"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, April 8, 2011

Pasukan Berani Mati mengebom pusat latihan tentera amerika di Kandahar



http://www.youtube.com/watch?v=v_pTcgGPYlw&feature=player_embedded

Video gegaran kedua di Jepun yang mungkin menyebabkan Tsunami

http://www.youtube.com/watch?v=jBMZt6Ed6lA&feature=player_embedded


Betapa kekuasaan Allah SWT tidak dapat ditandingi oleh segala kekuatan manusia.
Hanya golongan yang berakal dan beriman sahaja yang boleh mengakui kekuasaan Allah SWT, bagi golongan fenomena alam mereka tetap ghairah menikmati maksiat di atas bumi milik Allah SWT walau dimana mereka berada.

Araِb menjadi gila kerana terlalu banyak minum arak dan dadah

http://movie.adma1.com/view338.html

3 Pergerakkan Di Dalam Genggaman Allah SWT

http://www.ahlulbaitonline.com/karbala/images/falak/pic-gal/_41440019_solar.jpg

1-Gerak secara paksaan Allah SWT seperti:
Pusingan bumi, Matahari yang membakar,  Laut yang berombak, Angin yang bertiup dan                lain-lain pergerakan Fitrah Alam.

2-Gerak yang mendapat keredhaan Allah SWT seperti :
Sujud seorang hamba kepadaNya,

Puasa seorang hamba yang benar-benar mukmin kepada Allah SWT,
Sifat Pemaaf yang benar-benar Ikhlas dan Yakin kepada Janji Allah SWT,
Tawadduk seorang hamba yang-benar-benar takut kepada Kuasa Allah SWT,
Ketaqwaan kepada Allah SWT yang benar-benar takut kepada amaran Allah SWT  dalam keadaan di hadapan mata manusia dan dibelakang mata manusia kerana Sifat Penglihatan Mata Allah SWT tidak sama sekali seperti pandangan mata manusia
dan lain-lain sifat murni yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran Dan Al-Hadis daripada Rasulullah SAW.

Pergerakkan ini Allah SWT izinkan berlaku supaya pelakunya dapat memasuki dan memanuhi Syurga Allah SWT, mereka adalah Insan Pilihan Allah SWT untuk mendapat jawatan di dalam Syurga Allah SWT, mereka adalah Insan Yang Amat Beruntung.

3-Pergerakkan yang amat dimurkai oleh Allah SWT seperti berzina, minum arak, berjudi, membuka aurat, menindas golongan yang lemah, makan riba/interes, mengambil keuntungan berlebihan atau berlipat kali ganda, tidak membayar hutang, menipu dalam timbangan dan lain-lain sifat Mazmumah.
Pergerakkan ini Allah SWT izinkan berlaku supaya pelakunya dapat memasuki NerakaAllah SWT dan memegang jawatan tertentu di dalam Neraka Allah SWT. Mereka adalah Insan Pilihan Allah SWT untuk menjalankan tugas-tugas khas di dalam neraka dan mentadbir Neraka Allah SWT.

Mereka adalah manusia yang paling jahat yang telah Allah SWT takdirkan nasib mereka atau dengan kata lain Qada' dan Qadar mereka adalah Insan Dijadikan Daripada Neraka dan Dikembalikan Kedalam Neraka seperti Firaun dan Abu Jahal serta tentera-tentera  pembantunya.
Rujukan dan Rumusan daripada Buku " Melihat Dengan Mata hati ", m/s : 128.

Empat Cahaya Penyuluh Kehidupan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVUbdYqOEtzo91nwZydqeiGOjWmwaVSiLaJE6cEnjyEnKT86Uqt8KlWRIxTrk0dZ7QrhHwdFHubBragutTtXaPwvAkKUN1MLtPuoWeic1f8zb0Savby5zMusOOaPt4NZndI5j9HDDjeo-R/s400/1_870279603l.jpg
Empat Cahaya Penyuluh Kehidupan
  1. Menyuluh kehidupan dengan Cahaya Allah SWT iaitu Al-Quran Al-Karim.
  2. Menyuluh kehidupan dengan Nur Muhammad SAW iaitu Al-Hadis dari bibir Rasulullah SAW.
  3. Menyuluh kehidupan dengan Ilmu iaitu Pendapat-Pendapat Ulamak yang Cintakan Allah SWT melebihi segala-galanya.
  4. Menyuluh kehidupan dengan Nur Allah SWT yang terdapat dalam hati-hati manusia iaitu Cahaya Hidayah atau Cahaya Iman atau Perjanjian Kita dengan Allah SWT di Alam Roh.
Rujukan :
Rumusan dari Buku Melihat Dengan Mata Hati. m/s : 134