"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, July 20, 2011

4 Perkara yang memusnahkan agama Allah SWT


http://murabbiy.com/wp-content/uploads/2011/05/titi.jpg
Gambar hanya hiasan sahaja.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata :
1- Kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui.
2- Kamu mengamalkan apa yang kamu tidak ketahui.
3- Kamu tidak mempelajari apa yang kamu tidak ketahui, sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya.
4- Kamu melarang manusia mempelajari apa yang manusia tidak ketahui.
Kitab Wasiat & Nasihat Kerohanian, Fathu Rabbani. m/s : 64.

Makanan Ahli Syurga Berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis

http://img121.imageshack.us/img121/7523/thewaytotheheaven.jpg
Dalil Al-Quran
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”
(Al-Mursalat : 41-43)
Penduduk syurga akan mendapat makanan dan minuman tanpa sebarang kesusahan. Rezeki akan datang sedang mereka duduk-duduk saja. Firman Allah bermaksud :
“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!, “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”, maka tinggalaah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!”
(Al-Haqqah : 19-24)
“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk, Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.”
(Al- Insan : 11-14)

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, ada ahli tafsir berpendapat bahawa kalau penghuni syurga itu berdiri, maka cabang pohon yang berbuah itu ikut meninggi bersama mereka. Apabila mereka duduk, maka cabang pohon itu ikut turun sehingga mereka dapat memetiknya dengan mudah. Apabila mereka berbaring, maka cabang pohon buah-buahan itu ikut turun setinggi tempat tidur mereka.
Qatadah berkata bahawa tangan-tangan mereka tidak akan terhalang atau terkena duri bila memetik buah-buahan tersebut. Ahli syurga tersebut tidak akan merasa kesukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendakki, firman Allah Taala maksudnya:
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”
(Al-Waqiah : 27-33)

Hadith Rasulullah SAW
Para penghuni syurga itu masing-masing mempunyai pelayan-pelayan yang tidak pernah berubah kerana perjalanan masa. Walaupun telah bertahun-tahun mereka hidup di syurga, mereka tetap muda dan bercahaya seperti mutiara yang bertaburan. Para pelayan itu berjalan-jalan mengelilingi penghuni syurga sambil membawa gelas-gelas perak berisi air, susu, arak atau madu yang berasal dari sungai-sungai yang sangat bersih dalam syurga
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Para penghuni syurga itu makan dan minum, tetapi mereka tidak membuang air besar, tidak membuang hingus dan juga tidak kencing. Makanan mereka keluar berupa misik. Mereka bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka bernafas”
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apakah kauthar? Baginda menjawab; Kauthar adalah sungai kurniaan Allah dalam syurga. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Di situ ada burung yang lehernya seperti leher kambing. Umar berkata; ini benar-benar nikmat!. Baginda bersabda : “Memakannya lebih nikmat dan lebih lazat dari kambing biasa”.
(Riwayat Tarmizi)

Bisikan syahadah di Ringlet

http://dc302.4shared.com/img/6be9hQWA/s7/0.32450661124055313/1-9-201110-54-31PM.png
Aku mengerling ke arah jam di pergelangan ta­ngan. Pukul 6.00 petang. Hari tampak makin kelam, siang kian berangkat per­gi. Kujeling Auzan yang begitu fokus me­mandu. Saiful di kerusi belakang asyik memerhati gunung-ganang yang meng­gamit pandangan. Rabbani dan Rahman pula kelihatan begitu letih. Keadaan di Kuala Lumpur amat sesak, serasa per­jalanan ke Cameron Highland ini begitu memenatkan.
 
Inilah kah pertama aku mendaki ka­wasan yang cukup dingin ini. Bayu yang mengelus memang menyegarkan, amat mendamaikan. Namun singgahanku ini bukanlah sekadar liburan, tetapi kupunya satu misi agung. Menglslamkan Amar Thapa. Akalku segera mengenang apabila lelaki Nepal itu menghubungiku Jumaat yang sudah. Dia menyatakan ke­inginan untuk memeluk Islam. Katanya dia kini bekerj a di Cameron Highland.
 
