"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, January 28, 2011

Satu Renungan untuk fahaman Atheist(Nasthik)




Kepada Ulamak Malaysia yang hidup dalam kesenangan haruslah faham, bahawa tugas mereka tentang dakwah kepada Allah SWT belum sampai ke penghujung matlamat, walau ustaz-ustaz dan ustazah semua sudah berpencen, ketahuilah anda akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT untuk berdakwah kepada masyarakat supaya mengenal dan mendekati Allah SWT selagi ustaz-ustaz semua masih bernyawa.
Budaya  baca Al-Quran dan Solat berjemaah di masjid disaat-saat menghabiskan usia pencen amatlah bagus, untuk mereka yang berpencen  dan bercita-cita untuk memasuki Syurga keseorangan.
Fahaman ini adalah fahaman yang mementingkan diri sendiri dan ingin membolok Syurga seorang diri, sedangkan saranan Allah SWT dan Rasulullah SAW Syurga untuk semua bangsa dan warna kulit, malah Rasulullah amat berbangga umatnya memasuki Syurga secara berjamaah.
Oleh yang demikian kepada Ustaz-Ustaz dan Ulamak-Ulamak semua, janganlah tidur lena dengan gaji dan pangkat yang tinggi tetapi sedarlah kita semua akan merasai Azab Neraka Allah SWT sekiranya kita mendiamkan diri dan tidak berusaha siang dan malam untuk berdakwah kepada Allah SWT dengan mengorbankan harta dan masa serta bersungguh-sungguh menyebar Islam sebagaimana Rasulullah SAW telah lakukan.
Banyak YouTube dan Video yang perlu kita edit dan terjemahkan serta disebar secara percuma kepada umat Islam dan bukan umat Islam agar kita terlepas daripada azab Allah SWT serta kita sama-sama berdoa agar usaha kita mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Alangkah indahnya dunia ini dipenuhi dengan bacaan Al-Quran di seluruh pelusuk benua,               setiap bandaraya-bandaraya besar dipenuhi dengan insan yang mengejar Ilmu Allah SWT dengan penuh Ikhlas dan Tawaduk ( Merendahkan Diri Dihadapan Allah SWT).
Setiap tempat tiada lagi kecurian dan perbuatan maksiat.
Budaya syaitan tidak lagi mendapat tempat di TV dan Akhbar dunia, Setiap insan berbincang dalam perniagaan dan pelajaran serta politik semuanya menjuruskan kepada Keredhaan Allah SWT.
Lafaz Allah SWT dan Selawat kepada Rasulullah SAW sentiasa membasahi mulut-mulut manusia, disaat ini pasti Para Malaikat akan memayungi dunia ini dengan penuh keberkatan dan kerahmatan. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: