"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, October 29, 2011

6 Perkara yang Allah SWT rahsiakan kepada orang mukmin


http://www.mika2eel.com/awrad/awrad-al-tahsin/imageshow76.jpg
Umar R.A. berkata :
Allah SWT menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :
1- Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya  pada mereka yang taat kepada Nya.
2- Allah SWT menyembunyikan murka Nya  pada mereka yang melakukan kemaksiatan kepada Nya.
3- Allah SWT menyembunyikan malam Lailatul Qadar  pada bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menyembunyikan Para Wali yang diutuskan dikalangan manusia.
5- Allah SWT menyembunyikan masa dan tarikh  tibanya kematian  dalam umur manusia.
6- Allah SWT menyembunyikan amalan sunat yang diterimaNya dalam amalan sunat limawaktu.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 183.

Taman tergantung di Taiwan


Gambar Gadafi sebelum dikafankan



صور معمر القذافي قبل دفنه فجر اليوم

Kanak-kanak menghafaz Al-Quran dan 11 ribu hadis dalam masa 130 hari


http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998306554.jpg
Kanak-kanak mesir , berusia 11 tahun mampu menghafaz Al-Quran dan 11 ribu hadis dalam masa 130 hari, mengingati Qasidah dalam masa setengah jam.

طفل يحفظ القرآن الكريم و11 الف حديث نبوي خلال 130 يوما فقط!!

على الرغم من أن الطفل المصري شريف سيد مصطفى لم يتجاوز الحادية عشر من عمره، إلا أنه نجح في أن يحفظ القرآن الكريم كاملا، إضافة إلى 11 ألف حديث نبوي في غضون 130 يوما فقط. ويروي مصطفى -الذي يصفه البعض بالمعجزة- قصته مع القرآن قائلا: "بدأت أحفظ القرآن وعمري 4 سنوات، فكانت والدتي تحفظني قصار السور، وتستعين بشرائط وسي ديهات قراء القرآن الكريم، وكنت أستمعهم وأردد وراءهم، ثم طلبت من والدي أن يذهب بي إلى الكتّاب، وخلال الفترة من 4 ـ 7 سنوات حفظت 4 أجزاء فقط".
ويستطرد قائلا: "استمر حفظي بطريقة بطيئة إلى إن جاءت نقطة التحول عندما علمت أن هناك حفلة لحفظ القرآن ستقام بعد ثلاثة شهور، وكانت هناك قصيدة سوف ألقيها بتلك الحفلة، وتحتاج ساعتين على الأقل لحفظها، لكني حفظتها في نصف ساعة، فأرسل الشيخ لوالدي، وقال له: إن ابنك لديه ملكة حفظ جيدة، وأتنبأ له أن يكون عالما في الدين، ووقع كلام الشيخ عبد الشكور محمود على والدي كالمفاجأة السارة، فكثّف لي مسألة الحفظ". ويوضح مصطفى -الحاصل على 11 إجازة في القراءات- أنه كان يحفظ في البداية نصف صفحة من المصحف يوميا، لكنه استطاع أن يحقق قفزات سريعة حتى نجح في أن يحفظ 10 صفحات يوميا، وهو ما يعادل نصف جزء. ويعتبر مصطفى أنه بعد أن حقق هذا المعدل قد بدأ المشوار الحقيقي للحفظ فخطط لحفظ 10 أجزاء خلال 3 شهور فقط، ولكنه حفظ عشرين جزءا في شهرين فقط، ثم ختم الأجزاء العشرة الأخيرة في 25 يوما، ثم راجع المصحف كاملا في 5 أيام للتأكد من حفظه تماما.
وعن حفظه للحديث يقول مصطفى: "خلال 40 يوما نجحت في حفظ 11 ألف حديث في صحيحي البخاري ومسلم تحت إشراف الداعية الشيخ وحيد عبد السلام بالي، الذي لم يدخر جهدا في مساعدتي وتشجيعي". ويستطرد قائلا: "كنت أحفظ 10 صفحات بالصحيحين، ولكنه طلب مني حفظ 20 صفحة في اليوم، وفي البداية لم أكن قادرا على ذلك، ولكن بتوفيق الله حفظت 20 ثم 40 صفحة في اليوم، إلى أن وصلت إلى رقم قياسي هو 91 صفحة في اليوم".
ويتابع قائلا: "حفظت الصحيحين في 30 يوما، ودرست مفرداتهما في 10 أيام.. وعندها أخبرني الشيخ وحيد أنه يخشى عليّ من الحسد. أما الشيخ أبو إسحاق الحويني فكان يذكرني في مجالسه بالاسم". وردا على سؤال عن أحلامه يقول مصطفى -الذي تنبأ أحد شيوخه بأن يصبح عالما أزهريا في سن الـ17: "لديّ حلم مشترك مع أسرتي وهو أن نشيِّد مسجدا يكون مقرًّا لحفظ القرآن الكريم".

