"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, March 18, 2011

20 Fakta Menarik Tentang Islam

http://islam.makcdn.com/image21690_500_361/500X361.jpg
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
14.  Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15.  Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16.  Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17.  Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18.  Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19.  Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20.  Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah),Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuanmoden.

Ilmu yang bermanfaat wajib dicari

http://islam.makcdn.com/image20893_500_361/500X361.jpg
Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA
Al-Quran memberikan asas tentang ilman nafia atau ilmu yang bermanfaat dan yanfaunnas atau sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Sejarah pertumbuhan ilmu dan tamadun Islamtelah menyebabkan ia tidak tertutup untuk memanfaatkan faedah berbanding dari tradisi keilmuan orang lain. 
Ada asas-asas universal yang terdapat pada ilmu yang berkenaan yang tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.
Kunjungan al Biruni ke India, pengembaraan Ibn Battuta ke serata ceruk dunia, penguasaan al Farabi, Ibn Sina terhadap ilmu-ilmu falsafah Greek-Yunani, anjuran Rasulullah supaya ilmu dituntut hingga ke negeri China.
Begitu juga kaedah menebus diri tawanan perang dengan mengajarkan anak-anak Islam kemahiran membaca dan menulis pada zaman Rasulullah. Semuanya adalah asas sandaran bahawa di samping pemerkasaan ilmu-ilmu Islam, ilmu yang bermanfaat dari tradisi dan tamadun lain harus dicari selagi ia tidak bercanggah.
Lebih-lebih lagi dewasa ini umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologidari Barat dan Timur. Hasil kekuatan sains dan teknologi ini kuasa-kuasa Barat memiliki upaya menakluk dan menjajah dan kuasa-kuasa sedang muncul sebagai negara maju dan bakal menjadi kuasa besar.
Penaklukan dan penjajahan kini tidak seperti dulu. Kehebatan teknologi langit terbuka, rangkaianteknologi maklumat dan komunikasi, kesuburan media cetak dan elektronik, rangkaian Internet dan sistem komputer yang canggih telah memberikan bentuk ‘penjajahan’ baru kepada umat Islam.
Cabaran untuk mengetahui aspek-aspek teknologi amat dituntut supaya umat Islam tidak selamanya menjadi pengguna kepada keunggulan ilmu dan teknologi Barat umpamanya sehingga Barat dijadikan indikator maju, moden, membangun dan berubah secara mutlak.
Mempelajari teknologi atau ilmu alat tidaklah salah. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Ia bukan matlamat. Matlamat dalam komputer dan Internet umpamanya ialah untuk memperkaya, mempercepat dan mempelbagaikan maklumat supaya pemikiran manusia menjadi lebih luas.
Secara mekanistiknya tidaklah salah. Tetapi terdapat sesetengah maklumat, perisian, input dan program dalam komputer dan Internet mengandungi hal-hal yang sifatnya menyalahi. Ia memerlukan daya saring yang tinggi di kalangan pengguna supaya pengguna dapat membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang bermanfaat atau sebaliknya.
Adalah menjadi cabaran remaja untuk memahami keadaan ini supaya para remaja tidak terjebak dalam perangkap Barat atau yang boleh merosakkan minda remaja. Persoalan maklumat berkait rapat dengan pemikiran. Orientasi maklumat yang datang dari budaya orang lain kadang-kadang membawa orientasi dan nilai yang tidak sama dengan nilai-nilai Islam.
Apa yang patut dilakukan oleh remaja ialah memiliki tekad dan azam yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang lain, tradisi lain malah tamadun lain. Oleh kerana sifat sains dan teknologi berkembang, para remaja harus bersedia untuk menguasai ilmu-ilmu baru supaya umat Islam sentiasa semasa dengan perkembangan zaman.
