"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, May 31, 2011

Mendapat 7 Ribu pahala dalam masa satu minit

http://www.mazikao.net/vb/image.php?u=26264&dateline=1306025641
هل تريد أن تمسح ذنوبك الي ارتكبتها من سنين بدقائق !
فرصة لا تعـــــــــــــــــــــــ ـــــــــوض
ومعظم هذه المشاريع لا تكلف شيئا ، فلا يلزمك طهاره ، او تعب ، او بذل جهد .
بل تقوم بها وانت تسير على قدميك او راكبا سيارتك ، او مستلق على ظهرك او واقفا او جالسا تنتظر
احدا .....، وهذه المشاريع كالاتي :
دقيقة واحده : تستطيع ان تقرأ سورة الفاتحة ( 5 ) مرات فتحصل على اكثر من 7000 حسنه . دقيقة واحدة : تستطيع ان تقرأ سورة الاخلاص ( 15 ) مره فانها تعادل قراءة القرأن ( 5 ) مرات .
من قرأ سورة الإخلاص ثلاث مرات في اليوم كان أجرة كمن قرأ القرآن كاملا.
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah 5 kali pasti mendapat 7000 pahala.
Sesiapa membaca surah Al-ikhlas 15 kali menyamai pahala membaca Al-Quran 5 kali.
Rujukan :

Doa yang menghasilkan 900 Juta pahala

http://www.traidnt.net/vb/attachments/567737d1302893457-43.gif?stc=1
دعاء يكسبك 900 مليون حسنةقال النبي عليه السلام لجويرية رضي الله عنها :
(( لقد قلت بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما قلت منذ اليوم لوزنتهن
: سُبْحَان اللهُ وَبِحَمِّدِه ,
عَدَدَ خَلْقِهِ ,
وَرِضَا نَفْسِهِ ,
وَزِنَةَ عَرْشِهِ ,
وَمِدَاْدَ كَلِمَاتِهِ ))
ثلاث مرات رواه مسلم
قال النبي عليه السلام (( والحمد لله كذلك )) رواه النسائي
Baca 3 kali.
Rujukan :

Doa yang mendapat seribu pahala

هذا الدعاء الذي سوف نذكره منسوب إلى الرسول الأعظم محمد (( صلى الله عليه وآله وسلم )) حبيب قلوبنا وهو دعاؤه في الغار ، فعنه (( صلى الله عليه وآل وسلم )) من دعا به أغاثه الله كما أغاثني ، وأعطاه الله تعالى ثواب ألف نبي وهو :
(( يَا مُؤْنِسُ الْمُسْتَوَحِّشِيْنَ ، وَيَا اَنِيْسُ الْمُنْفَرِدِيْنَ ، وَيَا ظَهْرُ الْمُنْقَطِعِيْنَ ، وَيَا قُوَّةُ الْمُسْتَضْعِفِيْنَ ، وَيَا كَنْزُ الْفُقَرَآءِ ، وَيَا مَوْضِعُ شَكْوَى الْغُرَبَآءِ ، وَيَا مُتَفَرِّداً بِالْجَلاَلِ ، وَيَا مَعْرُوْفاً بَالنَّوَاْلِ ، وَيَا كَثِيْرُ الْأَفْضَاْلِ اَغِثْنِي عِنْدَ كُرْبِتِيْ ، وَصَلِّى عَلَى مُحَمَّدِ وَآَلِهِ اَجْمَعِيْنَ )).
المصدر :: ضــيــاء الــصــالــحــيــن ص 763.
Sesiapa membaca doa di atas akan mendapat seribu pahala.
Rujukan:

30 Nasihat tentang persetubuhan dengan isteri secara Islam

https://lh4.googleusercontent.com/-VNf2vzHDGC8/TYT3IxQo_ZI/AAAAAAAAAOU/RoRSJcAHvts/s1600/Doa+Agar+Mendapat+Zuriat+yang+Baik.jpg
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
5. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
6. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
7. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
8. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’
23. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
24. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
25. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),
Rujukan :
http://jalanakhirat.wordpress.com/
Nota :
Kepada pakar hadis diharap dapat mengesahkan kedudukan hadis ini.

Pesan Dan Nasihat 'UTSMAN BIN 'AFFAN

Pesan Dan Nasihat 'UTSMAN BIN 'AFFAN

Dia adalah 'Utsman bin 'Affan bin Abu al-'Ash bin Umayyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf al-Qurasyi al-Umawi.'Utsman mempunyai gelaran sebagai berikut:

Dzun-Nurain(pemilik dua cahaya)
Orang yang dua kali hijrah.
Juru tulis wahyu
Mengorbankan harta di jalan Allah tanpa batas.
Membantu angkatan perang pada masa sulit yang sedang memuncak.
Membeli bahan Rumah untuk disumbangkan kepada umat Islam.
Memperluas bangunan Ka'bah
Menyatukan umat Islam dengan Kitabullah.
Penyabar dan tulus.
Orang yang diberi kabar gembira dengan syurga.
Orang terhormat yang gugur sebagai syahid.