Al-Fatihah:5

Al-Fatihah:5

Empat surah Al-Fatihah mengenalkan kita kepada Allah swt dengan segala perananNya selaku Tuhan alam semesta yang di saat ini kita perananNya pada Hari Pembalasan yang pasti akan tiba.Allah swt juga memperkenalkan kita kepada nama dan sifatNya yang utama iaitu rahmat.Kesemua aspek ini menjadi alasan kukuh mengapa kita wajib memanjatkan pujian kepadaNya.Pujian yang murni lahir dari hati.Hati yang terkesan akan kebesaran dan keagungan Allah bakal memancarkan sinar pujian yang cemerlang.


Allah swt berfirman:
"KepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan."
Al-Fatihah:5


Secara semula jadinya manusia yang tadabbur kepada keempat-empat ayat sebelum ayat ini,akan timbul rasa penghambaan di dalam diri mereka.Mereka telah memperolehi bukti yang cukup lengkap untuk meletakkan Allah swt di tempat yang khusus lagi istimewa di hati mereka.Masakan tidak setelah jelas kebesaran dan keagunganNya?


Ayat satu hingga dari surah al-Fatihah  disampaikan dalam bentuk penyataan.Jika kita beralih ke ayat kelima,ia dihadirkan dalam bentuk ucapan atau dialog.Hal ini menandakan perubahan yang berlaku pada diri manusia antara keadaan sebelum mengenal Allah swt dan setelah mengenal Allah swt.Kesan yang jelas terjadi kepada manusia ketika itu adalah keperluan dan desakan untuk meletakkan Allah swt pada tempat yang sepatutnya.Desakan dan keperluan menjadikan Allah swt sebagai Zat yang paling layak disembah.Segala bentuk ibadah hanya layak dipersembahkan kepadaNya.Tiada Zat lain yang berhak menerima layanan demikian melainkan Allah swt.Perubahan bentuk ayat daripada penyataan menjadi ucapan ini juga jelas menunjukkan bahawa kita ikhlaskan segala bentuk ibadah mutlak kepada Allah swt.Secara tidak langsung,kita telah menafikan segala ibadah yang menggunakan perantaraan.Kaum kuffar dahulunya menjadikan berhala sebagai perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.Hal ini tidak dapat diterima kerana berhala dengan segala kelemahan dan kekurangannya tidak layak untuk dijadikan wakil atau perantara kepada Allah swt.Ingatlah,hanya kepada Allah swt segala ibadah agama yang bersih(dari syirik).


Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah(berkata):"Kami tidak menyembah mereka melainkan mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya".Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan ingkar."
Az-Zumar:3


Ketika kita mengucapkan."KepadaMu kami beribadah,"maka kita telah mengemukakan sebuah bentuk komunikasi secara langsung kepada Allah swt.Kita juga telah menzahirkan kesediaan kita untuk menerima jawapan daripada perkara yang kita sampaikan itu.Adakah kita berani mengatakan ketidaksetujuan atau membantah padahal di hati kita telah meletakkan Allah swt di tempat yang besar dan agung.Segala yang dikatakan Allah swt akan menjadi pegangan dan tatacara kita.Tidak ada persoalan seperti tidak mahu atau tidak bersetuju kerana yang ada persoalan seperti tidak mahu atau tidak bersetuju kerana yang mengeluarkan perintah adalah Allah swt.Seandainya Allah swt menentukan panduan dan tatacara untuk beribadah kepadaNya,adakah kita akan berkeras untuk mendatangkan bentuk ibadah selain daripada yang Allah swt perintahkan?Secara logiknya,adakah akan diterima sesuatu yang memang tidak sesuai dengan kehendak penerima walau pemberi memberikan dengan hati yang ikhlas walhal penerima itu tidak memerlukan apa yang diberikan itu?Kita perlu menyedari siapakah pihak yang memerlukan ibadah ini.Adakah penerima iaitu Allah swt atau kita selaku yang melaksanakannya?
Kitalah yang paling memerlukan ibadah untuk menzahirkan pujian kita kepada Allah swt.Oleh,itu,kehendak siapa yang perlu kita ambil perhatian?Kehendak kita yang ingin melaksanakan ibadah namun sangat memerlukan penerimaan Allah swt atau kehendak Allah yang akan menerima ibadah tetapi tidak memerlukannya?
Persoalan-persoalan sebegini relevan untuk selalu diulang-ulang sebagai renungan.Manusia dihidupkan di atas muka bumi ini,hanyalah untuk beribadah kepada Allah swt.Apapun tindakan dan keadaan manusia,jika hilang nilai 'ubudiyyah,maka hilang jugalah faedah kewujudan manusia dan jin di atas muka bumi ini.


"Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."

4 Kebimbangan dalam beribadat kepada Allah SWT


http://www.iraqup.com/up/20100527/eS783-qMXq_299732285.jpg
1- Takut amal ibadat tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT hanya menerima amal ibadat yang benar-benar memiliki sifat Taqwa.
2-  Takut kepada dosa Riya' kerana  Allah SWT telah berfirman " Mereka tidak diperintah kecuali  supaya menyembah Allah SWT dengan Tulus Ikhlas, agama itu adalah milik Allah SWT ".
3- Takut dalam penjagaan keselamatan kerana Allah SWT telah berfirman " Siapa yang datang membawa hasanat ( amal kebaikan ) maka ia akan mendapat sepuluh kali ganda pahalanya dengan syarat harus membawanya  sampai ke Akhirat ".
4- Takut kehinaan dalam taat sebab belum tahu apakah mendapat taufiq atau tidak kerana Allah SWT telah berfirman " Dan tidaklah Taufiq kecuali dengan pertolongan Allah SWT kepada Nya, saya berserah dan kepada Nya saya akan kembali ".
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2 . M/S: 594.

7 Tanda takut kepada Allah SWT pada diri anda


http://forums.graaam.com/up/uploaded18/481541_21252520161.jpg
1- Terbukti dilidahnya apabila lidahnya berupaya menahan daripada berdusta, mengumpat dan bercakap dengan perkara sia-sia lalu lidahnya digunakan untuk  berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2- Terbukti pada perutnya apabila  perutnya hanya makan perkara yang halal dan makan sekadar diperlukan.
3- Terbukti pada matanya apabila matanya tidak melihat perkara yang haram dan melihat dunia ini sekadar untuk mengambil pengajaran.
4- Terbukti pada tangan apabila tangannya tidak menghulurkan perkara yang haram  malah tangannya hanya digunakan pada perkara ketaatan kepada Allah SWT.
5- Terbuti pada kakinya apabila kedua kakinya tidak digunakan untuk berjalan kepada perkara maksiat.
6- Terbukti pada hati apabila hatinya tidak memiliki sifat hasad dengki dan iri hati, malah hatinya sentiasa menyayangi sesama Islam.
7- Terbukti pada hati apabila hati tidak bersifat dengan sifat  munafiq malah hatinya dipenuhi dengan sifat tulus ikhlas kepada Allah SWT.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2.  M/S : 589.