"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, February 8, 2011

Media Dakwah Islamiah


MKKK (Majlis Kebajikan Keluarga Kedah) Mesir, telah maju setapak ke hadapan setelah menjadikan teknologi terkini sebagai platform untuk meneruskan dakwah Islam.
Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir sebagai penaung Al-Muttaqin TV ini, merasakan perlu dengan harapan untuk mengenengahkan beberapa ramai pelapis ulama’ serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu.
Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat dan diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.
Al-Muttaqin TV ditubuhkan pada 8 Jamadil Awwal 1429 H bersamaan 14 Mei 2008 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abd Razak, Menteri Besar Kedah pada 29 Mei 2008.
Antara 3 objektif utama penubuhan adalah untuk melahirkan Ulama yang berkemahiran dan menggabungkan di antara wahyu dan akal untuk menzahirkan kehebatan Islam serta memberikan ilmu kepada seluruh manusia di dunia dengan manhaj al-Azhar.
Jom kita tambah ilmu disana, walau tidak banyak yang kita dapat, sekurangnya kita boleh beramal untuk diri sendiri dan orang terdekat.
http://www.almuttaqin.tv/index.php

No comments: