"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, October 26, 2010

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

Tiada Perasaan malu...Inilah puncanya kerosakan akhlak bila tidak ada perasaan malu..wallahualam
1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,
sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah
mereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkankepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain
tudung ke dadanya. (an-Nuur : 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-
Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud
Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat
wanita.

3.Ada nya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus
disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila
kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari
balik hijab.(al-Ahzaab : 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulul lah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah
berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-
duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada
suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah
seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk
dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang
yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yan g baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika
yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada
para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang
lain tanpa suara merdu, dialam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
(Tafsir Ibnu Kathir 3/ 350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan
jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal
baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh
al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat
penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun
saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari) Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya
atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina,
yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan
dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji
yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan
segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana
Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Kenapa Couple Itu Haram?
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa
bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya
terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama
kekasihnya.
5 .Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang
yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya
atau yang lain-lainnya lagi?



Adam-adam Sebelum ADAM? bahagian ke-2


TEORI EVOLUSI ITU LUAS
Kefahaman kita tentang teori evolusi bukanlah terhad kepada mahu menjawab soalan siapa / apa bapa kita. Ia juga bukan sekadar untuk mencela penjajahan Barat yang disandarkan kepada kepercayaan struggle of the fittest golongan Social Darwinist.
Kebetulan di dalam kelas Muslim Historiography saya bersama Assoc. Prof. Dr. Ahmed Elyas Hussein, kami telah berbincang tentang persoalan yang lebih mendasar terhadap perlunya kepada pendirian yang betul terhadap Teori Evolusi ini, iaitu persoalan ”Permulaan Sejarah”.
Ia membabitkan pengujian kita terhadap teori evolusi biologi dalam menjawab persoalan penciptaan Adam dan kehidupan di bumi sebelum Adam.
Hal ini penting, untuk mengungkaikan keresahan kita apabila kemajuan kajian DNA, telah membantu saintis untuk menghitung kadar mutasi struktur hidupan. Kebolehan ini mengukuhkan lagi usia fosil yang ditemui dan ini mencabar kesimpulan simplistik kita terhadap ”Persoalan Sejarah” yang saya maksudkan tadi.
Setakat ini, saintis telah mengesan kira-kira 15 spesis awal manusia. Tetapi sulit untuk dikategori dan ditentukan bagaimanakah hubungan di antara spesis ini dan bagaimanakah setiap satu spesis itu berakhir. Spesis seawal Australopithecine yang dianggarkan berusia 5 ke 2 juta tahun dahulu, membawa kepada spesis Neanderthal yang dianggarkan berusia 200,000 ke 24,000 tahun yang lalu, kesemuanya ini menimbulkan persoalan berkaitan penciptaan Adam, dan pendirian Islam terhadap evolusi itu sendiri. Apakah Adam itu hidup seawal era Australopithecine atau bagaimana?
Saya mungkin tidak berkeahlian dalam membicarakan tentang hal ini, khususnya melalui saluran Biologi, namun saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa perkara yang boleh membantu pembaca membuat penilaian awal tentang hal ini.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENCIPTAAN MANUSIA
Saya datangkan beberapa ayat al-Quran berkenaan dengan asal usul manusia:
Firman Allah SWT di dalam al-Quran:
salsalin.JPG
Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar (Al-Rahmaan 55: 14)
Lihat juga ayat-ayat di 22:5, 23:12, 30:20, 32:7, 37:11
Allah SWT juga menyebut:
tin.JPG
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Al-Tin 95: 4)