Sabda Rasulullah Saw. tentang 'Utsman.

"Aku benar-benar malu terhadap orang yang disegani malaikat."
"Umatku yang paling pemalu adalah 'Utsman."
Ibnu'Abbas berkata,"Jika manusia berkumpul untuk membunuh 'Utsman,sungguh,
mereka akan melempari batu dari langit."



Hukuman di Dunia

'Utsman r.a. berkata,"Alangkah baiknya hukuman di dunia,bukan di akhirat."


Jangan Tertipu Oleh Kehidupan Dunia

'Utsman r.a. berpesan,"Ingatlah,kalian berada di tempat yang terus berubah.Manfaatkanlah sisa umur kalian dengan baik.Bersiaplah menjemput ajal sebaik mungkin.Dan jangan lupa,Kematian pasti datang menjemput pada waktu yang tak terduga.

Ketahuilah,dunia ini dibentangkan penuh dengan tipuan.Allah Swt,berfirman,

"Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia ini memperdaya kalian,dan jangan(pula)penipu(syaitan)memperdaya kalian dalam mentaati Allah."(QS.Luqman[31]:33)

Belajarlah dari pengalaman generasi sebelum kalian.Bersungguh-sungguhlah dan jangan melupakan agar kalian tidak dilupakan.Di mana para penghuni dunia yang memakmurkan dan menikmatinya dalam waktu cukup panjang?

Jauhilah dunia ini sebagaimana Allah telah menghamparkannya,dan carilah keuntungan akhirat.Allah telah membuat perumpamaan untuk itu.Allah Swt.berfirman,

"Dan berilah perumpamaan kepada mereka(manusia),kehidupan dunia adalah bagai hujan yang Kami turunkan dari langit,maka kerananya menjadi suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi,kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan angin.Dan Allah MahaKuasa atas segala sesuatu.Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia,tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(QS.Al-Kahfi[18]:45-46)


Jangan Tertipu Oleh Dunia

'Utsman r.a. berpesan,"Ketahuilah,dunia itu hijau dan menyenangkan.Banyak orang yang condong kepadanya.Oleh sebab itu,jangan kalian tertipu dan terlalu percaya kepada dunia.Dunia itu tidak dapat dipercaya.Kalian harus tahu,dunia itu tidak akan meninggalkan orang yang meninggalkannya."

Menunggu Kematian

'Utsman r.a. berpesan,"Saudaraku,sedarlah!Malaikat pencabut nyawa masih membiarkanmu.Ia masih mendahulukan orang lain.Sekarang ia sudah mengarahkan langkahnya untuk mencabut nyawamu.Oleh kerana itu,persiapkan dirimu untuk menghadapinya.Jangan lupa bahawa ia tidak mungkin lupa sedikit pun kepadamu.Saudaraku,ketahuilah!Jika kamu lalai,belum menyiapkan bekal untuk menghadapinya,orang lain tidak mungkin menyiapkan bekalmu untuk menghadapinya.Ingat!Pertemuan dengan Allah pasti terjadi.Bersiaplah!Jangan serahkan urusanmu kepada orang lian.Semoga kamu selamat."

Bertaqwa Merupakan Kemenangan

'Utsman r.a. berpesan,"Saudaraku,bertaqwalah kepada Allah.Bertaqwa itu merupakan kemenangan.Orang yang paling pintar adalah yang menyiapkan diri untuk kehidupan setelah mati;berusaha mendapatkan cahaya Allah untuk menerangi gelapnya kubur.Hendaklah seseorang merasa takut dibangkitkan dalam keadaan buta.

Sudah cukup nasihat orang-orang bijak.Ingatlah,orang yang selalu bersama llah,tidak mungkin merasakan takut.Sebaliknya,orang yang meninggalkan Allah,kepada siapa dia kan berharap?"

Berbuat Sesuai kemampuan

'Utsman r.a. berpesan,"Jangan kalian paksa anak kecil untuk mencari nafkah.Jika kalian tetap memaksa,bila masa nanti mungkin jadi mereka akan mencuri.Jangan kalian bebani budak perempuan yang tidak mempunyai keahlian untuk mencari nafkah.Jika kalian tetap memaksanya untuk berusaha,bila masa nanti mungkin jadi dia akan menjual kehormatannya.Peliharalah diri kalian agar kalian dipelihara Allah.Carilah makanan dengan cara yang baik sesuai kemampuan yang ada."

