"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, November 4, 2011

Salam Aidul Adha buat semua

http://www.nahralbared.com/vb/imgcache/nahralbared32111.jpg
Salam Aidul Adha buat muslimun di dunia ini, sesungguhnya Allah SWT  belum dapat melihat kesatuan Umat Islam yang merayakan perayaan mereka seluruh alam dengan Ikatan Islamiah yang sebenar...
Umat Islam  merayakan perayaan dengan penuh tekanan dan permainan duniawi, mereka tetap berada dibawah panji-panji  bukan Ukhuwah Islamiah sebenar..
Mereka dipisahkan dengan sempadan negara dan fahaman-fahaman anautan yang bercampur aduk dengan fahaman bukan Islam...
Muslimun di Palestin, AfghanistanPakistanSudanLibyaSyria, Mesir  dan lain-lain negara masih bertelagah sesama sendiri kerana mereka menjadi mainan politik negara-negara besar bukan Islam...
Semoga di suatu hari nanti, dunia akan merayakan hari perayaan tanpa syirik kepada Allah SWT dan dunia mendapat Rahmat Allah SWT melimpah ruah...
Tiada lagi darah dan persengketaan, haiwan yang disembelih sudi disembelih kerana mengharap mereka mati dijalan Allah SWT,  mereka bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT kerana daging dan tulang mereka dimakan oleh hamba-hamba yang bibir mereka sentiasa bertasbih dan bertakbir kepada Allah SWT...
Maka wujudlah penyembahan sebenar seluruh alam kepada Allah SWT yang Maha Esa..
Insya Allah...