wang (kekayaan) itu dia harus segera menyusun siasat lagi, agar dapat menang dalam pertarungan seterusnya.
Dalam pertarungan seterusnya, jika dia dibatasi oleh undang-undang, maka peluangnya akan diberikan kepada pihak yang paling dekat kepadanya. Pokoknya kuasa tetap di tangannya.
Jadi, dengan demokrasi seperti itu hanya apa yang dapat dinanti oleh rakyat? Rakyat hanya sekadar mendapat janji-janji dari para pembicara. [riaupos.co.id/UU Hamidy,Budayawan/arrayah.info]
Sumber: www.riaupos.co.id (19 September 2011)