"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, February 8, 2011

Jenazah Wartawan yang Syahid di Medan Tahrir

شيّع مئات الصحفيين وآلاف المتظاهرين، جنازة رمزية للزميل الشهيد أحمد محمود، الصحفى بجريدة «التعاون». تحركت الجنازة من نقابة الصحفيين بشارع عبدالخالق ثروت متجهة نحو ميدان التحرير، مروراً بشارع طلعت حرب. وشهدت نقابة الصحفيين مطالبات المئات من الصحفيين برحيل مكرم محمد أحمد، نقيب الصحفيين، متهمين إياه بأنه هو وعدداً من أعضاء النقابة «أتباع النظام»، وحاولوا منعه من دخول النقابة.


Perkahwinan di Medan Tahrir bermaharkan Sebuah Al-Quran yang suci

Subhanallah-Mafhum  hadis " Sebaik-baik mahar adalah mahar yang paling murah yang membawa berkat dalam kehidupan ".


WikiLeaks: Israel Pilih Suleiman Pengganti Mubarak

http://i.okezone.com/content/2011/02/08/18/422727/A0DN02Frj4.jpg
KAIRO - Israel ternyata sejak lama lebih memilih Wakil Presiden Mesir Omar Suleiman, sebagai pengganti Presiden Hosni Mubarak. Hal ini diketahui dari bocoran kawat diplomatik dari WikiLeaks. 
Lewat bocoran Wikileaks tertanggal Agustus 2008 tersebut menyatakan, penasihat senior Kementerian Pertahanan Israel David Hacham mengaku kepada Amerika Serikat (AS) bila negaranya menantikan Suleiman sebagai pengganti Mubarak.
"Menurut Hacham, Israel meyakini Suleiman akan menjadi presiden sementara bila Mubarak meninggal," bocor WikiLeaks seperti dikutip dari Telegraph, Selasa (8/2/2011).
"Kedutaan AS di Kairo telah memberikan analisis mengenai skenario suksesor (Mubarak). Namun dipastikan pihak Israel lebih nyaman bila Omar Sulaeman menjadi penggantinya," menurut memo yang disebutkan oleh seorang diplomat AS di Kedutaan AS di Kairo.
Bocoran kawat diplomatik tersebut bahkan menyebutkan Hacham yang amat memuji Suleiman. Bahkan bocoran kawat dari WikiLeaks memastikan adanya jalur telepon khusus antara pihak Kementerian Pertahanan Israel dengan Kantor Intelijen Mesir, saat Suleiman masih menjadi pemimpinnya.
Suleiman adalah pimpinan badan intelijen sejak tahun 1993 dan kerap mengunjungi Israel serta sering menjadi mediator saat Israel terlibat konflik dengan Palestina.
Ia ditunjuk sebagai Wakil Presiden Mesir bulan lalu, menyusul tekanan dari pengunjuk rasa yang menuntut Presiden Mubarak mundur dari jabatannya.
(faj)

Media Dakwah Islamiah


MKKK (Majlis Kebajikan Keluarga Kedah) Mesir, telah maju setapak ke hadapan setelah menjadikan teknologi terkini sebagai platform untuk meneruskan dakwah Islam.
Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir sebagai penaung Al-Muttaqin TV ini, merasakan perlu dengan harapan untuk mengenengahkan beberapa ramai pelapis ulama’ serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu.
Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat dan diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.
Al-Muttaqin TV ditubuhkan pada 8 Jamadil Awwal 1429 H bersamaan 14 Mei 2008 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abd Razak, Menteri Besar Kedah pada 29 Mei 2008.
Antara 3 objektif utama penubuhan adalah untuk melahirkan Ulama yang berkemahiran dan menggabungkan di antara wahyu dan akal untuk menzahirkan kehebatan Islam serta memberikan ilmu kepada seluruh manusia di dunia dengan manhaj al-Azhar.
Jom kita tambah ilmu disana, walau tidak banyak yang kita dapat, sekurangnya kita boleh beramal untuk diri sendiri dan orang terdekat.
http://www.almuttaqin.tv/index.php

Bilakah kemenangan untuk Islam akan tiba?

