"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, March 15, 2011

Mangsa pembunuhan gadafi meminta air

Mereka yang dibunuh oleh gadafi adalah tentera yang enggan membunuh rakyat Libya.
Salah seorang tentera yang masih bernafas meminta air.

Rahsia mubarak selama 30 tahun dibongkar



3 Nasihat Penting Jibril kepada Rasulullah SAW

http://up.mashahd.net/thumb/3_7292.jpg
Jibril Alai Hissalam berkata kepada Rasulullah " Wahai Rasulullah SAW
1-Jalanilah kehidupan ini mengikut kehendakmu kerana kamu adalah mayat (akan mati).
2-Cintailah kepada sesiapa yang akan kamu sukai kerana kamu akan dipisahkan.
3-Lakukan apa sahaja yang kami kehendakki kerana kamu akan dibalasi setiap perbuatan yang telah dilakukan . "
Rujukan

Selawat dan Salam buatmu Ya Rasulullah SAW

Tsunami  yang berlaku menguatkan iman kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW...
Tiada teknologi dan kecanggihan yang akan menyelamatkan kita dari Kemurkaan Allah SWT...
Mereka yang menganggap Tsunami adalah bencana alam semata-mata adalah mereka yang tidak Islam dan berfahaman atheist.
Tanamlah dalam jiwa kita " Bahawa kita akan mati dimana-mana sahaja tetapi kematian yang mendapat Jaminan Allah SWT amatlah beruntung, sedangkan mereka yang takut kepada kematian tidak akan selamat, walaupun dimana mereka hidup ".

Perpisahan dengan Alim Ulamak amatlah sedih

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Firman Allah ta'ala:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله كونوا مع الصادقين
Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kalian bersama dengan orang-orang yang benar.
~Surah Al-Taubah:119
عن معاذ رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول :
قال الله تبارك و تعالى : وجبت محبتي للمتحابين فيّ ، و المتجالسين فيّ و المتزاورين فيّ ، و المتباذلين فيّ 
Dari Muaz R.A berkata;aku mendengar Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam bersabda:Allah berkata;Wajib mendapat cintaKu bagi mereka yang saling menyanyanyi kerana kerana Ku,dan mereka yang duduk berkumpul kerana Ku,mereka yang saling menziarahi kerana Ku dan mereka yang berkorban kerana Ku. 
~Riwayat Imam Malik dan selainnya.
Alhamdulillah...segala pujian dan syukur dipanjatkan kerana diberi peluang olehNya untuk duduk bersama mereka dan melihat mereka.Mata yang penuh berdosa ini akhirnya menangis dengan melihat wajah2 mereka.
وعن ربيعة بن كعب قال : كنت أبيت مع النبي صلى الله عليه وسلم آتيه بوضوئه وحاجته , فقال : سلني , فقلت : أسألك مرافقتك في الجنة , فقال : أو غير ذلك ؟ فقلت : هو ذاك , فقال : أعني على نفسك بكثرة السجود
رواه أحمد ومسلم والنسائي وأبو داود~
Dari Rabi'ah bin Ka'ab telah berkata:aku bermalam bersama Nabi dengan air untuknya berwuduk dan keperluan.kemudian Rasulullah berkata:Minta aku sesuatu,Maka aku (Rabi'ah) pun berkata: Aku minta kebersamaanmu di Syurga,kemudian Rasulullah berkata;atau selain itu?,aku pun menjawab; itu saja (yang diminta). Rasulullah pun berkata:hendaklah kamu bantu aku dengan membanyak sujud
(iaitu solat).
~Riwayat Imam Ahmad,Muslim ,An-Nasai dan Abu Daud.
Allah....sekarang baru faham kenapa para sahabat itu apabila ditanya berkali-kali oleh Rasulullah akan hajat mereka,tetap jawapan mereka adalah sama iaitu hanya ingin bersamanya di syurga.
Ini baru bersama para pewaris Nabi dan belum lagi Rasulullah itu sendiri sudah membuatkan diri merasa di dunia ini,saya tidak mahu lain kecuali hanya ingin bersama-sama dengan Mereka.
Kata para ahlillah: 
إن فرقتهم عذاب
Sesungguhnya perpisahan dengan mereka (para ahlillah) itu azab (bagi batin).
Kenangan 1:

