"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Peringatan Yang Sering Dilupakan As-Sunnah


Kita juga telah sekali lagi memperingatkan diri kita bahawa, setiap amalan dan ibadah yg kita kerjakan hendaklah berdasarkan ilmu, dan ilmu yg haq dalam Islam itu hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa baginda tinggalkan kepada kita - manusia amnya dan umat Islam khususnya - dua hazanah sebagai panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah dalam mengabdikan diri kepada Allah (s.w.t), iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jika kita berpandukan kpd kedua-duanya semata-mata pasti kita tidak akan sesat dalam mencari siratul mustaqim atau jalan lurus mendapatkan kerahmatan Allah (s.w.t), iaitu jalan mendapatkan syugra Allah (s.w.t) dan selamat dari neraka.