"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, October 29, 2011

7 Tanda takut kepada Allah SWT pada diri anda


http://forums.graaam.com/up/uploaded18/481541_21252520161.jpg
1- Terbukti dilidahnya apabila lidahnya berupaya menahan daripada berdusta, mengumpat dan bercakap dengan perkara sia-sia lalu lidahnya digunakan untuk  berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2- Terbukti pada perutnya apabila  perutnya hanya makan perkara yang halal dan makan sekadar diperlukan.
3- Terbukti pada matanya apabila matanya tidak melihat perkara yang haram dan melihat dunia ini sekadar untuk mengambil pengajaran.
4- Terbukti pada tangan apabila tangannya tidak menghulurkan perkara yang haram  malah tangannya hanya digunakan pada perkara ketaatan kepada Allah SWT.
5- Terbuti pada kakinya apabila kedua kakinya tidak digunakan untuk berjalan kepada perkara maksiat.
6- Terbukti pada hati apabila hatinya tidak memiliki sifat hasad dengki dan iri hati, malah hatinya sentiasa menyayangi sesama Islam.
7- Terbukti pada hati apabila hati tidak bersifat dengan sifat  munafiq malah hatinya dipenuhi dengan sifat tulus ikhlas kepada Allah SWT.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2.  M/S : 589.

No comments: