"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, September 30, 2011

NIKAH SIAM


Oleh:-
Ahmad Jailani Abdul Ghani
23/04/2009


Nikah Siam, dua patah perkataan yang membawa juga dua pengertian, suka dan duka. Ianya disukai oleh kedua-dua bakal pengantin tetapi kerap menjadikan “isteri tua” menjadi duka. Ia diminati bukan sahaja oleh orang kampung, penganggur, mat rempit tetapi juga digemari oleh tokoh korporat, datuk-datuk yang pastinya berkedudukan dan berpengaruh dalam masyarakat.

Maka saya mengambil peluang ini untuk memberi panduan mudah kepada semua pihak yang terlibat, sama ada suka atau duka. Bagi bakal pengantin, panduan ini berguna untuk mereka memastikan lamunan cinta atau “angau” mereka selama ini menjadi realiti. Manakala bagi bakal “isteri tua” panduan ini berguna untuk menjadikan khayalan bakal pengantin tersebut kekal sebagai “bintang berjalan di bumi”.

Saya mempunyai pandangan tersendiri, kenapa saya tidak bersetuju dengan “Nikah Siam”. Namun, itu akan dibincangkan kemudian. Okay, let’s go…

DO’S

1. Pastikan tempat yang akan anda dan pasangan anda berkahwin itu adalah tempat yang masyhur di kalangan mereka yang sudah melaluinya. Kerap terjadi sindiket penipuan yang menyebabkan pernikahan tersebut tidak sah dan tidak dapat di daftarkan.

2. Pastikan anda melepasi sempadan dan bukannya jurunikah yang masuk ke Malaysia.

3. Anda perlu menentukan sama ada pernikahan “Siam” ini perlu didaftarkan atau anda langsung tidak berniat untuk mendaftarkannya. Kerana langkah-langkah antara kedua-duanya banyak berbeza. 

4. Sebaik-baiknya menyeberangi sempadan dengan menggunakan dokumen perjalanan yang sah untuk memudahkan urusan di mahkamah kemudian.

5.Sebaik-baiknya menyeberangi sempadan bersama-sama dengan dua lelaki warga Malaysia yang boleh menjadi saksi di mahkamah nanti. Kalau pergi dengan rombongan ramai-ramai lagi bagus.
6. Ambillah gambar foto banyak-banyak dalam tempat nikah dan di luar tempat nikah. Ia boleh dijadikan bukti di mahkamah.

7. Selesai akad nikah, anda perlu hadir ke konsulat / kedutaan di sana.

8. Pastikan semua maklumat dan ejaan dalam surat nikah siam itu betul, lengkap dan tepat. Nikah sindiket kerap kali mudah dihidu dengan melihat kepada ejaan.

8. Banyak lagi.. (saya akan cuba update nanti)

DON’TS

1. Jangan sekali-kali bernikah di Malaysia tetapi surat nikah siam (jurunikah siam masuk ke Malaysia)

2. Jangan biarkan jarak antara pengantin perempuan dengan wali bapa kurang 2 marhalah (80km) jika bapa tidak izin. Risikonya, nikah tidak sah.

3. Jangan nikah “bawah pokok”. Biasanya, dilakukan oleh sindiket. Kalau pernikahan itu dibuat oleh sindiket, ianya tidak sah. Tidak sah bukan sebab bawah pokok, tapi sebab sindiket.

4. Jangan pergi hanya berdua kerana ia kerap menimbulkan masalah dari segi pembuktian di mahkamah

5. Bersambung….

Sekian,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
23/04/2009

Indahnya Islam di Eropah


http://www.majalah-alkisah.com/images/stories/baitullah/argentina1.jpg
Nuansa Timur Tengah di Argentina
Masjid megah bergaya Timur Tengah ini sangat menarik perhatian pengunjung. Setiap harinya tidak pernah sepi peziarah.
http://www.majalah-alkisah.com/images/stories/baitullah/masjid-schwetzingen-1.jpg
Masjid Schwetzingen: Berdiri demi Toleransi
“Jika muslim Turki hijrah ke negara ini dan mampu mengamalkan esensi ajarannya dengan baik dan benar, kita akan mendirikan masjid untuk mereka,” kata Raja Frederick II.
http://majalah-alkisah.com/images/stories/baitullah/masjid-agung-roma01.jpg
Masjid Agung Roma, Termegah di Eropah
Tempat ibadah dan kegiatan umat Islam di Italia ini menjadi simbol toleransi di jantung Katholik.
Rujukan:

4 Perkara lebih baik daripada Syurga Allah SWT


http://www.seattlethunder.net/wp-content/uploads/2011/06/trees-Pink_and_White_Dogwood_Trees_Lexington_Kentucky-travelBBB-com.jpg
1- Kekal di dalam Syurga lebih baik daripada Syurga.
2-  Layanan Para Malaikat di dalam Syurga  lebih baik daripada Syurga.
3- Berjiran dengan para Nabi  di dalam Syurga  lebih baik daripada Syurga.
4- Keredhaan  Allah SWT di Syurga  lebih baik daripada Syurga.
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 107

4 Perkara yang lebih buruk daripada Neraka


http://farm7.static.flickr.com/6014/5927646601_9b075c4111.jpg
1- Kekal di dalam neraka lebih buruk daripada Neraka.
2-  Cemuhan daripada Para Malaikat yang menyeksa orang kafir di Neraka lebih buruk daripada Neraka.
3- Berjiran dengan syaitan didalam neraka lebih buruk daripada Neraka.
4- Murka Allah SWT di dalam Neraka lebih buruk daripada Neraka.
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 108.

