"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, June 20, 2011

30 Tahun tidak pernah senyum

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJL9OilV_SKhPBk09wJMxowPaHad32H6ZKANu0koYG6D7b0v6KVciY4LanBf2JQDwab3I9RGtac7ZLgf4DddZeMAfJgZSbnuD-GFZl7rm_1EOuaXvYi_0DQVyd3tbj-lSre-P-oSbgq8Xv/s320/phpThumb_generated_thumbnailjpg.jpg
Fudhail Bin Iyad berkata :
1- Pada hari Kiamat orang-orang kaya akan terbelenggu dengan jawatan-jawatan yang dipegangnya dan akan mengalami kesusahan. Mereka akan dibicarakan tentang perbuatan mereka, oleh itu bersedialah menjawab soalan terhadap perbuatan kamu pada hari tersebut.
2- Itulah kasihnya Allah SWT terhadap dosa hambanya sehingga tidak dibalas sekarang tetapi ditangguhkannya.
3- Orang yang dikasihi oleh Allah SWT akan ditimpa kesusahan dan orang yang yang dimurkai oleh Allah SWT akan dikurniakan kesenangan.
4- Sebagaimana tidak mungkin menangis di Syurga, maka begitulah pula tidak mungkin ketawa di dunia ini. Syurga itu bukan tempat menangis dan dunia ini bukan tempat ketawa.
5- Allah SWT berkata " Apabila hambaku mengingati Aku, Aku akan mengingati dia, bila dia lupa kepadaKu, Aku akan lupa kepadanya ".
6- Selama 30 tahun aku tidak pernah senyum.
7- Aku ingin jatuh sakit agar dapat aku dapat bersama Allah SWT dan terlepas daripada solat jemaah.
Tazkirah Awliya'. m/s: 37.

6 Penyakit terkini umat Islam

http://guidanceforall.files.wordpress.com/2011/05/0.jpg?w=400
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
H.R.HAKIM
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".
Rujukan :

Ayam jantan di German menyebut lafaz Allah

Rujukan :

Lembu membuka pintu kandang dengan lidah

Subhanallah, dunia akhir zaman Allah SWT memperlihatkan berbagai kecerdikan pada haiwan. Semoga Allah SWT  masih memuliakan kedudukan manusia yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada Allah SWT.

Pemimpin yang sesat dan hina di sisi Allah SWT

http://www.mr7-ly.com/up//uploads/images/mr7-ly.com1e89beefae.jpg
Kata-kata Hassan Al-Basri :
1-Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
2-Kawam-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT.
3- Mengumpul harta benda lebih buruk daripada minum arak yang mana adalah dilarang oleh Al-Quran.
4-Siapa yang memecilkan dirinya akan selamat, sesiapa yang memisahkan daripada dirinya dan nafsunya akan merasakan kebebasan.
5-Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ ia membina Bangunan Akhirat adalah orang yang bijak.
6-Sesiapa yang mengenal Allah SWT akan mengaggap dunia sebagai musuhnya dan sesiapa  yang cintakan dunia akan memusuhi Allah SWT.
7- Orang yang membuang amalan Rohaniah dan menggantikannya dengan amalan bermurah hati kepada dunia adalah orang yang rosak dan jahat.
8- Sesiapa yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT dan sesiapa menganggap dirinya pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
9-  Allah SWT telah berfirman " Aku akan ampunkan bagimu segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku " Imam Hassaan ditanya, bagaimanakah kamu ?
Imam Hassan menjawab " Saya adalah ibarat orang ditengah laut yang kehilangan perahu dan terapung d idalam air ".
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya' . m/s : 17 & 18.