"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, March 23, 2011

50 Amalan Terbaik Dalam Hidup

http://islam.makcdn.com/image4971_500_361/500X361.jpg
1.  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.  Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana  ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan  datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung),  maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga  3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Tips dan Panduan Mengatasi Zina Hati

http://islam.makcdn.com/image19037_500_361/500X361.jpg
1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)
4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com

Betulkan Niat Dalam Bekerja

http://islam.makcdn.com/image20249_500_361/500X361.jpg

BERDASARKAN jumlah tangkapan pemberi rasuah melibatkan pekerja sektor awam mahupun swasta yang semakin meningkat, golongan pekerja diseru membuat pertimbangan seribu kali sebelum melakukan jenayah keji itu. Ini kerana menurut perangkaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebanyak 524 tangkapan kerana kesalahan rasuah telah dilakukan antara tahun 2005 hingga 2009. Manakala untuk tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 142 tangkapan telah dilakukan dan sebanyak 51 pertuduhan telah dikemukakan ke muka pengadilan.
Bagi mengelak trend peningkatan jenayah rasuah yang merugikan bangsa dan negara daripada berterusan, golongan pekerja disaran mengaplikasikan konsep bekerja sebagai ibadah ketika menjalankan tugasan harian mereka. Ini boleh dilakukan dengan membetulkan niat dan matlamat bekerja.
Dalam Islam, setiap amalan dinilai berdasarkan niat, jika ia benar semata-mata mencari reda Allah SWT, nescaya ia dianggap ibadah dan berupaya untuk mengelak seseorang daripada melakukan perbuatan hina seperti menerima dan memberi rasuah. Begitu juga niat yang betul akan menyumbang kepada perolehan rezeki yang halal dan diberkati.
Selain itu, pekerjaan yang dilakukan mestilah yang dibenarkan oleh syariat. Tidak kira sama ada bergaji tinggi ataupun rendah, yang penting pekerjaan yang halal lebih mulia daripada perbuatan meminta-minta. Kenyataan ini pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud “Perbuatan seseorang pergi ke hutan menebang kayu, mengikat dan memikul di bahu kemudian dibawa ke pasar untuk dijual adalah lebih baik daripada meminta-minta kerana belum tentu kita diberi ataupun tidak.” Justeru itu, tiada guna berpendapatan tinggi dan hidup mewah jika apa yang dilakukan boleh merosakkan agama dan keharmonian negara.
Begitu pula pekerjaan yang diharamkan agama seperti bekerja di rumah urut sambil melacurkan diri, bekerja di kelab malam yang dikelilingi maksiat dan arak juga pusat-pusat perjudian seperti kedai menjual nombor ekor dan lain-lain wajib dijauhi. Ini kerana perbuatan tersebut menyumbang masalah sosial dalam masyarakat, selain dilaknat oleh Allah SWT. Bagaimana ia boleh diterima sebagai ibadah sedangkan Allah SWT hanya menerima yang baik sahaja. Malah penglibatan orang Islam dalam jual beli riba dan apa sahaja bidang perniagaan yang memudaratkan seperti pengedaran dadah dan pil-pil khayal turut diharamkan.
Perlu juga diingat dalam melaksanakan apa jua pekerjaan, kewajipan melaksanakan ibadah adalah asas yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Sibuk mana pun kita menguruskan perniagaan mahupun kerja-kerja di pejabat, sembahyang tidak patut ditinggalkan. Ia merupakan kewajipan utama yang pertama kali akan dipersoalkan di hari kemudian. Akibat diabaikan kerja-kerja yang lain kemungkinan akan terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan dengan baik. Amalan bermesyuarat sehingga mengorbankan sembahyang fardu sebagai contohnya patut dihindari sebagai tanda bersyukur atas nikmat rezeki dan gaji yang diperoleh setiap bulan.
Dalam kesibukan bekerja juga, seseorang tidak patut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan rumah tangga. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk makan bersama seisi keluarga dan bercuti bersama anak-anak. Pasangan suami isteri yang bekerja juga perlu memperuntukkan masa bersama sambil berbincang untuk menyelesaikan masalah anak-anak dan rumah tangga. Jika tidak, anak-anak terutamanya akan merasa bosan dan tidak seronok berada di rumah lalu keluar bergaul dengan rakan-rakan yang kemungkinan menyumbang perlakuan tidak bermoral dan terlibat dengan aktiviti jenayah.
Isteri yang keluar bekerja pula perlu mendapat restu daripada suami. Di samping itu, pekerjaan yang dilakukan hendaklah yang dibenarkan oleh syariat dan jangan sampai mengganggu tugas hakiki seperti mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak. Elakkan daripada menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada pembantu rumah, kerana dikhuatiri akan menjejaskan kerukunan rumah tangga. Isteri yang keluar bekerja juga perlu mengelak fitnah dengan tidak melampau-lampau dalam berhias dan berpakaian. Ini bagi mengelak hubungan terlarang di pejabat yang banyak terjadi akhir-akhir ini.
Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan juga semestinya dilakukan dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh. Untuk itu perbuatan curi tulang dan makan gaji buta hendaklah dijauhi. Nabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya “Sesungguhnya Allah suka jika seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun.” (Riwayat al-Baihaqi).
Sebagai pekerja dalam perkhidmatan awam pula, nilai-nilai murni dalam Tonggak 12 yang diperkenalkan oleh kerajaan cukup lengkap untuk menjadi panduan dan pedoman ke arah menjadi pekerja yang berintegriti. Nilai-nilai yang baik seperti menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berkhidmat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat serta nikmat mencipta hendaklah sentiasa tersemat dalam hati sanubari.
Ingatlah kerja ikhlas yang dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki halal menjadi penyebab kepada keberkatan hidup. Mungkin gaji yang diperoleh sedikit tetapi jika diberkati, pasti akan mencukupi. Sedarlah juga setiap wang ringgit yang diperoleh akan dipersoalkan sumber dan cara bagaimana ia dibelanjakan. Di samping itu, perbuatan memburuk-burukkan rakan sepejabat dan saling dengki mendengki satu sama lain untuk tujuan kenaikan pangkat misalnya tidak bertepatan dengan konsep bekerja sebagai ibadah. Ini kerana selain bekerja untuk menyara kehidupan di dunia, sebagai orang Islam kita juga bekerja untuk mendapat keredaan Allah SWT di hari akhirat.
PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kapal Terbang amerika jatuh di Libya

