"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, March 27, 2011

Juruterbang Gadafi ditangkap

Tentera gadafi merogol wanita Libya

Selawat Dan Salam Buatmu Ya Rasulullah SAW

Ucapan terakhir dari bibir Rasulullah SAW

Kenapa Suka Buat Perkara Yang diLarang Oleh Allah SWT ??

Kenapa suka pilih jalan tak elok macam ini??
Jawapannya : “ Nak buat macamana , dah memang Allah taala letakkan kami macam ni.Kami nak buat macamana?Taqdir bang..”
Inilah jawapan dan perkataan yang sering kita dengar terpacul keluar daripada mulut sesetengah masyarakat bilamana jalan hidup yang mereka pilih ternyata bertentangan dengan jalan yang Islam letakkan.
Mudah dan padat bagi mereka menggunakan jawapan sebegini.Tak perlu salahkan diri sendiri.Sebaliknya salahkan taqdir Allah taala kepada mereka.
Iblis pernah bertanya kepada Allah taala.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, bukankah Engkau telah mengetahui bahawa aku akan diciptakan dan aku akan menderhakai perintahMu?”
Allah taala menjawab : “ Tentu sekali Aku mengetahui bahawa engkau akan diciptakan dan akan menderhakai perintahKu”
Iblis menyambung bicara : “ Jika engkau telah mengetahui bahawa aku akan menjadi hamba yang derhaka, mengapa engkau menciptakan aku dan akhirnya memasukkan aku ke dalam nerakaMu??”
Allah taala menjawab : “ Adakah kamu mengetahui bahawa kamu akhirnya akan menderhakai Aku? Kamu mengetahuinya setelah kamu menderhakai aku atau sebelum kamu menderhakai Aku??”
Iblis menjawab : “ Tentu sekali aku mengetahui bahawa aku menderhakaiMu setelah aku melakukan penderhakaan tersebut”
Allah taala menjawab “ Maka aku meletakkan hukuman ke atasMu setelahnya bukan sebelumnya”
Nah, kalau kita bicara dengan masyarakat awam dan sesetengah golongan terpelajar kononnya terkadang terkeluar juga perkataan seperti iblis ini tanpa mereka sedari.
Bila kita jumpa orang tengah berdua-duaan di taman bunga, bila ditanya kenapa suka berdua-duaan sebegini? Haram hukumnya kalau bukan suami isteri.
Terkadang jawapan yang diberikan “ Nak buat macamana , di dalam Lauh Mahfuz lagi Allah dah tulis bahawa kami berdua pada tarikh dan waktu ini akan berdua-duaan.Maka kami mengikut perintah Allah taala hakikatnya”
Orang sebegini perlu ditumbuk sahaja.Bila ditanya kepada kita, kenapa kamu tumbuk saya ?? Maka berikan semula jawapannya “ Nak buat macamana , Dah Allah taala dah letakkan dalam Lauh Mahfuz lagi bahawa saya memang akan tumbuk kamu pada hari dan waktu ini di Taman Bunga ini"
Ramai sangat yang suka sebut jawapan sebegitu.Tanpa sedar mereka hakikatnya telah mengikut sebahagian daripada ajaran Jabariah.Ajaran yang meletakkan bahawa Allah taala memaksa kita melakukan segalanya.Kita hanya diibaratkan seperti bulu burung yang berterbangan di udara yang hanya mengikut gerakan angin.Kalau ditiup ke kiri maka kita akan bergerak ke kiri.Kalau ditiup ke kanan maka kita akan bergerak ke kanan tanpa kehendak dan pilihan.
Golongan Jabariah jika mereka berzina maka mereka akan mengatakan bahawa kami hakikatnya telah diletakkan oleh Allah taala akan berzina pada hari ini.Maka kami Cuma mengikutinya dan menurut perintah Tuhan Kami.Kami hanya diibaratkan sebagai seorang pelakon yang hanya mendapat arahan daripada pengarah.
Jawapan kepada golongan sebegini sangat mudah.Tanyakan semula kepada mereka seperti yang ditanyakan oleh Allah taala kepada Iblis laknatullah.
Golongan sebegini hakikatnya ingin mempertikaikan Allah taala.Menyalahkan taqdir dan mempersoalkan kenapa kami perlu diseksa sedangkan Tuhan sendiri yang menjadikan perbuatan kami ini??.
Tanyakan semula kepada mereka “ Adakah kamu mengetahui sebelum ini bahawa kamu akan menjadi makhluk yang melakukan kejahatan?? Kamu mengetahuinya setelah kamu melakukan kejahatan atau sebelum melakukannya kamu telah melihat di Lauh Mahfuz bahawa pada tarikh dan waktu sekian-sekian kamu akan menjadi seorang yang jahat???”
Hakikatnya kamu hanya mengetahui bahawa kamu akan menjadi Mat Rempit setelah kamu terlibat dalam rempit.Kamu mengetahui bahawa kamu akan berzina dan melacur dengan seseorang setelah kamu melakukan perbuatan tersebut.Setelah kamu melakukan barulah kamu mengetahui bahawa Allah taala telah letakkan bahawa kamu akan melakukan perkara ini pada tarikh dan waktu tertentu.Kenapa tidak menjauhkan perkara sebegini sebelum kamu terlibat??
Kamu banyak buruk sangka dengan Allah taala.Oleh kerana itulah kamu dipersoalkan hasil buruk sangka dengan Tuhanmu sendiri.
Kalau kamu boleh menilik apa yang ada di Lauh Mahfuz,dan di dalamnya tertulis bahawa esok hari tepat jam 3 petang kamu akan berzina.Maka pada keesokkan harinya kamu melakukan perkara tersebut pada waktunya yang ditetapkan.Maka perbuatan zina tersebut bukan lagi dianggap maksiat.Malah dianggap ibadah kepada kamu kerana mentaati apa yang ditulis di Lauh Mahfuz.
Tapi persoalannya “ Kamu tahu ke apa yang ditulis kepada kamu di Lauh Mahfuz ?? Kamu tahu ke esok apa yang akan kamu lakukan??” Kalau tak tahu, amalkan apa yang Allah taala dan RasulNya suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Jangan buruk sangka lagi dengan Allah taala.Benarlah Firman Allah taala di dalam sebuah Hadis Qudsi :
أنا عند ظن عبدي بي
Maksudnya : Aku bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu( jika baik sangkaannya kepadaKu maka aku akan letakkannya di dalam kebaikan , tapi jika sebaliknya maka dia akan memperolehi apa yang dia sangkakan).
Kembalilah semula kepada Akidah yang benar .Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asyai’rah dan Maturidiyah.Jangan tanpa sedar kita telah menuruti jalan Jabariah yang dimurka oleh Allah taala.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah Mesir