Penindasan, pencabulan dan pembunuhan umat Islam hari ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa tahun sebelum ini kezaliman ke atas umat Islam Moro diAsia Tenggara, muslimin Kashmir di India, umat Islam Bosnia-Herzegovina di Eropah, umat Islam di Iraq dan peperangan yang sehingga kini mengancam umat Islam di Gaza, Palestin.
Berita penguasaan dan penganiayaan terhadap umat Islam dunia berdengung dari semasa ke semasa. Tidaklah menjadi suatu keanehan mengapa umat Islam sentiasa ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh musuh? Apakah umat Islam hanya layak menjadi bahan permainan musuh-musuh Islam tanpa berupaya bangkit mempertahankan diri? Kehinaankah milik umat Islam sepanjang zaman?
Mukmin yang sejati
Allah S.W.T telah menukilkan di dalam al-Quran bahawa umat Islam merupakan golongan teratas dan terbaik dikalangan manusia seluruhnya. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” (Ali-Imran : 110)
Alangkah tinggi dan mulianya kedudukan umat Islam disisi Allah S.W.T. Namun hari ini dimanakah pengiktirafan daripada Penguasa alam ini? Dimanakah kemuliaan dan ketinggian darjat umat Islam di tengah lautan umat manusia kini? Apakah pernyataan al-Quran ini hanya tinggal satu pernyataan yang tidak berjejak? Sesungguhnya Maha Suci Allah S.W.T daripada menyatakan sesuatu yang dusta. Maha Suci Allah!! Lalu ternyatalah umat Islam pernah menggenggam kemuliaan ini tetapi telah melepaskannya begitu sahaja. Sehingga kini muslimin tercungap kelelahan dalam usaha menggapainya kembali.
Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam mampu meraih kegemilangan yang menyilaukan pandangan dan mengkagumkan pemikiran. Firman Allah yang bermaksud : “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka bekas-bekas sujud” (Al-Fath : 29)
Dengan itu jelaslah bahawa umat Islam terdahulu begitu berkarisma dan beridentiti. Betapa indah dan tepatnya perbandingan yang Allah S.W.T titipkan untuk renungan. Ibarat sepohon pokok yang berakar tunjang kukuh dan terhunjam jauh ke dalam bumi, pucuk dan dedaunnya menjulang tinggi, begitu rendang dan subur sehingga mengkagumkan para petani. Demikianlah muslimin terdahulu menggerunkan musuh dan menggoncang hati mereka.
Di Manakah Silapnya?
Siapakah yang harus dipersalahkan bila umat Islam begitu lemah dan ketinggalan dalam serba-serbi? Umat Islam diseluruh dunia menjadi mustad’afin dan mengalami krisis yang berbagai. Umat Islam kehilangan taring bila kuasa politik jatuh ke tangan sekularis. Kemalapan keilmuan dan pembekuan daya fikir menjadi lambang kemunduran akademik serta intelek Islam dan natijahnya kita terpaksa akur kepada cendekiawan kuffar. Ketamadunan umat Islam kian jatuh bila dibandingkan dengan kecanggihan dan kemajuan umat lain. Di manakah silapnya sehingga umat Islam demikian hina?
Sedangkan jika dikaji dari segi fizikal, umat Islam semakin ramai. Negara-negara umat Islam merupakan negara yang kaya dengan barangan dagangan utama dunia seperti petroleum dan bahan galian. Negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi , Kuwait, Iraq, Libya dan lain-lain merupakan pembekal minyak dunia. Tetapi mengapa umat Islam masih boleh diperkotak-katikkan?
Firman Allah yang bermaksud : “Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal : 63).
Ternyata aspek-aspek material dan fizikal semata-mata tidak memadai untuk umat Islam bangkit dan tegak kembali. Malah andainya kekayaan itu tidak diiringi dengan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T ia akan mendatangkan malapetaka kepada umat Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Kemajuan material bukan syarat utama mencapai kejayaan.
Sejarah peperangan Badar yang masyur itu telah memaparkan kebenaran yang nyata. Bilangan umat Islam yang sedikit serta tidak mempunyai senjata yang lengkap telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang jauh lebih ramai dan bersenjata lengkap. Afghanistan sebuah negara yang miskin dan dhaif mampu mengalahkan tentera Rusia sehingga negara itu jatuh muflis akhirnya. Dari manakah kekuatan serta kehebatan yang diperolehi kalau tidak dengan pertolongan Allah S.W.T? Dan adakah pertolongan Allah S.W.T akan datang tanpanya iman, taqwa serta tawakal kepadanya?
Allah S.W.T telah menggariskan beberapa prasyarat untuk mencapai pertolongan dan kejayaan di sisiNya. Firman Allah yang bermaksud : “Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah! Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah : 214)