Jambatan Menuju Akhirat

'Utsman r.a. berkata,"Allah Swt.memberi kalian dunia agar kalian menjadikannya sebagai jambatan menuju akhirat.Allah tidak menciptakan dunia agar kalian patuh atau tertatik kepadanya.Ingat,dunia ini pasti musnah sementara akhirat pasti kekal.Jangan kalian terpengaruh oleh sesuatu yang segera lenyap.Jangan pula kalian sibuk olehnya sehingga lalai untuk menghadapi yang kekal.Dahulukan sesuatu yang kekal.Dunia itu pasti musnah.Hanya Allah tempat kembali.

Bertaqwalah kepada Allah.Taqwa kepada-Nya merupakan benteng yang sangat kukuh untuk menghadapi murka-Nya.Taqwa juga menjadi jambatan menuju-Nya.Bersandarlah kepada Allah dalam menghadapi zaman.Tetaplah jaga silaturrahim dan jangan bercerai-berai .Allah swt berfirman,

"Dan ingatlah nikmat llah atas kalian,ketika kalian saling bermusuh-musuhan,lalu Allah mendamaikan antara hati kalian,maka jadilah kalian dengan nikmat itu sebagai orang yang bersaudara."."(QS Ali'Imran[3]

Terbukanya Rahsia

'Utsman r.a. berkata,"Setiap orang yang menyi,pan satu rahsia.Allah pasti menampakkan rahsia itu melalui wajah dan ucapannya."

Menambah Perbekalan

'Utsman r.a. berkata,"Orang yang kebaikkannya tidak pernah bertambah bererti dia telah menyiapkan dirinya untuk dijilat api neraka."

Amar Makruf Nahi Munkar

'Utsman r.a. berpesan,"Sebelum orang jahat menjadi penguasa kalian,serulah penguasa kalian untuk berbuat baik dan laranglah ia untuk berbuat jahat.Kerana ketika orang jahat yang menjadi penguasa kalian ia tidak akan mahu mendengar seruan itu."

Hati Yang Bersih

'Utsman r.a. berkata,"Jika hati kalian bersih,kalian pasti tidak pernah bosan membaca ayat-yat Allah.Aku hanya mencintai datangnya siang dan malam yang dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat-Nya."

Pesan Dan Nasihat 'Umar Bin Khaththab

Pesan Dan Nasihat 'Umar Bin Khaththab

Pesan Dan Nasihat 'Umar Bin Khaththab



'Umar adalah seorang lelaki yang sangat agung.Dia dikenal kerana keberaniannya sepanjang sejarah,tegas dalam menyampaikan pendapat,berpandangan luas,pandai memelihara diri,gigih dan jujur dalam membela kebenaran.Sejarah hidupnya layak dipelajari dan diteliti.'Umar adalah contoh dalam keberanian,istiqamah,adil dan mawas diri.'Umar tidak merasa malu jika harus langsung memantau keadaan rakyatnya.Dia zuhud di dunia dan selalu berusaha menyampaikan kebenaran kepada seluruh rakyatnya.
'Umar tidak pilih kasih.Dia tidak membela orang yang berkedudukan tinggi,terhormat,kaya raya,atau kerabatnya.Dia juga tidak menganggap sepele permasalahan yang dihadapi oleh rakyat biasa atau miskin.
Dia telah menggabungkan antara ilmu dan amal,dan membuat para ulama kagum.Dia sangat piawai dalam berpolitik.Selain itu,dia adil dalam bersikap sehingga membuat para penguasa lain tidak mampu menandinginya.Pada saat yang sama,dia adalah seorang yang zuhud dan penyabar.Padahal,para penguasa dan zahid lainnya tidak mampu berbuat seperti apa yang dia lakukan.
Rasulullah Saw.bersabda,"Allah Saw.telah menjadikan kebenaran pada lidah dan hati'Umar."
Ada yang bertanya kepada Abu Bakar,"Apa yang Anda katakan kepada Tuhan,setelah Anda mengangkat 'Umar sebagai pemimpin kami?""Aku telah memilih yang terbaik untuk mereka dari kalangan mereka sendiri."Jawab Abu Bakar.
Ibnu'Abbas r.a meriwayatkan,ketika'Umar ditikam dengan pisau dari belakang,Ali berkata di samping kepala 'Umar,""Umar adalah umat yang paling disenangi,hingga Allah membentangkan buku catatan amalnya."




Allah Merahmati Orang Yang Berfikir

'Umar r.a. berkata."Dunia adalah angan-angan yang sangat terbatas,waktu yang selalu berkurang,dan mengantarkan ke dunia lain,berjalan  menuju kematian yang pasti.Sedangkan Allah merahmati orang yang memikirkan urusannya,selalu menasihati dirinya,merasa dipantau oleh Tuhannya,dan selalu berusaha menghindari dosa."

