"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, January 28, 2011

Dunia Dubai sedang tenggelam

DUBAI (Alarabiya.net) – (beritaislamglobal.blogspot.com - English version here)
Gugusan pulau-buatan manusia “The World” di luar pantai Dubai sedang tenggelam, menurut laporan sebuah akhbar harian di Kanada.
"The World" yang merupakan pembinaan pulau-pulau berbentuk peta dunia, sedang tenggelam semula ke laut, menurut bukti yang dikemukakan kepada tribunal hartanah, lapor Ottawa Citizen, Jumaat.
Pulau-pulau yang hanya boleh dikunjungi dengan bot itu, sedang mengalami hakisan tanah sementara terusan navigasi antara pulau-pulau itu pula sedang mendap, kata peguam Britain yang mewakili sebuah syarikat menentang syarikat pemaju tempatan, Nakheel, kepada para hakim. ''Pulau-pulau itu sedang mendap ke laut,'' kata Richard Wilmot-Smith QC, bagi pihak Penguin Marine.
Menurut Nakheel, 70 peratus daripada 300 pulau di The World telah dijual, tetapi kebanyakan pelan pembangunan sehingga kini gagal dicapai berikutan krisis kewangan yang melanda dunia. Hanya sebuah pulau sahaja – Greenland - yang setakat ini didiami, dan itulah pulau contoh yang dimiliki pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum.
Syarikat tersebut adalah sebahagian dari Dubai World, iaitu konglomerat milik kerajaan yang terpaksa diselamatkan kerana menanggung hutang sebanyak $25 billion pada akhir tahun 2009.
Nakheel juga terlibat dalam pembangunan tanah berbentuk pokok kurma (gambar bawah) di luar pantai Dubai.
Beberapa villa di Palm Jumeirah, satu-satunya projek yang hampir siap, telah diberi kepada pemain-pemain bolasepak atau dibeli oleh bintang bolasepak terkenal, termasuklah bekas bintang England David Beckham dan Michael Owen, kata www.watoday.com.au.
Dan menurut Ottawa Citizen, terdapat khabar angin yang mengatakan pasangan Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie turut bercadang membeli projek pulau Ethiopia dalam “The World”.
Para pelabur yang telah membeli pulau-pulau tersebut memang terbukti tidak mahu atau tidak mampu lagi membiayai kerja-kerja selanjutnya selepas harga hartanah di Dubai menurun sehingga separuh.
John O'Dolan (gambar bawah), pemilik syarikat yang membeli pulau Ireland dengan harga $38.5 juta, telah membunuh diri, sementara Safi Qurashi, yang membeli Britain dengan harga $69 juta, dipenjarakan di Dubai kerana dituduh mengeluarkan cek tendang, kata watoday.com.au.
Penguin Marine, yang membeli hak untuk menyediakan pengangkutan bot ke pulau-pulau berkenaan, sedang berusaha untuk keluar dari kontrak melibatkan pembayaran yuran tahunan sekitar $1.6 juta kepada Nakheel.

Meniru perbuatan orang kafir dan fasiq adalah HARAM

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSj7aq4EeFhlepgQGc33efAbt1xnLn9_0XgXihT1mbS61Cnp4uMSw
Remaja bertindik selain anggota telinga, bertatu bertentangan dengan tatasusila Muslim
HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.
Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.
Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”
Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.
Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.
Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islamtetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).
Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.
Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.
Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.
Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan.
Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim.
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.
Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.
Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).
Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari.
Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.
BERTINDIK  anggota badan selain telinga haram kerana perbuatan itu meniru orang kafir dan memudaratkan kesihatan.
BERTINDIK anggota badan selain telinga haram kerana perbuatan itu meniru orang kafir dan memudaratkan kesihatan.

Satu Renungan untuk fahaman Atheist(Nasthik)