Mohamed Asad dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa: Allah SWT telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang paling sempurna dan dikurniakan kualiti-kualiti yang positif pada fizikal dan mentalnya sesuai dengan tujuan yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang diciptakan ini.
Lihat juga ayat-ayat di 8:2 dan 7:8
Allah SWT turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa seluruh manusia adalah dari keturunan Adam. Firman-Nya:
nafsinwahidah.JPG
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. (Al-Nisaa’ 4: 1)
Dan manusia itu diciptakan Allah dengan maksud menjadikan mereka Khalifah di muka bumi:
adamkhalifah.JPG
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)
PANDANGAN ULAMA ISLAM YANG AWAL
Di dalam sejarah Islam, tumpuan kita adalah pada melihat sejauh mana umat melaksanakan peraturan Allah, sebagai mekanisma jatuh dan bangunnya tamadun. Oleh kerana tumpuannya begitu, maka kadang-kadang kita terlepas pandang kepada pandangan para ulama’ terhadap persoalan-persoalan ‘pra-sejarah’ ini.
Sebagaimana teori evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek danRoman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka.
Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.
Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.
Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.
Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.
Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.
Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina dan menstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihat persoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak boleh dipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidak sewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi era Pra-Adam turut diambil kira.
Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandang terhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama’ seawal kurun ke-10M terhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek ini berharga untuk diberikan perhatian.
‘ADAM’ SEBELUM ADAM
Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ISU LEKEH?
Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawabukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.
Pengetahuan kita ada batas-batasnya.
Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.
Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!
Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.
Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.
THE DIVINE EVOLUTION
Di Barat sendiri, sebahagian pengkaji cuba untuk mengharmonikan evolusi dengan ajaran agama. Walaupun ahli teologi dan gereja teguh dalam menolak evolusi, namun tetap ada sebahagian mereka yang menerima undang-undang dan proses alam semulajadi, tanpa menafikan proses penciptaan oleh Tuhan. Mereka mempercayai bahawa Tuhan berada ‘di sebalik’ proses evolusi di dalam kehidupan alam ini dan manusia berada di hujung proses evolusi ini.
Penjelasan sebegini disebut sebagai ‘the Divine Evolution’.
Ada juga sebahagian pemimpin di gereja yang mengiktiraf ketidak sempurnaan teks Holy Book dan menganggap teori evolusi biologi sebagai bersesuaian dengan aqidah agama Kristian.(Lihat Maurice Bucaille, What is the Origin of Man? The Answers of Science and the Holy Scripture)
Semakan dari semasa ke semasa perlu dibuat juga oleh kita umat Islam.
Muhammad Iqbal dan beberapa tokoh yang lain, menerima idea evolusi Biologi. Namun, Iqbal menjelaskan bahawa evolusi hanya membabitkan perkembangan fizikal manusia. Ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dimensi non fizikal atau spiritual manusia. (Lihat Muhammad Iqbal, The Reconstruction of Religious Thought in Islam).
Isu ini akan membabitkan pendirian Islam terhadap penemuan fosil, hal-hal yang berkaitan dengan kesahihan persepsi bahawa kehidupan manusia bermula dalam keadaan yang primitif, isu banjir besar serta hal Ya’juj dan Ma’juj.
Di Amerika Syarikat, saintis genetik dan paleontologis di akhir kurun ke 20, selepas mengkaji ribuan fosil purba, menyokong teori mtEve yang mencadangkan bahawa keturunan manusia ini bermula dari satu lelaki dan satu perempuan. Penerimaan ini membuka laluan kepada mereka untuk berpihak kepada agama dan seterusnya mula mengemukakan hipotesis tentang Kapal Nuh danGarden of Eden.
Jika umat Islam mengambil jalan mudah dengan mengatakan semua ini mengarut, maka lebih mudahlah Islam akan dianggap mengarut, apabila gagal berinteraksi dengan pencapaian sains dan teknologi genetik hari ini.
Saya bimbang dengan jumlah anggota masyarakat kita yang menarik diri dari masyarakat dan memencilkan diri kerana tertekan dengan trend perdana yang selesa dengan anggapan bahawa sains dan agama itu saling bertentangan.
Mudah-mudahan dengan perkongsian maklumat ini akan dapat membuktikan kepada pembaca, betapa ulama, ahli sains dan ahli sejarah saling memerlukan di antara satu sama lain untuk lebih memahami agama, Allah SWT, manusia dan alam sejagat.
Jangan kita mangsakan Islam dan Muslim oleh sembang simplistik yang merugikan itu.

Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT

ANGAN SEKALIPUN LUPA UNTK BERDOA KEPADA ALLAH
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A'raf: 55-56)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah ialah Tuhan sekalian alam termasuklah diri kita dan hanya Dia Wali dan Penolong kita. Oleh itu, ingatlah apabila kita hendakkan sesuatu, mintalah daripada Allah.
Doa ialah salah satu daripada ibadah yang paling penting untuk membawa kita dekat dengan Allah. Sesuai dengan sifatnya, semua manusia perlu berasa untuk melakukan ibadah ini. Walaupun ia sangat penting dan seseuatu yang diperlukan dalam kehidupan mukmin, orang yang tidak beriman hanya melakukannya pada masa-masa susah. Pada masa itu, ia mungkin tidak akan diterima oleh Allah kerana apa yang disenangi Allah ialah untuk meminta pertolongan Allah baik pada masa senang ataupun susah, ini bermakna, pada setiap detik dalam kehidupan kita. Ini kerana, seseorang yang berdoa kepada Allah ialah orang yang mengakui kelemahannya di sisi Allah dan ketidakupayaanya dalam mencapai sesuatu kecuali dengan izin Allah.
Doa perlu diikuti dengan penyerahan diri kepada Allah. Seseorang yang berdoa meletakkan segala keputusan, sama ada senang atau susah kepada Pencipta dan Pentadbir alam. Memahami bahawa segala penyelesaian kepada sesuatu masalah atau mencegah daripada sesuatu perkara yang tidak diingini terletak pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia ialah sumber ketenangan dan keyakinan kepada orang-orang mukmin. Dengan berdoa kepada Allah dan menjadikanNya sebagai Wali kita, ia menanam perasaan aman dalam diri seseorang mukmin.

Walau bagaimanapun, kita perlu menjelaskan salah faham yang timbul: Berdoa hanya kepada Allah tidak bermaksud yang kita hanya duduk bersahaja, menunggu tanpa melakukan apa-apa. Seseorang perlu berasa yakin bahawa Allah yang berkuasa menentukan segala perkara. Dalam masa yang sama, dia perlu berusaha untuk menggunakan segala cara yang Allah sediakan untuk mencapai penyelesaian.

Seseorang yang ikhlas berdoa kepada Allah perlu melakukan “doa dengan tindakan”, sesuai dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah. Apa yang dimaksudkan dengan “doa dengan tindakan” ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang diinginkan. Sebagai contoh, memanfaatkan segala bentuk perubatan merupakan “doa dengan tindakan” kepada orang yang sakit untuk sembuh daripada penyakitnya. Berdoa kepada Allah untuk sembuh merupakan doa secara lisan. Oleh itu, doa dengan tindakan ialah asas kepada ibadah yang seseorang perlu sertakan bersama doa lisan itu.

Semasa berdoa, jangan sesekali lupa untuk berdoa dengan ikhlas dan kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di dalam hati kita. Allah sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat saraf kita. Dia mengetahui dan mendengar segalanya. Doa ialah cara paling senang untuk kita berhubung dengan Allah. Tiada satu fikiran yang terlintas di minda dapat kita sembunyikan daripada pengetahuan-Nya.
Meskipun demikian, ramai yang tidak sedar bahawa Allah mengetahui doa dan keinginan setiap orang. Mereka fikir bahawa Allah hanya mendengar sesetengah daripada doa-doa itu sahaja dan jika Dia mendengarnya, Dia tidak memakbulkannya. (Sesungguhnya Allah adalah jauh daripada apa yang mereka sangkakan terhadap-Nya) Pendapat mereka adalah salah. Allah mengetahui segala fikiran kita, setiap perkataan yang akan diucapkan, dan Dia menjawab semuanya. Allah menarik perhatian kita kepada perkara ini didalam al-Quran dengan ayat berikut:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)
Oleh itu, ingatlah, sekiranya kita mahukan sesuatu, kita perlu berdoa hanya kepada Allah. Berhubung dengan Allah adalah senang.