http://www.hespress.com/_img/F15lybie.jpg








Terjemahan Google
Tentera AS mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang Amerika jatuh di Libya, berjaya diselamatkan dan dua awak, menurut juru bicara untuk perintah pengesanan pasukan AS di Afrika, Kenneth Fiedler.
Dia mengatakan Fidler kata pejuang pesawat, model "F-15 E", atau "Strike Eagle", dilancarkan dari pangkalan di Eropah, menunjukkan bahawa pilot Bnevshma memfitnah selamat dari pesawat sebelum jatuh, dan telah menyelamatkan juruterbang dalam pencarian masih berlangsung untuk pegawai yang bertanggung jawab untuk senjata di dalam pesawat.
Dia menunjukkan bahawa punca utama untuk kemalangan, yang terjadi tadi malam pada hari ketiga serangan, yang memimpin pasukan antarabangsa di Libya Arab Jamahiriya, adalah bahawa mereka tidak jatuh ke api bermusuhan.
Ia menjelaskan, U. S. Army Angkasawan Bnevshma memfitnah selepas peranti navigation menunjukkan ketidakseimbangan, selama Thalgaha utara-timur Libya, menambah bahawa penyelidikan atas insiden tersebut.
Pada saat tentera Amerika mengesahkan bahawa pilot pesawat, "baik" dan bahawa mereka selamat.
Rudal dan pesawat pejuang telah menembus malam Tripoli, jam sebelum fajar, yang dilancarkan sekitar 20 rudal jelajah Tomahawk selama jam malam, sehingga jumlah roket yang dilancarkan dari model ini untuk 159 peluru berpandu.
Dan serangan roket yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Inggeris, kerana proses ini dilancarkan "fajar Aloovesp" Sabtu lalu, yang merangkumi zon larangan terbang "yang berlaku di Libya di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang disokong oleh Liga Arab.
أكد الجيش الأمريكي أن طائرة أمريكية مقاتلة تحطمت في ليبيا وتم إنقاذ ملاحيها وهما وفقاً لما كشفه المتحدث باسم قيادة القوات الأمريكية في أفريقيا، كينيث فيدلر.
وقال فيدلر إن الطائرة المقاتلة، وهي من طراز "إف 15 إي"، أو "سترايك إيغل"، انطلقت من قاعدة في أوروبا، مشيراً إلى أن الطيارين قذفا بنفسهما بسلام من الطائرة قبل تحطمها، وأنه تم إنقاذ الطيار فيما البحث مازال جاريا عن الضابط المسؤول عن الأسلحة في الطائرة.
وأشار إلى أن السبب الأولي لتحطم الطائرة، الذي حدث الليلة الماضية في اليوم الثالث للهجمات التي تقودها قوات دولية على ليبيا، هو أنها لم تسقط بنيران معادية.
وأوضح الجيش الأمريكية أن الملاحين قذفا بنفسهما بعدما أظهرت أجهزة الملاحة خللاً، أثناء تحلقها شمال شرقي ليبيا، موضحاً أن تحقيقاً فتح في الحادث.
وفي وقت أكد الجيش الأمريكي أن ملاحي الطائرة "بخير" وأنهما آمنين.
وكانت الصواريخ والطائرات المقاتلة قد اخترقت ليل طرابلس قبل ساعات من بزوغ الفجر، حيث تم إطلاق نحو 20 صاروخاً من طراز توماهوك خلال ساعات الليل، ليرتفع إجمالي عدد الصواريخ التي تم إطلاقها من هذا الطراز إلى 159 صاروخاً.
ونفذت الهجمات الصاروخية كل من الولايات المتحدة الأمريكية وبريطانيا، وذلك منذ انطلقت عملية "فجر الأوذيسة" السبت الماضي، والتي تتضمن فرض منطقة حظر جوي على ليبيا بموجب قرار مجلس الأمن الدولي المدعوم من الجامعة العربية.