Beberapa kesilapan
Janji-janji Allah S.W.T tentang kemenangan umat Islam adalah benar. Dan cita-cita ummah untuk bangkit kembali bukanlah angan-angan yang terawang-awangan. Cuma yang perlu disedari seterusnya diperbaiki ialah beberapa kesilapan umat Islam yang menghalang kejayaan.
Umat Islam kini sedang mengalami krisis keimanan dan keyakinan yang kian parah. Berapa ramai umat Islam yang kehilangan ciri mukmin muslim yang sebenar. Betapa ramainya muslimin yang berpenyakit wahan (cintakan dunia dan bencikan mati).
Seterusnya umat Islam kini membiarkan pemimpin yang zalim menguasai mereka. Mereka seolah-olah merestui dan meredhai kezaliman dan kekejaman pemimpin tersebut, serta tidak menyedari hal tersebut membawa kecelakaan kepada mereka. Apakah umat Islam melupai amaran Allah S.W.T tentang perkara ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukarkan nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?” (Ibrahim : 28)
Hampir keseluruhan umat Islam kini bergantung kepada kaum kuffar dalam ekonomi dan politik. Pemimpin-pemimpin umat Islam telah mengangkat orang-orang kafir sebagai tempat pergantungan. Umpamanya apa yang telah berlaku di dalam Perang Teluk. Betapa dungunya tindakan memanggil orang-orang kafir untuk mendapatkan perlindungan. Bukankah Allah S.W.T telah melarang muslimin daripada menjadikan musuh sebagai teman apalagi untuk diminta bantuan? Firman Allah yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhku dan musuhmu menjadi teman-teman setia..” (Mumtahanah : 1)
Penutup
Jelasnya umat Islam kini menuju kejatuhan disebabkan kesilapan-kesilapan mereka sendiri. Kesilapan yang tidak dilakukan oleh umat terdahulu yang telah menaikkan maruah umat Islam di mata dunia dan mencapai kemuliaan di akhirat. Demikianlah apa yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran bahawa satu kaum itu binasa disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud : “Dan Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Maka mereka ditimpa oleh (akibat) kejahatan dan diliputi oleh azab yang selalu mereka perolokkan.” (An-Nahl : 33/34)
Wahai pemuda-pemudi Islam! Ayuhlah! Bangkitlah! Perjuangan ini mesti diteruskan, kemenangan Islam adalah milik kita, hak kita sebagai umat Islam..umat Nabi Muhammad S.A.W. Kitalah golongan ansorullah yang akan mempertahankan kemuliaan dan kesucian Islam ini. Yakinlah, kemenangan Islam akan tiba suatu hari nanti.