Namun begitu para remaja harus terlebih dahulu menguasai asas-asas ilmu dan pemikiran Islam. Ulama dan ilmuwan Islam di zaman gemilang dulu menguasai ilmu-ilmu mengenai akidah, syariah, ibadah dan akhlak supaya mereka memiliki jati diri sebagai seorang Islam yang berilmu dan menghayati ilmu.
Asas-asas ini sangat penting untuk memberikan para remaja kekuatan diri menghadapi maklumat, data dan fakta dari sumber-sumber orang lain atau sumber berbanding.
Apabila dewasa kelak, ia akan berkembang kerana sifat ilmu dan maklumat tidaklah statik. Batasfardu ain umpamanya tidak memadai bagi remaja. Ini kerana corak cabaran semasa jauh menuntut supaya penguasaan ilmu alat seperti sains dan teknologi, komputer dan penyelidikan, pengurusan dan perundangan, ekonomi dan kajian ilmu-ilmu kemanusiaan, tamadun dan sistem nilai supaya remaja mempunyai perspektif yang betul dan asas yang jelas mengenai ilmu Islam dan kaitannya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari sumber orang lain.
Adalah tidak memadai seorang umat Islam yang menguasai ilmu fardu kifayah maka semua yang terlepas dosa. Ia adalah syarat fikah yang minimum.
Budaya
Ilmu dan maklumat bukanlah sesuatu yang sifatnya berkecuali. Tumbuhnya ilmu dan suburnya maklumat adalah dari pengalaman budaya dan sistem nilai yang dimiliki dan diwarisi oleh sesuatu bangsa dan tamadun. Tamadun Barat pada hari ini banyak menumpukan kepada faktor-faktor memajukan benda dan pemikiran berasaskan faham sekular dan liberal.
Faham ini amat berbahaya bagi orang-orang Islam kerana ia menolak kepentingan agama dan sistem nilai.
Oleh itu para remaja yang memiliki asas ilmu Islam yang baik tidak mempunyai masalah untuk memanfaatkan sumber-sumber dari Barat atau Timur sekiranya para remaja dapat membezakan buruk-baik akan sesuatu dan dapat mengenal sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.
Teknologi komputer umpamanya adalah sesuatu yang baik untuk di pelajari. Dari sudut perkakasan (hardware) dan teknologinya tidaklah ada masalah bagi remaja mempelajarinya. Tetapi apabila menggunakannya sistem nilai dan kekuatan agama adalah perlu bagi memandu remaja melayari yang baik dan menghindarkan yang tidak berfaedah.
Yang memberikan perbezaan dari segi penggunaan ialah sistem nilai dan etika yang dimiliki oleh remaja.
Sekiranya sistem nilai dan etika itu lahir dari penghayatan tradisi Islam, maka para remaja akan memiliki kekuatan serta berupaya memilih dan menyaring sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.
Dalam masa yang sama, remaja harus rasa tercabar untuk meneroka dan menghasilkan perisian yang selari dengan proses pembudayaan dan pemikiran yang sejalan dengan nilai-nilai Islam. Ia adalah proses yang tidak mudah dan menuntut masa yang lama dan panjang kerana sifat teknologi dan maklumat selalunya dinamik dan tidak statik. Ia adalah suatu usaha yang berterusan.
Cara sebegini jugalah yang pernah berlaku di Eropah dalam proses memanfaatkan ilmu-ilmu Islam di kalangan sarjana mereka. Walaupun mereka menguasai bahasa di mana ilmu Islam itu lahir dan tumbuh tetapi sumber ilmu ditatang dengan menggunakan bahasa Latin dan Ibrani dan dewasa dalam kehidupan zaman reformasi dan Renaissance sehingga menjadikan ilmu itu terpisah dengan sistem nilai dimana ilmu itu asalnya subur.
Lama kelamaan ilmu itu menjadi sekular dan berkembang secara liberal tanpa terikat dengan nilai-nilai agama.
Remaja Islam harus mempunyai tekad untuk menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik sehingga dewasanya nanti memiliki keahlian dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu. Kesediaan dan keterbukaan perlu ada untuk memanfaatkan faedah-faedah berbanding dalam ilmu-ilmu dari sumber dan tamadun lain supaya akhirnya ilmu tersebut berkembang dalam orientasi dan budaya Islam.
Inilah asas-asas integrasi dan Islamisasi yang sedang berlaku supaya ilmu-ilmu yang bermanfaat terbentuk dalam acuan kita sendiri. Darinya umat Islam akan menjadi maju di samping keunggulan ilmu dan tamadunnya sendiri.
Penyuburan ilmu-ilmu Islam seharusnya berlaku supaya ia menjadi teras membangun acuan sendiri yang sifatnya menyumbang dan memperkayakan.

