"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, April 14, 2014

Apa beza 'ilmullah' & 'ismullah'?



baginda rasulullah s.a.w:
Fi kulli lam hatin wanafasin 'adadama wasi'ahu iLmullah

baginda rasulullah s.a.w:
Fi kulli lam hatin wanafasin 'adadama wasi'ahu ismullah

Apa beza 'ilmullah' & 'ismullah'?

Ilmullah itu bermaksud Allah taala yg mengadakan (menjadikan) ilmu. Ilmu mahmudah Allah taala jadikan, ilmu mazmumah pun Allah taala jadikan...ada ilmu yang benar dan ada yang batil,mahu ikut Jin?Syaitan?Rasulullah saw?

Ismullah itu bermaksud Allah taala yg mengadakan ilmu yg dibangsakan amanah Allah taala iaitu Allah taala mengajar dengan hidayahnya yang wajib bagi tiap2 mukallaf yang ikrar 2 kalimah syahadat lafaz(ikrar)dapat melaksanakan amal tasdiq iman di hati. Amal tasdiq iman di hati inilah amal yg dibangsakan amanah Allah taala. Namun, sekiranya laksana amal maka wajib terlebih dahulu berilmu dengan ilmu yang dibangsakan amanah Allah taala(muhasabah diri dulu).


Ilmullah dulu dan barulah menemukan ismullah.

Hadis mutawatir itu berbunyi:
"Ta'lamu 'ilmi fa'ilma ruhul amal" - Takluk ilmu iaitu ilmu yg dibangsakan amal mengenal ruh.


Hadis ni, kalau menuntut ilmu beramal berhubung ruh maka eloklah semua pekerjaan kita. Maka wajiblah diri kita mengenal Roh bernafsukan apa dalam diri kita ni..