Cameron Highland? Letaknya jauh beratus batu. Sedangkan harga petrol naik mendadak. Lamunanku terhenti. Kereta yang berselisih membunyikan hon. Di batu penanda tertera jelas jarak menuju Ring­let tinggal lagi 20 kilometer. Aku menge­luh panjang. Hujung minggu sebegini sewajarnya aku luangkan bersama fami­li. Inilah detik rehatku yang paling tepat. Selaku aktivis, waktu kerjaku bukan ha­nya sembilan pagi hingga enam petang. Adakalanya hingga larut malam. Silap-si­lap, bermalam di pejabat atau mungkin di merata-rata tempat.
 
Berjalan ke sini sana seakan-akan jadi suatu rutin. Termasuk apa yang aku alami sekarang, berjaulah beratus kilo­meter ke kawasan pedalaman — demi menglslamkan Amar! Entah-entah, Am­ar ini masih ragu-ragu, lalu tiba-tiba dia enggan memeluk Islam. Buang masa sa­ja!
 
Astaghfirullah, cepat-cepatku beris­tighfar. Ah! Lelaki itu cukup bernilai; wa­lau hanya dia seorang. PengIslamannya adalah satu rahmat. Namun, seandain­ya dia menolak Islam, itu dikira sebagai suatu muhasabah. Allah Ta'ala Maha Penentu. Kira buat kerja kita, selebihnya serah pada Tuhan. Hanya Allah Ta’ala  yang berkuasa memberi petunjuk, se­dangkan kita hanya menunjuk ajar. Usah riak dan angkuh, seakan-akan kita yang melempar hidayah. Cukup hanya kita pimpin sedaya mampu, lalu kita bergan­tung pada Rabb.
 
Ya Allah! Bukakanlah pintu hati Am­ar agar dia menerima Islam.
 
Pertemuan
 
Telefon bimbit kucapai, langsung tujuh digit didail. Amar cepat-cepat men­jawab. Suaranya ceria. Mungkin sudah ti­dak mampu membendung sabar.
 
"Saya ada di depan Bank CIMB, kita jumpa di sana,"ujarnya.
 
Wira meluncur laju. Auzan sibuk mencari tapak parkir yang sesuai. Sang­kaanku tentang pekan Ringlet benar­ benar meleset. Tercetus di minda; kawasan ini kampung yang tidak mem­bangun, desa yang mundur. Telahanku salah. Walaupun tidak begitu pesat, ban­dar ini tetap meriah. Cuacanya pula agak sederhana, tidak terlalu sejuk. Mungkin tidak sesejuk Tanah Rata yang mendekati puncak.
 
Kedengaran jelas suara masyarakat Cina berpadu mengiramakan koir di se­buah dewan agama. Kereta diletak ber­hampiran. Aku turun terlebih dahulu, langsung berseloroh, "Antum turun seka­li ya. Takutlah ana kena culik ke nanti."
 
Sambil menapak perlahan, aku ter­tinjau-tinjau. Bagaimana agaknya rupa Amar? Kata Saiful, bangsa Nepal ini war­na kulitnya cerah dan bermata sepet.
 
Ada tiga kelibat berseluar ala mili­tari, lagaknya seperti menanti seseorang. Dua daripadanya macam sebangsa, manakala seorang lagi kulitnya sedikit gelap persis orang India. Sengaja kudail nombor Amar, ingin menduga apakah dia salah seorang dari mereka.
 
Tangannya giat menyeluk poker mencapai telefon. Sah, pemuda tinggi kurus itu ialah Amar! Aku menghampiri mereka. Masing-masing tersenyum leb­ar. Tangan dihulur, hangar terasa. Moga pertemuan kah pertama ini mencipta se­jarah penglslamanmu Amar! Empat yang lain turut bersalam  keras. Lalu mereka bertiga kuajak  duduk di kedai makan yang berdekatan.
 
Sambil berjalan, kubuka kantung mesej selular. Mesej ringkas dari Pak­cik Muhammad dibaca berulang ka­li. "Terangkan rukun Islam kepada dia, fahamkan dia makna dua kalimah sya­hadah yang akan dia ucapkan. Jika dia mahu, maka terima syahadahnya. Kalau boleh biar ada orang Islam di sana yang saksikan dan temankan dia untuk buat pendaftaran di Jabatan Agama Islam Pa­hang."
 