Siapa sangka,pertemuan yang disangka susah untuk dihadiri kerana tiada maklumat akan majlis Sayyidi Al-Habib Ali Al-Jufri,tiba-tiba Allah susunkan pertemuan itu dengan memudahkan segalanya dan dibukakan jalan yang tidak disangka-sangka.
Majlis yang dibuka dengan pembacaan sirah Rasulullah oleh Al-Habib Ali kemudian disambung oleh Al-Habib Salim (anak lelaki Al-Habib Umar yang sulung).Allah...saat itu sudah terasa seolah-olah berada di majlis malam jumaat bertempat di musolla Darul Mustafa, Tarim Hadramaut.Disaat terlalu rindukan majlis tersebut,Allah hadirkan majlis itu sebagai pengubat rindu.Subnallah wa Alhamdulillah....
**************
Kenangan 2:
(Dari kiri)Sheikh Toha,Dr. Mustafa,Sheikh Fathi,Sheikh Usamah,Sheikh Muhammad Ibrahim,Sheikh Jamal,Dr.Khusyu'i ,Dr. Abdullah,Sheikh Amru.
Majlis penangguhan pengajian intensif musim panas bersama masyayikh Al-Azhar
( الدورة العلمية الصيفية المكثفة مع مشايخ الأزهر الشريف )
Tarikh : 24 /7/ 2010
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 PM
Tempat : Rumah Kedah baru @ Hay Sabi' ,Cairo Egypt.
Pengisian Majlis:
1. Ucapan tenaga pengajar daurah:
2. Ucapan tetamu undangan:-
***************
Kenangan 3:
Tarikh : 27 /7/ 2010
Hari : Selasa
Masa : 6.00 PM
Tempat : Masjid Besar Al-Azhar As-Syarif ,Cairo Egypt.
Setelah selesai Muhadarah Sheikh Usamah berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar As-Syarif...
Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhariy (kanan) bersama Sheikh Jamal Farouq (kiri).
Pengasas University Al-Ahqof,Tarim Hadramaut Yaman.
Sheikh Mustafa Al-Badawi dari Madinah Al-Munawwarah.
Penulis kitab biografi Imam Abdullah Al-Haddad.
P/s: Untuk mendengar ceramah ringkas bagi setiap ulama yang hadir,boleh klik di nama mereka masing2.
Firman Allah ta'ala:
فَبِأَيِّ آلاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ya Allah,
Jadikan nikmat atas nikmat ini,
Menambahkan rasa kehambaan kami kepadaMu...
Ya Allah,
Sepertimana Engkau mengumpulkan kami DISINI bersama mereka,
Jangan engkau pisahkan kami dari mereka DISANA nanti,
Yang terutamanya disisi mereka itu,
Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...
Nota :
Kematian VVVIP tidak akan menggegarkan Arasy Allah SWT, tetapi kematian dan perpisahan seseorang Nabi dan Alim Ulamak akan menggegarkan Arasy  Allah SWT bahkan semua makhluk dan malaikat menangisi pemergian mereka. Bukan mudah unuk melahirkan Alim Ulamak Yang Berjiwa Murni, kematian mereka mungkin tidak berganti lagi. Semoga anda semua mengambil manfaat semasa mereka masih hidup di dunia ini.

