"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, June 21, 2011

8 Sebab Doa Tidak Makbulkan oleh Allah SWT

http://2.bp.blogspot.com/_iCm6AWek66s/SdVij-n3T0I/AAAAAAAAAIU/xdnxGu4fSrM/s400/Doa20.jpg
Ibrahim Adham berkata :
1- Kamu kenal Allah SWT tetapi kamu tidak patuh perintahNya.
2- Kamu kaji Al-Quran tetapi kamu tidak  patuh kepada pengajarannya.
3- Kamu terima kurnia Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
4- Kamu tidak bertindak untuk menghindarkan Neraka dan masuk Syurga.
5- Kamu tahu syaitan itu musuhmu tetapi tidak lawan dia.
6- Kamu tahu mati itu pasti sampai tetapi kamu tidak  bersedia menghadapinya.
7- Kamu hantar ibu bapa mu ke kubur tetapi kamu tidak  ambil pengajaran daripadanya kerana kamu anggap kamu tidak akan mati.
8- Kamu tahu kamu memiliki banyak masalah tetapi kamu masih mencari kesalahan orang lain.
Kitab Tazkirah Awliya' . m/s : 49 & 50.

6 Syarat untuk memiliki darjat wali Allah SWT

http://30.media.tumblr.com/tumblr_l4mcl8iZTz1qan30zo1_500.jpg
1- Jika kamu melakukan dosa kepada Allah SWT, jangan kamu makan rezekiNya.
2- Jika kamu ingin melakukan dosa, keluarlah dari kerajaanNya.
3- Lakukan dosa ditempat yang Dia tidak dapat melihat kamu.
4- Semasa hendak mati, pintalah penangguhan daripada Malikul Maut untuk kamu bertaubat pada masa tersebut.
5- Jangan kamu biarkan Malaikat Mungkar dan Nangkir datang kepadamu dan bertanya tentang amalan yang telah kamu lakukan.
6- Apabila kamu hendak dicampak kedalam Neraka , Jangan kamu mahu.
Kitab Tazkirah  Awliya'. m/s : 49.

3 Hijab Pendiding Daripada Melihat Wajah Allah SWT

http://selangor.ikram.org.my/v2/images/stories/artikel/wali2.jpg
1- Tidak berasa gembira walaupun kekayaan dunia dan Akhirat dikurniakan kepadanya.
2- Tidak merasa kesal walaupun kerajaan miliknya dilucutkan.
3- Tidak merasa megah walaupun kamu dipuji.
Tazkirah Awliya'. m/s : 45.