Proses yang pertama bagiku agak mudah. Cukup sekadar menerangkan perkara-perkara asas kepercayaan Islam. Namun tindakan susulan itu yang agak merisaukan. Rasanya agak sukar mengenal pasti orang Islam yang sudi me­nolong. Tidak ramai orang Melayu yang sanggup untuk membantu dalam hal se­begini, apalagi Amar ialah rakyat asing. Komuniti Muslim di sini juga tidak begi­tu besar. Dari mana agaknya pertolongan itu akan datang?
 
Allah Ta'ala. Aku ada Tuhan di sisi. Bantuan dari Tuhan pasti akan datang mengiringi.
 
Tidak mengapa, urusan teknikal itu biar diketepikan dulu. Paling penting, akidah pemuda ini mesti diluruskan.
 
Gemetar
 
"Saya. Shob Bahadur, dan ini Joy Dass dari Bangladesh." Pemuda bertu­buh tegap itu memperkenalkan diri. Joy tersipu-sipu malu. Bahasa Melayu Shob agak pelat, tapi masih boleh difahami. Dia duduk bertentang dengan Amar yang sedari tadi tunduk. Mungkin rasa takut membalut hati. Bertukar agama bukan­lah perkara main-main. Ini melibatkan hidup dan mati!
 
Aku turut rasa gentar. Inilah penga­laman sulungku mensyahadahkan bakal saudara baru. Jantung berdetak kencang. Auzan, Saiful dan Rahman memandang tepat ke arahku. Suasana senyap sunyi. Rabbani pula gigih mencari syot yang menarik untuk dirakam. Syukurilllah, ke­hadiran mereka berempat benar-benar menguatkan keyakinanku.
 
Aku mendehem, langsung mem­buka bicara; "Baiklah, saya dengan Amar ingin memeluk Islam. Shob pun bermi­nat juga ke?" Sengaja ku senyum ramah, ingin meleraikan tembok yang masih meninggi di antara kami. Amar dan Shob  mengangguk   mengangguk serentak.  
 
Aku menambah ringkas, "Joy pula?". Joy hanya tersengih, Shob membalas bahasa nada berbisik. "Joy tak berminat.  Lagipun dia amat susah untuk meneri­ma Islam setelah diceritakan .  Rupanya bukan satu, tapi ada dua pemuda berharga yang jiwanya sedang terbuka luas.  Sementara pemuda yang ketiga masih   hatinya masih tertutup rapat.
 
Moga-moga Allah Ta'ala menerangi  kalbumu  dengan nun Iman, Joy!        
 
"Jadi boleh saya tahu kenapa Amar dan Shob ingin memeluk Islam."   Soalan ini sengaja ku Tanya, demi menduga apakah sebab mereka ingin menganut agama Tauhid ini.  Lalu Amar menjawab tersekat sekat, “Kami ingin masuk Islam sejak berada di Nepal, tapi disana agak susah. Sebab orang Islam sangat sedikit.  Jadi, kami mahu ambil peluang  di Malaysia untuk masuk Islam.” Shob mengiayak jawapan Amar.
Syukur  dan hamdallah bersatu. Rupa rupanya hasrat memeluk Islam sudah lama berbuah dijiwa Amar dan Shob. Cuma perlu diserikan dengan didikan agar buahnya ranum dan harum.  Lalu dengan izin Allah Azzawajalla, buah itu boleh dipetik, menyerikan lagi taman taman orang yang beriman.  Semuga niat kudus itu tetap mekar mewangi, hingga hela nafas yang terakhir.
 
Menyakinkan keinginan Amar dan SHob yang membuak buak, aku mula bersyarah khutbah syahadah.  Tidak panjang, cukuplah hanya  menjelaskan pokok ajaran Islam.  “Apa yang membezakan Islam dengan agama lain ialah konsep ketuhanan. Di dalam Islam, kami hanya percaya dan yakin  akan kewujudan satu Tuhan, iaitu Allah Ta’ala.  Segala apa yang kami lakukan di bumi ini hanyalah untuk Allah Ta’alla, sebagai Pencipta manusia dan juga alam semesta.
 
Amar dan Syob menyengguk. Joy sekadar memerhati dari jauh.
 