10 Jawapan Al-Imam Abu Hanifah Tentang Ketuhanan

http://farm4.static.flickr.com/3401/3182878595_95640512a2_o.jpg
Bilamana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap : 
Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :
Soalan Pertama 
"Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab : Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak 
Soalan Kedua
“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya
Soalan Ketiga“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : Kamu pandai mengira?
Kelompok Atheis itu menjawab :
Tentu sekali kami pandai mengira”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya: Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan : Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Persoalan diteruskan.
Soalan Keempat 
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima 
“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"
Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka. 
Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”
Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?
Soalan Keenam
“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”

Soalan Ketujuh
“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagipengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu

Soalan Kelapan
“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”
Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.
Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
Tamat
Soalan Kesembilan
Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka al-Imam menjawab dengan tenang :
Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah. 
Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Rujukan :

8 Ribu tentera amerika memeluk Islam

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTPqUI3-4GgDYsdzN0M6yyFTuAYgKXUEy6iI2Q2fzuaia5p0IsY
Oleh RAZALI ENDUN
Sepanjang usia hampir 70 tahun saya memang tidak pernah berpuasa di luar negara. Ke Makkah menunaikan umrah pun bukan pada bulan Ramadan. Entah macam mana pada tahun 2009 ini Allah mengerakkan hati saya dan isteri untuk mengunjungi anak, menantu dan cucu-cucu di United Kingdom. Kami berangkat ke UK pertengahan Julai lalu dan berada di sana sehingga hujung September. Ini bermakna tahun ini kami berpuasa dan berhari raya  di rantau orang.
Memang pun hasrat hati mahu berpuasa dan berhari raya di UK. Kebetulan jatuh pada musim panas, jadi tidaklah risau sangat dengan cuaca sejuk.
Keinginan untuk melihat bagaimana kaum Muslimin di UK berpuasa dan berhari raya sangat mendesak, maka kami tekalkan hati datang bercuti di sini di samping mengunjungi anak dan menantu yang sedang belajar.
Kami sampai di lapangan terbang Heathrow, London jam 5 pagi waktu tempatan. Siang membuka tirainya dan cahaya matahari menerangi bumi.
Waktu Subuh jam 3.19 pagi, manakala waktu Maghrib pula  jam 9.15 malam. Ini bermakna waktu siang 17 jam, manakala malam waktunya amat pendek.
Ini bererti bulan puasa tahun ini tempoh siangnya antara 15-17 jam. Wow! Teruja juga iman.
Anak saya belajar di Universiti Loughborough, dua jam perjalanan dengan kereta dari kota London. Pekannya kecil, aman dan tenteram. Tidak ramai orang Islam di sini, barangkalisekitar ratusan orang sahaja. Yang ramai orang Bangladesh, India, Pakistan, Afrika dan Arab. Orang Malaysia rata-rata terdiri daripada pelajar di universiti berkenaan.
Amat payah untuk mengenali antara satu dengan yang lain kecuali apabila bertemu ketika solat Jumaat atau tarawih. Hanya melalui pakaian sahaja (berketayap bagi lelaki dan berjiblab bagi muslimah) dapat dipastikan mereka beragama Islam. Memang ramai orang negro dan keturunan India, tetapi ramai juga mereka bukan beragama Islam.
Orang keturunan India ramai yang  berniaga di sini  sama ada membuka kedai runcit, bar (minuman keras), surat khabar dan kedai menjual kain baju. Di pekan kecil ini hanya terdapat sebuah  sahaja kedai Islam (Bangladesh) yang menjual makanan halal.
Maka umat Islam di sini bertumpu di kedai ini untuk mendapatkan bekalan makanan halal. Walaupun begitu, makanan ringan dan buah-buahan masih boleh dibeli di kedai-kedai lain.
Terdapat sebuah sahaja masjid di pekan ini yang terletak di pinggir bandar. Bangunan masjid ini asalnya bangunan rumah kediaman dan diubah suai untuk dijadikan masjid. Ia baru dibesarkan maka keluasannya boleh menampung hampir 200 orang jemaah.
