"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, October 15, 2010

40 Pujian Dan Anugerah Allah kepada hambaNya yang Soleh dan Solehah


Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitab “  Minhaj Al-Abidin” kelebihan tersebut ialah:
  1. Mendapat pujian dan disebut oleh Allah.
  2. Diagongkan dan dimuliakan oleh Allah.
  3. Dicintai oleh Allah semasa hidup di dunia.
  4. Selama hidup di dunia, kerana TAAT dan Tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam semua urusan.semua urusan Allah mengatur untuknya.
  5. Segala rezekinya ditanggung oleh Allah.
  6. Mendapat pertolongan Allah setiap kali niat buruk musuh terhadapnya.
  7. Tidak ada perasaan khuatir kerana hatinya sentiasa ditenteramkan oleh Allah.
  8. Darjat kemuliaannya sentiasa diangkat atau sentiasa bertambah oleh Allah.
  9. Himmah atau nilai diri sentiasa diangkat oleh Allah.
  10. Hatinya sentiasa kaya, kekayaan hatinya melebihi kekayaan yang dimilikinya.
  11. Hatinya sentiasa bersih dan senang menerima ilmu Allah.
  12. Bersabar dan Ikhlas menerima segala dugaan dan musibah terjadi hasil dari kelakuan dan kejahatan musuh.
  13. Dihormati dan disegani orang lain.
  14. Dicintai orang lain- semua orang mengagung dan mencintainya serta memuliakannya.
  15. Setiap tutur katanya mendatangkan banyak kebaikan.
  16. Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
  17. Semua haiwan tunduk dan takut kepadanya.
  18. Memiliki kunci-kunci bumi.
  19. Menjadi pemimpin dan mempunyai pengaruh dalam pintu Rabbul Izzati.
  20. Allah sentiasa setia menunggu memaqbulkan doanya.
  21. Diringan dan dimudahkan oleh Sakaratul Maut ketika menemui ajalnya.
  22. Sentiasa Dalam Makrifat dan beriman kepada Allah.
  23. Allah sentiasa  melimpahkan kebahgiaan dan keredhaan kepadanya.
  24. Kekal di dalam Syurga Allah dan dekat kepada Allah.
  25. Semasa di alam Ghaib rohnya diiringi ke langit dengan penuh kehormatan, lemah-lembut dan mendapat segala kenikmatan.
  26. Allah melancarkan segala jawapan apabila ditanya oleh semasa disoal dalam kubur dan tidak  diseksa di dalam kubur sehingga hari Qiamat.
  27. Rohnya mengadap Allah dengan tenang,rohnya tidak menghadapi kesulitan ketika berpisah dengan jasad kerana mendapat penghormatan daripada Allah, Rohnya tergolong dalam golongan roh orang yang dimuliakan Allah dan jasadnya mudah dikebumikan.
  28. Kuburnya luas dan diterangi cahaya.
  29. Setelah bangkit dari kubur mendapat penghormatan dan kemuliaan daripada Allah di Padang Mahsyar.
  30. Wajah akan bercahaya dan bersinar-sinar.
  31. Aman dari segala ancaman di alam Akhirat.
  32. Menerima Catitan Amalan dengan tangan kanan.
  33. Hisabnya diringankan.
  34. Timbangan kebaikkan diberatkan.
  35. Dapat mengadap Rasulullah ditelaga Rasulullah dan meminum air telaga Rasulullah.
  36. Dapat meniti Sirat dan melepasi api neraka.
  37. Dapat memberi Shafaat kepada orang lain setelah mendapat keizinan Allah.
  38. Mendapat kekuasaan kekal di dalam Syurga Allah.
  39. Mendapat Keredhaan Allah yang paling agung.
  40. Dapat Mengadap Allah Azzawajal.
Tazkiah Nufus. m/s: 61

Ayat Al-Quran Yang Menyebabkan syaitan Menangis




هذه الآيه:

قال تعالى : {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
* أُوْلَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ} آل عمرانالقضية باختصار قرار جرئ وشجاع تتخذه
وبعد ذلك يتغير مجرى حياتك تلقائياً

Surah Ali Imran. Ayat :135.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
[229]. Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.
136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
Inilah ayat Al-Quran yang amat ditakuti oleh syaitan, jika kita memahami dan terus beramal dengannya.

                  آل عمرانالقضية باختصار قرار جرئ وشجاع تتخذهوبعد ذلك يتغير مجرى حياتك تلقائياً

21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat

اعرفي المفتاح أولا.
من أعظم أبواب العلم: معرفة مفاتيح الخير والشر، قال ابن القيم رحمه الله: وقد جعل الله سبحانه لكل مطلوب مفتاحا يفتح به;
_فجعل مفتاح الصلاة: الطهور.

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
_ومفتاح الحج: الإحرام.

2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
_ومفتاح البر: الصدق.

3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
_ومفتاح الجنة: التوحيد.

4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
_ومفتاح العلم: حسن السؤال وحسن الإصغاء.

5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
_ومفتاح النصر والظفر: الصبر.

6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
_ومفتاح المزيد: الشكر.