Rahsia Kemenangan daripada Alim Ulamak

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Alhamdulillah dan syukur kepadaNya dilapangkan waktu untuk mendengar pengajian sirah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz LIVE melalui internet.
Allah...seronok mendengar sirah Rasulullah daripadanya.Lebih2 seronok lagi jika kita dapat lihat secara visual ketika beliau sedang menceritakan itu, seolah-olah dapat merasakan bahawa kita berada dalam cerita itu dan hidup di zaman Rasulullah.Subhanaallah! Beza mendengar ilmu dari mulut ulama dengan membaca secara sendirian.
Istifadah dari Pengajian Sirah bersama Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz on 31/7/10:
Apabila Rasulullah membawa Risalah,Allah menyuruh memperbanyakkan zikir dan ibadah agar ia menjadi sebab kemenangan.
Allah berfirman:
إذا جاء نصر الله و الفتح وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجاً فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya...
~Surah An-Nasr:1-3
Habib Umar kata:
"Dalam ayat ini Allah menguatkan lagi tentang memperbanyakkan tasbih,zikir ,istighfar dan ibadah sebelum dan selepas kemenangan dan di dalam setiap keadaan.Maka,semestinya Syi'ar orang mukmin itu adalah hakikat pengabdian kepada Allah s.w.t,tidak hanya bergantung pada persiapan secara zahir.Sepertimana Allah sebut melalui lisan sayyidina Musa:
ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِي كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيرا
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; 
Tiada pemikiran seperti 'Engkau sekarang sedang dalam keadaan dan tugas yang berat dalam berhadapan dengan Fir'aun,buat apa sibuk memperbanyakkan zikir dan beribadah ' yang sepertimana wujudnya akal2 yang kosong dari memahami hakikat wahyu dan syariat Allah."
Ayat ini ....
كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً
Mengingatkan alfaqir Pengajian sirah bersama Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari on 1/4/09:
Firman Allah ta'ala:
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُواْ قَوْلِي وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي هَارُونَ أَخِي ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِي كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً
Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Dan mudahkanlah bagiku,tugasku;
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,Supaya mereka faham perkataanku,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.Iaitu Harun saudaraku;
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Surah Toha:24-34
Allah mengajarkan,menisyaratkan kepada Nabi Musa 'alaihissalam 5 perkara sebelum berdakwah:
قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي
1)Meminta supaya dilapangkan hati iaitu dengan membersihkan hati.
وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي
2)Minta dipermudahkan urusan iaitu dengan diberikan taufiq.
وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
3)Meminta untuk melepaskan simpulan dari lidahnya iaitu dengan mengisi hati itu dengan ilmu ma'arifah,hikmah dan pengalaman.
وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي
4)Meminta dikurniakan teman dalam menjalankan tugas dakwah.
كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً
5)Senantiasa menghadirkan niat dan tujuan dalam menjalankan tugas tersebut iaitu beribadah kepadaNya dengan memujiNya, menyebut dan mengingatiNya.
Dari sini,terdapat 5 steps yang perlu dilakukan oleh seorang da'ie:
1)Melakukan tasfiyah iaitu membersihkan hati antara engkau dan Allah serta mengagungkan syiar2 agama.
2)Menghapuskan segala halangan yang menghalang dari bermua'amalah dengan manusia.
3)Mengisi hati dengan ilmu,ma'rifah,hikmah dan pengalaman kerana orang yang kosong tidak mampu memberikan apa2.
قيل : فقد الشئ لايعطي
Kehilangan sesuatu itu tidak mampu diberi.
4)Wujud teman yang membantu dalam kerja dakwah
5)Senantiasa menghadirkan niat2 dan tujuan2 asal.
P/s:Dowrah akan berakhir lagi beberapa hari,bagi siapa yang berkempatan untuk mendengar dan ikuti sila ke Link INI for more details.
Saya suka sangat Doa Sayyidi Al-Habib Umar ini dalam pengajian sirah lalu....
Wahai yang menghancurkan berhala2 buat Rasulullah di Mekah,
Maka dengan berkat kedudukannya disisiMu,
Kami meminta agar Engkau hancurkan 'berhala2' yang wujud di hati2 kami,
Yang memalingkan kami kepada selainMu,
Dan segala sifat pergantungan kepada mereka yang Engkau musuhi zohir dan Batin...

