"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, October 13, 2010

Umat Islam makin jauhi wahyu

kErinduan Saat ini..


AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada penganutnya. Layanan itu bukan hanya cara mengambil, meletak dan membacanya saja, malah lebih utama isi serta penghayatan suruhan dan menjauhi larangannya. 



Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama sahaja, malah menjadikannya sebagai buku panduan 'the way of life' bukan hanya untuk kesempurnaan fardu ain, tapi juga fardu kifayah.



 remaja wajar mendekati al-Quran untuk mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi. Caranya:

  • banyak membaca al-Quran

  • banyak mendengar al-Quran

  • memahami al-Quran

  • menjadikan al-Quran sebagai ubat mujarab bagi menyelesaikan masalah sosial

  • menjadikan al-Quran sebagai sumber hukum.

    Masalah remaja bermula apabila kita memulaukan al-Quran, tidak membacanya. Kalau dulu, waktu Maghrib kedengaran suara insan membaca al-Quran sayup-sayup dari rumah ke rumah, tapi kini yang kedengaran hanya suara daripada televisyen dan radio.

    Kalau baca pun banyak salah, tidak cuba memahaminya, tidak menjadikannya sebagai panduan untuk merawat penyakit masyarakat dan kemanusiaan. Kalau adapun, dijadikan untuk hantaran perkahwinan.    



  • bersambung dihari lain semoga bermanfaat 

  • 1 comment:

    Azrin|kun said...

    وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته . Terima Kasih, diatas kesudian anda singgah sebentar dalam blog saya yang tidak seberapa ini, Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , sila siarkan syiar Islam di muka bumi Allah ini, saya izinkan.