Manusia adalah gopoh secara semulajadi, malah sifat ini ditekankan didalam ayat: "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)Ku. Maka janganlah kamu minta kepadaKu mendatangkannya dengan segera." (Surah al-Anbiya': 37) Sifat tergesa-gesa ini kadang-kadang terserlah semasa kita berdoa. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, manusia selalu mengharapkan jawapan yang segera kepada doa-doanya.
Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita dimaklumkan tentang hal ini di dalam al-Qur'an "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqara: 216)

Sebab itulah, apabila seseorang meminta sesuatu daripada Penciptanya, walau apapun hasilnya, kita perlu senang dengan apa pun keputusan Allah kerana segala keputusan terletak pada Allah sahaja. Tidak semua yang kita inginkan baik untuk kita. Oleh itu, Allah menjawab doa kita, tidak dengan cara yang kita harapkan, tetapi dengan cara yang paling adil bagiNya. Ia barangkali untuk kita menjadi lebih bijaksana, Allah mempersiapkan diri kita, sehingga sampai waktu untuk kita melakukannya. Mungkin juga, Allah akan menggantikan permintaan kita dengan sesuatu yang lebih baik, tetapi ia juga adalah ujian kepada kesabaran dan keimanan kita.

Nasihat Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) kepada orang-orang beriman tentang cara berdoa kepada Allah adalah contoh terbaik kepada mukmin:
Apabila diantara kamu berniat untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia berdoa: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (Muslim)

Sesungguhnya Allah mahukan kita sentiasa bersabar dalam berdoa:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Surah al-Baqara: 45)
Jangan sesekali lupa bahawa bersabar dalam berdoa akan menyucikan seseorang mukmin, dan menambahkan kekuatan hati dan karakternya. Sebagai jawapan kepada doanya, seorang mukmin akan mencapai tahap rohani yang lagi tinggi, dan ini lebih berharga daripada perkara lain yang dia minta.
Walau bagaimanapun, mereka yang tidak menganggap Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya, mempunyai keraguan di dalam hati dan dengan salah menganggap doanya tidak termakbul. Seorang mukmin walau bagaimanapun berasa yakin bahawa Allah mendengar doanya dan memakbulkannya dengan cara tertentu. Dia sedar sepenuhnya bahawa tiada satu perkara pun diluar kuasa-Nya dan semua benda yang berlaku mengikut nasib yang telah ditakdirkan. Oleh itu, dia tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa doanya akan dimakbulkan. Jangan sesekali lupa berdoa kepada Allah tanpa sebarang keraguan dalam mendapatkan bantuan Allah, yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Tanpa mengira keadaan, yakinlah pada Allah kerana Allah mahu hamba-Nya berada dekat dengan-Nya. Ia mudah untuk Allah, yang menciptakan kita daripada setitis cecair dan menciptakan alam semesta daripada tidak wujud langsung, apatah lagi untuk menjawab doa kita. Maka, apa yang kita semua perlu lakukan ialah untuk berdoa kepada Allah dengan yakin dan sabar.

Doa ialah hubungan istimewa antara manusia dengan Allah. Seseorang itu berkongsi segala masalah dan keinginannya dengan Allah; dia memohon kepada-Nya. Allah yang mendengar semua doa tidak pernah membiarkannya tidak terjawab. Inilah sebabnya al-Qur'an tidak mengkhususkan hanya satu cara beribadah. Di dalam al-Qur'an, Allah berfirman kepada manusia“.... ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring...” (Surah an-Nisa': 103), yang bermaksud, seseorang boleh mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan tanpa melakukan sebarang perbuatan tertentu atau berada di dalam majlis tertentu. Ini kerana, apa yang penting bukanlah keadaan luaran, tetapi keikhlasan seseorang.

Di samping itu, tempat-tempat tertentu tidak perlu dikhususkan untuk berdoa. Ingatlah bahawa kita boleh berdoa pusat membeli-belah, di jalan raya, di dalam kereta, di sekolah, di pejabat dan di mana-mana sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk mengosongkan minda kita daripada sebarang fikiran yang sia-sia dan merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita.