Selama Anda Masih Bertaqwa

Al-Mughirah berkata kepada 'Umar,"Kami akan selalu baik selama Anda masih ada."Mendengar itu,'Umar berkata,"Anda akan selalu baik selama Anda masih bertaqwa kepada Allah."

Jangan Terlalu Banyak Makan

'Umar r.a. berkata,"Hati-hatilah dengan perut yang terlalu kenyang .Perut terlalu kenyang menyebabkan malas untuk melaksanakan solat,berbahaya terhadap kesihatan,dan menimbulkan banyak penyakit.Aturlah cara makan kalian agar tidak berlebihan!Makan teratur dapat menyihatkan tubuh dan memperkuat badan untuk beribadah.Ketahuilah,seseorang akan celaka ketika agamanya dikalahkan oleh hawa nafsunya.

Bacalah Al-Qur'an

'Umar r.a. berkata."Baca,kenali,dan amlkanlah ajaran al-Qur'an!Dengan demikian,kalian termasuk ahlinya.Ketahuilah,kebenaran tidak mungkin sampai pada seseorang jika dia durhaka kepada Allah.
Dalam harta pemberian  Allah,aku telah menjadikan diriku seperti anak yatim.Jika aku tidak butuh,aku tidak mungkin mencarinya.Dan,jika aku butuh,aku mengambilnya dengan cara yang baik dan terpuji.

Allah Memelihara orang Yang Bertaqwa

'Umar r.a. pernah menulis surat kepada putranya,Abdullah,"Orang yang bertaqwa pasti dipelihara Allah.Orang yang bertaqakal pasti dicukupi.Orang yang meminjami Allah pasti diberi imbalan berlipat ganda.Dan orang yang pandai bersyukur pasti ditambah nikmatnya.Oleh sebab itu,bertaqwalah kepada Allah,anakku!Orang yang tidak berniat,tidak mempunyai teman.Dan,tidak ada yang baru bagi orang yang tidak mempunyai rencana."

Jangan Mencelakai Diri Sendiri

Diantara isi surat 'Umar kepada Abu Musa,"Saudaraku,berhati-hatilah!Jangan sampai Anda seperti binatang ternak yang melintasi sebuah lembah,ia tidak mempunyai harapan apa-apa selain mempergemukkan diri,padahal ia pasti binasa dengan badannya yang gemuk itu."

Siapa Pemikul Dosaku?

'Umar bin Khathab r.a. pernah memikul sekarung tepung untuk dibagikan kepada orang fakir.Sebahagian sahabatnya berkata,"Biarkan saya yang memikul tepung ini."
'Umar menjawab,"Kalau begitu,siapa akan memikul dosa-dosaku pada Hari Kiamat.?"

Jangan Takut Mati

'Umar r.a. berkata."Tinggalkanlah setiap perbuatann yang membuat Anda benci menghadapi kematian.Dengan demikian,Anda selalu siap menghadapi kematian itu."

Sebagai Pemimpin.Bertaqwalah Kepada Allah

'Umar r.a. berkata."Pemimpin yang berusaha menjauh,pasti dijauhi rakyatnya.Dan,orang yang paling sengsara adalah pemimpin yang menyengsarakan rakyatnya."

Pencari Dunia dan pencari Akhirat

'Umar r.a. berkata,"Manusia terdiri dari dua golongan.Pertama,pencari dunia.Golongan ini sebaiknya dijauhi.Bisa jadi,setelah dia mendapatkan apa yang dia cari,dia malah celaka.Atau,bisa jadi apa yang dia cari itu tidak tercapai,dan dia mati dalam buaian angan-angannya.Kedua,pencari akhirat.Jika kalian melihatnya,maka berlumbalah dengannya."

Mengharapkan Pahala Allah

'Umar r.a. berpesan,"Saudaraku,seseorang pernah datang kepaku,dia adalah orang yang senang membaca al-Qur'an.Aku mengira dia membaca al-Qur'an  kerana mengharap pahala Allah,ternyata dugaanku keliru.Ada sekelompok orang yang membaca al-Qur'an kerana mengharapkan balasan dari orang lain.Jangan kalian lakukan hal seperti itu! Carilah redha Allah dengan amal-amal kalian!

Aku mengenal kalian ketika wahyu turun dan ketika Nabi masih ada di antara kita.Sekarang wahyu sudah terputus dan Nabi telah tiada.Aku mengenal kalian dengan apa yang aku sampaikan kepada kalian.

Siapa saja yang memperlihatkan kebaikan kepada kita,kita pasti menduganya sebagai orang yang baik dan kita segera menyanjungi kebaikannya.Sebaliknya,siapa saja yang memperlihatkan keburukan,kita pasti menduganya sebagai orang yang tidak baik dan kita segera mengutuknya.Kendalikan dan tundukkan hawa nafsu ini!Nafsu seperti ini selalu mengajak kepada kejahatan.