Generasi 1 Malaysia 1 Aqidah Yang Terbilang


Cintailah Ilmu Sayangilah Ulamak Pewaris Nabi



4 cara untuk menerima dan mengekalkan Ilmu Allah SWT

http://3.bp.blogspot.com/_mr4Y3ajL7ZU/TM6YQIFeW-I/AAAAAAAABFc/KPvfuc4Rp5k/s400/kutub+sittah+1.jpg
Petikan dari kitab الفقيه و المتفقه للخطيب البغدادي :
Proses 1->Diam.
Proses 2->Mendengar dengan baik.
Proses 3->Bertanya dengan baik (Mengkaji/Discussion)
Proses 4->Menghafal dengan baik.
Proses 5->Menyebarkannya (Mengajar)
Rujukan :

3 Syarat untuk bersahabat dengan Rasulullah SAW di Syurga

http://3.bp.blogspot.com/_mr4Y3ajL7ZU/TRzWT93lpgI/AAAAAAAABHk/dX9SZMnWw-k/s400/solat%2Bdhuha.jpg
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahhumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Firman Allah ta'ala:

لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
~Surah Ibrahim:7.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
يصبح على كل سلامي أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة
وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة
ويجزي من ذلك ركعتا الضحي يركعهما
Keatas setiap sendi seseorang sedekah,setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,dan menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan menegah kemungkaran adalah sedekah.Dan itu semua dikira dengan 2 rakaat Dhuha yang disolatnya.
~Riwayat Imam Muslim
Waktu Dhuha:
15 minit selepas waktu syuruq hingga 10 minit sebelum zuhur.
Seandainya kita tidak tahu waktu dhuha,maka kira dari waktu masuk subuh.Jangka waktu subuh biasanya 1 jam setengah.Kemudian tambah dari 1 setengah jam itu,30 min kemudian baru solat dhuha.(Itu apa yang guru alfaqir ajarkan).
Inilah 3 syarat untuk bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam Syurga nanti,
Dari Sayyidina Abu Hurairah rodiallahu 'anhu berkata:
أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث: 
صيام ثلاثة أيام من كل شهر،
وركعتي الضحى،
وأن أوتر قبل أن أنام
Kekasihku sollahu 'alahi wasallam mewasiatkan kepadaku 3 perkara:
1-Puasa 3 hari setiap bulan,
2-2 rakaat dhuha ,
3-dan bersolat witir sebelum tidur. 
~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Sheikh Yusri pernah sebut dalam majlis sohih Bukhari :
"Hendaklah setiap orang menjaga solat dhuha ini kerana ia ibarat membayar income tax buat sendi2 tulang kita.Nikmat tulang yang sihat adalah diantara nikmat2 besar kerana berapa ramai yang menghadapi penyakit tulang, menghalanganya untuk melakukan pekerjaan seharian.Setiap nikmat kita diminta untuk mensyukurinya dan cara untuk mensyukuri nikmat sendi2 tulang adalah dengan melakukan solat dhuha.Jadi,jika kita mahu terselamat dari ditimpa penyakit tulang,maka pelihara solat ini kerana apabila kita bersyukur Allah akan menambahkan nikmat tersebut,jika tidak,maka sebaliknya."
Sheikh Mohammad Awad pula pernah sebut:
"Kalau kita tidak mampu melakukan solat2 rawatib,maka cukup buat kamu, lakukan solat dhuha kerana ia memurahkan rezki secara zohir dan batin. Mujarab!"
Pada mulanya...
Buat kerana faedah,
Selepas itu...
Kerana Rasulullah yang mewasiatkannya,
Dan akhirnya....
Kerana telah merasai apa yang Rasulullah rasa iaitu:
أفلا أكون عبدا شكورا
Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?!
Dan itu adalah hasil buah ma'arifatnya terhadap Allah s.w.t.
Kalau kita buat kerana faedah,maka kita akan susah untuk beristiqamah sebab bila susah,barulah memperbanyakkan solat dhuha.
Tapi jika buat kerana Kekasihnya yang memesannya untuk melakukan,maka tidak semudah itu untuk dia melepaskan walau ikutannya itu hanya kerana cinta tanpa memahami hakikatnya.
Dan akhirnya...
Kerana kejujuran cintanya dengan membuktikan melalui perbuatannya,Barulah dia faham rupanya "Aku lakukan itu adalah sebagai tanda kesyukuranku terhadap nikmat2Nya."
Kerana itu,Rasulullah adalah pintu menuju kepadaNya.
Bila sudah sampai stage ini...
Kalau rasa malas,dia mudah melawan nafsunya dengan berkata:
"Biadab engkau seorang hamba!Nikmat2Nya apalagi yang engkau dustakan sehingga begitu berat untuk melakukan 2 rakaat sebagai tanda kesyukuran????"
Rujukan :

