"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, March 23, 2015

Surah al-alaq 6-12



Ayat Dibawah ini  bukan suruh meninggalkan Solat,tetapi melarang dari mengerjakan solat sebab apa?
bertanyakan pada Arifbillah,bukan bertanya pada arifpunnahwalrannah dan ahli main sedap-sedap tafsir sendiri.

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
(Al-'Alaq 96:6)

Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Al-'Alaq 96:7)


(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Al-'Alaq 96:8)


Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
(Al-'Alaq 96:9)


Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
(Al-'Alaq 96:10)


Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
(Al-'Alaq 96:11)


Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
(Al-'Alaq 96:12)



Rukun tareqat Enam perkara




Pertama iaitu wajib berilmu iaitu Ilmu Usuluddin,tasawuf,fiqh yakni mengetahui segala hukum-hukum yang takluk pada agama islam iaitu ,mengerjakan suruhan Allah taala dan menghentikan larangan Allah taala.

Kedua iaitu pengasih dan penyayang dan penyantun yakni lapang hati tidak pemarah dan pembengis

Ketiga sabar atas segala cubaan yakni sabar mengerjakan taat dan menghentikan segala maksiat

Keempat Ikhlas pada segala amal yakni bukanlah dia beribadat mengharapkan syurga ataupun takut kepada neraka,bahkan dia beribadah bukanlah mengharapkan puji dan wang ringgit.Tegasnya dalam amal ibadah dikerjakan kerana keredhaan Allah taala.

Kelima redha dengan
segala yang takdirkan Allah taala diatas dirinya baik atau buruk.

Keenam Berakhlak yakni berkelakuan baik dalam segala Hal.

Selidik Dahulu sesuatu berita




“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Tidak kiralah siapa orang itu,berderajat Sultan?mufti?menteri?Dato?Datin?Doktor?YB?hamba?ustaz?ustazah?khalifah islam?khalifah iman?khalifah mukmin? Selidiklah dahulu dengan mata zahir dan bathin,selidiklah latar belakang dirinya adakah dia seorang yang berlatar belakangkan agama,bagaimana kehidupan sebelum dan selepas,adakah dia kekal dalam derajatnya itu,dsbg.Manusia yang melihat dengan menggunakan mata zahir mudah tertipu dengan kelembutan seseorang,kata-kata lembut dan seumpamanya..(akn brsambung)


Allah sudah memberi peringatan dan mengajar semua umat Islam supaya meneliti serta menyelidik terlebih dulu berita disampaikan kepada mereka. Jangan tergesa-gesa mempercayai sesuatu berita dan jangan terlalu cepat menafikannya sebelum membuat penelitian terhadap kebenarannya.  Takut jika terlalu tergesa-gesa membuat keputusan berdasarkan berita disebarkan, menyebabkan orang yang diberitakan itu mendapat hukuman, padahal ia tidak melakukan kesalahan pun. Dalam hal ini jelas berlaku penganiayaan dan kezaliman.

Sebab penurunan ayat ini ada disebutkan hubung kait dengan berita dibawa al-Walid ‘Uqbah. Sa‘id daripada Qatadah bahawa Rasulullah SAW mengutuskan al-Walid ‘Uqbah untuk mengambil hasil kutipan zakat daripada kaum Bani Mustaliq yang telah mengaku beriman kepada Rasulullah SAW dan memeluk agama Islam. Apabila al-Walid tiba di perkampungan Bani Mustaliq, tiba-tiba hatinya berasa takut dan gentar. Lalu al-Walid bergegas pulang ke Madinah dan melaporkan kepada Rasulullah bahawa kaum Bani Mustaliq telah murtad (terkeluar daripada agama Islam).
Kemudian Rasulullah SAW mengutuskan Khalid al-Walid bersama sekumpulan tentera ke perkampungan Bani Mustaliq untuk memastikan sama ada benar atau palsu berita disampaikan al-Walid.  Kedatangan mereka itu secara rahsia kerana mahu Khalid menyelidik terlebih dulu dan jangan tergesa-gesa mengambil tindakan. Khalid dan tenteranya tiba di perkampungan Bani Mustaliq pada waktu malam.

Khalid kemudian menghantar beberapa orang perisik untuk menyelidiki keadaan kaum Bani Mustaliq dengan lebih dekat. Tidak berapa lama, perisik tadi datang kepada Khalid membawa laporan kaum Bani Mustaliq masih berpegang kuat dengan agama Islam. Buktinya azan masih kedengaran dan mereka menunaikan solat secara berjemaah.  Setelah itu, Khalid dan tenteranya pulang menemui Rasulullah SAW membawa laporan. Maka turun ayat 6, surah al-Hujurat. Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud:“Menyelidik dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah adalah daripada syaitan.”