7-Kunci kemanjuan/Kelebihan  adalah bersyukur.
_ومفتاح الولاية: المحبة والذكر.

8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
_ومفتاح الفلاح: التقوى.

9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
_ومفتاح التوفيق: الرغبة والرهبة.

10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
_ومفتاح الإجابة: الدعاء.

11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
_ومفتاح الرغبة في الآخرة: الزهد في الدنيا.

12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
_ومفتاح الإيمان: التفكير فيما دعا الله عبادة إلى التفكر فيه.

13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
_ومفتاح الدخول على الله: إسلام القلب وسلامته له والإخلاص له في الحب والبغض والفعل والترك.

14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
_ومفتاح حياة القلب: تدبر القرآن، والتضرع بالأسحار، وترك الذنوب.

15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
_ومفتاح حصول الرحمة: الإحسان في عبادة الخالق، والسعي في نفع عبيده.

16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
_ومفتاح الرزق: السعي مع الاستغفار والتقوى.

17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
_ومفتاح العز: طاعة الله ورسوله.

18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
_ومفتاح الاستعداد للآخرة: قصر الأمل.

19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
_ومفتاح كل خير: الرغبة في الله والدار الآخرة.

20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
_ومفتاح كل شر: حب الدنيا وطول الأمل.


21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan

Tanda-tanda Zuhud:



  1. Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.
  2. Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.
  3. Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna.

بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.


4 Keajaiban Hari Jumaat

Kekasih Allah SWT (  Nabi Muhammad SAW ) sentiasa merindui Selawat dan Salam dari mereka yang mencintainya.


Kubur yang berada dalam kegelapan sentiasa merindui bacaan Surah Al-Kahfi untuk menerangi kuburnya.


Allah SWT menjadikan Waktu Mustabah yang sentiasa merindui doa-doa Mereka yang memerlukan bantuan Allah SWT.


Umat Islam diseluruh dunia yang dizalimi oleh amerika dan yahudi serta kuncu-kuncunya sentiasa mengharap bantuan doa dari umat Islam untuk sama-sama membantu kemenangan kepada mereka.

INILAH KUNCI SEGALA KUNCI YANG TERLALU PENTING.



Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu kunci untuk membukanya, Allah menjadikan kunci pembuka shalat adalah bersuci sebagaiman sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ‘Kunci shalat adalah bersuci’, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kunci pembuka haji adalah ihram, kuncikebajikan adalah kejujuran, kunci surga adalah tauhid, kunci ilmu adalah bagusnya bertanya dan mendengarkan, kunci kemenangan adalah kesabaran, kunciditambahnya nikmat adalah syukur, kunci kewalian adalah mahabbah dan dzikir, kunci keberuntungan adalah takwa, kunci taufik adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla, kunci dikabulkan adalah doa, kunci keinginan terhadap akhirat adalah zuhud di dunia, kunci keimanan adalah tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan, dan meninggalkan, kunci hidupnya  hati adalah tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa, kuncididapatkannya rahmat adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya, kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar dan takwa, kunci kemuliaan adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kunci persiapan untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan, kuncisemua kebaikan adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat,  kuncisemua kejelekan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan.
“Ini adalah bab yang agung dari bab-bab ilmu yang paling bermanfaat, yaitu mengetahui pintu-pintu kebaikan dan kejelekan, tidaklah diberi taufik untuk mengetahuinya dan memperhatikannya kecuali seorang yang memiliki bagian dan taufik yang agung, karena sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan kunci bagi setiap kebaikan dan kejelekan, kunci dan pintu untuk masuk kepadanya sebagaimana Allah jadikan kesyirikan, kesombongan, berpaling dari apa yang disampaikan Allah kepada Rasul-Nya, dan lalai dari dzikir terhadap-Nya dan melaksanakan hak-Nya sebagai kunci ke neraka, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan khamr sebagai kunci segala dosa. Dia jadikan nyanyian sebagai kunciperzinaan, Dia jadikan melepaskan pandangan pada gamba-gambar sebagai kuncikegelisahan dan kegandrungan, Dia jadikan kemalasan dan kesantaian sebagai kunci kerugian dan luputnya segala sesuatu, Dia jadikan kemaksiatan-kemaksiatan sebagai kunci kekufuran, Dia jadikan dusta sebagai kunci kenifakan(kemunafikan -ed), Dia jadikan kekikiran dan ketamakan sebagai kunci kebakhilan, memutus silaturahim, serta mengambil harta dengan cara yang tidak halaldan Dia jadikan berpaling dari apa yang dibawa Rasul sebagai kunci segala kebid’ahan dan kesesatan.
“Perkara-perkara ini tidaklah membenarkannya kecuali setiap orang yang memiliki ilmu yang shahih dan akal yang bisa mengetahui dengannya apa yang ada dalam dirinya dan apa yang berwujud dari kebaikan dan kejelekan. Maka sepantasnya seorang hamba memperhatikan dengan sebaik-baiknya ilmu terhadap kunci-kunci ini dan kunci-kunci yang dijadikan untuknya.” (Hadil Arwah 1/48-49)