Kepada Ulamak Malaysia yang hidup dalam kesenangan haruslah faham, bahawa tugas mereka tentang dakwah kepada Allah SWT belum sampai ke penghujung matlamat, walau ustaz-ustaz dan ustazah semua sudah berpencen, ketahuilah anda akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT untuk berdakwah kepada masyarakat supaya mengenal dan mendekati Allah SWT selagi ustaz-ustaz semua masih bernyawa.
Budaya  baca Al-Quran dan Solat berjemaah di masjid disaat-saat menghabiskan usia pencen amatlah bagus, untuk mereka yang berpencen  dan bercita-cita untuk memasuki Syurga keseorangan.
Fahaman ini adalah fahaman yang mementingkan diri sendiri dan ingin membolok Syurga seorang diri, sedangkan saranan Allah SWT dan Rasulullah SAW Syurga untuk semua bangsa dan warna kulit, malah Rasulullah amat berbangga umatnya memasuki Syurga secara berjamaah.
Oleh yang demikian kepada Ustaz-Ustaz dan Ulamak-Ulamak semua, janganlah tidur lena dengan gaji dan pangkat yang tinggi tetapi sedarlah kita semua akan merasai Azab Neraka Allah SWT sekiranya kita mendiamkan diri dan tidak berusaha siang dan malam untuk berdakwah kepada Allah SWT dengan mengorbankan harta dan masa serta bersungguh-sungguh menyebar Islam sebagaimana Rasulullah SAW telah lakukan.
Banyak YouTube dan Video yang perlu kita edit dan terjemahkan serta disebar secara percuma kepada umat Islam dan bukan umat Islam agar kita terlepas daripada azab Allah SWT serta kita sama-sama berdoa agar usaha kita mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Alangkah indahnya dunia ini dipenuhi dengan bacaan Al-Quran di seluruh pelusuk benua,               setiap bandaraya-bandaraya besar dipenuhi dengan insan yang mengejar Ilmu Allah SWT dengan penuh Ikhlas dan Tawaduk ( Merendahkan Diri Dihadapan Allah SWT).
Setiap tempat tiada lagi kecurian dan perbuatan maksiat.
Budaya syaitan tidak lagi mendapat tempat di TV dan Akhbar dunia, Setiap insan berbincang dalam perniagaan dan pelajaran serta politik semuanya menjuruskan kepada Keredhaan Allah SWT.
Lafaz Allah SWT dan Selawat kepada Rasulullah SAW sentiasa membasahi mulut-mulut manusia, disaat ini pasti Para Malaikat akan memayungi dunia ini dengan penuh keberkatan dan kerahmatan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Mereka yang melakukan dosa-dosa besar hanya perlu keputusan Allah SWT

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRxWQV6jgg9J4PDUuCfAJ81mmyFBbPrVkY_fCPBg8KcXOT-F5iyRQ
Kita meyakini bahwa seorang muslim tidak menjadi kafir kecuali jika keimanannya gugur karena syirik atau hal-hal lain yang dapat menguggurkan keimanan, dan bahwa seorang muslim tidak menjadi kafir karena melakukan dosa besar selain syirik kecuali ia menghalalkannya, dan bahwa para pelaku dosa besar keputusannya tergantung kehendak Allah, jika berkehendak Allah mengadzabnya dan jika berkehendak Allah mengampuninya.
Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman,
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisa’: 48, 116).
Orang-orang yang melakukan kemaksiatan selain syirik keputusannya tergantung kehendak Allah, jika berkehendak Allah mengadzabnya dan jika berkehendak Allah mengampuninya. Namun demikian mereka masih dalam koridor Islam. Ayat tadi tentunya berbicara tentang ampunan yang tidak melalui taubat, karena jika berbicara tentang ampunan yang melalui taubat, tentunya tidak akan membedakan antara dosa syirik dengan selainnya, sebab setiap dosa akan diampuni jika bertaubat.
Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, “Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.” (Al-Hujurat: 7).
Ayat ini membedakan antara kekufuran dan selainnya, yaitu kefasikan dan kemaksiatan (kedurhakaan).
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ.
“Mencela muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran.” (Muttafaq ‘Alaih). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membedakan antara kefasikan dan kekufuran, dengan demikian diketahui bahwa kemaksiatan itu berbeda-beda.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
شَفَاعَتِيْ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِيْ.
“Syafa’atku untuk para pelaku dosa besar dari umatku.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban).
Syafa’at beliau untuk mereka adalah bukti bahwa mereka masih tetap dalam lingkup keimanan.
Ketika turun ayat: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezhaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-An’am: 82), hal ini terasa berat dalam hati para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga mereka bertanya, “Siapa di antara kami yang tidak berbuat zhalim?” Lalu turunlah ayat, “Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar.” (Luqman: 13). (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari). Di sini jelas dibedakan antara kezhaliman dan syirik, beliau menjelaskan bahwa tidak semua kezhaliman berarti kesyirikan, akan tetapi kesyirikan itu merupakan kezhaliman yang paling besar.
Hukuman pun dibedakan tergantung kemaksiatan yang dilakukan. Syari’at yang suci telah menetapkan bahwa hukuman mencuri adalah potong tangan, hukuman zina adalah dijild (didera) atau dirajam (dilempari batu hingga mati), hukuman mabuk adalah dicambuk, hukuman murtad adalah dibunuh. Hal ini menunjukkan bahwa kemaksiatan itu berbeda-beda dan tidak dianggap sederajat.
Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman,
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera.” (An-Nur: 2).
Dalam ayat lain disebutkan, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Maidah: 38).
Dalam ayat lain disebutkan, “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-Nur: 4).
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ بَدَّلَ دِيْنَهُ فَاقْتُلُوْهُ.
“Barangsiapa yang mengganti agamanya (Islamnya) maka bunuhlah ia.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).
Beliau juga bersabda,
لاَ يَحِلُّ دَمُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: اَلنَّفْسِ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبِ الزَّانِي وَالتَّارِكِ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقِ لِلْجَمَاعَةِ.
“Tidaklah halal darah seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga hal: Jiwa dengan jiwa, orang tua yang berzina dan orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jama’ah.” (Muttafaq ‘Alaih).