Ingatlah, hidup tanpa doa mempunyai kekurangan pada Pandangan Allah. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah al-Furqan, ayat 77 "Tuhanku tidak mengendahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu (berdoa) (Tetapi bagaimana kamu beribadat (berdoa) kepadaNya), padahal kamu sungguh telah mendustakanNya?" Sedar tentang kelemahan seseorang membuatkan dia disayangi Allah. Oleh itu, manusia perlu kembali kepada Penciptanya, mengakui kelemahan dirinya, dan meminta pertolongan hanya daripada Allah. Perbuatan-perbuatan lain akan bererti menunjukkan keangkuhan kepada Allah dan membawa kepada hukuman yang kekal di neraka.

Jangan sesekali lupa bahawa Allah Maha Pengasih. Sesiapa yang melakukan kejahatan dan selepas itu bertaubat akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih (Surah an-Nisa': 110). Maka ingatlah Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan berdoalah kepada-Nya dengan penuh harapan.

Tidak kira betapa besarnya kesalahan yang kita telah lakukan dan betapa menyesal terhadap perbuatan itu, ia bukanlah alasan untuk kita berputus asa daripada keampunan Allah. Oleh itu, betapa bersalahnya seseorang akan berasa, dia akan sentiasa mendapati Allah sentiasa mengampuni. Malah, al-Qur'an memberitahu kita hanya orang-orang yang tidak beriman yang berputus asa daripada rahmat Allah:
...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari ahmat Allah, melainkan kaum yag kafir. (Surah Yusuf: 87)

Walau bagaimanapun, jangan sesekali lupa bahawa tiada siapa yang boleh memberi jaminan yang dia layak untuk memasuki syurga. Tiada siapa yang selamat daripada hukuman Tuhannya. Oleh itu, apabila seseorang berdoa kepada Allah, dia perlu berharap kepada rahmat Allah, dan juga berasa takut untuk kehilangan keredhaan Allah.

Seperti mana dia berdoa dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan syurga, jadi dia haruS bersungguh untuk mengelakkan daripada neraka. Dalam kata lain, kerana takutkan neraka, dia berharap untuk mendapatkan syurga. Seseorang yang mengetahui kebesaran Allah, akan takut hukuman-Nya dan akan mengharapkan keredhaan-Nya. Oleh itu, dia akan berpaling kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Dengan cara yang sama, seseorang yang menyerahkan diri kepada Allah, menjadikan Allah sebagai Wali dan Penolongnya, akan menyerahkan segala usaha dan kesusahannya kepada Allah. Sebagaimana kisah Nabi Ya'qoob yang berkata, "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya,"(Surah Yusuf: 86), dia akan menyerahkan segala kesengsaraan dan permintaannya kepada Allah dan memohon pertolongan dan kebaikan daripada Allah sahaja.

Juga, ingatlah berdoa untuk mendapatkan nikmat di dunia sahaja adalah suatu bentuk ketidak ikhlasan. Objektif sebanar orang-orang beriman ialah syurga. Allah menganugerahkan nikmat dunia ini kepada mereka yang hanya mahukan dunia. Tetapi, mereka tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur'an:

...Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,” dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitunganNya. (Surah al-Baqara: 200-202)
Pada masa susah, mereka yang jahil mengasingkan diri mereka dan kembali kepada Allah dengan berdoa. Namun, apabila mereka senang, dengan pantas mereka kembali kepada keadaan sebelumnya yang penuh kelalaian, seolah-lah mereka tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka berpaling kepada Allah sebagai 'jalan terakhir'. Sifat tidak bersyukur ini dinyatakan didalam al-Qur'an:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkannya) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 12)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (belayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah, dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamtkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur.” Maka tatkala Allah menyelamatakan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanamu akan menimpa dirimu sendiri: (hasil kezalimana) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kamilah kembalimu, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Yunus: 22-23)

Sebenarnya, tidak ada satu detik pun yang berlalu di mana manusia tidak memerlukan Allah. Oleh itu, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah “...dengan rasa rendah diri dan takut, tanpa meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang” (Surah al-A'raf: 55, 205).Ingatlah penghujung kepada mereka yang tidak berdoa kepada Allah ialah azab yang kekal didalam neraka.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: 60)