Masjid ini dikendalikan masyarakat Bangladesh, malah imamnya  juga berasal dari negara itu. Walaupun khutbah Jumaatnya dalam bahasa Arab, namun bahasa perhubungan di masjid itu menggunakan bahasa Benggali dan Inggeris.
Pada hari Jumaat penuntut Islam Universiti Loughborough dan sekitarnya, mendirikan solat Jumaat di dalam kawasan kampus. Setiap Jumaat dewan bola jaring digunakan untuk solat Jumaat. Dewan ini agak besar, boleh menampung sekitar 80-100 orang jumaah.
Para imam Jumaat terdiri daripada pelajar universiti sendiri dan secara bergilir-gilir. Biasanya mereka yang berketurunan Arab dan Negro menjadi imam solat Jumaat ini. Khutbahnya dalam bahasa Inggeris kerana makmumnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan mereka  memahami bahasa itu.
Untuk solat tarawih pula diadakan di sebuah surau khas dalam kawasan universiti itu. Pihak universiti memberi kebenaran kepada kaum Muslimin untuk mengamalkan ibadat mereka di situ.
Di surau ini juga tidak ada imam  tetap tetapi terdiri daripada pelajar universiti atau di kalangan Ahli Jawatankuasa surau yang mengendalikan surau tersebut. Biasanya mereka dari orang Arab yang hafiz al-Quran.
Sunat tarawih dibuat 8 rakaat dan disusuli 3 rakaat sunat witir. Tarawih malam pertama lagi sudah dibaca doa qunut yang panjangnya lebih lima minit.
Selepas tarawih diadakan tazkirah oleh seorang saudara baru berbangsa Inggeris dalam bahasa Inggeris. Beliau menyentuh banyak perkara termasuk hadis, akidah, solat dan hal ehwal semasa. Tazkirahnya lebih kurang 10 minit sahaja sebelum jemaah pulang.
Nama beliau ialah Mathewes Dawood, berusia 71 tahun. Beliau pada asalnya penganut Kristian dan  memeluk Islam ketika berusia 32 tahun setelah diberi Hidayah oleh Allah SWT. Beliau bekas tentera British dan jiwanya selalu gelisah dan tidak tenteram. Ada semacam kekosongan dalam  hatinya.
Maka pada suatu hari beliau pergi ke beberapa buah gereja dan bertanyakan beberapa paderi, berkaitan dengan Maryam, Ibu Nabi Isa a.s, benarkan Isa itu anak Tuhan? Paderi-paderi itu tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan.
Di samping itu beliau membeli dan membaca buku-buku berkaitan agama Yahudi, Hindu, Buddha dan Islam untuk dibuat perbandingan. Pada suatu hari beliau pergi mengunjungi rumah seorang imam berbangsa Pakistan di Oxford.
Dia mengetuk pintu rumah imam itu dan memberitahu dia mahu memeluk Islam. Imam itu ragu-ragu dan menasihatkannya supaya memahami dahulu agama Islam sebelum berkeinginan memeluk Islam.
Keinginannya mahu memeluk Islam meronta-ronta. Maka beliau pun mengikuti solat berjemaah di suaru atau masjid, mendengar tazkirah walaupun belum melafazkan Syahadah.
Pada suatu hari beliau sekali lagi pergi ke rumah imam tersebut dan setelah beliau dapat meyakinkan imam itu, beliau diminta  melafazkan kalimah syahadah di depan beberapa saksi. Maka dengan itu sahlah dia menjadi Islam secara rasmi.
Setelah beberapa lama kemudian beliau pergi ke Pakistan untuk melawat keluarga imam tersebut. Di Pakistan dia berkahwin dengan adik perempuan imam itu. Setelah itu beliau melawat beberapa negara Timur Tengah termasuk menunaikan haji di Makkah.
Beliau kemudiannya menjadi pendakwah bukan sahaja di kalangan orang Inggeris malah di kalangan bangsa asing.
Ketika di Arab Saudi beliau bersama-sama pendakwah lain berdakwah kepada tentera Amerika yang di tempatkan di situ. Seramai 8,000 tentera Amerika (AS) diIslamkan. Dan pada Perang Teluk berikutnya beberapa ribu lagi berjaya diIslamkan.
AS semakin bimbang kerana ramai askarnya diislamkan. Katanya, sebab itu AS marah pada negara-negara Islam seperti Iran, Sudan dan kumpulan Hamas dan Hizbullah.
Apa yang mengagumkan saya ialah  usaha Mr Dawood sungguh menakjubkan, sanggup berdakwah ke mana sahaja. Beliau benar-benar mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sebagai seorang yang dilahirkan Islam kita patut berasa malu dengan kegigihan beliau berdakwah demi mengembangkan Islam.
Maka benarlah Islam itu agama Allah dan Allah tetap menjaganya di mana-mana sahaja waimma di negeri yang bukan Islam. Walaupun umat Islam minoriti bilangannya, namun Islam tetap menjadi pegangan mereka selagi akidah mereka terus teguh pada ajaran Islam dan dibenar mengamalkan agama mereka oleh pemerintah yang bukan Islam.