"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, June 25, 2011

Allah SWT sentiasa melihat orang yang menCintaiNya

http://img267.imageshack.us/img267/350/09ha0.jpg
Abu Hafs Al-Haddad berkata :
1- Dunia ini adalah sebuah rumah yang sentiasa mengandungi dosa terhadap Allah SWT.
2- Fakir adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3- Jangan terlalu  bergantung kepada ibadat dan latihan kerohanian mu tetapi bergantunglah kepada Rahmat Allah SWT.
4- Sesiapa yang merindukan Allah SWT, pasti Allah SWT sentiasa melihatnya.
5- Orang yang suka dipuji adalah orang sia-sia dalam kegembiraan.
6- Dosa itu membawa kepada bid'ah ( mencipta perkara yang tidak ada asas dalam agama dan dijadikan sebahgian daripada ibadat/ agama ).
7- Orang yang cuba mengenal Khalik ( Allah Yang Maha Pencipta) melalui makhluknya adalah buta, sepatutnya dia mengenal makhluk melalui Khalik ( Allah SWT ).
8- Sentiasa berada di ambang pintu Allah SWT agar Allah SWT membuka pintuNya kepada kita.
9- Berharaplah kepada Allah SWT sebagaimana berharapnya orang miskin kepada sedekah orang kaya.
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 101-102.

3 Perkara tunjang kerohanian yang amat penting

http://happycircle.files.wordpress.com/2010/03/101706_4815_43235_0_0_8001.jpg?w=400&h=329#038;h=329
Yahya Bin Muaz Ar-Razi berkata :
1- Mati itu ibarat jambatan yang menyambung hamba dengan Allah SWT yang dicintainya.
2- Iman yang seketika itu membasuh dosa dua ratus tahun.
3- Oleh kerana orang yang cintakan Allah SWT sentiasa melakukan dosa, apabila dia berada dalam dirinya. Bagaimana pula dia bertanggungjawab terhadap dosanya ? ( Bagaimana kita boleh mengaku kita cintakan Allah SWT, sedangkan diri kita sentiasa dipenuhi dengan dosa ? ).
4- Jika mati ada dijual di pasar, orang yang cintakan Allah SWT akan membelinya.
5- Kurangkan bercampur dengan ahli dunia dan banyakkan menyembah Allah SWT.
6- Orang yang kaya dan berkat serta sentiasa menyebut nama Allah SWT adalah orang yang benar-benar kaya. Orang yang kaya melalui usahanya sendiri tanpa menyebut nama Allah SWT adalah orang yang miskin.
7- Dunia itu adalah tempat ibadat.
8- Merindui Allah SWT seketika adalah lebih berharga dari dunia ini.
9- Dunia ini pasar syaitan, takutlah kepadanya. Dunia (dosa dan syahwat ) ini adalah minuman syaitan, jangan kamu menikmatinya.
10- Sesiapa banyak makan dia akan menjadi hamba hawa nafsu. Pada perut yang berlapar kerana Allah SWT itu terdapat rahmat Allah SWT serta sinar keimanan.
11- Berhati-hatilah makan bersama orang kaya.
12- Seorang abid ( orang yang benar-benar beribadat kepada Allah SWT ) akan mencapai ketenangan pada empat tempat :
1- Ketika keseorangan. 2- Di dalam masjid. 3- Di kubur. 4- Di hutan.
13-Penghalang yang paling besar kepada mereka yang baru ingin menuju Allah SWT adalah apabila bercampur dengan ahli dunia.
14- Tiga perkara yang wajib dibuang untuk mencapai mutu kerohanian yang tinggi:
1-Membuang rasa keinginan untuk mendapat pangkat dan keuliaan.
2-Membuang keinginan hawa nafsu.
3-Membuang hal-hal keduniaan ( perkara dunia yang tidak memberi berkat ).
15- Rahsia Kejayaan untuk bertemu dengan Allah SWT adalah Tawakkal kepada Allah SWT dan palingkan wajah anda daripada mementingkan keduniaan.
16- Jika kamu redha dengan Allah SWT pasti Allah SWT akan redha dengan kamu.
Kitab Tazkiyah Awliya'. m/s : 93 - 94.