
Beliau ialah seorang pemegang ijazah dalam bidang perubatan dan bedah dari fakulti perubatan Universiti Iskandariah, diploma kesihatan kejiwaan (baca: psikologi) dari Ma’had ‘Ali li al-Shihah al-‘Ammah, Universiti Iskandariah. Di samping itu beliau juga menyandang gelar Lc dalam bidang hukum Islamdari Universiti al-Azhar. Beliau juga salah seorang anggota Jum’iyyah Al-‘Alamiyyah al-Islamiyyah li al-Shihhah al Nafsiyyah (Organisasi Dunia Islam untuk Kesihatan Jiwa).
Beliau bergabung dengan Jamaah Ansar al-Sunnah (sebuah organisasi ahli sunnah yang berpusat di Mesir) di Iskandariyyah sejak tahun 1965. Beliau mulai menjadi penyebar dakwah ahli sunnah salafiyyah sejak tahun 1972. Pada tahun 1977 di Iskandariah beliau mendirikan sekolah al Salafiyyah. Beliau memberikan kajian ilmiah di berbagai propinsi di Mesir di samping beberapa negara Arab, Eropah dan USA.
Guru-gurunya
Di antara guru beliau dari kalangan ulama Jamaah Ansar Sunnah ialah Syeikh Muhammad Sahnun, Syahin Kasyif Abu Ras dan Abdul Aziz bin Rasyid al Najdi. Sedangkan guru-guru beliau ketika belajar di Azhar di antaranya ialah Syeikh Ismail Hamdi, Mahmud Ied, Shubhi al Khasysyab dan lain-lain.
Ijazah umum (hadis): Syeikh al-Muhadis Badi’udin Syah Ar-Rasyidi As-Sindi, Syeikh Muhammad Al-Hasan Ad-Dadu Asy-Syinqiti dan Syeikh Abdullah bin Shalih Al-Ubaid.
Di antara ulama yang beliau mendapatkan kehormatan sehingga dapat bertemu atau duduk di majlis kajiannya ialah Syeikh Abdur Razaq Afifi, Abdullah bin Humaid, Ibnu Baz, Muhammad Nasiruddin al-Albani, Hammad bin Muhammad al Anshari, Abdullah bin Quud, Ibnu Utsaimin, Abdullah bin Muhammad al Ghunaiman, Abdullah bin Jibrin, Abu Bakr al Jazairi, Rabi bin Hadi al Madkhali, Muqbil bin Hadi al Wadii, Sayyid Sabiq, Dr Mushthofa Hilmi, Muhammad Rasyad Salim dan Rasyad Ghanim.
Karya-karyanya

Di antara buku karya beliau yang telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia ialah berjudul The Power of Idea: Meraih Cita-cita dengan SemangatMembara terbitan Robbani Press.
Beliau juga memiliki kurang lebih 1500 kaset rakaman kajian-kajian rutin beliau di beberapa masjid di kota Iskandariah.
Di antara kajian beliau adalah tentang tafsir al-Quran. Di forum ini beliau mengkaji dua kitab tafsir yaitu Mahasin al-Ta’wil karya al-Qasimi dan Adwaul Bayan karya Syinqiti, fiqh dengan mengkaji kitab Manar al-Sabil (sebuah buku fiqh mazhab Hambali), kajian akidah dengan membahas seri al-Aqidah fi Dhou’ al-Quran wa al-Sunnah karya Dr Umar al-Asyqar.
Dialihbahasa dari bahasa Indonesia:
http://ustadzaris.com/mungkinkah-sarjana-umum-menjadi-ulama
http://biografiulamasunnah.blogspot.com/2009/12/syaikh-muhammad-ismail-miqdam.html
http://ustadzaris.com/mungkinkah-sarjana-umum-menjadi-ulama
http://biografiulamasunnah.blogspot.com/2009/12/syaikh-muhammad-ismail-miqdam.html
No comments:
Post a Comment