(Risalah HEWI - Julai 1992)


Ulama' Al-Azhar Kecam Serial TV Iran



Ulama Al-Azhar mengecam keras kerajaan Iran yang membenarkan sebuah siri TV yang saat ini sedang tayang di Iran, di mana dalam siri TV itu juga menghina sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Az-Zubair, dan menekankan Al-Azhar tidak boleh menerima penghinaan terhadap para sahabat Nabi SAW.
Juru bicara Al-Azhar Asy-Syarif, Muhammad At-Thahthawi dalam menolak penghinaan terhadap sahabat Nabi Saw, berkata: "Al-Azhar tidak boleh menerima penghinaan terhadap sahabat Rasulullah SAW, termasuk terhadap isteri-isterinya."
Juru bicara Al-Azhar ini menurut surat khabar Al-Syarq Al-Awsath dengan tegas menyeru agar Iran menghentikan siri tersebut kerana ia boleh memnjadikan ketegangan negara bersekutu.
Sementara itu, Dr. Muhammad Uthman, ahli dari Lembaga Penyelidikan Islam Al-Azhar (Majma Al-Buhuts Al-Islamiyah) menegaskan bahawa umat Islam diperintahkan untuk menghormati para sahabat Rasulullah SAW kerana para sahabat itulah perantara antara kita (umat Islam) dengan Nabi Muhammad Saw.
Sedangkan Syaikh Mahmud Ansyur, yang merupakan bekas anggota Lembaga Penyelidikan Islam Al-Azhar menyatakan bahawa sejak dahulu Al-Azhar menolak untuk memvisualisasikan para nabi, termasuk sahabat nabi Muhammad Saw dan haram hukumnya melakukan hal tersebut.
Sebelumnya ulama sunni Iran telah mengeluarkan fatwa Haram menonton siri TV yang sedang dimainkan di Iran yang bercerita tentang seorang pemimpin Syiah yang menyiapkan gerakan di kota Kufah pada tahun 686 M, untuk membalas kematian Imam Hussein.
Siri bertajuk "Mokhtar Nameh" (Pesan dari Mokhtar) menunjukkan bagaimana kaum Syi'ah selalu dianiaya dan teraniaya sepanjang sejarah dan bagaimana penderitaan kaum tertindas yang sering dihantui oleh para penindas.
Pemberontakan dilaporkan bermula pada tahun 686 Masihi dari Kufah, dan tokoh dalam siri TV ini yang bernama Mokhtar berada di penjara ketika pertempuran Karbala berlangsung. Ketika Mokhtar mengetahui tentang apa yang berlaku dalam pertempuran Karbala, ia berangkat untuk membalas kematian Imam Hussein.
Al-Mokhtar dilaporkan menangkap sejumlah orang yang diduga membunuh Imam Hussein dan rakan-rakannya dalam tragedi Karbala.
Pemimpin Muslim Sunni di wilayah Sistan-Baluchistan Molawi Abdul-Hamid berkata, "Pemimpin Syiah Ali Khamenei baru-baru ini mengeluarkan fatwa yang melarang menghina simbol dan kesucian Sunni Muslim, namun radio dan instansi televisyen di Iran, yang pimpinannya diangkat oleh pemimpin tertinggi Syiah, telah mengabaikan Fatwa tersebut. "
"Bagaimana kami boleh mengharapkan agensi kerajaan mentaati fatwa itu," tambahnya, meminta akan dihentikannya penyiaran filem tersebut kerana kandungan isinya yang katanya menghina para sahabat Nabi Muhammad, termasuk Abdullah Ibnu Zubair. (Fq / imo / aby)

