"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, March 15, 2011

Perpisahan dengan Alim Ulamak amatlah sedih

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Firman Allah ta'ala:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله كونوا مع الصادقين
Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kalian bersama dengan orang-orang yang benar.
~Surah Al-Taubah:119
عن معاذ رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول :
قال الله تبارك و تعالى : وجبت محبتي للمتحابين فيّ ، و المتجالسين فيّ و المتزاورين فيّ ، و المتباذلين فيّ 
Dari Muaz R.A berkata;aku mendengar Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam bersabda:Allah berkata;Wajib mendapat cintaKu bagi mereka yang saling menyanyanyi kerana kerana Ku,dan mereka yang duduk berkumpul kerana Ku,mereka yang saling menziarahi kerana Ku dan mereka yang berkorban kerana Ku. 
~Riwayat Imam Malik dan selainnya.
Alhamdulillah...segala pujian dan syukur dipanjatkan kerana diberi peluang olehNya untuk duduk bersama mereka dan melihat mereka.Mata yang penuh berdosa ini akhirnya menangis dengan melihat wajah2 mereka.
وعن ربيعة بن كعب قال : كنت أبيت مع النبي صلى الله عليه وسلم آتيه بوضوئه وحاجته , فقال : سلني , فقلت : أسألك مرافقتك في الجنة , فقال : أو غير ذلك ؟ فقلت : هو ذاك , فقال : أعني على نفسك بكثرة السجود
رواه أحمد ومسلم والنسائي وأبو داود~
Dari Rabi'ah bin Ka'ab telah berkata:aku bermalam bersama Nabi dengan air untuknya berwuduk dan keperluan.kemudian Rasulullah berkata:Minta aku sesuatu,Maka aku (Rabi'ah) pun berkata: Aku minta kebersamaanmu di Syurga,kemudian Rasulullah berkata;atau selain itu?,aku pun menjawab; itu saja (yang diminta). Rasulullah pun berkata:hendaklah kamu bantu aku dengan membanyak sujud
(iaitu solat).
~Riwayat Imam Ahmad,Muslim ,An-Nasai dan Abu Daud.
Allah....sekarang baru faham kenapa para sahabat itu apabila ditanya berkali-kali oleh Rasulullah akan hajat mereka,tetap jawapan mereka adalah sama iaitu hanya ingin bersamanya di syurga.
Ini baru bersama para pewaris Nabi dan belum lagi Rasulullah itu sendiri sudah membuatkan diri merasa di dunia ini,saya tidak mahu lain kecuali hanya ingin bersama-sama dengan Mereka.
Kata para ahlillah: 
إن فرقتهم عذاب
Sesungguhnya perpisahan dengan mereka (para ahlillah) itu azab (bagi batin).
Kenangan 1:

Siapa sangka,pertemuan yang disangka susah untuk dihadiri kerana tiada maklumat akan majlis Sayyidi Al-Habib Ali Al-Jufri,tiba-tiba Allah susunkan pertemuan itu dengan memudahkan segalanya dan dibukakan jalan yang tidak disangka-sangka.
Majlis yang dibuka dengan pembacaan sirah Rasulullah oleh Al-Habib Ali kemudian disambung oleh Al-Habib Salim (anak lelaki Al-Habib Umar yang sulung).Allah...saat itu sudah terasa seolah-olah berada di majlis malam jumaat bertempat di musolla Darul Mustafa, Tarim Hadramaut.Disaat terlalu rindukan majlis tersebut,Allah hadirkan majlis itu sebagai pengubat rindu.Subnallah wa Alhamdulillah....
**************
Kenangan 2:
(Dari kiri)Sheikh Toha,Dr. Mustafa,Sheikh Fathi,Sheikh Usamah,Sheikh Muhammad Ibrahim,Sheikh Jamal,Dr.Khusyu'i ,Dr. Abdullah,Sheikh Amru.
Majlis penangguhan pengajian intensif musim panas bersama masyayikh Al-Azhar
( الدورة العلمية الصيفية المكثفة مع مشايخ الأزهر الشريف )
Tarikh : 24 /7/ 2010
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 PM
Tempat : Rumah Kedah baru @ Hay Sabi' ,Cairo Egypt.
Pengisian Majlis:
1. Ucapan tenaga pengajar daurah:
2. Ucapan tetamu undangan:-
***************
Kenangan 3:
Tarikh : 27 /7/ 2010
Hari : Selasa
Masa : 6.00 PM
Tempat : Masjid Besar Al-Azhar As-Syarif ,Cairo Egypt.
Setelah selesai Muhadarah Sheikh Usamah berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar As-Syarif...
Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhariy (kanan) bersama Sheikh Jamal Farouq (kiri).
Pengasas University Al-Ahqof,Tarim Hadramaut Yaman.
Sheikh Mustafa Al-Badawi dari Madinah Al-Munawwarah.
Penulis kitab biografi Imam Abdullah Al-Haddad.
P/s: Untuk mendengar ceramah ringkas bagi setiap ulama yang hadir,boleh klik di nama mereka masing2.
Firman Allah ta'ala:
فَبِأَيِّ آلاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ya Allah,
Jadikan nikmat atas nikmat ini,
Menambahkan rasa kehambaan kami kepadaMu...
Ya Allah,
Sepertimana Engkau mengumpulkan kami DISINI bersama mereka,
Jangan engkau pisahkan kami dari mereka DISANA nanti,
Yang terutamanya disisi mereka itu,
Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...
Nota :
Kematian VVVIP tidak akan menggegarkan Arasy Allah SWT, tetapi kematian dan perpisahan seseorang Nabi dan Alim Ulamak akan menggegarkan Arasy  Allah SWT bahkan semua makhluk dan malaikat menangisi pemergian mereka. Bukan mudah unuk melahirkan Alim Ulamak Yang Berjiwa Murni, kematian mereka mungkin tidak berganti lagi. Semoga anda semua mengambil manfaat semasa mereka masih hidup di dunia ini.

No comments: