Berkata ibnu ’Athaillah:
”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya): ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”

Maksud Istidraj :
:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Secara ringkasnya :
Allah SWT menambah nikmat kepada mereka yang melakukan maksiat dengan tujuan terus melakukan maksiat dan mati dalam kemaksiatan.
Nauzubillah Min Zalik.
No comments:
Post a Comment