Kebenaran sangat berat dan pahit,Sementara kebatilan sangat ringan dan manis.Menghindari perbuatan salah jauh lebih baik daripada menyesalinya dengan taubat.Ingatlah,menuruti hawa nafsu sesaat hanya membuahkan penyesalan berlarut-larut.

Hidup Bermasyarakat

'Umar bin Khaththab r.a. berpesan,"Aku tidak mungkin menyeksa orang yang derhaka kepada Allah seperti orang yang patuh dan taat.

Ambillah hikmah dari perilaku saudaramu!Jangan  pernah menduga apa yang diucapkan seorang muslim,sekalipun itu satu patah kata,sebagai kejahatan,kerana di dalamnya pasti ada kebaikan yang tersembunyi!

Jangan pernah menganggap enteng sumpah! Jika kalian tetap melakukannya,Allah pasti menghina kalian.

Jangan pernah mengurus sesuatu yang tidak bermanfaat!Jangan banyak bertanya tentang sesuatu yang belum terjadi,kerana itu hanya membuang  waktu dan merepotkan.

Jangan pernah mencari musuh!Hati-hatilah dengan saudaramu,kecuali saudara yang jujur.Saudara yang jujur adalah yang takut kepada Allah.

Khusyuklah ketika ziarah kubur!Merasa rendahlah ketika beribadah! jika terlanjur bermaksiat,segeralah bertaubat.Selalu bermusyawarahlah dengan orang-orang yang takut kepada Allah dalam segala urusan."


Buah Belajar Kerana Allah.

Belajar kerana Allah dapat berbuah kekhusyukan dan takut kepada-Nya.Jka rasa takut tidak tumbuh,maka itu ertinya hati telah lalai.Rasa takut merupakan buah ilmu.Sementara berharap adalah buah keyakinan.

Orang yang menginginkan syurga pasti berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkannya.Begitu juga,orang yang takut terhadap neraka pasti berusaha sekuat tenaga untuk menghindarinya.

Cinta dan benci ada tandanya.Orang yang kita dapati melakukan amal penduduk syurga,menunjukkan bahawa dia sudah yakin.Sedangkan orang yang kita dapati melakukan perbuatan penghuni neraka,menunjukkan bahawa dia masih dalam keragu-raguan.

Jika kita menemukan seseorang berjalan membelakangi Mekah,kemudian dia mengaku ingin menunaikan ibadah haji,kita tidak mungkin memeprcayainya.Begitu juga,jika kita menemukan orang itu menjadi imam di Mekah,kemudian dia mengatakan  tidak ingin menunaikan ibadah haji,kita juga tidak mungkin membenarkannya.


Jangan Binasakan Diri Sendiri

'Umar r.a. berpesan,"Saudaraku,jangan sampai membinasakan diri sendiri!Siapa yang menanam dialah yang memetik.

Jangan sia-siakan waktu luang!Setiap perbuatanmu pasti dicatat dan dikembalikan kepadamu.

Jika kamu terlanjur berbuat jahat,segera ikuti dengan perbuatan baik,Yang aku tahu,perbuatan yang harus didahulukan adalah berbuat baik setelah berbuat dosa."

Sumber Kefakiran.

'Umar r.a. berpesan,"Ada tiga perkara yang menjadi sumber kefakiran.Pertama,tetangga yang ketika meligat kebaikan,dia diam saja.Sebaliknya ketika melihat keburukan dia menyebarkannya.Kedua,isteri yang lidahnya selalu menyakiti Anda,dan ketika Anda meninggalkannya dirumah,dia tidak bisa dipercayai.Ketiga,penguasa yang jika Anda berbuat baik kepadanya,dia tidak menghargai.Jika Anda melakukan kesalahan,dia membunuh Anda.'

Tiga Kelompok Lelaki dan Perempuan

'Umar r.a. berpesan,"Perempuan terdiri dari tiga kelompok.Pertama perempuan yang memelihara dirinya,lembut,penyayang,banyak melahirkan,suka membantu keluarga,dan tidak suka membebani keluarga.Perempuan seperti ini sangat langka.Kedua,perempuan yang hanya memproduksi anak,tidak lebih dari itu.Ketiga,perempuan yang suka menipu.Allah telah membebankan perempuan seperti ini kepada orang yang dikehendaki-Nya.

Lelaki pun terdiri dari tiga kelompok.Pertama,lelaki yang berakal.Lelaki seperti ini tidak gegabah dan tepat mengambil keputusan.Kedua,lelaki yang tidak mempunyai pendirian dan gampang terombang -ambing.Ketiga,lelaki yang linglung.Dia berjalan tanpa arah dan tidak mahu mengikuti petunjuk orang lain."