Walaupun hadis di atas membicarakan sikap al-Walid yang menyebarkan berita palsu, tetapi hukumnya umum dan berlarutan sehingga ke hari akhirat. Kaedah tafsir menetapkan pengajaran dan iktibar itu diambil kira berdasarkan lafaz umum bukan sebab khusus.

Kisah ini memberi peringatan dan panduan kepada kita adab atau etika apabila menerima sesuatu maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Sikap tergopoh-gapah menerima sebarang berita disampaikan boleh mendatangkan penganiayaan kepada orang lain.  Umat Islam seharusnya berhati-hati menerima berita yang disebarkan. Penyebaran dan perkongsian maklumat yang tidak berpandukan kaedah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis, boleh menimbulkan ketegangan dan pertelagahan dalam masyarakat.
Akhir-akhir ini, berita berbentuk khabar angin, hasutan, gosip liar dan fitnah, banyak disebarkan. Semuanya sengaja diada-adakan untuk tujuan tertentu. Namun, masih ada segelintir umat Islam yang mudah menerima tanpa memastikan kebenarannya.

Umat Islam dilarang cepat menghukum seseorang tanpa menyelidik berita disampaikan terlebih dulu. Contoh dalam asbab nuzul ayat di atas, jika al-Harith dan kaumnya dijatuhkan hukuman, maka sudah tentu ia penganiayaan dan kezaliman.
Selain itu, umat Islam juga seharusnya berfikir dengan rasional manfaat dan kemudaratan hasil tindakan yang akan dilakukan. Oleh itu, pandangan atau pendapat orang bijak dalam mempertimbang manfaat dan kemudaratan, perlu dihormati dan diterima pakai.

Jangan kamu membantah 7 golongan ini




ســـبـــحـــــــــــــــان اللـــه وبــحـمــــــده … ســبــحــــــــــــــــان اللـــه العـظيــــــــــــــم ستة أصناف من الناس لا تحاورهم ولا تجدي المجادلة معهم
== الجاهل ==
1-Orang-orang Jahil tentang agama.
لا شك إنك متى حاورت جاهلاً
ظن لجهله أن الحق معه وحصل له ضرر تكون أنت سببه
= = السفيه = =
2-Orang-orang bodoh atau orang yang mempersendakan agama.
ليس من الحكمة أن تحاور السفهاء
لأن السفيه لا رشد في أقواله ولا أفعاله
فكيف يرجى تلمس الحق في محاورته ومناظرته
= = الغضبان = =
3-Orang yang pemarah kerana orang marah adalah sebahagian daripada gila.
عليك أخي المحاور أن تسكت إذا غضب من تحاور
حتى تهدأ أعصابه وتبرد مشاعر الغضب
وتسكن إضطرابات النفس
فمتى واجهته وهو بهذا الحال كنت كعاقل واجه مجنوناً
= = الثقيــل = =
4- Orang yang payah menerima pendapat orang lain.
إذا رأيت محاورك لا يحسن الحوار فيفيدك
ولا الاستماع فيستفيد منك
فإياك وإياه
= = المتعنت الاحمق = =
5- Orang  mengikut sesuatu pendapat secara buta tuli.
والمتعنت قد يكون أحد الرجلين
إما جاهل جهل مركب
أو أحمق لا دواء له إلا بالإعراض عنه
فإنه إن وافقته خالفك
وإن خالفته عارضك
وإن أكرمته أهانك
وإن أهنته أكرمك
وإن تبسمت له كشر لك
وإن حلمت عنه جهل عليك
وإن جهلت عليه حلم عنك
=المبتدع = = =
6- Orang yang mencampuradukkan semua kebaikkan dunia sebagai agama sehingga manusia keliru dengan kebaikkan agama.
وهذا الصنف لا يعرفه إلا من أتاه الله الحكمة والبصيرة
بحال البدع وأهلها
فلا بد التفقه في هذا المقام
فكم من أشخاص إستعمل الحوار معهم
فلم يحصد غير الأحقاد والشنآن
= = المحاور = =
7-Orang yang suka berbantah dan berdolak dalih.
حسن الخلق .. الصبر .. بسط الوجه .. أما صفات المحاور فهي
التواضع .. الهدوء .. الرحمة بالخصم ..
الصدق