Pertama iaitu wajib berilmu iaitu Ilmu Usuluddin,tasawuf,fiqh yakni mengetahui segala hukum-hukum yang takluk pada agama islam iaitu ,mengerjakan suruhan Allah taala dan menghentikan larangan Allah taala.
Kedua iaitu pengasih dan penyayang dan penyantun yakni lapang hati tidak pemarah dan pembengis
Ketiga sabar atas segala cubaan yakni sabar mengerjakan taat dan menghentikan segala maksiat
Keempat Ikhlas pada segala amal yakni bukanlah dia beribadat mengharapkan syurga ataupun takut kepada neraka,bahkan dia beribadah bukanlah mengharapkan puji dan wang ringgit.Tegasnya dalam amal ibadah dikerjakan kerana keredhaan Allah taala.
Kelima redha dengan
segala yang takdirkan Allah taala diatas dirinya baik atau buruk.
Keenam Berakhlak yakni berkelakuan baik dalam segala Hal.
No comments:
Post a Comment