Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.
Monday, February 14, 2011
Mereka yang melakukan maksiat adalah tidak kenal Allah SWT
Ibn ‘Ajibah berkata: “Sesiapa yang mengenali Allah swt sudah pasti dia kembali kepada-Nya pada setiap sesuatu dan bergantung kepada-Nya pada semua keadaan.”
Maksiat yang lebih mulia daripada Ketaatan kepada Allah SWT
“Kemaksiatan yang menimbulkan rasa hina dan rendah hati lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan rasa bangga dan ingin dipuji.”
4 Tindakan yang wajib kamu lakukan
Jika berada dalam Nikmat maka Bersyukurlah.
Jika berada dalam Cobaan maka Bersabarlah.
Jika berada dalam Taat maka Saksikanlah Anugerah-Nya Kepadamu.
Jika berada dalam Maksiat maka Segeralah Bertobat.
Jika berada dalam Cobaan maka Bersabarlah.
Jika berada dalam Taat maka Saksikanlah Anugerah-Nya Kepadamu.
Jika berada dalam Maksiat maka Segeralah Bertobat.
Ketua tentera mesir meminta bantuan menteri kewangan israeil
tantawi, ketua tentera mesir telah menghubungi menteri kewangan israeil dan memohon bantuan israeil serta menjamin hubungan israeil dengan mesir akan berterusan sebagaimana zaman pemerintahan mubarak terdahulu.
Ketua tentera mesir juga bertemu dengan gabenor bank mesir dan menteri pertahanan mesir serta ketua hakim negara mesir.
Pemerintahan mesir dibawah penguasaan tentera akan berterusan selama 6 bulan.
اجتمع المشير محمد حسين طنطاوي رئيس المجلس الأعلى للقوات المسلحة وزير الدفاع والإنتاج الحربي مع وزراء منهم وزير العدل ممدوح مرعي، ورئيس المحكمة الدستورية فاروق سلطان.
والتقي المشير طنطاوي مع رئيس المحكمة الدستورية لبحث المسائل القانونية والدستورية التي من شأنها تحقيق العدالة والشرعية الدستورية، كما بحث مع رئيس البنك المركزي فاروق العقدة تطورات الوضع الاقتصادي الحالي والإمكانيات الاقتصادية المتاحة مشددا علي أهمية توفير مطالب واحتياجات المواطنين الأساسية .
وأجري رئيس المجلس الأعلي للقوات المسلحة اتصالا هاتفيا مع وزير الدفاع الإسرائيلي إيهود باراك وهو ما اكدته مصادر مطلعة وذكرته صحيفة «معاريف» الإسرائيلية مشيرة إلي أن وزارة الدفاع الإسرائيلية رفضت الإفصاح عن مضمون المكالمة الهاتفية التي دارت بين المشير حسين طنطاوي ونظيره الإسرائيلي إيهود باراك، إلا أن صحيفة «معاريف» أكدت أن مضمون الرسالة هو بحث الأوضاع في مصر والحديث عن إقالة الرئيس «مبارك »، وأن استلام الجيش للسلطة هو وضع مؤقت بالإضافة إلي طمئنت إسرائيل أن العلاقات المصرية – الإسرائيلية ستظل كما هي حتي بعد رحيل مبارك .
وذكرت الصحيفة أن وزير المالية الإسرائيلي يوفال شتاينس علق علي أن الجيش المصري سيحترم اتفاقية السلام مع إسرائيل معربا عن خوفه من سيطرة الإسلاميين علي الحكم في مصر ولبنان .
3 Keadaan yang membawa 3 kecelakaan
Mutiara Kata yang Indah Syarah Hikam (Jilid 1)Keluaran: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Oleh: Ibn Athaillah
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 521 mukasurat
Oleh: Ibn Athaillah
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 521 mukasurat
Syeikh Al-Nahjuri berkata: “Sesiapa yang kenyangnya dengan makanan, dia sentiasa lapar. Siapa yang kayanya dengan harta, dia fakir sentiasa. Siapa yang memohon hajat kepada selain Allah swt, dia sentiasa dihalang dan siapa yang minta pertolongan dalam urusannya kepada selain Allah swt, dia sentiasa hina.”
Nikmat yang membawa kecelakaan di Akhirat
Berkata ibnu ’Athaillah:
”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya): ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”
”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya): ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”
Maksud Istidraj :
:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Secara ringkasnya :
Allah SWT menambah nikmat kepada mereka yang melakukan maksiat dengan tujuan terus melakukan maksiat dan mati dalam kemaksiatan.
Nauzubillah Min Zalik.
Kejadian Insan
Ayuhai insan!
Tahukah kamu asalmu?
Badanmu berasal dari tanah
Dan kembali ke tanah.
Tahukah kamu asalmu?
Badanmu berasal dari tanah
Dan kembali ke tanah.
Apakah yang ada pada tanah?
Bolehkah ia bergerak dan berfikir?
Bolehkah ia menakluki bumi ini?
Bolehkah ia bergerak dan berfikir?
Bolehkah ia menakluki bumi ini?
Sedarlah!
Tanahmu itu hidup dan bergerak kerana adanya jiwa
Jiwa itulah yang hidup dan menggerakkan.
Tanahmu itu hidup dan bergerak kerana adanya jiwa
Jiwa itulah yang hidup dan menggerakkan.
Tahukah kamu dari mana asal jiwa itu?
Ia datang dari Tuhan dan kembali ke Tuhan
Ia datang dari Tuhan dan kembali ke Tuhan
Kuatkanlah jiwa itu dengan membersihkannya
Bersihkan dari syirik
Kembali kepada Tauhid.
Bersihkan dari syirik
Kembali kepada Tauhid.
Jiwa yang beriman itu ibarat pedang
Yang dapat menumpaskan yang batal, noda dan dosa.
Yang dapat menumpaskan yang batal, noda dan dosa.
Ayuhai kamu yang lupa!
Jiwamu perlu diperkuat dengan Iman
Kembali ke Tuhan.
Jiwamu perlu diperkuat dengan Iman
Kembali ke Tuhan.
Kembali ke Tuhan dengan redha dan di redhai.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih (nutfah) pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi ‘alaqah; lalu Kami ciptakan ‘alaqah itu menjadi mudghah; kemudian Kami ciptakan mudghah itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebagai sebaik-baik Pencipta. [al-Mu’minun 23:12-14]
Rujukan:
Benih Ugama
Oleh: Abdul Majid Haji Khatib
Keluaran: Pustaka Aman Press
Halaman: 77 mukasurat
Oleh: Abdul Majid Haji Khatib
Keluaran: Pustaka Aman Press
Halaman: 77 mukasurat
Subscribe to:
Posts (Atom)