http://www.youtube.com/watch?v=XaCwRod1yZA&feature=player_embedded
Zaman tidak lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w,
dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang
sebenar sudah jauh menyimpang dan terseleweng dari yang asal.
Dan
malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat
telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang
amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar
buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai
medium.
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik." (Hadis riwayat Ibnu Adi)
Saidina
Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan
kemunculan ulama suu' (ulama' jahat / ulama' dunia) dan ahli ibadah yang
jahil ini.
Amat
banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya
kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan
bersama.
1 - Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.
Apabila
sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang
agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan
benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik
akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA
panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith.
Mereka
akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya
orang-orang yang jahil sepertinya juga. Mereka tidak akan rasa bahawa
mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan
sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah
dengan syara'.
Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian
dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai
yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama,
banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang." (Hadith Riwayat Thabrani).
2 - Mudah mengutuk dan menghina ulama'.
Akibat
kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para
ulama' jika mereka mendengar suatu ucapan ulama' yang tidak memenuhi
selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama' itu menyebutkan sesuatu yang
berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil tidak
ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan
dirinya sendiri dan menyanggah ulama'.
Kita
bukan disuruh ta'asub kepada seseorang ulama', tetapi berpada-padalah
dan jangan sampai menghina ulama' yang memperjuangkan Islam.
Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum
(tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita
terus menghukum dengan berat dan menghinanya.
Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya
Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak
bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi,
dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti
hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab
(pada fasihnya)." (Hadith Riwayat Ahmad).
3 - Membela orang-orang yang jahil sepertinya juga.
Apabila
mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka
mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka
rasakan betul mengikut fikiran mereka. Walaupun mereka sebenarnya telah
mempertahankan kebathilan dan kemungkaran.
Sebagai
contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan
gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan, dan
manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama
jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka,
sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan
dilarang oleh Tuhan.
Memang
nampak seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang.
Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina,
kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan generasi masa
depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan mudah
dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain
pula nanti.
Dan
bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan
melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia? Tidakkah
usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha
untuk memupuskan manusia?
4 - Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan.
Apabila
mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka
akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh
pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap
akan dipercaya kerana keta'asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka
dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada mereka. Sehingga
mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan
manusia.
Ditambah
lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi
manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar.
Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam
televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah.
Adakah radio dan televisyen itu maksum?
Dan
tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal
radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik
mereka dan kekal berkuasa.
5 - AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata.
Ramai
yang membaca AlQuran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang
merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan
menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta'ala menurunkan AlQuran agar
kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA
menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu
pada kita?
6 - Hukum-hakam Allah akan direndahkan martabatnya dan dihina
Tetapi selepas kedatangan penjajah,
Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi.
Undang-undang Islam
direndahkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja.
Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam
terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah
diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.
Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, "Tali
yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka
setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih
ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir
ialah solat". (Hadith Riwayat Ahmad)
Hinggakan
sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah
tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini.
Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam AlQuranul
Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat.
7 - Amal ibadah tidak diterima oleh Allah s.w.t
Ini
antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu
dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu
tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah
semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu
tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan
dari sumber-sumber yang betul.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan
janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu
akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa
yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka
amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaitan-syaitan
juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan
ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan
memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang
alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.
8 - Maksiat dan jenayah semakin berleluasa.
Apabila
sudah jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah
tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah /
pemimpin tidak melaksanakan
Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.
Jika
anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun
merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang
merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata
lain dia telah membuat baik kepada ramai orang.
Kejahatan
baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain.
Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan
dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya
mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita
lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki
lain yang melihatnya.
Seseorang
lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat
wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk
akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan
dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan
tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas,
merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.
Nak tahu antara kesan-kesan buruknya lagi? Boleh dibaca dalam tajuk-tajuk seperti;
9 - Akan terjadi perpecahan dan peperangan sesama sendiri
Sudah
tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat
orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan
menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.
".......Dan
apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang
terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,
maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka
sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Ramai
yang bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan
sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri.
Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari
maksud hadith di atas.
Bagaimana
mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih
mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah?
Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas?
"Hai
orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan
ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat
tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan
Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian, yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik
akibatnya." (Surah An-Nisaa' : Ayat 59)
10 - Generasi akan datang akan terdidik dalam keadaan jahil.
Kesan
dari wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya
dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak
menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.
Jika
sekadar mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di
sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi
pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi
anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul
matapelajaran Agama Islam di sekolah.
Kesimpulan
Maka
ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain.
Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan
dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita
boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak. Jika
kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan ditipu dan
diserang oleh musuh.
Menurut
Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya
ialah Ali r.a berkata, "Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara,
nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka,
iaitu;
1 - Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 - Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 - Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 - Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 - Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 - Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
Abu
Umamah Al-Bahili r.a berkata, "Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu
Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, "Sesungguhnya
telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat." Iblis itu
bertanya, "Adakah mereka itu mencintai dunia?" Tentera itu menjawab,
"Ya".
Lalu
Iblis menyambung, "Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya
aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala. Sesungguhnya
aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;
1 - Mengambil harta dari bukan haknya.
2 - Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 - Menahan harta dari haknya.
Dan kesemua kejahatan itu akan timbul dari yang tiga ini. [Ihya Ulumuddin , Kitab tercelanya dunia]