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

http://islam.makcdn.com/image20249_500_361/500X361.jpg
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
"Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin," tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Info: encikapas

Rahsia disebalik bentuk buah-buahan ciptaan Allah SWT

Bentuk sayuran dan buah2 buahan berkait rapat dengan organ tubuh manusia
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana telah mengaturkan setiap kejadian ada sebab-sebab dan kaitannya. Lautan telah dipisahkan dr daratan, memberikan air bersih, dan daratan untuk bercucuk tanam. Allah juga telah mencipta binatang-binatang di darat dan ikan sebagai sumber makanan kepda manusia. Segala ciptaanNya telah tersedia sebelum kita dilahirkan lagi.
Berikut ialah ciptaan Allah yang sangat baik untuk kesihatan dan sebaik-baiknya dimakan mentah. Bentuk2 buah dan sayuran berikut tersembunyi klue tentang kegunaan setiap satunya untuk setiap bahagian dalam tubuh manusia. Kita saja yang sebenarnya masih kurang bijak dan Alhamdulillah, semakin belajar tentang khasiat2nya.
***********
Bentuk sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia. Pupil, iris dan garis2 nya betul2 menyerupai mata. Dan tahukah anda, sains juga telah membuktikan lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan.
Tomato pula mempunyai 4 segmen dan berwarna merah, sepertimana jantung manusiamengandungi ‘4 chambers’dan juga berwarna merah. Kajian menunjukkan tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung.
Anggur tergantung dalam bentuk kluster dan berbentuk seakan2 jantung. Setiap sebiji anggur pula dianggapkan sel darah dan kajian telah membuktikan anggur adalah makanan yang penting untuk menguatkan darah dan jantung.
Walnut berbentuk seakan otak manusia, dengan hemisfera kanan dan kiri, sereberum dan sereblum. Garis2 dan belahan tgh kacang tersebut juga seakan2 neo-cortex. Tahukah anda, walnut dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen ‘neuron-transmitters’ kepada fungsi otak anda.
Kacang merah sebenarnya membantu menyembuhkan dan me’maintain’kan fungsi buah pinggang.
Rujukan:

Akhlak Penentu darjat kemuliaan manusia

http://islam.makcdn.com/image20891_500_361/500X361.jpg

Bersama Prof Dr Sidek Baba 
AKHLAK adalah mutiara yang sangat bernilai dan penting bagi manusia. Ia mempunyai harga dan cahaya yang menambahkan kecantikan. Tanpa akhlak, manusia hilang harga diri dan tidak dihormati.
Dalam tradisi Islam, akhlak tidak sama dengan moral. Moral, bahasa latinnya 'mores' membawa makna nilai amalan yang normatif atau lazim berlaku dan menjadi amalan semasa.
Akhlak mempunyai makna lebih luas iaitu zahir batin yang merujuk kepada 'Khuluq al-Quran' atau 'akhlak al-Quran'. Ia menjadi rujukan akhlak Nabi Muhammad SAW seperti disebutkan isterinya Saidatina Aishah.
Moral biasanya amalan serta penampilan baik dilakukan dan sifatnya berubah-ubah. Amalan gay dan lesbian yang berlaku di Barat suatu ketika dulu dianggap salah, tetapi hari ini ia sudah diterima sebagai sesuatu yang lazim.
Akhlak berasaskan al-Quran membawa nilai yang tetap dan fitrah kerana Islam menjaga kemaslahatan manusia di mana asas kesejahteraan menjadi kuncinya. Meminum arak, berjudi, bertenun nasib, berzina umpamanya adalah amalan tidak berakhlak.
Pedoman al-Quran itu tidak akan berubah disebabkan faktor masa dan zaman kerana ia berkaitan pekerti buruk yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup manusia walaupun majoriti manusia memilih jalan itu.
Akhlak dalam tradisi Islam tidak difahamkan dengan maksud yang terbatas melalui penampilan tingkah laku, budi bahasa dan tutur kata saja. Ia sebenarnya berkait dengan komitmen amal seseorang.
Apabila akhlak Rasulullah SAW digambarkan sebagai akhlak al-Quran, ia bermakna ajaran al-Quran itu hidup pada diri, cerminan pada peribadi dan amalannya. Akhlak al-Quran tidak saja mengajar umat beriman mengenai tauhid dan takwa, tetapi menampilkan watak amali mendukung makna tauhid dan takwa dalam amalan serta perbuatan.
Tauhid mendidik manusia yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Perkasa, Dialah Pencipta dan Pentadbir Alam ini. Jika ada manusia mempunyai pendirian bahawa dirinya maha berkuasa, penentu akan segala, maka terlihat pada dirinya ialah sifat zalim, angkuh dan sombong yang bercanggah dengan akhlak Islam.
Takwa memberi makna mengenai insaf-ketuhanan yang tinggi dan ukuran kepada kecemerlangan amal. Al-Quran dalam surah al Hujurat, ayat 13, memberikan asas bahawa, "kemuliaan manusia itu berlandaskan takwa."
Insaf-ketuhanan adalah kunci perlakuan seseorang. Apabila manusia bertakwa ingin melakukan sesuatu dan meyakini bahawa orang lain tidak melihatnya, tetapi Allah melihatnya, pada dirinya sudah wujud daya kawalan dan pedoman menyebabkan ia berada dalam sikap serta pendirian terpandu. Natijah perbuatan dan amalannya akan menjadi baik dan memberi kesejahteraan kepada yang lain.
Akhlak Rasulullah SAW terlihat pada kesabaran dan jihad ilmunya yang tinggi. Seorang perempuan Yahudi yang berasa tidak senang dengan Rasulullah SAW yang membawa risalah tauhid membalingnya dengan sampah setiap kali Rasulullah SAW lalu depan rumahnya.
Ia membayangkan kebencian amat sangat terhadap diri Rasulullah SAW yang membawa risalah kebenaran. Rasulullah SAW sabar menghadapi kerenah itu kerana hakikatnya ia tidak tahu maksud risalah yang dibawa.
Suatu hari perempuan itu sakit dan tidak lagi membaling sampah apabila Rasulullah SAW lalu di hadapan rumahnya. Rasulullah SAW berhenti di rumah jiran perempuan itu dan bertanya khabar mengenai dirinya. Lalu dikatakan beliau sedang sakit.
Rasulullah SAW meminta izin menziarahinya. Amat terkejut perempuan Yahudi itu terhadap pekerti mulia seorang manusia yang amat dibencinya menziarahi ketika dirinya sakit. Akhlak Rasulullah SAW memikat perempuan Yahudi itu lalu memeluk agama Islam.
Akhlak Rasulullah SAW juga terlihat dalam binaan jemaah di Madinah dan mengendali halaqah untuk menyebarkan kefahaman serta amalan mengenai ilmu al-Quran. Walaupun Rasulullah SAW seorang yang buta huruf, komitmen terhadap ilmu begitu besar sekali.
Islam perlu didukung dengan kekuatan ilmu. Al-Quran adalah sumber ilmu daripada Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia khususnya orang yang bertakwa.
Amal Islami tanpa dukungan ilmu menjadikan Islam longgar dan kosong. Diturunkan wahyu kepada manusia menjadikan manusia terpedoman dan memiliki petunjuk memahami hakikat sesuatu yang nyata dan mengetahui mengenai yang ghaib.
Oleh itu, kepentingan akhlak bagi manusia ibarat mutiara yang sangat berharga. Hari ini mutiara itu semakin hilang. Tingkah laku manusia sudah menjadi kaca dan pasir yang tidak memberi cahaya lagi. Faham diri dan individualistik menjadi nyata dan fahaman kebendaan, nafsu-nafsi menjadi ikutan.
Manusia akhirnya bakal kehilangan cahaya dan perlakuan manusia tidak lebih lanjutan sifat haiwani yang hidup kerana perut dan nafsu. Yang lahir daripada perut itu adalah gambaran yang diburu dan dicari tanpa pertimbangan akhlak yang membawa kemuliaan manusia di sisi Penciptanya dan kemuliaan manusia sesama manusia.
Akhlak adalah cerminan diri kerana daripadanya manusia memiliki contoh dan teladan. Ibarat cermin yang bersih dan berkilau, manusia mampu melihat diri dengan jelas. Pantulan wajahnya mampu memperlihatkan dirinya secara telus.
Cermin yang berdebu dan hilang kilauannya menyebabkan kekaburan pada wajah dan diri. Akhlak yang baik adalah sesuatu yang boleh diteladani kerana memang fitrah manusia ingin meneladani contoh yang baik daripada orang lain.

12 perkara punca kerosakan otak

1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.
3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.
5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.
12. Mengabaikan MeditasiTiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!