Jutaan Hikmah kepada pencinta dan pengamal Ilmu Allah SWT

http://2.bp.blogspot.com/-Yyp_lQ9mbXY/TWxfLR-2O9I/AAAAAAAABJ4/VQ8E3vxjJWI/s400/hikmah3.jpg
Firman Allah ta'ala:

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ ٱلأَلْبَاب
Allah menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). 
~Surah Al-Baqarah:269. 
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها
Hikmah itu adalah barang kehilangan bagi orang mukmin.Dimana saja ia mendapatinya,maka dia yang paling berhak terhadapnya.
~Riwayat Imam Ibn Majah.
Kata Para Ulama:
من بركة العلم عزو كل قول إلى قائله
Diantara keberkatan ilmu ialah menisbahkan setiap kekata itu kepada yang berkata.
Kekeliruan yang bermain di fikiran orang....
Ada yang bertanya-tanya (bukan kepada saya tapi melalui orang lain):
"Kenapa saya suka mengambil kata2 ulama tertentu seperti Al-Habib Umar sedangkan kita mempunyai Al-Quran dan Al-Hadith ?! "
Dalam maksud yang lain 'taksub' dengan ulama tertentu.
Kita perlu faham maksud ta'asub disini.Istilah ta'asub dalam Kamus Dewan edisi ke-4 bermaksud :"Kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik." Keterlaluan ini berlaku apabila ia menganggap bahawa hanya pendapat yang dipegangnya itu betul dan pendapat yang lain itu salah.
Kenapa saya banyak mengambil kata2 Sayidi Al-Habib Ibn Hafidz?

Kerana...
-Apabila saya mendengar kalamnya,saya mendapati hikmah disitu dan mengambilnya untuk dikongsikan bersama sebagai 1 perkongsian.
-Keseringan mendengar ceramahnya, menjadikan saya lebih banyak mendapat faedah darinya berbanding dari ulama yang lain.
-Kalamnya itu sangat terkesan kepada diri saya kerana selalunya apa yang beliau katakan,pasti akan terkena pada diri alfaqir ketika itu.
-Dia umpama ayah saya secara ruh.
Kata Syeikh Athiyyah Mustafa Muhammad Hussein :
"Sheikh Murabbi yang mentarbiyah kita umpama ayah dan para ulama yang mengajarkan kita ilmu adalah umpama pakcik2 saudara kita."
Sejauh ini,alfaqir rasa apabila memetik kata2 beliau,tidak lagi menyalahkan kata2 yang lain.Dan tidak pula menjadikan kata2 beliau sebagai dalil syara' seperti Al-Quran dan Al-Sunnah.Ia hanya sebagai kata2 hikmah yang dijadikan buat renungan bersama.
Ada sebahgian yang mengambil kekata orang tanpa menisbahkan kekata tersebut kepada pemiliknya demi mengelakkan diri dari dipanggil orang sebagai 'ta'asub pada si fulan' atau tidak mahu menunjukkan bahawa dirinya tiada mempunyai apa2,kerana yang diambil semuanya dari kata2 para ulama bukan dari diri sendiri?! Ajib...
Kenapa para ulama mengatakan "Diantara keberkatan ilmu ialah menisbahkan setiap kekata itu kepada yang berkata " ???
Cuba kita amati...
-Apabila kita menisbahkan kekata itu pada seseorang,ia memberi isyarat bahawa Kita tidak mempunyai apa2 iaitu sedar diri bahawa dirinya JAHIL.
-Amanah dalam menyebarkan ilmu.
-Senang untuk dirujuk bagi yang mendengar.
-Jika berlaku kesalahan ,boleh dikenal pasti kesalahan itu berpunca dari pihak mana dan tidak menisbahkan ia kepada agama.
Teringat Akhlak Ulama kami,Sheikh Yusri Jabr Al-Hasani apabila membahagikan nota ilmu
kepada kami dan berkata:
"Saya mahu kalian tulis di nota ini, nama saya, pada tarikh sekian ,di tempat sekian, kerana jika ia baik,maka segala pujian buat Allah,akan tetapi jika sebaliknya,saya yang dipersalahkan bukan agama."
Kesimpulan: Berlapang dada untuk menerima hikmah dari sesiapa pun.
Ya Allah,Bersihkan hati kami dari segala penyakit2 hati yang menghijabkan kami dari menerima hikmahMu...
Rujukan :