Mencintai Atau Membenci Sewajarnya

'Umar r.a. berpesan,"Jangan terlalu mencintai hingga membabi buta.Jangan pula membenci hingga menghilangkan kebenaran."

'Umar Tidak Tidur Malam

Ada yang bertanya kepada 'Umar r.a.,"Kenapa Anda tidak tidur pada malam hari?"'Umar menjawab,"Jika aku tidur pada malam hari,aku telah menyia-nyiakan diriku.Jika aku tidur pada siang hari,aku telah menyia-syiakan rakyatku."

Jangan Menyepelekan Cita-cita

'Umar r.a. berpesan,"Jangan pernah meremehkan cita-cita dan tekad kalian.Yang aku tahu,orang yang paling kecewa adalah yang kandas cita-citanya.

Tiga Perkara Yang Meningkatkan Iman

'Umar r.a. berpesan,"Orang yang tidak memiliki tiga perkara berikut,bererti imannya belum bermanfaat.Tiga perkara tersebut adalah:santun ketika mengingatkan orang lain;wara' yang menjauhkannya dari hal-hal yang haram;dan akhlak mulia dalam bermasyarakat."

Pesan 'Umar Kepada Pasukannya

'Umar bin Khaththab r.a. pernah berpesan kepada pasukannya,"Dengan nama Allah,bersama Allah,dan berkat pertolongan Allah,berangkatlah kalian dengan kekuatan serta pertolongan Allah!Tegakkan  kebenaran dan tetaplah bersabar! Berjuanglah di jalan Allah dalam menghadapi orang kafir dan jangan melampaui batas!Sebab,Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

Ketika bertemu musuh,jangan bermental pengecut!Selain itu,jangan lalai ketika kekuatan dan kemampuan masih ada!Dan,jangan terlalu berbangga ketika memperoleh kemenanagn!Lindungilah mereka ketika perang sedang berkecamuk dan ketika kalian menyerang musuh!

Jangan Sombong

Diriwayatkan bahawa 'Umar r.a. pernah didapati memikul kantung air.Lalu ada yang bertanya,"Amirul-Mukminin,apa yang engkau lakukan?"'Umar menjawab,"Aku merasakan diriku sudah mulai sombong,aku ingin menundukkan perasaan itu."

Menjaga rahsia

'Umar r.a. berkata,"Orang yang menjaga rahsianya,yang terbaik pasti berada di tangannya."

Mencari Teman Yang Jujur

'Umar r.a. berpesan,"Carilah teman yang jujur,dia pasti melindungi Anda.Teman yang jujur merupakan perhiasan dalam kelapangan dan bekal dalam menghadapi cubaan."

Pengukuh Cinta

'Umar r.a. berpesan,"Ada tiga perkara yang dapat memperkukuhkan rasa cinta di hati saudara Anda.Jika Anda bertemu,ucapkanlah salam! Jika dia bertemu ,hormatilah dia;panggillah dia dengan nama yang paling dia senang!"

Berbuat Baik

'Umar r.a. berkata,"Seseorang sudah dikatakan melakukan perbuatan baik jika ia menikmati makanan halal yang diperolehnya.Perbanyaklah keturunan,kerana kalian tidak tahu melalui siapa kalian diberi rezeki."

Introspeksi Disi Seblum Dihisab

'Umar r.a. berpsesan,"Introspeksilah diri kalian sebelum menghadapi hari perhitungan.Timbanglah kebaikan  kalian sebelum ditimbang di hadapan Allah.Ketika hidup di dunia,hitunglah setiap amal kalian,agai kalian lebih mudah menghadapi perhitungan pada Hari Kiamat.Bersiaplah menghadapi hari berbangkit yang sangat dahsyat.Pada hari itu,kalian akan menghadap Allah.Tak ada sesuatu pun yang dapat disembunyikan dari Allah."

Banyak Tertawa,Mengurangi Wibawa

'Umar r.a. berpesan kepada al-Ahnaf bin Qais,"Ahnaf,banyak tertawa dapat mengurangi wibawa.Orang yang banyak bergurau akan menjadi rendah.Orang yang sering berbuat sesuatu.pasti dikenal dengan  perbuatan itu.

Orang yang banyak bicara,tentu banyak sa;ah dan sifat malunya berkurang.Orang yang kurang rasa malunya,sifat wara'nya hanya sedikit.Orang yang sedikit wara'nya,hatinya telah mati.'

Menyesali Diri Sendiri

'Umar r.a. berkata,"Orang yang menempatkan dirinya pada satu tuduhan,jangan pernah menyesal jika ada orang yang berprasangka buruk kepadanya."

Tiga Sumber Kecelakaan

Ada tiga perkara yang membuat celaka. (1)Selalu marah kepada orang lain;(2)Berburuk sangka,padahal Anda tidak tahu sebenarnya;(3)Menyakiti teman,padahal itu tidak ada untungnya.

