"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, October 13, 2010

4 Jenis Hati أقسام القلوب


  1. Hati  Hidup dan Sempurna atau selamat Sejahtera – ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.
  2. Hati Mati- ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.
  3. Hati Sakit- Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.
  4. hati yang kosong- apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq

4jenis Kesabaran


SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.
Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja’ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut ‘dabtun nafs’ dan lawannya ‘al-batr’.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: “Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan yang menzalimi orang laian  yang pada lahirnya merka mendapat nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.
    Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
  • 4 Jenis Bisikan Hati

    4 Jenis Bisikan Hati
    1. Bisikan pertama dinamakan khatir خاطر (bisikan hati ),datang daripada Allah SWT yang dipenuhi dengan kebaikan dan ianya adalah hujjah untuk kita.
    2. Bisikan hati yang biasa diterima oleh manusia.
    3. Bisikan daripada Malaikat Mulhin, bisikan membawa kebaikan,ianya adalah penasihat kepada kita yang boleh dipanggil juga إرشاد.
    4. Bisikan syaitan yang dinamakan waswasah  خاطر النفس    merupakan keburukan yang menghalang kebaikan dan menyesatkan.
    Wasiat Imam Ghazali. m/s: 132.

    Umat Islam makin jauhi wahyu

    kErinduan Saat ini..


    AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada penganutnya. Layanan itu bukan hanya cara mengambil, meletak dan membacanya saja, malah lebih utama isi serta penghayatan suruhan dan menjauhi larangannya. 



    Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama sahaja, malah menjadikannya sebagai buku panduan 'the way of life' bukan hanya untuk kesempurnaan fardu ain, tapi juga fardu kifayah.



     remaja wajar mendekati al-Quran untuk mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi. Caranya:

  • banyak membaca al-Quran

  • banyak mendengar al-Quran

  • memahami al-Quran

  • menjadikan al-Quran sebagai ubat mujarab bagi menyelesaikan masalah sosial

  • menjadikan al-Quran sebagai sumber hukum.

    Masalah remaja bermula apabila kita memulaukan al-Quran, tidak membacanya. Kalau dulu, waktu Maghrib kedengaran suara insan membaca al-Quran sayup-sayup dari rumah ke rumah, tapi kini yang kedengaran hanya suara daripada televisyen dan radio.

    Kalau baca pun banyak salah, tidak cuba memahaminya, tidak menjadikannya sebagai panduan untuk merawat penyakit masyarakat dan kemanusiaan. Kalau adapun, dijadikan untuk hantaran perkahwinan.    



  • bersambung dihari lain semoga bermanfaat 

  • Ringkasan Poligami: Antara hukum, adat dan emosi

    Ringkasan...


    Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)


    Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.

    Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).

    Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya.

    "
    Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang.

    "
    Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.

    Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.

    Randomly iktibar dan fiqh ayat

    Rasullullah SAW bersabda:
    Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk iaitu petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara (ibadat) iaitu yang diada-adakan dan setiap bidaah (perkara baru yang menyalahi al-Quran dan sunnah Nabi) adalah sesat.

    Iktibar dan fiqh ayat ke-121:
    Apapun yang kamu kemukakan kepada mereka, semua itu Allah SWT mendengarnya. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untukmu dan bagi mereka, Allah juga Maha Mengetahui niat masing-masing.
    Ibn Jarir berkata: "Dalam ayat yang lalu Allah SWT mengutarakan satu atau dua perumpamaan yang menyatakan kebenaran janji-Nya: Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. (terjemahan ali-'Imran: 120), mengingatkan mereka akan kejadian yang menimpa mereka pada Perang Uhud kerana pasukan pemanah telah meninggalkan kedudukan masing-masing lantaran tidak sabar."
    Iktibar dan fiqh ayat ke-122
    Al-Maraghi berkata: "Sewajarnya bagi orang yang beriman menghadapi segala kesusahan dan penderitaan dengan berserah kepada Allah, bukan dengan melalui kekuatan teman-teman dan para pembantu mereka.
    Tawakal ini adalah setelah menyempurnakan segala persiapan dan persediaan selaras dengan ketentuan Allah SWT telah menetapkan hukum kepada makhluk-Nya."

    Iktibar dan fiqh ayat ke-123
    "Maka jika kamu tabah (sabar) menerima perintah Allah SWT, nescaya kamu akan diberi pertolongan, seperti pada hari itu kamu diberi pertolongan."
    Sebab Nuzul ayat ke-124
    Iktibar dan fiqh ayat
    Al-Alusi berkata: Dikehendaki dengannya waktu yang memanjang dan didahulukan arahan supaya bertaqwa untuk menzahirkan kesempurnaan inayah dan pemeliharaan Allah SWT.

    Biasanya para pemberani memakai tanda-tanda khusus dalam peperangan seperti bulu berwarna di kepala atau di kudanya untuk memperkenalkan dirinya kepada lawan bahawa dia tidak bersembunyi dan tidak takut untuk berhadapan sesiapa pun.

    Tenaga yang tersembunyi dalam minda


    Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
    1) Tenaga yang tersembunyi dalam minda
    Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
    Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
    Sebaliknya apabila anda mula berkata “Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, “Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.
    2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

    Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. 
    contoh yang ana berikan sesuatu kata2 semangat atau peringatan,sentiase mengingat mengingati antara satu sama lain..dan akan ada satu perasaan yang timbul,yang menakjubkannya kerana perasaan yang diberi ilahi, dan kita kena pandai menggunakannya ia suastu perasaan yang kuat..so kena yakinlah..ini semua pemberian dari Ilahi.

    Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
    Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
    3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
    Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
    ianya seperti,ish aku benci dia,pada masa yang sama orang tu pun akan berasa tidak sedap hati..
    Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
    4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
    Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

    Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. 
    Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
    5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
    Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
    6) Minda teransang melalui solat dan doa
    Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
    Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
    Ghaib terlalu banyak..kita mengetahui adalah sedikit,ada pelbagai maksud,akal,emosi,imaginasi ini pun ghaib.. Membacalah..membaca boleh menambah ilmu...
    -azrinkun-

    Doa Sakit Kepala

    Bismillahirrohmanirrohim Bismillahisyafi' Bismillahilkafi Bismillahilmua'fi Bismillahillazi layadhurro maa'smihi syai a,fil ardhi walafisama a, wahuwassamiu'l a'lim .. 

    Step: dimulakan dengan bismillah Menadah tangan seterusnya(baca ayat diatas)bila selesai
     hempus di tangan guna kedua belah tangan ratakan keseluruh kepala dari kiri kekanan(lawan arah jam) seterusnya buang..

    sekian Dari ana Mohd Azrin Bin Mohd Azhari

    Moga Manfaat Dan Amalkan..

    Kerana Aqeedah ,Aku Tinggalkan Semua


    Al-Baqarah

     Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Baqarah 2:5


    Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Al-Baqarah 2:6)


    (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:7


    Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al-Baqarah 2:8


    Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah 2:9)


    Terlalu banyak pengajaran yang kita boleh dapat didalam Al-Quran dan Hadith .. Banyakkan membaca,sekrang ni banyak terjemahannya dah.. akan ku sentiasa peringatkan diri dan kepada yang bersamaku..

    Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam

    Kisah Adam dalam Al-Quran
    Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah, di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 – 38, dan surah Al-A’raaf ayat 11 – 25.
    Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam
    Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah, dan dalam apa yang diciptakan-Nya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia, bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat. Sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi, sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.
    Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental, ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga, ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
    Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan, asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali. Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali dosa syirik, bagaimanapun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
    Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya, dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat, karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam, dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah.

    Mata hati yang buta



    Surah Al-Hajj, ayat:46.
    Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

    KENAPA HADIS QUDSI TIDAK DIMASUKKAN DALAM AL-QURAN

    Mengenai ‘hadits qudsi’, untuk memahaminya perlu terlebih dahulu memahami struktur insan, kerana pemahamannya sangat rapat dengan struktur diri kita ini. Penjelasan struktur insan ini, sudah  tentu terlalu panjang untuk dibahaskan, hanya melalui satu dua e-mail saja tidak cukup.
    Tetapi inilah penjelasan sederhananya . kita mengenal ada tiga elemen dari struktur insan, iaitu ‘Jasad’ (tubuh, mental, unsur-unsur psikologi, termasuk syahwat dan hawa nafsu), kemudian ‘Nafs’ (jiwa, diri kita yang sebenar, diri kita sebenarnya yang diturunkan ke bumi untuk menyempurnakan jasad ini), terakhir adalah ‘Roh’. Tidak banyak yang diketahui tentang roh, sebagaimana disebutkan dalam QS. 17:85,
    “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.
    Terlalu sedikit manusia dapat mendekati dengan Allah, taubatnya mahupun kebersihan diri  (keIslamannya) sudah sangat diterima oleh Allah ta’ala, ada yang dianugerahi Allah dengan elemen ke-empat, iaitu Roh Al-Quds. Contohnya boleh dibaca di QS 2:87, 2:253, 15:110, dll. Ada manusia yang pada dirinya diperkuat dengan Roh Al-Quds .
    Roh Al-Quds ini kadang-kadang  menyampaikan perkataan Allah yang langsung ditujukan pada hambanya ini. Contohnya Allah  menjawab sebuah ‘dialog’ ataupun ‘persoalan’ tertentu yang ditanyakan kepada nabi atau laian-laian hamba pilihanya, baik untuk pribadi maupun ummat.
    Perkataan Allah yang disampaikan melalui Roh Al-Quds ini disebut sebagai  Pesanan Qudsi. Dan yang disampaikan kembali oleh Nabi apa yang diperolehnya dari Roh Al-Quds, inilah yang disebut ‘Hadis Qudsi’.
    Mengapa tidak ada dalam Al-Quran? Kerana hadis Qudsi bukan termasuk kepada wahyu Al-Quran. Al-Quran merupakan  petunjuk umum bagi seluruh alam semesta dan ummat manusia.Sebagai undang-undang dasar. Sudah tentu terlalu banyak  dialog para Nabi dengan Allah yang sifatnya pribadi mahupun sifatnya personal ataupun berkaitan dengan sekelompok kecil orang sahaja dan bukan untuk seluruh ummat. Ada maklumat-maklumat yang bukan undang-undang. Jika kita perhatikan, kalimat-kalimat Allah dalam hadis-hadis Qudsi itu lebih lembut dan baik, lebih informal. Sedangkan dalam ayat-ayat Al-Quran terlihat lebih tegas dan umum.  Wallahhu A’lam.