Bukit bergerak-SubhanAllah



http://www.youtube.com/watch?v=vjUwS8QAJj8&feature=player_embedded

4 Nasihat utama Saidina Ali untuk panduan orang mukmin


http://www.shy22.com/upfiles/yOf14044.jpg
1- Sesiapa merindui Syurga, maka dia akan bersegera melakukan kebaikan.
2- Sesiapa takut kepada seksaan neraka, maka dia akan berhenti mengikut hawa nafsu.
3- Sesiapa meyakini kedatangan kematian, maka dia tidak akan lena dengan kesenangan duniawi.
4- Sesiapa mengetahui dunia ini adalah cubaan, maka semua musibah yang menimpanya akan terasa ringan.
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 94.

4 Keutamaan dan kewajipan untuk orang mukmin


http://www.ald3wh.com/bigallery/bcfbe46b3ed7a00c3b05389cdc43a0b5.gif
1- Bergaul dengan orang soleh adalah keutamaan, sedangkan mengikuti jejak orang soleh adalah satu kewajipan.
2- Membaca Al-Quran adalah keutamaan, sedangkan mengamal kandungan Al-Quran adalah satu kewajipan.
3- Menziarahi kubur  itu satu keutamaan, sedangkan menyiapkan bekal untuk kehidupan sesudah mati adalah satu kewajipan.
4- Menziarahi orang sakit adalah satu keutamaan, sedangkan berwasiat di akhir hayat adalah satu kewajipan.
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 94.

Jeddah banjir kerana dipenuhi kegiatan maksiat


Jeddah adalah bandar yang dipenuhi dengan berbagai maksiat, apa jua kejahatan dinegara bukan Islam pasti  ada di bumi Jeddah. Maka layaklah Allah SWT menghukum penduduk Jeddah yang tidak menghormati tanah haram Mekkah yang bersempadan dengannya.
Semoga Allah SWT melahirkan pemimpin berketurunan Rasulullah SAW untuk mentadbir dan memakmurkan dua tanah suci serta bumi Jeddah tanpa campur tangan yahudi danamerika. Amin Ya Rabbal Alamin

9 Tanda Kebesaran Allah SWT anugerahkan kepada Nabi Musa A.S.


http://elazhar.com/quran/image/17_101.gif
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/09/laut_merah_terbelah_8.jpg?w=300
Gambar hanya hiasan sahaja.
http://www.album.v90v.com/data/media/28/images_59.jpg
Batu yang mengeluarkan air apabila dipukul oleh Nabi Musa A.S.
http://www.album.v90v.com/data/media/28/images_57.jpg
Bukit terbakar apabila Nabi Musa A.S. bercakap dengan Allah SWT.
( ولقد آتينا موسى تسع آيات بينات فاسأل بنى إسرائيل إذ جاءهم فقال له فرعون إنى لأظنك يا موسى مسحورا )التفسير : 101 - ولو أوتى هؤلاء من الآيات ما اقترحوا لصرفوها عن وجهها، ولم يؤمنوا بها، ولقد آتينا موسى تسع آيات واضحات (1) ومع ذلك كفروا، وقال فرعون: إنى لأظنك مسحورا يا موسى. -----(1) هذه الآيات التسع:1- العصا. 2- اليد البيضاء. 3- الطوفان. 4- الجراد والضفادع والقمل والدم. 5- الجدْب ونقص الثمار. 6- فلق البحر. 7- انبجاس الماء من الحجر. 8- نتق الجبل كأنه ظلة. 9- خطابه لربه.
1- Tongkat.
2- Tangan bercahaya.
3- Ribut Taufan.
4- Tentera Allah SWT daripada belalang, katak, kutu dan darah.
5- Kemarau dan mengurangkan hasil buah-buahan.
6- Membelah laut.
7- Mengeluarkan air dari celah-celah batu.
8- Membina dan mengukir rumah daripada bukit-bukit.
9- Bercakap dengan Allah SWT.

3 Penyakit yang membelenggu mereka yang cintakan dunia


http://img149.imageshack.us/img149/5392/mosesgrxf7.jpg
1- Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya.
2- Angan-angan yang tidak ada hujung pangkalnya.
3- Kerakusan yang tidak mencapai kekayaan atau kecukupannya.
Tanbihul Ghafilin. Jilid 1&2. M/S: 329.
Gambar kesan sejarah yang menunjukkan Allah SWT telah memberi ketamadunan kepada manusia terdahulu namun disebabkan kemungkaran mereka kepada Allah SWT, maka mereka dibinasakan. Allah SWT sebutkan kisah mereka didalam Al-Quran dan Allah SWT tinggalkan kesan sejarah kepada manusia, agar manusia mengambil iktibar  daripada sikap takabbur yang dimiliki oleh mereka yang memerintah tanpa mengambil peduli Arahan Allah SWT.

3 Sebab Nabi Ibrahim bergelar Khalilullah


http://img103.herosh.com/2011/09/06/790961142.jpg
1- Tiada aku disuruh memilih  dua perkara melainkan saya pilih yang untuk Allah SWT dari yang lain-lainnya.
2- Saya tidak pernah risau terhadap apa dijamin oleh Allah SWT dalam urusan rezeki.
3- Tidak pernah makan di siang hari atau malam melainkan bersama tetamu.
Tanbihul Ghafilin.Jilid 1&2. M/S: 323.