anak mubarak menganggap Tantawi dan Omar Sulaiman penghalang kekuasaannya

http://media.almasryalyoum.me/sites/default/files/imagecache/highslide_zoom/photo/2010/05/29/229/32.jpg
anak mubarak mengeluarkan kenyataan, bahawa Ulamak terkenal Tantawi dan Omar Sulaiman adalah penghalang kepadanya untuk menjadi pemerintah mesir.
mubarak menganggap hanya anaknya sahaja yang layak  menggantikannya dalam memimpin masa depan mesir, mubarak juga berpendapat kekuatan mesir sekarang terletak ditangan tentera bukan lagi di pihak plis.
تنشر «المصرى اليوم» 4 وثائق جديدة أتاحها موقع ويكيليكس، تتناول الأوضاع فى مصر وحديث التوريث والانتخابات البرلمانية وخريطة القوى السياسية على الساحة المصرية. وكشفت الوثائق أن جمال مبارك اعتبر أن المشير محمد حسين طنطاوى واللواء عمر سليمان «عقبة تهدد طموحاته لتولى منصب الرئاسة».
وقالت الوثائق إن الدكتور على الدين هلال، أمين الإعلام فى الحزب الحاكم، قال إن الجيش المصرى والأجهزة الأمنية ستضمن انتقالاً سلساً للسلطة حتى لو لرئيس مدنى. واعتبر هلال أن الرسالة الأهم التى يجب أن ينظر إليها هى أن الجيش هو المركز الحقيقى للقوة فى مصر، وأنه لا يعارض أن يتولى شخص مدنى الرئاسة مع إقراره بأن المؤسسة العسكرية مهتمة بالحفاظ على مصالحها. ووصفت الوثائق الرئيس مبارك بـ«المسن»، فى حين اعتبرت عمر سليمان «المرعب»، ونظيف «الرجل الذى يفتقد الحس العام». وقالت إن الساحة المصرية تعانى حالة من الفراغ، وأن جمال مبارك لم يرتق بعد لمرحلة الحكم، مشيرة إلى أن الاسم الأكثر تداولاً بعد جمال مبارك هو عمرو موسى، الأمين العام لجامعة الدول العربية

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.
Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.
Sebagaimana dikatakan seorang penyair:
إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد
“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.
Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.
Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.
Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.
Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.
Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”
(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).
Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).
Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

Ibnu Qutaibah, Akibat Makan Pedas

Ibnu Qutaibah adalah seorang ulama besar, sasterawan dan ahli hadis besar yang mencapai tingkat al-Hafiz . Karangannya banyak dan sangat bermutu. Para ahli ilmu mengatakan bahawa sesiapa yang tidak menyimpan sebahagian dari karangan Ibnu Qutaibah di rumahnya, dia rugi atau tidak lengkap pengetahuannya.
Akibat Makan Pedas
Diceritakan bahawa pada suatu hari Ibnu Qutaibah melihat harisah yakni sejenis makanan yang dibuat daripada campuran tepung dan daging yang ditumbuk halus-halus dan dicampur dengan berbagai rempah ratus termasuk cili padi. Mungin baunya sangat wangi dan sedap. Tanpa menunggu lama, beliau menghidu makanan itu dan terus dimakannya. Ternyata terlalu sangat pedas.
Serta merta beliau mengadu kepedasan dan memekik kuat-kuat kerana mulut dan tekaknya terasa panas disebabkan terlalu pedas. Bahkan makanan tersebut sudah masuk ke dalam perutnya. Kerana terlalu pedasnya, beliau pengsan sehingga masuk waktu zuhur dan baru sedar setelah beberapa lama kemudian. Sejak sedar dari pengsannya, beliau tidak henti-hentinya menyebut:
“Asyhadu alla ilaha illallah, Asyhadu alla ilaha illallah...”
Beliau terus menyebut sehingga wafat pada waktu menjelang subuh dalam bulan Rejab tahun 276H. Radiallahu anh.
Dikutip dari:
Ensiklopedia Para Wali

Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam, Doktor Yang Menjadi Ulama'

Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam ialah salah seorang ulama' ahli sunnah di Mesir. Beliau lahir di kota Iskandariah, Mesir pada awal bulan Zulkaedah tahun 1371 H atau 26 Julai 1952. Nama penuhnya Muhammad bin Ahmad bin Ismail bin Mustafa al-Muqaddam.
Beliau ialah seorang pemegang ijazah dalam bidang perubatan dan bedah dari fakulti perubatan Universiti Iskandariah, diploma kesihatan kejiwaan (baca: psikologi) dari Ma’had ‘Ali li al-Shihah al-‘Ammah, Universiti Iskandariah. Di samping itu beliau juga menyandang gelar Lc dalam bidang hukum Islamdari Universiti al-Azhar. Beliau juga salah seorang anggota Jum’iyyah Al-‘Alamiyyah al-Islamiyyah li al-Shihhah al Nafsiyyah (Organisasi Dunia Islam untuk Kesihatan Jiwa).
Beliau bergabung dengan Jamaah Ansar al-Sunnah (sebuah organisasi ahli sunnah yang berpusat di Mesir) di Iskandariyyah sejak tahun 1965. Beliau mulai menjadi penyebar dakwah ahli sunnah salafiyyah sejak tahun 1972. Pada tahun 1977 di Iskandariah beliau mendirikan sekolah al Salafiyyah. Beliau memberikan kajian ilmiah di berbagai propinsi di Mesir di samping beberapa negara Arab, Eropah dan USA.
Guru-gurunya
Di antara guru beliau dari kalangan ulama Jamaah Ansar Sunnah ialah Syeikh Muhammad Sahnun, Syahin Kasyif Abu Ras dan Abdul Aziz bin Rasyid al Najdi. Sedangkan guru-guru beliau ketika belajar di Azhar di antaranya ialah Syeikh Ismail Hamdi, Mahmud Ied, Shubhi al Khasysyab dan lain-lain.
Ijazah umum (hadis): Syeikh al-Muhadis Badi’udin Syah Ar-Rasyidi As-Sindi, Syeikh Muhammad Al-Hasan Ad-Dadu Asy-Syinqiti dan Syeikh Abdullah bin Shalih Al-Ubaid.
Di antara ulama yang beliau mendapatkan kehormatan sehingga dapat bertemu atau duduk di majlis kajiannya ialah Syeikh Abdur Razaq Afifi, Abdullah bin Humaid, Ibnu Baz, Muhammad Nasiruddin al-Albani, Hammad bin Muhammad al Anshari, Abdullah bin Quud, Ibnu Utsaimin, Abdullah bin Muhammad al Ghunaiman, Abdullah bin Jibrin, Abu Bakr al Jazairi, Rabi bin Hadi al Madkhali, Muqbil bin Hadi al Wadii, Sayyid Sabiq, Dr Mushthofa Hilmi, Muhammad Rasyad Salim dan Rasyad Ghanim.
Karya-karyanya
Di antara buku-buku karya beliau ialah Tamamul Minnah bil Radd ‘ala A’dais Sunnah (nikmat yang sempurna sebagai bantahan bagi para musuh sunnah Nabi), Adillah Tahrim Halqi al-Lihyah (dalil-dalil tentang haramnya mencukur habis janggut), Adillah Tahrim Mushafahat al Ajnabiyyah (dalil-dalil tentang haramnya berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram), ‘Uluww Himmah (Obsesi yang tinggi), Bid’ah Taqsim ad Din ila Qasyrin wa Lubbin (bid’ahnya pembahagian agama menjadi kulit dan isi/substansi agama), Khid’ah Harmajidun (tipuan perang Armagedon) dan seri Audatul Hijah (kembalinya hijab) yang terdiri dari tiga jilid, jilid pertama berjudul Ma’rakah al-Hijab wa al-Sufur (Konflik antara berpurdah atau tidak), jilid kedua berjudul al-Mar’ah baina Takrim al Islam wa Ihanah al-Jahiliyyah (perempuan antara pemuliaan Islam dan penghinaan jahiliyyah) dan jilid ketiga berjudul Adillah al-Hijab (dalil-dalil wajibnya purdah).
Di antara buku karya beliau yang telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia ialah berjudul The Power of Idea: Meraih Cita-cita dengan SemangatMembara terbitan Robbani Press.
Beliau juga memiliki kurang lebih 1500 kaset rakaman kajian-kajian rutin beliau di beberapa masjid di kota Iskandariah.
Di antara kajian beliau adalah tentang tafsir al-Quran. Di forum ini beliau mengkaji dua kitab tafsir yaitu Mahasin al-Ta’wil karya al-Qasimi dan Adwaul Bayan karya Syinqiti, fiqh dengan mengkaji kitab Manar al-Sabil (sebuah buku fiqh mazhab Hambali), kajian akidah dengan membahas seri al-Aqidah fi Dhou’ al-Quran wa al-Sunnah karya Dr Umar al-Asyqar.