“Selain itu, kami juga percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad Solallahu ‘alaihi wassalam ialah pesuruh Allah Ta’alla. Dia merupakan Nabi Allah Ta’alla.  AKu berhenti disitu. Berehat sejenak selepas intipati syahadah di rungkai secara ringkas.
 
“Amar dan Syob faham?” Sengaja ku panggil nama mereka sebagai ganti nama, agar  keadaan jadi lebih mesra.  Kesuraman ini mesti dilenyapkan.
 
Amar dan Syob lalu berbual dalam bahasa yang tak ku fahami.  Mungkin keduanya berbincang tentang apa yang aku katakana tadi.  Joy pula sibuk bertanya Rahman: sambil merujuk pada terjemahan Al-Quran Bahasa Inggeris yang turut dibawa bersama.  Kebetulan, beberapa naskah kitab yang dibawa RAbbani amat  membantu sebagai bahan rujukan dan sokongan.
 
Tiba tiba Syob menjawab “Saya faham, dia tak fahamlah” Sambil sedikit mendongak kea rah Amar.  “Dia susaha faham Bahasa Melayu, kena cakap perlahan lahan.
 
Baru ku tahu; Shob pandai berbahasa  Melayu tetapi tidak mampu berbahasa Inggeris. Amar pula mampu berbahasa Inggeris, namun sukar memahami Bahasa Melayu.  Sedangkan Joy gagal menguasai kedua dua bahasa, hanya faham sikit sikit lantyaran hijrahnya ke tanah air amat mutakhir. AKu tersenyum sendiri atau mungkin kalamku terlalu cepat!
 
Lalu ku sampaikan penerangan secara dwibahasa: selepasku bebbahasa Melayu, aku terjemahkan dalam Bahasa Inggeris bagai meraikan kedua dua lelaki ini. Kefaham Amar dan Shob nampaknya makin jelas.  Tapi dari riak paras mereka, tampaknya seolah olah mereka menyembunyikan seuatu. Ada yang benda yang membuku dnamun tidak mahu diluahkan.
 
Seraya aku menambah, “Islam agama yang mudah. Pengamalan Islam boleh dilaksanakan secvara berperingkat.  Seperti solat.  Saudara baru seperti kalian sudah pasti tidak mahir bersolat. Maka, kalian tidak wajib bersolat sehingga Amar dan Shob tahu bagaimana untuk bersolat.  Begitu juga membaca al-Quran serta lain lain ibadah yang wajib dilakukan.” Kuucapkan panjang lebar.
 
Auzan lantas menambah, “Paling penting, hati kita semua. Jika kita betul betul ikhlas ingin menganut Islam, maka kita belajar perlahan lahan.  Solat dan puasda itu wajib kalian lakukan kelak, tapi pastikan kalian terlebih dahulu memahami dan menghadami ajaran Islam yang suci.” The ‘O’ suam yang masih bersisa dalam gelas diteguknya penuh berhati hati.
 
Amar, Shob dan Joy mengangguk la­gi.
 
Aku mula memancing perlahan-la­han, 'Asalkan Amar dan Shob percaya dan yakin bahawa Tuhan itu satu, dan Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi was­salam itu pesuruh Allah Wala, maka ka­lian sudah meyakini Islam itu agama yang benar. Tentang solar, tadarus Al­Quran dan puasa, itu bisa dipelajari ke­mudian. Perlahan-lahan, sampai kalian menguasai ilmu-ilmu itu."
 
Semua diam. Hampir lima belas minit azan Maghrib sudah berkuman­dang di corong radio. Diikuti alunan ira­ma nasyid kontemporari. Lalu kini Mulan Jameela mendendangkan lagu'Makhluk Tuhan Paling Seksi'. Tidak. Bagiku, da­kwah sedikit rumit untuk berlangsung dalam bi'ah sebegini. Langsung kudekati pekerja kedai itu dan memohon izin un­tuk mengubah saluran.
 
Cepat-cepat dia mematikan radio. Sungguh, dia amat memahami. Moga Al­lah Azzawajalla membalas jasa murnin­ya!
 
Amar mengangkat wajah, mengaju­kan soalan, "Bagaimana untuk jadi Mus­lim yang baik?"
 