Sejarah gempa bumi besar pada abad ke-20 dan 21

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/db/Quake_epicenters_1963-98.png/400px-Quake_epicenters_1963-98.png
Pusat-pusat gempa di seluruh dunia pada tahun 1963-1998.
  • 11 Maret 2011Gempa bumi di Jepang, 373 km dari kota Tokyo berskala 9,0 Skala Richter yang sebelumnya di revisi dari 8,8 Skala Richter, gempa ini juga menimbulkan gelombang tsunami di sepanjang pesisir timur Jepang
  • 26 Oktober 2010Gempa bumi di Mentawai berskala 7.2 Skala Richter, korban tewas ditemukan hingga 9 November ini mencapai 156 orang. Gempa ini kemudian juga menimbulkan tsunami.
  • 16 Juni 2010Gempa bumi 7,1 Skala Richter menggguncang BiakPapua.
  • 7 April 2010Gempa bumi dengan kekuatan 7.2 Skala Richter di Sumatera bagian Utara lainnya berpusat 60km dari SinabangAceh. Tidak menimbulkan tsunami, menimbulkan kerusakan fisik di beberapa daerah, belum ada informasi korban jiwa.
  • 27 Februari 2010, Gempa bumi di Chili dengan 8.8 Skala Richter, 432 orang tewas (data 30 Maret 2010). Mengakibatkan tsunami menyeberangi Samudera Pasifik yang menjangkau hingga Selandia Baru, Australia, kepulauan Hawaii, negara-negara kepulauan di Pasifik dan Jepang dengan dampak ringan dan menengah.
  • 12 Januari 2010, Gempa bumi Haiti dengan episenter dekat kota Léogâne 7,0 Skala Richter berdampak pada 3 juta penduduk, perkiraan korban meninggal 230.000 orang, luka-luka 300.000 orang dan 1.000.000 kehilangan tempat tinggal.
  • 30 September 2009Gempa bumi Sumatera Barat merupakan gempa tektonik yang berasal dari pergeseran patahan Semangko, gempa ini berkekuatan 7,6 Skala Richter (BMG Indonesia) atau 7,9 Skala Richter (BMG Amerika) mengguncang Padang-Pariaman, Indonesia. Menyebabkan sedikitnya 1.100 orang tewas dan ribuan terperangkap dalam reruntuhan bangunan.
  • 2 September 2009Gempa Tektonik 7,3 Skala Richter mengguncang Tasikmalaya, Indonesia. Gempa ini terasa hingga Jakarta dan Bali, berpotensi tsunami. Korban jiwa masih belum diketahui jumlah pastinya karena terjadi Tanah longsor sehingga pengevakuasian warga terhambat.