Posisi Lelaki Dalam Keluarga

'Umar r.a. berkata,"Aku ingin seorang lelaki dalam keluarganya seperti seorang anak.Namun ketika diperlukan,dia harus menunjukkan bahawa dia adalah seorang lelaki yang melindungi keluarganya."

Penghalang Rezeki

'Umar r.a. berkata,"Sahabat Muhajirin!Jangan terlalu sering mengunjungi orang yang cinta dunia,hal itu dapat menghalangi turunnya rezeki!"

Menuju Akhirat

'Umar r.a. berkata,"Menyembunyikan sesuatu itu baik kecuali yang berkaitan dengan urusan akhirat."

Sifat Tamak Adalah Kefakiran

'Umar r.a. berkata,"Ketahuilah,'berharap banyak' merupakan kefakiran,dan 'tidak berharap' merupakan kekayaan.Jika seseorang tidak berharap mendapatkan sesuatu,bererti dia telah merasa kaya dan tidak lagi memerlukan sesuatu itu."

'Umar r.a. juga berpesan,"Bergaullah bersama orang yang senang bertaubat!Hati mereka itu lebih lembut."

Pengaruh Dosa dan Maksiat

'Umar r.a. berkata,"Jika seseorang tidak maksimal dalam beramal,dia pasti diuji dengan kegelisahan.Demikian itu agar dosanya terhapus."

Jangan Melecehkan

'Umar r.a. berpesan,"Tidak pantas bagi orang yang bertaqwa melecehkan orang yang mencari dunia."

Zikir Itu Ubat

'Umar r.a. berkata,"Berzikirlah!Zikir itu adalah ubat yang paling mustajab.Jangan pernah menyebut keburukan orang lain!Menyebut keburukan orang lain merupakan penyakit yang sangat mudah."

Menyendirilah

'Umar r.a. berkata,"Luangkanlah waktu untuk menyendiri!"

Wahai Pencari Akhirat

'Umar r.a. berpesan,"Hati-hatilah,jangan sampai Anda banyak mementingkan dunia,padahal sebenarnya Anda menginginkan kebahagiaan akhirat."

Orang Yang Tidak Adil Pasti Celaka

'Umar r.a. berkata,"Hanya hakim adil yang selamat dari Neraka Wail.Iaitu,hakim yang memutuskan perkara dengan benar,tidak menjatuhkan hukuman berdasarkan hawa nafsu,tidak melakukan kolusi dan nepotisme,tidak pula takut ancaman.Dia hanya memutuskan perkara berdasarkan Kitab ALlah."

Jangan Melalaikan Solat

'Umar r.a. berpesan,"Allah Swt.Lebih berhak menyia-nyiakan orang yang melalaikan solat."

Zuhud di Dunia

'Umar r.a. berkata,"Zuhud di dunia dapat melegakan jasmani dan rohani."

Kewajipan Rakyat Terhadap Pemimpin

'Umar r.a. berkata,"Rakyat mempunyai kewajipan terhadap pemimpinnya.Iaitu,menasihati dan menolong sang pemimpin dalam menjalankan kebaikan.Sesuatu Yang paling dicintai Allah adalah sifat santun dan kasih sayang seorang pemimpin.Sedangkan sesuatu yang paling dibenci Allah adalah kebodohan seorang pemimpin.Sedangkan sesuatu yang paling dibenci Allah adalah kebodohan dan kedunguan seorang pemimpin."

Belajar

'Umar r.a. berpesan,"Pelajarilah ilmu,pelajarilah ketenangan dan sopan santun!Bersikaplah rendah hati kepada guru atau murid!Jangan menjadi orang berilmu yang angkuh! Anda harus tahu bahawa amal orang yang bodoh tidak ada nilainya."

Memahami Lebih Dulu

'Umar r.a. berpesan,"Fahamilah terlebih dahulu sebelum kalian melangkah!"

Manusia Yang Paling Berakal

'Umar r.a. berkata,"Orang yang paling berakal adalah yang rajin mengintrospeksi diri."

Hati-Hati Terhadap Alasan

'Umar r.a. berpesan,"Hati-hatilah terhadap alasan!Kebanyakan alasan menyimpan dusta."

Jangan Belajar Kerana Tiga Perkara

'Umar r.a. berpesan,"Janganlah kalian belajar kerana tiga perkara,jangan pula meninggalkan belajar kerana tiga perkara.

Jangan belajar untuk tujuan berdebat,untuk bertanding,atau untuk pamer ilmu!

Jangan tidak belajar kerana malu,benci,dan tidak peduli terhadap kebodohan!"

Mewaspadai Orang Munafik

'Umar r.a. berkata."Aku tidak mengkhuatirkan dua orang berikut:Orang yang jelas keimanannya dan orang yang jelas kekafirannya.Tetapi aku sangat mengkhuatirkan orang munafik yang bersembunyi di balik iman,padahal dia kafir."