Ucapan gadafi setelah keluar daripada tempat persembunyian

Layanan keji amerika terhadap mayat umat Islam Afghanistan

http://www.assabeel.net/images/stories/2011/03/22/afg2.jpg
http://www.assabeel.net/images/stories/2011/03/22/afg3.jpg
Mayat umat Islam Afghanistan di ikat dan ditegakkan.
Terjemahan Google
Majalah "Der Spiegel" mingguan di lebih muda dari dua gambar, berkata: "Ini menunjukkan dua tentera AS di Afghanistan gambar Iltqtan dengan tubuh Afghanistan."
Majalah ini mengatakan: "Kedua-dua gambar yang saya cuba kerajaan AS tidak menerbitkan, anda menerima dua ahli unit AS diduga telah membunuh warga awam Afghanistan, untuk tujuan hiburan."
Dalam satu foto menunjukkan seorang askar membawa "merokok" di tangannya, dan dalam memegang lain kepala seorang lelaki berlumuran darah tampaknya mati, dan di gambar kedua, seorang tentera tersenyum memegang manusia itu sendiri, dan gambar ketiga menunjukkan dua badan Msndtin ke medan.
Sebuah kenyataan oleh U. S. Army: "Tindakan terlihat pada gambar menimbulkan jijik sebagai manusia, dan bertentangan dengan standard dan nilai-nilai tentera Amerika."
Ia mencontohkan, tindakan ditunjukkan oleh gambar ini tunduk pada penyelidikan, dan prosedur mahkamah tentera AS, kenyataan itu menambah: "proses mahkamah tentera ini berbicara untuk dirinya sendiri, dan kontras gambar secara dramatik dengan disiplin dan profesionalisme dan hormat, yang ditandai prestasi tentera kita selama hampir sepuluh tahun operasi terus-menerus ".
Telah dibebankan ke sekitar selusin tentera AS, untuk menyerang orang awam Afghanistan pada awal tahun, khususnya untuk melakukan tiga kejahatan yang telah terdistorsi tubuh korban.
نشرت مجلة "دير شبيغل" الأسبوعية في وقت سابق من الاثنين صوراً، قالت "إنها تُظهر جنديين أمريكيين في أفغانستان يلتقطان الصور مع جثث لأفغان".
وقالت المجلة: "إن اثنتين من الصور التي حاولت السلطات الأمريكية عدم نشرها، تُظهر عنصرين من أعضاء وحدة أمريكية يشتبه أنهم قَتَلوا مدنيين أفغان؛ لغرض التسلية".
وفي إحدى الصور يَظْهر جندي يحمل "سيجارة" في يده، وفي الأخرى يُمسك برأس رجل ملطَّخ بالدماء يبدو أنه ميت، وفي الصورة الثانية يبتسم جندي آخر وهو ممسك بالرجل نفسه، وتُظهر صورة ثالثة جثتين مسندتين إلى عامود.
وقال بيان للجيش الأمريكي: "إن الأفعال التي شُوهدت في الصورة تثير اشمئزازنا كبشر، وتتناقض مع معايير وقيم الجيش الأمريكي".
وأشار إلى أن الأفعال التي تُظهرها هذه الصور تخضع للتحقيق، ولإجراءات محكمة عسكرية أمريكية، وأضاف البيان: "إن إجراءات المحاكمة العسكرية هذه تتحدث عن نفسها، والصور تتناقض بشكل كبير مع الانضباط والمهنية والاحترام، التي اتسم بها أداء جنودنا خلال نحو عشر سنوات من العمليات المتواصلة".
ووجهت اتهامات إلى نحو عشرة جنود أمريكيين؛ لمهاجمتهم مدنيين أفغان في بداية العام، وخصوصاً لارتكابهم ثلاث جرائم تم خلالها تشويه جثث الضحايا.

Agama Di Akhir Zaman Sentiasa Bertukar-Pagi Islam Petang Menjadi Kafir


http://upload.islam2all.com/Tempfiles/islam2all12637830832.jpg
Bersegeralah beramal soleh kerana fitnah akan berlaku seperti kegelapan malam, sehingga seseorang mukmin diwaktu pagi akan berubah menjadi kafir diwaktu petang, diwaktu petang bersifat mukmin dan menjadi kafir diwaktu pagi, sanggup menjual agama dan maruahnya dengan nilai-nilai dunia.
Semuanya telah berlaku dengan permainan dunia sekarang,  seseorang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mendapat duit, sanggup berlakon menjadi warak dan alim kerana mencari habuan dunia…  sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, pasti Allah SWT mampu menilai harga keimanan seorang yang berlakon dengan Pejuang Islam yang sebenar.