Maha Suci Allah, pemuda ini begi­tu tulus! Dia bukan hanya mahu menga­nut Islam semata-mata, seperti majori­ti Muslim serata benua. Tetapi dia ingin menjadi Muslim yang soleh. Pertanyaan­nya menampar hatiku. Sepanjang 23 ta­hun dihidupkan di muka bumi Tuhan, ja­rang sekali aku menyoalku diriku sendiri; apakah aku sendiri Muslim yang benar­ benar bertakwa? Mukmin yang selay­aknya dijanjikan rahmat dan maghfirah dari Tuhan.
 
Ya Allah, dari-Mu aku datang dan pada-Mu aku pasti kembali.
 
Aku mencari jawapan serata benak. "Untuk jadi Muslim yang baik, perta­manya perlu meyakini keesaan Allah Wala sebagai Rabb sekalian alam. Juga yakin bahawa Nabi Muhamad Solallahu 'alaihi wassalam. Seterusnya mengimani rukun-rukun iman yakni yakin dengan wujudnya malaikat, nabi-nabi Allah Az­zawajalla, kitab-kitab Tuhan, hari kiamat Juga qada! dan kadar. Semua itu akan di­pelajari nanti. " Sengaja kutenangkan hati mereka dengan ayat penutup ini.
 
"Selain itu, kita mesti lakukan pa­da yang disuruh oleh Allah  Ta’ala. Ru­kun Islam yang lima wajib dipatuhi. Sya­hadah yang akan saya ajar sebentar lagi, bersolat fardhu, puasa dalam masa sebulan." Dua lagi rukun tidakku tekank­an sepenuhnya. Khuatir Amar  dan Shob jadi makin keliru. Proses tarbiah sepat­utnya berjalan secara berperingkat. Sirah Nabawiyah sudah membuktikan!
 
Satu soalan yang sudah kuduga ter­pacul dari bibir nipis Shob, "Tentang 'potong', untuk masuk Islam memang terus kena 'potong' ke?" Rabbani  dan Saiful serentak tersenyum manis. Rahman terpinga-pinga. Aku turut tersengih. Selama ini aku hanya menadah telinga dari para penceramah yang mengkisah­kan bahawa berkhatan ialah antara punca yang menghalang cita cita untuk di­Islamkan. Lazimnya isu ini jadi bahan lawak bagi menggamatkan suasana ku­liah, dan jarang sekali untuk kita fikirkan sungguh-sungguh. Kalaulah kita berada di tempat mereka.
 
Kujejak balasan yang sarat hikmah. "Bila Amar dan Shob betul-betul berse­dia untuk 'potong, maka 'potong'lah. Jika masih belum bersedia untuk di'potong', tak bermakna kalian bukan Muslim yang baik. Fahami isi ajaran Islam dahulu, itu jauh lebih utama.  “ Lirik mataku dan Shob berlaga sejeda. Dapatku baca riak kelegaan di wajahnya. Langsung Auzan memperincikan kaedah berkhatan ber­serta sebab disyariatkan amalan ini. Iba­dah yang sekian lama wujud, hatta sebe­lum era kenabian Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam.
Rujukan :
http://grenbara.bravejournal.com/entry/27172

3 Perkara yang menjadi tunjang hati orang mukmin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizIdxcVNTBRGnpe0-XxMP8j_LEqHeLqxqR8gDUK6-hqW1v9DWiJvu4kMa0Np3YTCqXPW82TyQSaD8QPP4xFVZk0WeMwHboiAPXsJhr1l_rLkz5O6cRhBhyH1DRtBRCfBHFKUSVgo9IOTo/s400/islamic+caliography+(25).jpg
ثلاث لا يغل عليهن قلب مؤمن : إخلاص العمل، ومناصحة ولاة الأمر، ولزوم
جماعة المسلمين فإن دعوتهم تحيط من ورائهم "
3 Perkara yang sepatutnya membaluti hati-hati orang mukmin:

1- Ikhlas dalam beramal.

2- Menasihati pemerintah.
3- Setia kepada jemaah Islam kerana segala permintaan mereka dimakbulkan.
[رواه أصحاب السنن وغيرهم بطرق كثيرة وألفاظ مختلفة ]
http://www.neqashalhb.com/showthread.php?t=8933