Faktor Yang Dapat Menghancurkan Islam

'Umar r.a. berkata,"Islam akan hancur kerana hilangnya ilmu,kerana berdebat melawan orang munafik dengan menggunakan al-Quran,dan kerana pemimpin yang menyesatkan."

Nafkah Untuk Agama

'Umar r.a. berpesan,"Kalian wajib memberi nafkah untuk agama,Iaitu,beribadah dengan baik dan mempelajari BAHASA ARAB."

'Umar r.a. berpesan,"Pelajarilah Bahasa Arab!Kerana mempelajarinya dapat memperkuat keyakinan dan menambah wibawa."

Jangan Tertipu

'Umar r.a. berkata,"Jangan pernah tertipu oleh teriakan seseorang.Tapi,akuilah orang yang menyampaikan amanah dan tidak menyakiti orang lain dengan tangan dan lidahnya."

'Umar r.a. juga berpesan,"Jangan sampai kalian tertipu oleh puasa dan solat seseorang.Tapi perhatikan kejujuran,amanah,dan wara'nya."

Nilai Seseorang

'Umar r.a. berkata," Nilai seseorang dilihat dari agamanya.Dasarnya adalah akal,dan wibawanya terletak pada akhlak."

Bangga Dengan Pendapat Sediri

'Umar r.a. berpesan,"Yang paling aku khuatirkan dari kalian adalah bangga terhadap pendapat sendiri.Ketahuilah,orang yang mengaku sebagai orang cerdas sebenarnya adalah orang yang sangat bodoh.Orang yang mengatakan bahawa dirinya pasti masuk syurga,dia akan masuk neraka,"

Pesan Untuk Hakim

'Umar bin Khaththab r.a. menulis surat kepada Abu Musa al-Asy'ari perihal menjalankan tugas sebagai hakim."Memutuskan hukum merupakan tugas yang wajib dilaksanakan dan sunah yang harus diikuti,Jika ada masalah yang dihadapkan kepada Anda,pelajarilah terlebih dahulu!Berbicara dan menerapkan hukum dengan benar saja belum cukup.Bersifat santunlah dalam dewan!Tunjukkan wajah  yang ramah dan tetaplah berbuat adil!Dengan demikian,orang  yang kuat tidak akan mengusik keputusan Anda dan orang yang lemah tidak berputus asa terhadap keadilan Anda.

Saksi sangat diperlukan bagi orang yang mengadukan suatu perkara.Jika ada yang mengingkari,suruhlah dia bersumpah.Kita anjurkan untuk mendamaikan dua orang Mukmin yang berbeza pendapat,kecuali jika mereka ingin berdamai dengan persyaratan yang dilarang.

Jika Anda terlanjur memutuskan satu hukum,kemudian Anda menyedari bahawa keputusan itu keliru,segeralah diluruskan.Ketahuilah,kebenaran itu lebih tua dari Anda.Menyedari kekeliruan  dan segera meluruskan jauh lebih terpuji daripada membiarkannya.

Fahamilah segala yang bergejolak dalam hati Anda tetapi tidak terdapat dalam al-Qur'an dan Suna!Pelajarilah berbagai perumpamaan dan kejadian yang hampir sama,kemudian kiaskanlah!Ambillah keputusan yang lebih dekat dengan Kitabullah dan kebenaran.Mintalah saksi  pada orang yang mengadukan sesuatu yang belum jelas.Jika dia menghadirkan saksi,berikan haknya.Jika dia tidak mampu mendatangkan saksi,hukumlah dia.Cara itu dapat menghindarkan Anda dari keraguan dan menjadi kejelasan bagi semua orang.

Orang Islam harus bersikap adil antara yang satu terhadap yang lain.Kecuali,orang yang harus dihukum kerana bersalah,membuat sumpah palsu,atau menjadi tersangka.Ingatlah,Allah pasti mengetahui rahsia kalian dan menolak penjelasan serta sumpah kalian.

Hindari sikap tidak tenang,marah,membenci musuh,tidak mengakui alasan yang dikemukakan oleh lawan.Ketahuilah,menjunjung tinggi kebenaran pahalanya sangat besat,sekaligus menjadi tabungan yang sangat berharga.Orang yang berniat dengan benar,kemudian berusaha menundukkan nafsunya,pasti ditolong oleh Allah.Sedangkan orang ynag berpura-pura bahawa keputusan yang dia jatuhkan itu tidak berasal dari nafsunya,pasti dihinakan oleh-Nya.Bagaimana ia akan mendapat pahala,rezeki,dan rahmat yang tidak pernah berkurang yang disediakan Allah?"

http://kamusbahasaindonesia.org